Vous êtes sur la page 1sur 4

Sinar Islam di Melaka Kegigihan Melaka menyebarkan agama Islam

Perdagangan Melaka menjadi tumpuan pedagang antarabangsa. Pedagang yang pulang menyebarkan agama Islam di tempat asal.

Kewujudan institusi kesultanan yang menggantikan sistem beraja. Gelaran raja diganti dengan sultan. Sultan Muhammad Shah merupakan raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan.

Tentera Upahan Melaka menggunakan tentera upahan dari Jawa. Tentera ini memeluk agama Islam dan menyebarkannya di negara asal.

Ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran dengan memberi nasihat kepada sultan.

Penaklukan Sultan Mansor Shah dan bendahara Tun Perak meluaskan tanah jajahan. Tanah jajahan Melaka meliputi Pahang, Terengganu, Kelantan, Rokan dan Inderagiri. Raja negeri taklukan ini memeluk agama Islam untuk menunjukkan kesetiaan kepada sultan Melaka.

Undang-undang fikah (Syariah) mempengaruhi Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Contohnya hukum berkaitan dengan minum arak, berzina dan membunuh.

Masjid dan madrasah menjadi pusat pengajian agama Islam. Peranan Ahli Agama (mubaligh, ulama dan ahli sufi) Pendakwah Melaka menyebarkan agama Islam sehingga ke Pulau Jawa, Kalaimantan dan beberapa bahagian di selatan Filipina. Mereka berdakwah dengan cara berhemah dan tidak memaksa. Pedagang yang pulang menyebarkan agama Islam di tempat asal.

Pengajian al-Quran menjadi asas sistem pendidikan Melaka. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa ilmu dan lingua franca Tulisan jawi diperkenalkan secara meluas.

Perkahwinan Politik Perkahwinan politik antara putera atau puteri sultan Melaka dengan putera atau puteri raja kerajaan lain menyebabkan Islam tersebar. Contohnya, perkahwinan antara puteri Sultan Mansor Shah dengan putera raja Siak.

Agama Islam mempengaruhi budaya hidup masyarakat. Contohnya kesenian (corak ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab, menara azan, tempat wuduk, madrasah, batu nisan, tulisan khat, ukiran yang berbentuk corak bunga dan geometri serta ayat-ayat al-Quran atau hadis.

Peranan Pemerintah Melaka Sul. Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama. Pemerintah Melaka memberi dorongan dan galakan kepada pendakwah. *Musyawarah merupakan langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah. *Tasawuf ialah ajaran untuk mengenal Tuhan dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Agama Islam mempengaruhi amalan masyarakat Melaka. Contohnya upacara khatam al-Quran, majlis kesyukuran, dan kenduri arwah.

Kedatangan Islam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu menjadi bahasa persuratan dan perantaraan dalam kegiatan dakwah. Tulisan jawi digunakan & ditambah dengan lima huruf yang berasaskan huruf Arab iaitu ca ( ), nga ( ), pa ( ), ga ( ) dan nya ( ).

11

12

5.5 PUSAT KEGIATAN ILMU

Perkembangan perdagangan meningkatkan kegiatan ilmu di Melaka. Pedagang Arab telah membawa hasil kesusasteraan. Golongan cerdik pandai telah menyalin, menterjemah dan menyadur karya-karya kesusasteraan.
Istana Melaka menjadi tempat perkumpulan golongan cerdik pandai seperti jurutulis, pengarang dan ulama.

Tugas golongan cerdik pandai Jurutulis Mengarang surat rasmi raja. Menggubal perjanjian. Menjadi guru kepada anak-anak raja. Pengarang Mengarang sejarah. Menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan. Menyusun salasilah raja. Mencatat diari istana. Ulama Menulis dan menterjemah kitab agama Islam.

Istana Melaka menjadi pusat penterjemahan dan penyaduran karya sastera dari Arab dan Parsi oleh golongan cerdik pandai. Contohnya; Hikayat Hang Tuah Hikayat Bayan Budiman bersifat didaktif atau memberi pengajaran. digunakan sebagai perantara untuk menyebarkan agama Islam. Karya Sastera Saduran Hikayat Bulan Belah Hikayat Nabi Wafat Hikayat Nabi Bercukur Hikayat Nabi Yusof Hikayat Bakhtiar

Karya Sastera Terjemahan Hikayat Amir Hamzah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah Hikayat Iskandar Zulkarnain

Istana Melaka menjadi tempat menghasilkan karya undangundang

Hukum Kanun Melaka Digubal semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah. Dilengkapkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Disusun semula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Undang-undang Laut Melaka

Istana Melaka menjadi tempat menyimpan buku-buku penulis tempatan dan asing menjadi khazanah negara.

Istana Melaka menjadi tempat perbincangan dan perdebatan alim ulama mengenai hal agama. Contohnya, membahaskan kitab Darul Manzum (aspek-aspek ketuhanan).

13

Vous aimerez peut-être aussi