Vous êtes sur la page 1sur 1

Latihan 7 Berdasarkan maklumat yang diberika dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan

jumlah guna tenaga mengikut sektor bagi tahun 2002 hingga 2006. Dalam setiap tempoh Rancangan Malaysia, teras utama pembangunan sumber manusia ialah menyediakan asas sumber manusia yang kukuh bagi membantu pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta meningkatkan produktiviti dan daya saing. Pada tahun 2002, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan mencatatkan jumlah guna tenaga sebanyak 1,418,000 orang dan menurun sebanyak 4,800 orang pada tahun 2003. Sektor pembuatan menduduki tempat kedua teramai selepas sektor perkhidmatan lain, iaitu masing-masing 2,596.1 ribu orang dan 2,747.4 ribu orang pada tahun 2002. Sektor pembinaan melibatkan buruh asing sebanyak 767.3 ribu orang berbanding sektor kewangan, insurans dan hartanah yang hanya 624.4 ribu orang. Sektor pengangkutan dan perhubungan merupakan paling kecil jumlah guna tenaganya iaitu hanya 519.5 ribu orang. Pada tahun 2003, jumlah tenaga kerja dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan kian berkurangan. Walau bagaimanapun, kegiatan pertanian ini dilaksanakan melalui usaha-usaha mempertingkat penggunaan sistem pengeluaran intensif berautomasi dan mekanisasi. Jumlah guna tenaga mengikut sektor meningkat sebanyak 337.7 ribu orang berbanding tahun 2002. Jumlah guna tenaga ialah sebanyak 10,004.9 ribu orang. Guna tenaga sektor pembuatan meningkat kepada 2,776.4 ribu orang, iaitu peningkatan sebanyak 6.9 peratus. Sektor pembinaan juga meningkat sebanyak 7.3 ribu orang. Peningkatan guna tenaga juga dialami oleh sektor kewangan, insurans dan hartanah sebanyak 33.1 ribu orang. Selain itu, sektor perkhidmatan kerajaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain juga meningkat dengan masing-masing sebanyak 1,026.1 ribu orang dan 2,808.4 ribu orang. Pada tahun 2004, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan juga menurun jumlah guna tenaganya kepada 1,406.9 ribu orang. Peningkatan kadar kawasan penggunaan tanah pertanian dijangka akan menjadi terhad dalam tempoh ini disebabkan kekurangan tanah dan peningkatan kos pengeluaran. Sektor pembuatan merupakan sektor paling tinggi penyertaan guna tenaganya dengan peningkatan sebanyak 1.94 ribu orang diikuti sektor perkhidmatanperkhidmatan lain sebanyak 2,943.4 ribu orang. Sektor perkhidmatan kerajaan meningkat seperti sektor kewangan, insurans dan hartanah serta sektor pengangkutan dan perhubungan, iaitu 695.0 ribu orang dan 594.3 ribu orang. Julmah guna tenaga juga meningkat kepada 10,421.1 ribu orang.

Vous aimerez peut-être aussi