Vous êtes sur la page 1sur 16

Bahagian B .

TUGASAN INDIVIDU (b) Pada pendapat anda apakah cabaran terhadap guru dalam menangani kepelbagaian sosio budaya dan kepelbagaian kelompok dalam kalangan pelajar di sekolah. Berikan justifikasi anda bagi setiap cabaran

Dalam era globalisasi, guru menghadapi pelbagai cabaran. Selain kerenah murid, ibu bapa dan birokrasi, masalah paling besar ialah untuk menangani masalah kepelbagaian budaya dan kepelbagaian kelompok di sekolah. Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam menghadapi krisis pendidikan dalam era globalisasi ini, guru boleh berfikir sejenak terhadap tugas dan tanggung jawab yang harus dipikul bagi memenuhi tuntutan semasa. Jika kita meneliti sejarah perkembangan pendidikan kebangsaan, bermula daripada Laporan Razak 1956, terdapat kesinambungan utuh bagi memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan. Dasar kerajaan ketika itu ialah menjadikan satu sistem persekolahan dengan bahasa Melayu sebagai lingua franca bagi penyampaian ilmu kepada anak didik. Kemudian muncul Penyata Rahman Talib pada 1961 yang memberikan penekanan kepada pemantapan pembelajaran 3M (membaca, menulis dan mengira). Sistem aliran persekolahan akademik dan vokesyenal turut diperkenalkan. Bagi mencapai masalah seperti ini guru mestilah menghadapi satu cabaran yang amat besar sewaktu di sekolah iaitu cabaran untuk mewujudkan satu suasana perpaduan dalam kalangan pelajar untuk terus mendapat ilmu di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan bertoleransi, integrasi dan berkomunikasi dengan baik sesama murid dari pelbagai budaya dan kelompok masyarakat. Tiada murid yang akan tertinggal di dalam pelajaran itu merupakan objektif seorang guru di dalam prinsip keguruan mereka. Antara perkara pertama yang guru harus praktikan ialah memahami budaya pelajar mereka terlebih dahulu.
9

Guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid di mana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok dan berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Sekiranya guru lemah dalam bidang ini guru tersebut akan mengalami satu masalah komunikasi di dalam kelasnya bersama

dengan murid-murid. Murid-murid akan menjadi pasif sewaktu pembelajaran berlangsung dan mungkin akan lebih aktif sesama mereka yang sebudaya. Sebagai contoh masyarakat Cina, Melayu dan India akan berbincang dan terus berkomunikasi dengan sesama mereka sahaja serta akan menyukarkan guru untuk menggunakan kaedah berkumpulan atau perbincangan dalam berkongsi pendapat dan idea kerana akan terdapat murid yang pasif dengan murid yang tidak sebudaya. Oleh sedemikian guru seharusnya belajar untuk memahami perkara asas budaya mereka terlebih dahulu seperti budaya masyarakat Melayu, Cina, India, Khadazan dan sebagainya, supaya memudahkan guru untuk membentuk satu cara atau langkah pengajaran yang boleh di amplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat berinteraksi dengan bebas tanpa ada sekatan budaya dan masyarakat. Sebagai contoh guru akan memulakan tajuk pengajaran tentang Budaya Kami murid dari pelbagai budaya dan masyarakat akan ditempatkan di dalam satu kumpulan supaya mereka boleh berinteraksi tentang budaya masing-masing sebagai permulaan dan perkenalan. Guru juga boleh fokuskan kepada musim sambutan perayaan masing-masing, dengan ini murid akan berkomunikasi dengan bebas menceritakan budaya masing-masing dan mereka akan memahami satu sama lain serta akan lebih menghormati budaya masingmasing. Kaedah ini akan memudahkan sesi pengajaran guru pada masa akan datang. Seterusnya ialah cabaran paling besar kepada guru ialah dalam membahagikan kesamarataan perhatian atau tiada unsur-unsur berat sebelah. Ini mustahak kerana supaya murid-murid dari pelbagai budaya atau masyarakat lain
10

tidak terasa hati atau merasakan guru tidak berlaku adil. Sekiranya perkara ini berlaku guru tersebut akan mengalami masalah seperti murid tidak akan fokus di dalam kelas, tidak berminat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru tersebut,mugkin akan ponteng kelas dan segelintir dari mereka akan tidak menyukai guru tersebut. Perkara ini mesti dielakkan oleh semua guru dan guru mestilah bersikap adil dalam melibatkan semua murid dalam sesi pengajaran mereka dan selain itu akan mencapai objektif pelajaran serta mencapai matlamat falsafah pendidikan. Guru yang baik ialah seorang guru yang boleh menganggap pelajar mereka seperti sebuah keluarga yang memerlukan perhatian dan penyelesaian masalah kepada semua muridnya tanpa mengira budaya atau masyarakat mereka. Cabaran ini memerlukan sifat keterbukaan yang paling besar bagi seorang guru untuk menerima kepelbagaian murid dari kepelbagaian budaya walaupun bukan dari budaya atau masyarakat guru tersebut. Sebagai contoh guru Kemahiran Hidup ingin mengajar tentang Projek Kayu tahun Lima dan kelas tersebut mempunyai murid dari pelbagai budaya iaitu Melayu, India dan Cina. Antara kaedah yang guru boleh gunakan di dalam sesi pengajaran tersebut ialah guru akan membahagikan tugas kepada setiap murid yang berlainan bangsa dan budaya seperti memotong kayu, menyediakan peralatan, menyediakan bahan, menjaga kebersihan dan mengecat. Oleh demikian semua murid tersebut akan mempunyai tanggungjawab dan akan membuat kerja mereka dengan baik. Sekiranya Salim ditugaskan untuk memotong kayu, oleh itu Ah Meng Lee akan meminta bantuan kepada Salim dan begitu juga sebaliknya dengan murid yang lain. Dengan ini murid tidak rasa terpinggir dan mereka akan tidak tertinggal dalam pembelajaran mereka dan terus bekerjasama, selain itu guru juga mesti mengamalkan sikap berterima kasih di dalam kelas. Selain menggunakan kaedah-kaedah di dalam kelas, guru juga mesti menguasai kemahiran penyampaian motivasi kepada murid. Ini adalah merupakan antara cabaran kepada guru di sekolah untuk menghadapi murid dari kepelbagaian budaya, masyarakat dan kelas sosial. Dengan kemahiran motivasi ini, guru akan mudah untuk menarik murid untuk bermotivasi dan menanamkan sifat positif di dalam diri murid. Kebanyakkan murid sekarang kurang akan motivasi ini dan banyak
11

terpengaruh dengan media-media semasa yang sangat terbuka dan ini membuatkan mereka mudah kurang faham tentang sesuatu perkara yang sukar. Oleh itu ia merupakan tugas guru untuk menanamkan sifat-sifat yang baik kepada pelajar supaya mereka boleh menerima sesuatu perkara dengan positif dan bersifat terbuka. Semua ini bergantung kepada guru untuk terus bermotivasikan mereka dalam apa jua keadaan supaya suatu hari nanti masyarakat akan boleh saling menerima budaya masing-masing dan akan terus berada

dalam keadaan aman damai. Antara perkara yang perlu terapkan ialah sikap hormat menghormati, integrasi antara murid, komunikasi yang baik dan sikap tidak terus berputus asa. Ini penting kerana dengan sifat inilah suatu hari nanti murid dapat menyelesaikan sesuatu masalah bersama-sama. Sewaktu di dalam kelas guru boleh selitkan lawak jenaka dan lemparkan senyuman sesama murid. Perkara utama yang guru harus elakkan ialah hukuman yang melibatkan penderaan seperti rotan, tampar dan pukul dengan menggunakan benda. Ini kerana ia akan merenggangkan hubungan antara guru dan murid, perkara ini harus di elakkan terutama kesalahan tersebut melibatkan murid dari sesuatu budaya atau masyarakat kerana ia akan mudah menimbulkan salah faham antara guru, ibu bapa murid tersebut dan pihak lain. Kemudian, antara cabaran seterusnya kepada guru ialah menyediakan langkah-langkah pencegahan dalam membenteras masalah-masalah seperti melibatkan kaum, budaya dan masyarakat lain-lain. Pada masa ini banyak perkara masalah pelajar seperti penglibatan pelajar dalam kumpulan-kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan semangat-semangat perkauman dalam kalangan murid. Ini tidak baik untuk objektif membentukkan unsur-unsur perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kesepaduan ini akan berhasil sekiranya guru dan pihak sekolah boleh membenteras masalah-masalah asas seperti ini supaya murid boleh menanamkan sifat keterbukaan dan penerimaan budaya dan kaum lain dalam kehidupan harian mereka.

12

Antara langkah keselamatan yang boleh guru buat ialah melalui pemerhatian dan hasil selidik guru terhadap pelajar-pelajar yang menghadapi masalah di sekolah. Guru boleh terus berhubung dengan keluarga pelajar, guru juga harus memahami dan mengenali keluarga murid terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan kepada murid kerana ini akan menyukarkan guru untuk terus menyelesaikan masalah murid tersebut, terutama melibatkan pergaduhan murid berlainan budaya dan kaum. Perkara yang boleh dilihat pada masa ini ialah masyakat sering menyalahi masyarakat yang lain sekiranya berlakunya masalah yang sukar dibendung, sebarang masalah boleh di benteras dengan sifat bekerjama dan bersifat terbuka. Perkara ini yang perlu guru sampaikan kepada setiap pelajar di sekolah. Selain berfokuskan kepada kepelbagaian sosio budaya, guru juga berhadapan kepada kepelbagaian kelompok dalam kalangan pelajar di sekolah. Ini juga merupakan masalah yang perlu bakal guru sambut sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi kelak. Kepelbagain kelompok boleh diertikan sebagai kelas sosial di mana menurut Karl Marx menyatakan kelas sisoal terbahagi kepada lima iaitu kelas atasan, pertengahan atasan, pertengahan bawahan, pekerja dan kelas bawahan. Berpandukan kenyataan yang di atas ini menunjukkan guru mestilah bersikap terbuka dalam melayan setiap pelajar mereka di sekolah bukan bergantung kepada tahap ekonomi pelajar tersebut. Jika pelajar ada melakukan kesalahan maka ia tetap merupakan kesalah yang perlu guru selesaikan dengan adil dan saksama. Ini penting kerana terdapat sesetengah guru akan mengurangkan tindakan sekiranya murid berasal dari keluarga atasan, dan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pelajar dari kelas lain-lain ia akan menyukarkan hubungan guru dengan pelajar lain dan yang paling penting ialah hubungan pelajar sesama pelajar tersebut. Akhir sekali, guru mesti mendidik sikap merendah diri pada setiap murid supaya murid yang berasal dari keluarga yang berada akan sentiasa tidak berlebihlebih dan menunjuk-nunjuk dan ini akan mendatangakan perasaan tidak menyenangkan kepada pelajar lain dan akan boleh menjadi punca kepada pergaduhan yang mungkin akan menyukarkan guru.

13

Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Betul kata pujangga Usman Awang yang menulis bait keramat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru. Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang.

Seorang ahli psikologi Barat pernah menganalogikan seorang guru yang pintar ibarat walking dictionary kerana peranannya memberi arah kepada orang yang ingin bertanya sesuatu. Pun begitu, seorang guru yang proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra dengan sikap keterbukaan dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Seorang pelajar di Amerika Syarikat pernah dipetik sebagai berkata bahawa guru yang baik ialah guru yang mengajar muridnya seperti mana dia mahukan anak murid mengajarnya. Sekian terima kasih.

14

Perbezaantahap kecerdasanindiv idu

Polarisasidala mkalanganmuri d

Sensitivitikea gamaan

Berbezacarab erkomunikasi

Cabaran yang dihadapioleh guru


Berbezasikapindividut erhadapapaapakonflik yang timbul. Perbezaanpendekata nataucaradalammen yelesaikanmasalah

Perbezaansikapterhada ppendedahanpandanga nmasing-masing Berbezacaram enyelesaikanm asalah

Perbezaandalamp endekatanuntukm engetahuidanbelaj ar

Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum kaum lain menjadi kaum minoriti.
15

Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Merujuk kepada definisi yang ditakrifkan oleh ensiklopedia bebas Wikipedia, budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal hal berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua dua perkataan ini dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat. Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam menguruskan sebuah kelas yang mempunyai pelbagai etnik murid adalah amat mencabar kewibawaan seorang guru. Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dengan teliti supaya sensitiviti etnik atau budaya tidak disentuh dan supaya pegajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru, cabaran yang paling utama iaitu sensitiviti keagamaan. Dalam sebuah kelas yang mengandungi kepelbagaian etnik pasti bilangan agama atau kepercayaan yang dianuti juga banyak dan pelbagai. Contohnya, dalam kelas berkenaan terdapat murid Cina, India, Melayu dan bumiputera yang lainnya, maka agama yang dianuti oleh murid adalah seperti agama Islam, Buddha, Kristian, Sikh, Taoisme, Hindu dan sebagainya. Setiap satu
16

kepercayaan ini adalah berbeza dan memerlukan minda yang matang dalam memahami dan meghormati serta menerima perbezaan berkenaan. Masalah yang dapat dilihat di sini ialah apabila kanak-kanak sekolah rendah yang tidak memahami akan perbezaan tersebut, kanak-kanak yang tidak dibimbing dengan baik akan mempunyai persepsi yang berbeza akan agama-agama yang lain dari agama yang dianutinya. Apabilanya terjadi hal ini, mungkin bukan di bawah pengawasan guru, isi perkauman atau keagamaan akan timbul sekiranya tidak dibenteras dengan baik. Sebagai contoh, kanak-kanak amat gemar untuk mempermainkan perkara-perkara yang di mata mereka nampak lain dan lucu, contohnya seperti agama Sikh yang menggunakan serban di kepala. Mungkin ini akan menjadi bahan usikan mereka sehingga menimbulkan rasa tidak senang murid yang di usik berkenaan dan sekiranya guru tidak peka akan keadaan ini, hal kecil ini akan berlarutan dan akhirnya isu keagaama yang dipelihara bagaikan menatang minyak yang penuh akan terusik jua. Sebagai kesimpulannya, guru haruslah menjadi lebih peka akan persekitaran pembelajaran dalam bilik darajh bagi menggelakkan isu-isu berkenaan timbul. Guru juga mestilah meningkatkan ilmu mengenai perbezaan budaya dan agama setempat kerana tugas guru bukanlah sebagai pendidik cuma, tetapi bertindak sebagai agen perubahan pemikiran secara holistik. Cabaran kedua yang dihadapi oleh setiap guru yang mengajar kelas pelbagai etnik adalah perbezaan tahap kecerdasan individu murid. Setiap etnik mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza di mana ini bergantung kepada baka dan juga cara pemakanan. Ini adalah kerana setiap individu mempunyai ketidaksamaan perkembangan dari segi fizikal, mental, emosi, sosial dan juga kognitif di mana perkembangan ini dipengaruhi oleh tret yang diwarisi daripada ibu bapa seperti tret personaliti, emosinaliti serta pola tingkah laku seseorang murid, dalam bahasa yang lebih mudah perkembangan kanak-kanak juga secara tidak langsung dipengaruhi oleh etnik asal kanak-kanak tersebut. Merujuk kepada Slavin (1997), di mana beliau telah mengaitkan teori baka dengan perkembangan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. Sebagai contoh yang boleh diberikan, murid cina kebanyakkannya pada peringkat awal sukar untuk menguasai
17

matapelajaran bahasa Melayu tetapi mudah untuk menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana kebanyakkan masyarakat cina tidak

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam percakapan seharian tetapi lebih menggunakan bahasa ibunda mereka dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Hal ini bertentangan pula dengan murid bumiputera yang kebanyakkannya sukar untuk menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris, di mana hal ini terjadi adalah kerana peratusan besar pelajar bumiputera

menggunakan bahasa Melayu ataupun bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantaraan ketika berbicara manakala bahasa Inggeris Cuma akan digunakan semasa kelas Bahasa Inggeris berlangsung. Ini menyebabkan kurangnya pendedahan kepada murid bumiputera tentang penggunaan bahasa Inggeris dengan lebih baik. Hal ini adalah sehubungan dengan budaya sesuatu etnik yang lebih menumpukan pada penggunaan bahasa Melayu ataupun bahasa ibunda masing-masing dalam berkomunikasi. Pendedahan yang kurang juga membuatkan perbezaan dari segi tahap kogntif murid-murid di mana ini dapat di lihat dalam situasi bilik darjah murid berbangsa apa yang cepat memahami sesuatu matapelajaran dan murid manakah yang lemah dalam memahami sesuatu mataelajaran yang diambil. Kepelbagaian etnik dan kaum juga menyumbang kepada pembentukan keperibadian individu yang berbeza. Tuntasnya di sini, cabaran perbezaan individu dalam konteks hubungan antara etnik memberikan satu cabaran yang baru kepada guru dalam tampil lebih efektif dan kreatif dalam mengurangkan implikasi daripada

permasalahan tersebut. Guru yang cemerlang adalah guru yang sentiasa bijak dalam mencari jarum di dalam timbunan jerami, iaitu pada kata lainya, bijaksana dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang rumit. Cabaran yang ketiga yang seringkali dihadapi oleh warga pendidik ialah polarisasi dalam kalangan murid. Maksud istilah `polarisasi ialah kecenderungan kepada sesuatu pihak dari segi pendapat atau tindakan. Maksud lain ialah perbezaan yang dilihat berdasarkan warna kulit, kedudukan, pencapaian, dan sebagainya. Sebagai contohnya, murid mengelompokkan diri mengikut kaum dan etnik di dalam bilik darjah di mana ini telah menimbulkan polarisai dalam kalangan murid. Selain daripada itu, murid yang berkawan mengikut etnik ataupun mengikut pencapaian dalam bilik darjah merupakan salah satu bentuk polarisasi dalam
18

konteks bilik darjah. Guru dapat melihat isu polarisasi ini timbul apabila murid mula membuat kumpulan sendiri mengikut kaum, mengasingkan kawan yang berasal dari kaum yang berbeza dan minoriti dalam kelas berkenaan dan kurangnya kerjasama dalam bilik darjah. Walaupun sentimen perkauman masih bukan lagi menjadi wahana dalam minda kecil mereka, tetapi sekiranya perkara ini tidak dibendung dengan cermat dan teratur, ini akan menjadi budaya dalam diri murid yang akan dibawa sehingga mereka meningkat dewasa. Polarisasi ini akan terbentuk dengan sendirinya iaitu apabila murid tidak mencapai persefahaman dengan rakan berbangsa lain tetapi dapat bekerjasama dengan baik dengan rakan sebangsa ataupun melalui peranan guru itu sendiri. Guru akan menimbulkan isi polarisasi dalam kalangan murid apabila guru mengkelompokkan murid mengikut kaum contohnya seperti menyusun tempat duduk murid mengikut etnik ataupun mengikut agama. Murid secara tidak langsung akan lebih rapat dan selesa dalam kelompok yang telah ditetapkan oleh guru dan secara langsung atau tidak, polarisasi akan wujud. Polarisasi ini seperti epidemik, di mana ia akan merebak seluas-luasnya dalam komuniti sekiranya langkah pencegahan ataupun vaksin yang

menutralkannya tidak disuntik kepada individu yang terlibat dan yang berpotensi terjangkit. Di sini dapat disimpulkan bahawa isu polarisasi ini merupakan barah dalam pendidikan, di mana saya kecilkan skop, dalam bilik darjah. Ini adalah menjadi tanggungjawap kepada guru dalam mengelakkan isu ini menjadi lebih kronik di mana kita ada satu matlamat negara iaitu demi melahirkan masyarakat 1 Malaysia yang bersatu-padu selaras dengan amanat YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Seterusnya, cabaran atau halangan yang dihadapi dalam bilik darjah yang mempunyai kepelbagaian kaum ialah berbeza cara komunikasi. Ini adalah merujuk kepada fahaman yang diwujudkan oleh Marcelle, DuPraw dan Axner; gaya komunikasi merujuk kepada penggunaan bahasa dan komunikasi bukan verbal. Di mana kita boleh lihat dua orang yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza, malah dari budaya yang sama boleh mempunyai penggunaan bahasa yang berbeza. Individu Melayu Utara dikenali dengan individu yang tampil bersuara lantang dan bernada tinggi ketika berbual adalah diterima tetapi di sesetengah kawasan dan budaya, budaya seperti itu dianggap sebagai tidak sopan dan tidak
19

sesuai untuk perbualan dengan sesetengah orang. Manakala dalam perbualan warga yang lebih tua, penggunaan kata ganti diri aku-hang adalah diterima dan digunakan dengan meluas. Begitu juga dengan perbualan dialek Melayu di Pantai Timur, terdapat penggunaan kosa kata yang menggelirukan pemahaman pengguna bahasa Melayu standard. Contoh perkataan yang digunakan adalah kata selalu di mana membawa maksud sekarang. Jika dilihat perkara ini di dalam bilik darjah, terdapat implikasi yang tersendiri kesan daripada perkara ini contohnya

ketidaksefahaman murid antara satu sama lain. Di mana sebagai contohnya, seorang murid tersebut tidak bermaksud untuk menghina atau memperlekehkan rakannya, tetapi disebabkan terdapat perbezaan dalam cara berkomunikasi individu mengikut etnik dan budaya, maka akan terjadi satu salah faham dan mencetuskan pergaduhan antara murid. Di sini peranan guru menjadi lebih penting demi menggelakkan perkara seumpama itu tidak berlaku atau berulang. Guru harus faham mengenai kelaianan yang ada antara individu murid demi menggelakkan salah faham hasil dari gaya komunikasi yang berbeza. Cabaran yang seterusnya yang dihadapi oleh guru adalah perbezaan sikap individu murid terhadap apa-apa konflik yang timbul.Murid mungkin ada yang telah terdidik dalam keluarga yang mengamalakan perbincangan sekiranya timbul konflik di mana mereka ini akan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi masalah di mana mereka akan memberikan pelbagai pandangan yang berbeza dalam menyelesaikan sesuatu konflik yang timbul. Bagi kelompok murid ini, perbincangan dalam bentuk perbincangan dan bersemuka adalah sesuai. Selain daripada itu, terdapat juga segelintir murid yang terdidik dalam suasana keluarga yang tidak mengamalkan perbincangan secara terbuka ini, tetapi lebih kepada perbincangan tertutup. Mereka percaya bahawa perbincangan secara terbuka agak menjatuhkan air muka seseorang sekiranya konflik yang terjadi melibatkan seseorang individu tersebut. Bagi mereka perbincangan secara tertutup atau bertulis adalah lebih sesuai. Jika di dalam bilik darjah, guru haruslah bijak dalam mengenal pasti muridmurid tergolong dalam kelompok yang terbuka atau tertutup ketika menghadapi konflik. Ini boleh dilaksanakan dari masa ke semasa dengan pemerhatian guru terhadap sikap murid bila menghadapi masalah. Ini adalah penting dalam

20

memastikan kesinambungan pengajaran berjalan dengan lancar dan juga demi mengelakkan murid dari berasa tidak selesa ketika berada di dalam kelas. Guru juga menghadapi cabaran seperti murid yang mempunyai perbezaan pendekatan ataupun cara dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Dalam setiap budaya yang ada, masing-masing mempunyai gaya dan cara yang tersendiri dalam menyiapkan kerja ataupun tugasan. Antara faktor yang dapat disenaraikan ialah ialah akses kepada bahan sumber, pandangan terhadap ganjaran yang akan diterima sekiranya selesai melaksanakan tugasan, pandangan terhadap kepentingan masa, pandangan terhadap hubungan kerjasama dalam pasukan dan perkaitannya dengan penyediaan tugasan. Ini adalah kerana setiap individu mempunyai latar belakang membesar dengan budaya yang berbeza. Ada murid yang mempunyai personaliti yang positif adalah hasil daripada pembentukan sahsiah yang baik sedari kecil, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu juga dengan murid yang mempunyai personaliti yang sebaliknya. Jesteru, terdapat murid yang terus berusaha menyiapkan tugasan tanpa mengambil kira hubungan dengan orang lain, terdapat murid yang mendapatkan bahan rujukan dan berkongsi hanya dengan kelompok rakan rapat sahaja, terdapat juga murid yang bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan sekiranya ada ganjaran atau hadiah yang diberikan. Begiru juga dengan sebaliknya, terdapat murid yang mempunyai sikap sambil lewa dalam menyiapkan tugasan, membuat tugasan dengan sikap asal siap dan acuh tak acuh serta yang sebagainya. Peranan yang dapat dimainkan oleh guru di sini ialah, guru haruslah peka akan perbezaan ini dan memberikan nasihat kepada murid yang mempunyai personaliti yang bermasalah terhadap tugasan. Guru juga perlu memberikan peneguhan kepada murid yang mempunyai sikap yang positif ketika melaksanakan tugasan, contohnya dengan memberikan kata-kata semangat dan pujian ketika murid berkenaan menyiapkan tugasan lebih awal atau tepat pada masa yang telah ditetapkan. Ini akan menjadi perangsang kepada murid untuk tampil lebih baik pada masa hadapan. Seterusnya antara cabaran guru dalam menghadapi keunikan perbezaan individu murid berbeza budaya dan etnik adalahberbeza cara menyelesaikan masalah. Gaya bagi menyelesaikan masalah turut bergantung kepada peganggan sesuatu budaya di mana terdapat budaya yang mengamalkan perkongsian tanggungjawab
21

dan penurunan kuasa terhadap anggota lain dalam masyarakat atau keluarga. Sebaliknya pula, terdapat juga budaya yang mengutamakan tanggungjawab individu dalam menyelesaikan masalah dan manakala terdapat juga budaya yang mengamalkan permuafakatan dan persetujuan bersama dalam menyelesaikan masalah. Murid dalam sesebuah kelas adalah berasal dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Ini memberikan keunikan yang dalam setiap diri murid-murid dalam mengamalkan amalan yang berbeza dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Situasi ini boleh dikaitan dengan pendekatan kepimpinan dalam keluarga yang berlainan, samaada keluarga yang mengamalkan kepimpinan autoritatif, demokratis dan permisif. Kepimpinan gaya autoritatif adalah satu bentuk kepimpinan yang mementingkan kewibawaan dan disiplin. Ia merupakan cara dalam membentuk anak dengan disiplin dengan ketelitian tertentu yang akan menghasilkan seorang anak yang patuh dan berdisiplin serta taat kepada ibu bapa. Kepimpinan gaya demokratis pula gaya kepimpinan ibu bapa yang mementingkan kekuatan karekteristik anak mereka dalam membentuk mereka di mana mereka menggunakan kelebihan anak mereka dalam memotivasikan mereka dalam kehidupan. Hasil kepimpinan gaya ini akan melahirkan murid yang mempunyai motivasi dan jati diri yang tinggi. Kemudian, kepimpinan gaya pemisif pula adalah satu kepimpinan yang sangat liberal di mana ibu bapa memberikan kebebasan yang sepenuhnya dalam menentukan hala tuju anak mereka. Mereka percaya bahawa sesuatu perkara akan dapat dilaksanakan dengan baik sekiranya anak mereka mempunyai minat terhadap perkara tersebut. Tuntasnya di sini, perspektif pandangan murid dalam gaya menyelesaikan masalah adalah tertakluk kepada pembentukan dari rumah atau daripada budaya atau etnik asal mereka. Guru hendaklah faham situasi ini dan mengambil langkah yang sewajarnya demi mengelakkan cabaran seperti ini menjadi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Isi yang seterusnya ialah, perbezaan sikap terhadap pendedahan pandangan masing-masing. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza terhadap sikap berterus-terang baik tentang emosi dan perasaan, sebab musabab perbalahan atau maklumat peribadi. Terdapat murid yang terlampau jujur dalam

mengekpresikan perasaannya sehinggakan menimbulkan suasana yang kurang selesa dalam kalangan rakan sekelasnya. Ada juga segelintir murid yang
22

mempunyai masalah intrapersonal ataupun mempunyai masalah komunikasi sosial, mereka lebih cenderung memendam perasaan dan emosi, ini akan mendatang masalah terutama terhadap diri mereka sendiri. Tugas guru adalah mengenal-pasti permasalah seperti ini supaya tidak menjadi kudis dalam kehidupan sekolah muridmurid. Guru perlulah memberikan nasihat yang bernas dan bersesuaian bagi murid yang mempunyai sikap cakap lepas dan membantu murid yang mempunyai masalah komunikasi dengan bentuk dan hidupkan watak dari dalam dirinya. Guru juga boleh membantu murid berkenaan dengan menggalakkan murid tersebut bercakap mengenai perasaan dan emosinya. Perbezaan individu seperti inilah yang menjadikan setiap individu tersebut unik dan istimewa. Isi yang terakhir adalah perbezaan dalam pendekatan untuk mengetahui atau belajar. Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam proses mengetahui ataupun belajar. Budaya barat lebih mengamalkan atau mengutamakan pemikiran kognitif manakala Timur lebih kepada kesahihan maklumat atau fakta. Terdapat juga budaya yang memfokuskan aspek afektif, muzik dan pergerakan. Oleh kerana itu, murid mempunyai gaya belajar masing-masing. Malah pelajar lelaki dan perempuan mempunyai gaya fikiran dan gaya belajar yang berbeza. Lantaran itu, guru harus mengesan gaya fikiran dan gaya belajar muridnya dan menyesuaikan gaya pengajaran dengan gaya belajar murid agar mereka dapat belajar dengan lebih berkesan dan efektif. Perbezaan dan keunikan setiap individu hendaklah dipandang serius oleh para pendidik supaya sesi pengajaran dan pembelajaran seharian murid dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efektif. Sebagai kesimpulan keseluruhan, cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar dalam kelas murid pelbagai etnik adalah setiap murid mempunyai latar belakang yang berbeza di mana setiap satu individu itu tersendiri membesar dalam suasana budaya yang berbeza walaupun berasal dari etnik yang sama. Budaya bukan sahaja merangkumi budaya kemasyarakatan malahan budaya kehidupan sesebuah keluarga itu sendiri yang mencorakkan setiap individu. Ini adalah menjadi satu tugas yang perlu digalas oleh warga pendidik dengan jayanya dalam memahami perbezaan corak budaya, etnik atau bangsa seseorang murid itu di dalam bilik darjah. Ini adalah penting dalam memastikan kesinambungan pengajaran yang berkesan dapat dikekalkan dengan baik dan saksama demi melahirkan
23

seorang individu yang seimbang, selaras dengan matlamat dasar Pendidikan Kebangsaan.

24

Vous aimerez peut-être aussi