Vous êtes sur la page 1sur 8

Pada hari Rabu bersamaan 19 September 2012, buat julung kalinya Jabatan Matematik telah menganjurkan Konsert Mini

yang diadakan berserta Pameran Geometri iaitu bertempat di dewan besar IPG, Kampus Pendidikan Teknik, Kuala Lumpur bermula pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 3 petang. Sebenarnya, konsert mini dan pameran geometri ini diadakan bagi memenuhi salah satu komponen dalam kerja kursus untuk kursus MTE 3103 iaitu Geometri. Konsert Mini dan Pameran ini adalah dibawah anjuran daripada Jabatan Matematik, IPG Kampus Pendidikan Teknik dengan kerjasama jawatankuasa kursus Geometri 2 PISMP Matematik 2012. Konsert Mini ini adalah salah satu aktiviti yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini memandangkan ia merupakan kali pertama dianjurkan oleh Jabatan Matematik. Sehubungan itu, seramai 44 orang pelajar dalam kumpulan 2 PISMP Matematik ambilan Januari 2012 akan mengambil bahagian dalam Konsert Mini dan Pameran ini. Pada pukul 8 pagi, kesemua ahli kumpulan 2 PISMP Matematik yang terlibat telah membuat persiapan akhir menguruskan tempat pameran. Pelajar-pelajar iaitu daripada semester 3 ppsimp, 4 pismp, 6 pismp dan 8 pismp telah mula hadir ke dewan untuk pendaftaran mengikut kelas masing-masing. Tepat pukul 8.45 pagi, kelihatan ketibaan Pengarah yang diiringi oleh para pensyarah dan juga pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik. Selepas Pengerusi Majlis (MC) telah selesai berucap memberi katakata aluan, kesemua warga dewan telah berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku dan IPGM. Kemudian diikuti dengan bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa, Ketua Jabatan Matematik iaitu Puan Norehan Binti Shaharoun telah memberi ucapan. Seterusnya, ucapan diikuti oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik iaitu Dr. Mahmud Bin Yahaya. Perasmian telah dijalankan oleh pengarah sendiri selepas selesai sahaja beliau memberikan ucapan. Terdapat juga gimik semasa upacara perasmian dilakukan.

Ucapan daripada Timbalan Pengarah

Gimik perasmian

Upacara perasmian oleh Timbalan Pengarah Konsert mini telah berlangsung selepas selesai upacara perasmian dijalankan. Dalam konsert mini ini terdapat beberapa kumpulan yang terlibat iaitu daripada kelas matematik 3 Pismp Matematik 1 dan juga Matematik 2. Mereka perlu membuat persembahan dengan mengaitkan topik-topik matematik yang telah mereka pelajari mengikut gaya dan kreativiti oleh kumpulan masing-masing. Terdapat kumpulan yang membuat persembahan seperti nyanyian, lakonan, pentomin dan lain-lain lagi. Semua kumpulan telah memberi komitmen yang sangat tinggi dalam persembahan yang mereka sampaikan. Hal ini kerana mereka telah membuat persiapan rapi dengan mengadakan latihan berulang kali semata-mata ingin memastikan kumpulan mereka dapat membuat satu persembahan yang terbaik di hadapan umum. Setiap persembahan yang mereka lakukan akan dinilai oleh para juri yang terlibat. Antara juri yang bertanggungjawab menilai persembahan mereka ialah pensyarah-pensyarah dari jabatan Matematik. Pemarkahan bagi setiap kumpulan akan diambilkira mengikut beberapa kategori yang telah ditetapkan oleh juri. Antara kategori yang akan dinilai oleh juri berdasarkan persembahan pelajar ialah dari segi konsep
3

yang mereka sampaikan, kreativiti persembahan, kerjasama dalam kumpulan, penggunaan prop dan dari segi penggunaan masa yang telah juri tetapkan. Masa yang diberikan kepada setiap kumpulan untuk membuat persembahan adalah selama 10 minit hingga 15 minit. Kumpulan yang membuat persembahan melebihi akan ditolak markah mereka jika melebihi masa yang diberikan.

Persembahan lakonan oleh pelajar

Ada pelajar turut mempersembahkan nyanyian Sebenarnya, setiap kumpulan akan bertanding untuk merebut tempat pertama. Selepas selesai konsert mini, semua warga dewan dihiburkan dengan persembahan khas oleh beberapa pelajar 2 pismp Matematik 2. Mereka telah mempersembahkan tarian yang sangat menarik. Sementara persembahan itu diadakan, para juri boleh mengambil waktu untuk menentukan kumpulan yang layak menang dalam konsert mini. Pada pukul 10.50 pagi, upacara penyampaian hadiah dijalankan. Hadiah yang diberikan adalah mengikut kategori iaitu juara, naib juara dan tempat ketiga. Markah yang ditentukan oleh setiap kumpulan sebenarnya menepati kriteria-kriteria yang telah ditentukan. Akhirnya, tempat pertama dalam konsert mini telah dimenangi oleh kumpulan dari kelas Matematik 2.

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Penerimaan hadiah oleh pelajar

Selepas upacara penyampaian hadiah dijalankan, semua warga dewan diminta pergi ke tapak pameran yang berlangsung di hadapan dan luar dewan. Terdapat tujuh stesen semuanya yang perlu dilawati. Tanpa berlengah, timbalan pengarah telah membuat lawatan ketujuh-tujuh stesen pameran dan mendapatkan penjelasan bagi setiap stesen daripada pelajar yang terlibat.

Lawatan Timbalan Pengarah ke tapak pameran Sebenarnya, tempoh masa yang diberikan kepada pelajar untuk menghias setiap booth pameran hanyalah dua hari. Walaupun tempoh masa yang diberi kepada pelajar terlalu singkat namun mereka telah berjaya menyiapkan dan mengemaskinikan pameran mereka dengan cantik dan kreatif.

Lokasi pameran matematik yang dihiasi dengan info-info matematik

Pelajar melawat pameran matmatik yang disediakan Tepat pada pukul 3.00 petang, pameran tamat dan semua warga dewan bersurai kecuali pelajar 2 pismp Matematik 2 yang masih lagi perlu berada di dewan bagi membersihkan dewan.

Vous aimerez peut-être aussi