Vous êtes sur la page 1sur 5

Asas Kawad Kaki KRS

Dengan sini semua sekalian, apabila dapat hukuman tiga barisan di depan saya gerak. Skuad hendaklah sedia, berlari dan berbaris dalam tiga barisan di hadapan di tengah-tengah di mana saya menghadap. Faham tu skuad. (Faham) Jadi tiga barisan cepat gerak.

Jadikan tiga barisan Hukuman: Skuad masuk baris

Kesalahan biasa: - datang beratur tiada berlari - bercakap-cakap -barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih

Paras Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras

Nombor Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor! Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang......gerak Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri......Pusing Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan. Hukuman : Ke kanan lurus.

Kesalahan biasa : - tidak bilang nombor dengan cepat - menyebut nombor dengan suara yang perlahan - lupa nombor masing-masing

Sedia Hukuman : Skuad,skuad......sedia

Kesalahan biasa :

-kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan -berdiri tidak tegap dan mata bergerak -kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat -tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan -belakang tangan menghala ke hadapan -badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata -tidak memandang 200m ke hadapan -semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi

Senang diri Hukuman : Senang ......diri

Kesalahan biasa : -siku bengkok -lutut tidak tegap dan tiada bertahan -jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu -menggerakkan kaki kiri -pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan -jatuh tumit atau hujung kaki dahulu

Rehatkan diri Hukuman : Rehatkan ...... diri

Kesalahan biasa : -kedua-dua tapak kaki bergerak -menggeliat dan bercakap-cakap

Membetulkan barisan Hukuman : Ke kanan...... lurus Pandang......depan

Kesalahan biasa : -kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus -pinggang lemah semasa kaki bergerak -badan dan kepala tidak tegak -siku bengkok

-turun tangan dengan lambat

Buka dan tutup barisan Hukuman : Buka barisan......gerak Tutup barisan......gerak

Kesalahan biasa: -kedua-dua badan tidak rapat ke badan -tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang -tangan dan bahu bergerak -mata pandang ke bawah -badan tidak tegak

Berpusing Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing; menghadap ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ; bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan, belakang......pusing; menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing ; menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusing

Kesalahan biasa : -badan berlonjak semasa berpusing -tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing -tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing -kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki -keberatan badan di atas kaki yang belakang -menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang -membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang

Bersurai dan keluar baris Hukuman : Ber......surai Hukuman : Keluar......baris

Kesalahan biasa ; -bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris

Berjalan Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit ) ~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci ~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci ~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci ~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci

Masa berjalan ~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit ~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit ~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih ~ BErlari- 180 langkah dalam satu minit

Cepat jalan Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan Ingatan: - Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya separas bahu. - Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki.

Kesalahan biasa : -lutut kendur -lenggang tidak lurus -hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit -pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret tumit. -apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan juga tidak sama

Berhenti Hukuman : Skuad, skuad...... henti

Kesalahan biasa : - bergoyang selepas berhenti -badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti -lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti -turun tangan terlalu lambat

- menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan

Pusing ke belakang Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing

Kesalahan biasa : - lutut bengkok semasa pusing -membiarkan tangan berayun-ayun -tidak mengangkat kaki cukup tinggi -pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan

Tukar langkah (cepat jalan) Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan)

Kesalahan biasa : -melenggangkan bahu dan tangan - tidak membongkokkan lutut -tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga

(semasahentak kaki sahaja) Hukuman : tukar langkah

Kesalahan biasa : -badan seolah-olah mengeliat -terlalu pantas

Hormat semasa berjalan Ke kanan hormat Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat hadapan hormat Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat

Kesalahan biasa : -melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.

Vous aimerez peut-être aussi