Vous êtes sur la page 1sur 2

Badak sumbu merupakan mamalia yang diancam kepupusan.

Dianggarkan hanya ada enam populasi di alam liar atau tinggal 300 ekor sahaja. Punca kepupusan badak sumbu adalah disebabkan oleh pemburuan haram dan penebangan hutan. Tambahan lagi, badak sumbu merupakan haiwan yang lambat membiak. Badak sumbu melahirkan anak seekor dalam jangka masa yang lama. Bagaimana badak sumbu mengekalkan kemandirian spesisnya?

Keluarga badak sumbu berciri bersaiz besar dengan kesemua spesis mampu mencapai berat sehingga satu tan. Saiz badak sumbu yang besar boleh melindungi haiwan tersebut daripada ancaman haiwan lain. Badak sumbu mempunyai kulit perlindungan yang tebal, setebal 1.55 cm, dan bertanduk besar sebagai pelindung diri badak sumbu biasanya makan bahan berdaun, badak sumbu berupaya menyimpan makanan dalam kolon (perut tengah) membenarkan mereka hidup memakan bahan tumbuhan lebih berfiber, jika perlu. Badak sumbu mempunyai mulut yang muncung dan kuat bagi menghancurkan makanan tumbuh-tumbuhan. Badak sumbu mempunyai tanduk yang kukuh. Ada badak sumbu mempunyai satu tanduk dan ada badak sumbu yang mempunyai dua tanduk. Ia juga memiliki deria pendengaran dan bau yang tajam tetapi mata yang kabur. Kebanyakannya mampu hidup sehingga 60 tahun atau lebih lama dari itu. Badak Badak Sumbu India boleh mencapai ketinggian dari 5.76.7 kaki dan boleh mencapai 13 kaki (4.0 m) tinggi. Badak Sumbu India mempunyai satu tanduk yang boleh mencapai panjang di antara 20 sentimeter dan 101 sentimeter. Badak melahirkan satu anak dan mengambil masa yang lama untuk melahirkan anak lagi. Walau bagaimanapun, badak akan menjaga anaknya sehingga dewasa dan matang untuk memastikan anaknya hidup dengan baik. Kelebihan yang ada pada badak sumbu membantunya untuk meneruskan kelangsungan hidup meskipun ia dikategorikan dalam haiwan yang hampir pupus.