Vous êtes sur la page 1sur 23

‫ﺃﻛﺎﺩﻳﻤﻴﺔ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ‬

‫‪AKADEMI IMAM SYAFI’E‬‬


‫ﺖ‬
 ‫ﺘ‬‫ﺒ‬‫ﻧ‬‫ﺔ ﹶﺃ‬ ‫ﺣﺒ‬ ‫ﻤﹶﺜ ﹺﻞ‬ ‫ﻪ ﹶﻛ‬ ‫ﺳﺒﹺﻴ ﹺﻞ ﺍﻟﻠﱠ‬ ‫ﻲ‬‫ﻢ ﻓ‬ ‫ﻬ‬ ‫ﺍﹶﻟ‬‫ﻣﻮ‬ ‫ﻔﻘﹸﻮ ﹶﻥ ﹶﺃ‬ ‫ﻨ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻳ‬‫ﻣﹶﺜ ﹸﻞ ﺍﻟﱠﺬ‬
‫ﺎ ُﺀ‬‫ﻳﺸ‬ ‫ﻦ‬ ‫ﻤ‬ ‫ﻟ‬ ‫ﻒ‬
 ‫ﻋ‬ ‫ﺎ‬‫ﻳﻀ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﺍﻟﻠﱠ‬‫ﺔ ﻭ‬ ‫ﺣﺒ‬ ‫ﺎﹶﺋ ﹸﺔ‬‫ﺔ ﻣ‬ ‫ﺒ ﹶﻠ‬‫ﻨ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﻲ ﹸﻛﻞﱢ‬‫ﺎﹺﺑ ﹶﻞ ﻓ‬‫ﺳﻨ‬ ‫ﻊ‬ ‫ﺒ‬ ‫ﺳ‬
‫ﻢ‬ ‫ﻴ‬‫ﻋﻠ‬ ‫ﻊ‬ ‫ﺳ‬ ‫ﺍ‬‫ﻪ ﻭ‬ ‫ﺍﻟﻠﱠ‬‫ﻭ‬
261:‫ﺍﻟﺒﻘﺮﺓ‬

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan


hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji
benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-
tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan
(ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi
sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya.
(Surah al-Baqarah : 261)

2
PENGENALAN

AKADEMI IMAM SYAFI’E (AIS) adalah sebuah badan bukan


kerajaan (NGO) yang bukan bermatlamatkan keuntungan yang
ditubuhkan sebagai sebuah ikatan Amanah pada Zulqaedah 1429H
bersamaan Disember 2008.

Tujuan-tujuan utama penubuhan AIS adalah seperti berikut:


(a) Menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan dan pendidikan
bagi kepentingan umat Islam, khususnya anak-anak
yatim, anak-anak ibu tunggal dan anak-anak faqir
miskin.
(b) Melaksanakan kegiatan da'wah dan pembangunan
komuniti untuk memberi khidmat kebajikan dan
penyebaran Islam kepada masyarakat terutamanya
golongan kurang bernasib baik.
(d) Menjadi wadah bagi menggembleng usaha dan tenaga
rakyat Malaysia untuk meningkatkan kapasiti umat
Islam dalam membina dayasaing dengan bangsa-bangsa
lain di negara ini.
(f) Mewujudkan kerjasama dengan badan-badan di
peringkat nasional dan internasional dalam usaha
mencapai tujuan-tujuan di atas.

3
:‫ﻣﺎ ﻣﻦ ﻳﻮﻡ ﻳﺼﺒﺢ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩ ﻓﻴﻪ ﺇﻻ ﻣﻠﻜﺎﻥ ﻳﱰﻻﻥ ﻓﻴﻘﻮﻝ ﺃﺣﺪﳘﺎ‬
‫ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺃﻋﻂ ﳑﺴﻜﹰﺎ ﺗﻠﻔﹰﺎ‬:‫ ﻭﻳﻘﻮﻝ ﺍﻵﺧﺮ‬،‫ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺃﻋﻂ ﻣﻨﻔﻘﹰﺎ ﺧﻠﻔﺎﹰ‬
(‫) ﺍﻟﺼﺤﻴﺤﲔ‬
Terdapat dua Malaikat yang akan berdoa
pada setiap pagi untuk seseorang hamba dengan
doanya : Ya Allah kurniakanlah kepada mereka yang
infaq (sedekah) gantian dan seorang lagi akan derdoa :
Ya Allah hilangkanlah daripada mereka yang menahan
dari infaq. (Riwayat Bukhari & Muslim)

4
PROJEK

Bagi merealisasikan matlamat penubuhan AIS, beberapa projek


jangka pendek dan jangka panjang telah dirancang untuk
dilaksanakan. Projek-projek ini akan dilaksanakan dalam beberapa
fasa bergantung kepada kemampuan kewangan yang dimiliki.

KOMPLEKS PENDIDIKAN AKADEMI IMAM SYAFI’E

Dalam fasa pertama AIS akan mengorak langkah menubuhkan


Kompleks Pendidikan AIS yang akan merangkumi Masjid dan Asrama
anak-anak yatim dan miskin.

Peranan utama Kompleks ini ialah menguruskan penempatan serta


pendidikan pelajar-pelajarnya. Kurikulum pendidikan AIS adalah
gabungan diantara pengetahuan akademi dan agama melalui
kurikulum pendidikan Kementerian Pelajaran, Majlis Agama Islam
Negeri dan kurikulum AIS. Gabungan ketiga-tiga kurikulum ini
bertujuan melahirkan anak-anak bangsa yang mempunyai
latarbelakang pendidikan agama, tahfiz dan sains demi memenuhi
keperluan Ummah di masa hadapan.

5
‫ ﺃﻭ‬،‫ ﺻﺪﻗﺔ ﺟﺎﺭﻳﺔ‬:‫ﺇﺫﺍ ﻣﺎﺕ ﺍﻹﻧﺴﺎﻥ ﺍﻧﻘﻄﻊ ﻋﻤﻠﻪ ﺇﻻﹼ ﻣﻦ ﺛﻼﺙ‬
‫ ﺃﻭ ﻭﻟﺪ ﺻﺎﱀ ﻳﺪﻋﻮ ﻟﻪ‬،‫ﻋﻠﻢ ﻳﻨﺘﻔﻊ ﺑﻪ‬
(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬
Apabila matinya insan, terputuslah segala amalannya
kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang diambil
manfaat darinya, anak yang soleh yang mendoakanya.
(Riwayat Muslim)

6
KONSEP

AIS akan membangunkan Kompleks Pendidikan yang terdiri dari


sebuah masjid dan asrama anak-anak yatim atau miskin di tapak
tanah wakaf persendirian Hj Abdul Razak Daud di Kg Kuau, Bachok,
Kelantan. AIS akan menguruskan pengendalian masjid, asrama dan
semua urusan berkaitan pendidikan anak didiknya. AIS akan
mengadakan Perjanjian Persefahaman dengan Yayasan Islam
Kelantan (YIK) iaitu badan yang mengendalikan pendidikan agama
menengah di negeri Kelantan. Ia bertujuan untuk menempatkan
pelajar-pelajar AIS di sekolah-sekolah dibawah kelolaan YIK. Aliran
pendidikan yang dipilih hanyalah gabungan Pendidikan Islam dan
Sains sahaja.

Pelaksanaan kurikulum tambahan pula akan diuruskan oleh AIS


meliputi komponen, Tahfiz al-Quran, Pengajian Tafaqquh dan
Kemahiran Insaniah. Kesemua kos pendidikan pelajar-pelajar
tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh AIS.

MATLAMAT

Penubuhan Kompleks Pendidikan AIS adalah bertujuan untuk


menyediakan sistem penjagaan dan pendidikan komprehensif
berteraskan konsep kesepaduan ilmu dalam sistem pendidikan
Islam bagi anak-anak yatim dan miskin. Ini sejajar dengan usaha-
usaha meningkatkan kualiti hidup dikalangan masyarakat Islam di
Malaysia khususnya anak-anak yatim serta miskin.

7
‫ ﻭﺍﻣﺴﺢ ﻋﻠﻰ ﺭﺃﺱ‬،‫ﺇﺫﺍ ﺇﺭﺩﺕ ﺗﻠﻴﲔ ﻗﻠﺒﻚ ﻓﺄﻃﻌﻢ ﺍﳌﺴﻜﲔ‬
(‫ﺍﻟﻴﺘﻴﻢ )ﺭﻭﺍﻩ ﺃﲪﺪ‬
Apabila kamu mahukan ketenangan hati maka berilah
makan kepada orang-orang miskin dan usapkanlah
kepala anak yatim
(Riwayat Ahmad)

8
Hasrat dan cita-cita ini dirancang untuk merealisasikan perkara-
perkara berikut:
Mendidik anak-anak yatim atau miskin dengan pendidikan
Islam dan akademik
Menyediakan keperluan jagaan dan pendidikan yang
sempurna bagi anak-anak yatim atau miskin.
Menyelia dan menyelaras kurikulum tambahan seperti:
o Tahfiz al-Quran
o Pengajian Tafaqquh
o Kemahiran Insaniah
Menjadi pusat pergembangan Syiar Islam dengan konsep
pusat pendidikan terbuka serta pusat khidmat masyarakat
bagi penduduk setempat.

KURIKULUM PENDIDIKAN AIS

Pendidikan Formal: Mengikuti pengajian aliran sains agama di


sekolah agama kelolaan YIK.
Program Tahfiz
o 6 Juzu’ setahun. (30 Juzu’ dalam tempoh 5 tahun)
Pengajian Tafaqquh.
o Empat kali seminggu melibatkan:
 ‘Aqidah
 Tafsir
 Hadis
 Feqh
Kemahiran Insaniah:
o Kemahiran Keusahawan.
o Kemahiran Vokasional
9
‫ﻣﻦ ﺑﲎ ﷲ ﻣﺴﺠﺪﺍ ﻭﻟﻮ ﻛﻤﻔﺤﺺ ﻗﻄﺎﺓ ﻟﺒﻴﻀﻬﺎ ﺑﲎ ﺍﷲ ﻟﻪ ﺑﻴﺘﺎ‬
(‫ﰲ ﺍﳉﻨﺔ ) ﺭﻭﺍﻩ ﺃﲪﺪ‬
Sesiapa yang membina masjid kerana Allah
sekalipun seluas tempat burung mengerang
telurnya nescaya Allah akan bina rumah
untuknya di syurga
(Riwayat Ahmad)

10
o Kemahiran Komunikasi.

BAHASA PENGANTAR

Pelajar-pelajar akan ditekankan untuk menguasai:


B.Malaysia,B.Arab dan B.Inggeris.

YURAN

Ditaja sepenuhnya oleh AIS

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Beragama Islam
Anak-Anak Yatim
Anak-Anak Miskin
Minimun 3A UPSR atau;
Lulus Ujian Kemasukan AIS

JUMLAH PELAJAR PADA SETIAP KEMASUKAN

20 Pelajar setiap pengambilan dengan jumlah maksima


seramai 100 penuntut.

LOKASI:

Lot 291, Kampung Kuau, Bachok, Kelantan. Waqaf keluarga Hj


Ab.Razak Daud.

11
(‫)ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ‬....‫ﻣﺎ ﻧﻘﺼﺖ ﺻﺪﻗﺔ ﻣﻦ ﻣﺎﻝ‬
Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan…
(Riwayat al-Tirmizi)

12
WARGA KERJA

JAWATAN KELAYAKAN MINIMUN


Pengetua Ijazah Sarjana Muda Pengajian
Islam dan pengalaman
mengurus pusat pendidikan
Islam tidak kurang dari setahun.
Setiausaha Diploma dalam bidang berkaitan
Guru Tahfiz Ijazah Sarjana Muda atau
setaraf dan al-Hafiz.
Tukang Masak Pengalaman tidak kurang dari
setahun
Pembantu Am SPM dan berperibadi muslim.
Pemandu Lesen memandu yang berkaitan
dan berperibadi muslim.

JADUAL HARIAN

5.00 AM Siapkan diri


6.00 AM Solat Subuh
6.10-7.00 AM Tilawah Quran
7.00 - 7.20 AM Sarapan
7.45 - 1.30 PM Sessi Pengajian di Sekolah Agama YIK
1.30 - 3.00 PM Solat Zohor, Makan Tengahari & Siapkan Diri
3.00 - 5.00 PM Kelas Tahfiz & Solat Asar
5.30 - 6.00 PM Riadhah
6.00 - 10.30 PM Siapkan Diri & Makan Malam.
Solat Maghrib, Kelas Tafaqquh, Solat Isya’
Ulangkaji Pelajaran & Hafalan
11.00 PM Tidur.
13
‫ ﻭﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﺗﻄﻔﻰﺀ ﺍﳋﻄﻴﺌﺔ ﻛﻤﺎ‬:‫ﻗﻮﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬

(‫ﺗﻄﻔﻰﺀ ﺍﳌﺎﺀ ﺍﻟﻨﺎﺭ )ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ‬


Sedekah itu akan menghapuskan kesalahan (dosa)
sepertimana air memadamkan api.

14
KEWANGAN

AIS memerlukan sumber kewangan secara tajaan atau sumbangan


untuk membiayai kos perbelanjaan menyiapkan infrastruktur dan
kos perbelanjaan bulanan. Berikut adalah anggaran kos yang
diperlukan:

ANGGARAN KOS INFRASTRUKTUR:

PERKARA JUMLAH
Masjid RM400,000.00
Asrama RM400,000.00
Bas Sekolah RM80,000.00
Kelengkapan masjid & asrama RM120,000.00
JUMLAH RM1,000,000.00

CADANGAN BANGUNAN

Kompleks AIS ini dirancang supaya dapat menampung seramai 100


pelajar pada satu-satu masa. Kompleks ini mengandungi komponen
berikut :
Sebuah Masjid tiga tingkat berukuran 40’ X 65’ iaitu; dua
dewan solat, pejabat AIS dan perpustakaan.
Sebuah bangunan asrama tiga tingkat berukuran 25’ X 85’
iaitu; 6 bilik asrama yang besar dan tiga unit kediaman
guru/warden.

15
‫ ﻭﻟﻮ ﺑﺸﻖ ﲤﺮﺓ‬،‫ﺎﺭ‬‫ ﻓﺎﺗﻘﻮﺍ ﺍﻟﻨ‬:‫ﻗﻮﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬

(‫)ﻣﺘﻔﻖ ﻋﻠﻴﻪ‬
Hindarilah api neraka sekalipun dengan (bersedekah)
sebelah biji tamar

16
ANGGARAN KOS BULANAN:
PERKARA JUMLAH
Pengetua1 RM2000.00
Pembantu Tadbir2 RM1,200.00
Guru Tahfiz merangkap Imam3 (2*1700) RM3,400.00
Tukang Masak RM1,000.00
Pemandu & Pembantu Am RM1,000.00
Letrik4 RM3,000.00
Air5 RM2,000.00
Elaun Guru Tafaqquh (4*4*150) RM2,400.00
Makan & Minum6 RM6,000.00
JUMLAH RM23,000.00

SUMBANGAN

Sebarang sumbangan dan tajaan dari semua pihak amatlah dialu-


alukan. Para Penyumbang & Penaja boleh menyalurkan sumbangan
ke akaun AKADEMI IMAM SYAFI’E :

MAYBANK CAWANGAN BACHOK 553083022164


(Perbankan Islam) (Akademi Imam Syafi’e)

1
Jawatan ini akan diwujudkan apabila AIS beroperasi sepenuhnya.
2
Jawatan ini akan diwujudkan apabila AIS beroperasi sepenuhnya.
3
Guru untuk pelajar seramai 20 orang & bertugas mengikut syif.
4
Kos untuk keseluruhan kompleks AIS.
5
Kos untuk keseluruhan kompleks AIS.
6
Kos makan & minum sebulan untuk jumlah 20 pelajar sahaja(300*20).

17
‫ﻪ‬ ‫ﻋ ﹶﻔ‬ ‫ﺎ‬‫ﻴﻀ‬‫ﻨﹰﺎ ﹶﻓ‬‫ﺣﺴ‬ ‫ﺿﹰﺎ‬‫ﻪ ﹶﻗﺮ‬ ‫ﺽ ﺍﻟﻠﹼ‬
 ‫ﻳ ﹾﻘ ﹺﺮ‬ ‫ﻱ‬‫ﻦ ﺫﹶﺍ ﺍﻟﱠﺬ‬‫ ﻣ‬:‫ﻭﻗﻮﻟﻪ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ‬

‫ﻮ ﹶﻥ‬‫ﺟﻌ‬ ‫ﺮ‬ ‫ﺗ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻴ‬ ‫ﻭﹺﺇﹶﻟ‬ ‫ﻂ‬


‫ﺴﹸ‬
 ‫ﺒ‬ ‫ﻳ‬‫ﻭ‬ ‫ﺾ‬
 ‫ﻳ ﹾﻘﹺﺒ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﺍﻟﻠﹼ‬‫ﲑ ﹰﺓ ﻭ‬
 ‫ﺜ‬‫ﺎﻓﹰﺎ ﹶﻛ‬‫ﺿﻌ‬
 ‫ﻪ ﹶﺃ‬ ‫ﹶﻟ‬

245 :‫ﺳﻮﺭﺓ ﺍﻟﺒﻘﺮ‬


Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman
kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas)
supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan
berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah
jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan
(pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
(al-Baqarah:245)

18
atau menghubungi Pengerusi, Setiausaha atau Ahli Jawatankuasa
Kompleks Pendidikan Akademi Imam Syafi’e seperti berikut:

NAMA JAWATAN EMAIL TELEFON


Mohd Zamerey Bin Pengerusi angahyie@yahoo.co.uk +60122942574
Abdul Razak zamerey@asianfinanceba
nk.com
Norziha Bt Abdul Setiausaha wardah910@yahoo.com +60123515617
Razak
Dr. Muhamad Zahiri AJK zahirimy@yahoo.com +60192269567
Bin Awang Mat
Rahimi Bin Md Saad AJK rahimi_um@yahoo.com +60126706655
rahimisaad@um.edu.my +60132444343
Mohamad Zalami AJK sgv_zalami@yahoo.com +60199824579
Bin Abdul Razak
Mohd Abikarami Bin AJK abuaqim@yahoo.com +60129403246
Abul Razak

PROFILE JAWATANKUASA: Sila rujuk lampiran A

TARIKH PENTING:

PERKARA JANGKAAN BEROPERASI


Masjid Ramadhan 1430 (Ogos 2009)
Asrama Januari 2010
Bas Sekolah Januari 2010

19
:‫ﻗﺎﻝ ﺍﷲ ﺗﻌﺎﱃ‬

‫ﻢ‬ ‫ﻫ‬ ‫ﺎ‬‫ﺯ ﹾﻗﻨ‬ ‫ﺭ‬ ‫ﺎ‬‫ﻣﻤ‬ ‫ﻔﻘﹸﻮﹾﺍ‬ ‫ﻨ‬‫ﻭﻳ‬ ‫ﻼ ﹶﺓ‬


‫ ﹶ‬‫ﻮﹾﺍ ﺍﻟﺼ‬‫ﻴﻤ‬‫ﻳﻘ‬ ‫ﻮﹾﺍ‬‫ﻣﻨ‬ ‫ﻦ ﺁ‬ ‫ﻳ‬‫ﻱ ﺍﻟﱠﺬ‬
 ‫ﺩ‬ ‫ﺎ‬‫ﻌﺒ‬ ‫ﻗﹸﻞ ﻟﱢ‬

‫ﻼ ﹲﻝ‬
‫ﺧ ﹶ‬ ‫ﻭ ﹶﻻ‬ ‫ﻪ‬ ‫ﻴ‬‫ﻊ ﻓ‬ ‫ﻴ‬ ‫ﺑ‬ ‫ﻡ ﻻﱠ‬ ‫ﻮ‬ ‫ﻳ‬ ‫ﻲ‬ ‫ﺗ‬‫ﻳ ﹾﺄ‬ ‫ﺒ ﹺﻞ ﺃﹶﻥ‬ ‫ﻦ ﹶﻗ‬‫ﻴ ﹰﺔ ﻣ‬‫ﻼﹺﻧ‬‫ﻋ‬‫ﹰﺍ ﻭ‬‫ﺳﺮ‬

(31 :‫)ﺳﻮﺭﺓ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ‬


Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman
hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan
mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada
mereka, samada dengan merahsiakan pemberiannya
itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang
tidak ada jual beli padanya dan tidak ada sahabat
handai (yang dapat memberikan pertolongan).
(Surah Ibrahim:31)

20
RUMUSAN

Harapan dan perancangan penubuhan Kompleks Pendidikan


Akademi Imam Syafi’e ini disokong dan dibantu oleh setiap lapisan
masyarakat demi kepentingan dan kecemerlangan anak-anak
yatim, anak-anak miskin khasnya dan ummah amnya.

21
Lampiran A:

PROFILE JAWATANKUASA KOMPLEKS PENDIDIKAN AKADEMI IMAM


SYAFI’E

MOHD ZAMEREY BIN ABDUL RAZAK ( Pengerusi)


Mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah-Feqh & Usul Feqh
(Kepujian) dari Yarmouk University, Irbid,Jordan, (1997).
Kemudian beliau melanjutkan pendidikan di Universiti Kebangsaan
Malaysia dan memperolehi Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Syariah)
pada tahun 2002. Sekarang ini beliau menyambung pendidikan ke
peringkat Doktor Falsafah (Syariah & Undang-undang) Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjaya
sebagai Guru di Maahad Kiblah, Bangi (1999). Pengurus Operasi
(2002) Mulex Centric Sdn Bhd. Ketua Jabatan Syariah, Takaful
IKHLAS Sdn Bhd (2003). Sekarang ini beliau menjawat jawatan
Ketua Jabatan Syariah merangkap Setiausaha, Majlis Penasihat
Syariah, Asian Finance Bank Berhad, Kuala Lumpur.(Kumpulan
Qatar Islamic Bank)

NORZIHA BINTI ABDUL RAZAK (Setiausaha)


Mendapat Ijazah Diploma Usuluddin dari Kolej Ugama Sultan Zainal
Abidin (KUSZA) Terengganu 2000. Kemudian menyambung ke
peringkat Sarjana Muda Dakwah Pengurusan Islam di Universiti
Sains Islam Malaysia 2003 (USIM), sedang menyiapkan tesis Sarjana
Dakwah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekarang beliau
bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2,
Kuala Lumpur.

DR.MUHAMAD ZAHIRI BIN AWANG MAT (AJK)


Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A. Hons),
dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari al-Azhar
Universiti, Kaherah(1992). Kemudian melanjutkan pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana (M.Ed) dalam bidang Pendidikan Islam dan
Kurikulum di Yarmouk Universiti, Irbid, Jordan (1996). Kemudian
melanjut pengajian di peringkat Doktor Falsafah Ph.D di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia di bidang Pendidikan Islam dan
Kurikulum (2005). Memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di Kolej
Anjung Selatan, Sepang pada 1997 seterusnya sebagai Pensyarah di
Institut Pendidikan, Universiti Islam Antrabangsa Malaysia.

22
RAHIMI BIN MD SAAD (AJK)
Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda(Kepujian)
dari Yarmouk Universiti, Irbid Jordan (1997). Kemudian melanjut
pendidikan diperingkat Diploma Pendidikan di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (1999) dan memperolehi Sarjana Pendidikan
dari Universiti Malaya pada tahun 2003. Memulakan kerjaya
sebagai Pengurus Pelancongan Pendidikan di ASH-HAR Travel &
Tour Sdn Bhd (1997) seterusnya sebagai Pendaftar di Kuliah Pondok
Darulnaim (1998). Sekarang beliau bertugas sebagai Pensyarah di
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

MOHD ZALAMI BIN ABDUL RAZAK (AJK)


Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Islam di Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta,
Indonesia (1994). Memulakan kerjaya sebagai pengurus syarikat
keluarga. Sekarang ini, beliau mengusahakan HRD Industries,
sebuah syarikat yang mengeluarkan air minuman dan air R.O.
Beliau juga telah mengasaskan sebuah syarikat yang berasaskan
pertanian iaitu Sepakat Global Venture Sdn Bhd, di Kota Bharu
Kelantan yang menjuruskan kepada perniagaan berasaskan serai.

MOHD ABIKARAMI BIN ABDUL RAZAK (AJK)


Mendapat pendidikan awal di SMU (A) Yaakubiah, Nipah. Kemudian
melanjutkan pendidikan ke Institut Latihan Perindustrian, Pedas,
Negeri Sembilan (2001). Memulakan kerjaya sebagai Pegawai
Operasi syarikat keluarga dan sekarang menjawat jawatan
Pengurus HRD Industries, sebuah syarikat pengeluar air minuman
dan RO di Bachok, Kelantan.

23

Vous aimerez peut-être aussi