Vous êtes sur la page 1sur 28

PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS3203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 & 6 JANUARI 2012

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

700719035042002 700719035042 0139335042 mazirah2060@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PPW KELANTAN

Ajaran sesat telah berlaku semenjak saat wafatnya rasulullah s.a.w iaitu Musailamah alKazzab yang mendakwa dirinya nabi. Dengan peredaran zaman, semakin banyak ajaran sesat yang timbul kerana goyahnya iman dan akidah umat Islam. Anda diminta membuat kajian tentang fahaman syiah yang merangkumi sejarah timbulnya ajaran ini, mazhab-mazhab yang popular dalam ajaran syiah dan usul akidah yang menjadi pegangan pengikut syiah. Berikan pandangan anda tentang ajaran syiah di Malaysia.

PENGENALAN

Definisi Syiah Segi Bahasa Dalam bentuk kata kerja "shayya'a",bererti menyokong. Kata kerja ini juga bermaksud, `menolong dan bergabung'. Al- Azhari menyebut bahawa,Syiah ialah penolong-penolong seseorang dan pengikutnya. Penggunaan perkataan Syiah adalah untuk menunjukkan makna kumpulan manusia yang saling mengikut satu sama lain. Segi Istilah Syiah bermaksud mereka yang mendakwa menyokong Saidina Ali, dan berpegang bahawa Imam dan khalifah itu khusus bagi Saidina Ali, secara dalil nas dan melalui wasiat Rasulullah SAW, sama ada secara jelas atau sebaliknya. Mereka juga berpegang bahawa Imam itu tidak akan beralih tangan kepada selain daripada anak-anak keturunan Saidina Ali. Sekiranya berlaku perpindahan kepimpinan itu kepada selain daripada keturunan Saidina Ali, maka ini merupakan suatu kezaliman dari pihak yang menerima kepimpinan itu, atau sebagai suatu pelaksanaan pendekatan "taqiyyah" daripada pihak keturunan Saidina Ali. Syiah menurut etimologi bahasa Arab bermakna: Pembela dan pengikut seseorang. Selain itu juga bermakna: Setiap kaum yang bersatu/berkumpul di atas suatu perkara. (Tahdzibul Lughah, 3/61)

Adapun menurut terminologi syariat bermakna: Mereka yang berkedok dengan slogan kecintaan kepada Ali bin Abi Thalib beserta anak cucunya bahwasanya Ali bin Abi Thalib lebih utama dari seluruh shahabat dan lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan kaum muslimin, demikian pula anak cucu sepeninggal beliau. (Al-Fishal Fil Milali Wal Ahwa Wan Nihal, 2/113, karya Ibnu Hazm)

SEJARAH SYIAH Syiah sebagai suatu aqidah dan pemikiran tidak lahir sekaligus. Ia berkembang mengikut peredaran masa dan melalui beberapa peringkat. Kebanyakan kelahiran kumpulan-kumpulan Islam berkait rapat dengan peristiwa bersejarah yang dilalui umat Islam. Ramai pengkaji dahulu dan sekarang menegaskan bahawa Ibnu Saba' adalah pengasas bagi agama Syiah. Namanya disebut secara mutawatir dalam kitab-kitab ahli sunnah dan juga kitab-kitab syiah. Abdullah bin Saba' adalah seorang Yahudi dari Yaman dan pengasas golongan Syiah saba-iah yang merupakan golongan Syiah Pelampau. Dia telah memeluk Islam pada penghujung zaman saidina uthman r.a dan menjelajah ke kota-kota Islam dalam percubaannya untuk menyesatkan umat islam. Bibit-bibit kelahiran fahaman Syiah dan asal usul prinsipnya lahir pada tangan puakpuak Syiah Saba-iah melalui pengakuan buku-buku muktabar Syiah sendiri yang mengatakan bahasa Ibnu Saba' adalah orang yang pertama menzahirkan caci cela terhadap Abu Bakar,Umar dan Uthman r.a. Ibnu Saba' juga adalah orang yang mula-mula melahirkan caci cela terhadap para sahabat, menyatakan wajib bagi Ali r.a menjadi Imam, dan Ali adalah orang yang diwasiatkan oleh Nabi SAW untuk menjadi Imam. Ini merupakan asas tasyayyu' seperti yang dipegang oleh tokoh-tokoh Syiah sebagaimana definisi Syiah

Kemudian peristiwa-peristiwa yang terjadi seperti kewafatan Rasulullah SAW dan mesyuarat AlThaqifah, di mana Saidina Ali r.a tidak menghadirinya untuk memberi bai'ahnya pada awal lagi, peperangan Siffin, Majlis Tahkim, fitnah yang berlaku pada zaman Saidina Uthman r.a yang berakhir dengan pembunuhan, dan peristiwa pembunuhan Saidina Husain r.a menyebabkan hatihati dan perasaan umat Islam menyebelahi Ahlul bait. Kefahaman asing melalui konsep tasyayyu' kemudian mula meresap dan digunakan sebagai salah satu helah bagi pihak yang hendak menghancurkan Islam daripada golongan mulhid, munafiq, dan thaghut. Dr. Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Ghafari menyatakan bahawa "...sebahagian prinsip aqidah bagi syiah lahir pada tangan Abdullah bin Saba', tetapi tidak timbul dalam bentuk kumpulan atau nama tasyayyu'. Selepas berlaku peristiwa-peristiwa yang disebutkan tadi, terutamanya selepas pembunuhan Al-Husain, Syiah mula menonjol sebagai satu kumpulan yang berkembang untuk

membentuk agamanya berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Seterusnya pandangan yang dilontarkan oleh Ibnu Saba' mula mendapat tempat di dalam suasana pemikiran Syiah ini".. ( Nasir bin Abdullah bin Ali Al-Ghafari, Masalatul al-Taqrib baina Ahlul Sunnah wa al- Syiah, halaman 142) Sejarah perkembangan Aliran Syiah bermula dari abad pertama sejarah umat Islam lagi. Ia berasal daripada kecenderungan yang melampaui batas dalam memberi sokongan kepada keluaraga nabi s.a.w. (Ahlul-bait) dalam pengertian yang terbatas mengikut cara berfikir orang Syiah sendiri. Pada peringkat kemudiannya kumpulan mereka itu membentuk beberapa kepercayaan yang merupakan kepercayaan-kepercayaan yang berlainan langsung daripada akidah arus perdana umat ini, iaitu aliran Ahlissunnah wal-Jamaah, sebagaimana yang diterangkan dalam bahagian pertama buku ini. Bahkan, pada akhirnya ia terbentuk menjadi suatu agama lain yang bukan lagi diajarkan oleh nabi s.a.w. dan para Sahabatnya (Allah meredhai mereka semuanya).

Di kalangan mereka timbul tanggapan dan kepercayaan bahawa ada Quran lain pada sisi mereka yang berlainan daripada Quran yang diterima secara ijma oleh umat ini; selain daripada itu nampaknya mereka menolak himpunan hadith-hadith yang ada di kalangan Ahlissunnah seperti al-Bukhari, Muslim, Nasai, Ibn Majah, Abu Daud dan lainnya dan mereka mempunyai himpunan hadith-hadith mereka sendiri yang kemunculannya adalah kemudian daripada himpunan-himpunan Ahlissunnah.

Di kalangan mereka juga timbulnya kepercayaan tentang imam-imam dua belas mereka yang mereka anggap maksum melebihi para nabi dan rasul a.s.s. yang terakhir antara tokoh yang terkemuka mereka, sebagaimana yang diungkapkan oleh Khumeini. Pegangan mereka tentang imam dua belas mereka adalah pegangan yang berlainan langsung dengan pegangan Ahlissunnah sebagaimana juga pegangan mereka tentang Quran dan Sunnah.

Pegangan mereka yang terlalu amat bercanggah lagi dengan Ahlissunnah ialah pandangan mereka berkenaan berkenaan dengan para Sahabat Allah meredhai mereka semua. Pada mereka para Sahabat menjadi kafir murtad selepas daripada wafat nabi s.a.w. sebagaimana yang disebutkan dalam Rijal al-Kashshi, kitab rujukan mereka dalam hadith dan perawi-perawi hadith. Adalah perkara yang menakjubkan bila di kalangan mereka disebutkan bahawa Abu Bakar dan Umar Allah meredhai keduanya- adalah dua berhala Quraisy (sanamai Quraisy) sebagaimana yang ada dalam selawat mereka yang diedarkan kepada orang ramai.Selawat itu antaranya mendapat restu Khumeini. Selawat itu sebagaimana yang ada dalam al-Khutoot alAreedah[2] ialah seperti berikut:

Oleh kerana kejayaan mereka dalam revolusi tahun 1979 maka timbul semangat mengkagumi mereka sampai ke tahap ada yang menganggap bahawa mereka adalah wira Muslimin di dunia dan pegangan mereka yang berabad-abad bercanggah dengan Ahlissunnah itu tidak dipedulikan, bahkan dianggap seolah-olah mereka sudah meninggalkan pegangan yang demikian. Penelitian berdasarkan kepada teks-teks mereka yang baharu dan juga teks-teks klasik menunjukkan bukan demikian sebenarnya. Pegangan mereka terus menerus berjalan sebagaimana yang ada dahulunya. Syiah, dalam sejarahnya mengalami beberapa pergeseran. Seiring dengan bergulirnya waktu, kelompok ini terpecah menjadi lima sekte yaitu Kaisaniyyah, Imamiyyah (Rafidhah), Zaidiyyah, Ghulat, dan Ismailiyyah. Dari kelimanya, lahir sekian banyak cabang-cabangnya. (Al-Milal Wan Nihal, hal. 147, karya Asy-Syihristani)

Dan tampaknya yang terpenting untuk diangkat pada edisi kali ini adalah sekte Imamiyyah atau yang dikenal dengan nama lain yaitu Rafidhah, yang sejak dahulu hingga kini berjuang keras untuk menghancurkan Islam dan kaum muslimin.

Dengan segala cara, kelompok sempalan ini terus menerus menebarkan berbagai macam kesesatannya. Terlebih lagi kini didukung dengan negara Iran-nya.

PERKEMBANGAN AJARAN SYIAH

Pencetus pertama bagi faham Syiah Rafidhah adalah seorang Yahudi dari negeri Yaman (Shana) yang bernama Abdullah bin Saba Al-Himyari, yang menampakkan keislaman di masa kekhalifahan Utsman bin Affan radhiyallahu anhu.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: Asal usul faham ini dari munafiqin dan Zanadiqah (orang-orang yang menampakkan keislaman dan menyembunyikan kekafiran, pen). Pencetusnya adalah Abdullah bin Saba Az-Zindiq. Ia tampakkan sikap ekstrim di dalam memuliakan Ali, dengan suatu slogan bahwa Ali yang berhak menjadi imam (khalifah) dan ia adalah seorang yang mashum (terjaga dari segala dosa, pen). (Majmu Fatawa, 4/435)

Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam bertujuan untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam. Perancangan ini telah dimulakan oleh seorang Yahudi yang berpura-pura Islam yang dikenali dengan nama Abdullah bin Saba. Boleh dikatakan ajaran sesat pertama timbul selepas kewafatan Rasulullah saw adalah ajaran Syiah. Kejayaan Syiah yang pertama adalah pembunuhan Khalifah Islam yang ketiga iaitu Sayyidina Uthman bin Affan. Syiah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan paling berhak untuk memimpin umat Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Mereka juga mendakwa bahawa Sayyidina Ali merupakan pengganti yang telah dipilih oleh Rasulullah s.a.w secara nas. Di samping itu juga mereka mempunyai fahaman-fahaman lain yang bertentangan 7

dengan akidah Islam . Golongan Syiah telah terpecah kepada lebih daripada 300 kumpulan kerana wujudnya fahaman-fahaman yang saling bertentangan. Mimbar jumaat pada hari ini kita akan tumpukan kepada salah satu daripada kumpulan-kumpulan tersebut yang di kenali dengan kumpulan Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah atau Syiah Imam dua belas. Aliran inilah yang dipegang dan dianuti oleh kerajaan Iran pada hari ini. Golongan inilah yang telah muncul dalam masyarakat kita dan telah difatwakan sebagai sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Kumpulan ini dikenali juga sebagai Syiah Rafidhah kerana kumpulan ini menolak kepimpinan Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar Radiallahu anhuma.

Percanggahannya dengan agama Islam, bahayanya kepada aqidah, syariat, akhlak dan negara umat Islam di setiap tempat dan ketika. Seorang ulama besar Syiah, iaitu Muhammad bin Yaakub al-Kulaini meriwayatkan dalam Ushul Kafi dari Abi Abdillah, kata beliau, Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya di mana dikehendakki dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakkinya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya. Sedangkan Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al-Quran surah Al-Araaf ayat 128 yang berbunyi:Musa Berkata kepada kaumnya: Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; diberikan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

Allah s.w.t berfirman lagi di dalam surah Al-Hadid ayat 2 yang bermaksud:-

Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi, dia menghidupkan dan mematikan, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Allah telah memberitahu bahawa langit dan bumi adalah kepunyaan-Nya tetapi golongan Syiah berpegang kepada kepercayaan bahawa langit dan bumi adalah kepunyaan imam-imam mereka. Kepercayaan ini sangat bertentangan dengan aqidah Islam. Al-Kulaini mengemukakan satu riwayat dari Jaafar as-Sadiq bahawa beliau berkata, Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di syurga dan di neraka. Aku mengetahui perkara yang berlalu dan perkara yang akan datang. [Kitab al-Hujjah Min al-Kafi] Ini bermakna Syiah menyekutukan Allah s.w.t dengan para imam dalam mengetahui perkara-perkara ghaib.

Khomeini mengatakan di dalam bukunya Hukumah al-Islamiyyah bahawa imam-imam mempunyai kekuasaan terhadap setiap zarah-zarah dan atom-atom di alam semesta. Tunduk kepada imam-imam setiap zarah dan atom di alam semesta. Kata-kata ini jelas bertentangan dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah s.w.t

Di antara aqidah Syiah ialah at-tahrif Al-Quran, iaitu satu kepercayaan bahawa Al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini adalah Al-Quran palsu yang sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan. Mereka percaya bahawa Al-Quran yang sebenar, yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t hanya dikumpul dan disimpan oleh Sayyidina Ali dan imam-imam selepasnya. Sekarang ini, mereka percaya Al-Quran berada pada Imam Mahdi. Dan mereka juga percaya bahawa Al-Quran yang diturunkan oleh Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w mengandungi sebanyak 17,000 ayat. Sedangkan Al-Quran yang menjadi panduan hidup kita hanya mempunyai 6,236 ayat sahaja.

Golongan Syiah juga percaya kepada konsep al-Imamah dan Walayah. Jawatan imamah ini disamakan oleh golongan Syiah seperti kenabian. Jawatan ini diberikan oleh Allah s.w.t kepada orang-orang tertentu sahaja. Imamah merupakan satu rukun iman. Sesiapa yang tidak mempercayai imamah ini tidak dikira sebagai mukmin mengikut aqidah mereka. Kepercayaan kepada imamah ini cukup penting kerana imam-imam ini boleh membatalkan apa-apa yang telah 9

ditentukan Rasul s.a.w. Mereka juga percaya bahawa dua belas Imam yang dilantik itu menerima wahyu dan maksum serta wajib ditaati.

Musuh-musuh Islam yang merupakan pengasas Syiah telah mengenepikan dan memperkecilkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Al-Quran menyatakan bahawa seseorang akan diberi balasan dan ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya. Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya. Al-Quran juga menyatakan bahawa orang-orang yang tidak solat akan dimasukkan ke dalam neraka. Syiah pula mengatakan itu semua tidak penting asalkan seseorang sudah menerima dan mempunyai hubungan kasih sayang dengan para imam. Mereka juga percaya untuk masuk ke syurga seseorang tidak perlu terikat kepada syariat asalkan ia telah mencintai Ali dan imam-imam sesudahnya.

Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap solat, zakat dan haji. Memadai dengan ada segolongan daripada mereka yang mengerjakan ibadat tersebut. Ajaran ini bertujuan untuk mengelirukan umat Islam.

Golongan Syiah menghidupkan amalan jahiliyah atas nama Islam dengan mengemukakan kahwin mutah. Perkahwinan mutah tidak memerlukan kepada saksi dan wali. Ia boleh dilakukan di antara seorang perempuan dan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi. Ulama Syiah, At-Thusi di dalam kitabnya, mengatakan bahawa tidak perlu disoal dan ambil tahu samada perempuan itu mempunyai suami atau tidak. Mengikut Syiah, bilangan perempuan yang boleh dikahwini secara mutah tidak ada had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja. Mereka meriwayatkan dari Jaafar as-Saddiq beliau ada berkata, Berkahwinlah dengan mereka secara mutah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan yang disewakan. Selain dari itu, seseorang lelaki boleh berkahwin secara mutah dengan seorang perempuan yang sama beberapa kali.

10

Pihak lelaki tidak diwajibkan untuk memberi nafkah kepada pasangannya dan juga zuriat yang dilahirkan hasil dari pernikahan tersebut. Pihak perempuan yang dinikahi secara mutah ini tidak berhak untuk mewarisi harta dari pasangan lelakinya. Orang-orang Syiah bersikap biadap terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul. Al-Kulaini menyebutkan bahawa darjat imamah atau imam-imam mereka lebih tinggi dari nabi-nabi dan rasul-rasul.

Golongan Syiah percaya bahawa Nabi Adam dikeluarkan dari syurga kerana berdengki dengan imam dua belas. Oleh itu, Allah murka lalu mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga. Nabi Ayub diuji oleh Allah s.w.t dengan penyakit kerana tidak menerima imam dua belas. Allah s.w.t menyembuhkan Nabi Ayub setelah beliau menerima imam dua belas. Nabi Yunus ditelan oleh seekor ikan besar untuk sekian lama kerana tidak percaya kepada imam dua belas.

Khomeini pernah ditanya sekiranya imam-imam ini sangat penting kedudukannya mengapa Allah swt tidak menyebutnya di dalam al-Quran? Lalu Khomeini menjawab sekiranya namanama mereka disebut di dalam al-Quran sekali pun, sudah pasti ayat-ayat itu akan dikeluarkan dari al-Quran oleh orang-orang yang gila kuasa seperti Abu Bakar dan Umar.

Satu lagi kepercayaan orang-orang Syiah ialah kepercayaan kepada rajah. Rajah ertinya orangorang tertentu akan dibangkitkan sebelum hari kiamat. Orang-orang ini termasuklah Rasulullah s.a.w, isterinya Aisyah dan Hafsah, Abu Bakar, Umar, Ali, Hassan, Hussain, Muawiyah dan beberapa imam mereka yang lain. Termasuk juga orang-orang yang menentang ahli al-bait dari zaman awal hingga akhir zaman. Mereka mengatakan bahawa Abu Bakar, Umar, Aisyah, Hafsah dan lain-lain sahabat akan dibongkarkan dari kubur-kubur mereka dan disalib serta diisytiharkan di hadapan orang ramai bahawa mereka ini adalah orang-orang kafir, perampas kuasa dan penjenayah kepada agama. Ini yang akan berlaku di zaman rajah mengikut kepercayaan orangorang Syiah.

11

Pendapat mereka dalam hal ini bercanggah secara jelas dengan nas Al-Quran dan Al-hadith. Menurut aqidah Islam, setiap manusia yang telah mati tidak akan dibangkitkan sehinggalah berlakunya kiamat. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa tidak ada negeri setelah kematian melainkan syurga dan neraka.

Satu lagi fahaman yang tidak dapat di pisahkan dari golongan Syiah ialah taqiyyah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah berdusta atau berbohong. Imam Syafie pernah berkata, Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih dahsyat dari golongan Syiah. AlKulaini meriwayatkan daripada Abi Abdillah beliau berkata, Allah mengangkatkan darjat orang yang bertaqiyyah dan merendahkan orang yang tidak mempunyai taqiyyah. Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman Syiah. Taqiyyah merupakan amalan yang paling afdhal dan tidak boleh ditinggalkan. Sehingga di katakan tidak ada iman bagi orang-orang yang tidak bertaqiyyah. Mereka mengamalkan taqiyyah ini secara meluas dalam segala perkara.

Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara. Terdapat penyelewengan daripada pelbagai sudut, antaranya aqidah, syariah dan umum.

12

USUL AKIDAH GOLONGAN SYIAH Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara. Terdapat penyelewengan daripada pelbagai sudut, antaranya aqidah, syariah dan umum.

1) Khalifah diwasiatkan secara Nas i. Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan Allah melalui lisan Rasul-NYA secara nas. Ini dijelaskan dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, halaman 78.

ii. Syiah juga mempercayai wasi ( orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat) Rasulullah SAW adalah Saidina Ali. Perkara ini disebutkan dalam kitab Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita', halaman 136.

2) Imamah dan khalifah sebahagian daripada Rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim, halaman 145-146.

3) Imam adalah Maksum

i. Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum (terpelihara) daripada dosa kecil dan dosa besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia. ii. Menurut mereka imam sama seperti Nabi, tidak melakukan kesalahan, tidak lupa serta dianggap sebagai pemelihara syariat. Perkara ini dijelaskan dalam kitab al-Syiah Fi al13

Mizan oleh Muhammad Jawad Mughniah, halaman 38 dan kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, halaman 72.

4) Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (alBada').

i. Dari sudut bahasa al-Bada' bermaksud lahir sesusah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya.

ii. Syiah juga menganggap ilmu Tuhan itu akan berubah dan bersesuaian dengan fenomena baru. Hal ini dijelaskan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh Al-Khulaini, Juzu' 1, halaman 146.

5) Kemunculan semula Imam Mahdi dan Kumpulan Orang yang telah Mati untuk memberi keadilan ( Ar-Raj'ah).

i. Menurut aqidah Syiah, golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia bersama-sama kebangkitan Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Fakta ini dijelaskan dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, halaman 83.

14

6) Berpura-pura ( At-Taqiyyah)

i. At-Taqiyyah bermaksud menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta benda dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya.

ii. At-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi, juzu' 2 oleh Abu Ja'far Muhammad bin Ya'kub bin Ishak al-Khulaini ar-Razi, halaman 217.

7) Muhammad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi al-Muntazar (al-Mahdi).

i. Mereka percaya bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari ialah imam yang ditunggutunggu yang hilang dan yang akan kembali untuk memerintah dan menghukum orangorang yang telah melakukan kezaliman.

ii. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 206H - 329H. Hal ini dijelaskan dalam kitab as-Syiah Wa al-Tashih al-Sira' Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu' oleh Doktor Musa al-Musawi, halaman 61.

8) Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah SWT.

i. Mereka mempercayai Ali adalah sama taraf dengan Allah di mana beliau adalah sebagai pembahagi ahli Syurga dan ahli Neraka. Perkara ini disebut di dalam kitab alUsul Min al-Kafi oleh al-khulaini, Jilid 1, halaman 197. 15

9)

Mengkafirkan Para Sahabat.

i. Mereka mempercayai bahawa selepas kewafatan Rasulullah SAW semua sahabat murtad kecuali ahlul bait dan empat orang sahabat iaitu Abu Dzar, Miqdad, Salman alFarisi dan Ammar bin Yasir. Hal ini dinyatakan dalam kitab al-Anwar al-Nu'maniah oleh al-Syed Nikmatullah al-Musawi, halaman 81.

10)

Menuduh Abu bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah Sebagai Empat Berhala

Quraisy Serta Pengikut-Pengikut Mereka adalah Musuh Allah.

i. Golongan Syiah menuduh Abu bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy dan pengikut mereka dikatakan musuh Allah. Perkara ini dijelaskan dalam kitab al-Tafsir oleh Muhammad bin Mas'ud bin 'Iyasy al-Salami al-Samarqandi, juzu' 1, halaman 116.

11)

Hanya Ali Menghimpunkan Al-Quran Dengan Sempurna.

i. Mereka menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpunkan dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini,Jilid 1, halaman 228. Al-Quran yang ada pada umat Islam sekarang sama ada di dalam mashaf atau yang dilafaz dianggap telah diseleweng. AlQuran yang sebenarnya ada pada Saidina Ali bin Abi Thalib, kemudian beliau telah mewariskan kepada Imam yang selepasnya dan sekarang ini ada pada Imam kedua belas mereka iaitu Imam Mahdi al-Muntazar. Selepas Imam ini turun barulah al-Quran yang sebenar akan dikemukakan pada orang ramai, mengikut kepercayaan Syiah. 16

ii. Selain daripada itu, puak Syiah mempunyai pandangan yang khas dalam mentafsirkan al-Quran dan mentakwilkannya. Antara contoh tafsiran Syiah adalah seperti berikut : Mereka mentafsirkan firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 51 iaitu "dengan itu janganlah kamu menjadikan dua orang Imam sebenarnya ambillah satu imam sahaja". Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 238 dengan maksud "(al-Solah) ialah Rasulullah, Amirul Mukminin, Hasan dan Husain, manakala (al-Wusto) ialah Amirul Mukminin, (waqumu lillahi qonitin) ialah taat terhadap Imam-Imam. Firman Allah SWT dalam surah al-Naba' ayat 1-2. Mereka mentafsirkan (alNaba') ialah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib. 12) Menambah Syahadah i. Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam Syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh alKhulaini,jilid 1, halaman 441.

13) Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah sekalipun Hadith Mutawatir. Mereka berpegang kepada empat kitab-kitab hadith sahaja, dan dengannyalah mereka beramal untuk sepanjang zaman. Kitab tersebut adalah Al-Kafi Fi Usul Wa Al-Furu', Man La Yakhdarah Al-Faqih, Tahzib Ahkam, dan Al-Istibsor Fima Ikhtilafiyyah Min Akhbar. i. Al-Kafi Fi Usul Wa al-Furu', karangan Muhammad bin Yaakub Al-Khulaini, digelar oleh puak Syiah sebagai Thiqah AL-Islam. Kitab ini adalah kitab yang terulung agama Syiah. Periwayatannya disandarkan terus kepada salah seorang Imam 12 bukannya kepada Rasulullah SAW.

ii. Mereka berpendapat bahawa tiada bezanya di antara imam-imam itu dengan Rasulullah SAW. Imam yang paling banyak disandarkan kepadanya ialah Imam Jaafar 17

As-Sodiq. Kitab ini mengandungi riwayat-riwayat yang menghina dan mengaibkan AlQuran dengan mengatakan ianya ada kekurangan dan terseleweng. iii. Mereka hanya berpegang dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Bait. iv. Mereka juga pantang menerima apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,

Samurah b. jundub, Marwan b. al-Hakam, Imran b. Hathan al-Khariji dan Amru b. al-As. Pegangan ini disebutkan di dalam buku Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad alHusain Aali Kasyif al-Ghita', halaman 149.

PERBANDINGAN AJARAN SYIAH DAN AHLI SUNNAH

BIL 1

AHLI SUNNAH Al-Quran adalah terpelihara dan bebas daripada kekurangan mahupun penyelewengan. Beriktiqad bahawa penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan pada apa yang datang daripada Nabi SAW.

SYIAH Al-Quran yang ada sekarang ada kekurangannya dan terseleweng.

Berpendapat penafsiran Al-Quran hendaklah berpandukan daripada apa yang telah diriwayatkan ahli al-bait dengan riwayatriwayat yang mencela para sahabat dan mendakwa Imam Ali sebagai tuhan serta imam selepasnya. Beriktiqad bahawa di sana ada mashaf yang diturunkan selepas kewafatan Nabi SAW dan dinamakan mashaf Fatimah. Mengatakan bahawa percakapan Imam 12 seperti firman Allah Taala dan Sabda Rasulullah SAW . Meriwayatkan daripada mereka sama seperti meriwayatkan hadith daripada Nabi kerana mereka juga maksum.

Al-Quran diturunkan sepenuhnya ke atas Rasulullah SAW, tiada kekurangan padanya dan tiada kitab lain selepasnya. Sunnah Nabi adalah apa saja yang datang daripada Nabi sama ada percakapan, perbuatan mahupun taqrir.

18

Syariat Islam adalah sempurna.

Bahawa Rasulullah SAW menyampaikan sebahagian daripada Syariat sahaja sedangkan sebahagiannya disembunyikan dan ditinggalkan pada Imam Ali. Menolak periwayatan sahabat, mereka beriktiqad bahawa para sahabat semuanya menipu seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub. Tidak berpegang dengan kitab-kitab hadith Ahli Sunnah melainkan yang ada persamaan dengan aqidah pegangan mereka. Tidak percaya kepada Ijmak sama ada dari sahabat mahupun selain mereka tanpa kewujudan orang yang maksum bersama mereka.

Menerima periwayatan sahabat r.a kerana mereka adil dan thiqah (dipercayai).

Menerima semua hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim serta kitab-kitab hadith sahih yang lain. Berpegang dengan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak sebagai prinsip asas kepada Syariat Islam.

Tiada yang maksum melainkan Rasulullah Para Imam-imam adalah maksum dan SAW, para anbia dan rasul-rasul terdahulu. kemaksuman mereka adalah perkara dasar dalam prinsip Imamah. Imam tidak akan terkena dosa sama ada sengaja atau tidak. Mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada Mukjizat hanya untuk para imam, mereka para Nabi dan Rasul adalah satu bukti mampu menghidupkan yang mati, kebenaran. menyembuhkan penyakit bisu, kusta serta mereka memiliki semua mukjizat yang dimiliki oleh para Nabi. Tiada yang mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan Allah SWT. Para imam mengetahui perkara-perkara ghaib, tidak terhijab daripada mereka ilmu-ilmu apa yang di langit, di bumi, di syurga dan neraka.

10

11

Berdasarkan perbezaan-perbezaan pegangan dan sumbernya antara Sunni dan Syiah, maka tiada jalan untuk mencapai perpaduan dan mempererat hubungan keduanya dengan menggunakan pendekatan aqidah ataupun sumber pegangan melainkan salah satu pihak meninggalkan sumber pegangan mereka dan mengiktirafkan sumber yang lain. Walaupun ada titik pertemuan antara

19

kedua pihak, tetapi banyak perselisihan pada akar umbi yang mewujudkan jurang pemisah yang dalam dan jauh sejauh timur dan barat.

Dakwah ke arah perpaduan bermakna menimbus lubang dan mengecilkan jarak pemisah tersebut. Ini bermakna salah satu pihak melangkah masuk ke pihak yang lain dengan menerima aqidah dan prinsip pihak yang satu lagi. Pihak mana yang bakal memihak kepada pihak yang satu lagi untuk merealisasikan perpaduan dengan meninggalkan aqidah serta prinsip-prinsip dasarnya? Apakah hukum bagi mereka yang mendakwa bahawa Rasulullah SAW menyembunyikan sebahagian yang diturunkan kepadanya? Bagaimana boleh berlaku perpaduan pada permasalahan sahabat yang telah hidup sezaman dengan Rasulullah SAW, menyaksikan bersama turunnya Al-Quran kepada mereka dan dibacakan ke atas mereka. serta Allah SWT telah redha akan mereka, dijanjikan mereka dengan syurga, sedangkan satu pihak mencaci, memfitnah, mengkafirkan dan menjanjikan kepada mereka balasan neraka.

Bagaimana perpaduan akan terlaksana sekiranya umat tanpa ada imam yang memimpin mereka memperbaik urusan-urusan mereka disebabkan imam itu telah hilang selama 12 kurun, meninggalkan mereka dalam kesesatan serta tidak tentu hala tujuan menyebabkan segala urusanurusan mereka sia-sia tanpa kewujudan imam di kalangan mereka. Adalah menjadi satu kewajipan kepada mereka yang mengangkat syiar perpaduan untuk benar-benar ikhlas pada dakwah mereka dan meninggalkan iktiqad yang terdahulu, serta memperkuat hubungan dengan jumhur muslimin ( majoriti umat Islam), membersihkan sumber-sumber maklumat yang terdahulu daripada kebathilan untuk kembali kepada yang hak dengan kebenaran.

20

Sumber grafik : FB ayuh sepakat tolak syiah

21

SYIAH DI MALAYSIA

Semenjak kebelakangan ini, pengaruh ajaran sesat Syiah Imamiyyah / Ja'fariyyah yang berpusat di Iran semakin berkembang di negara ini. Padahal ajaran itu sudah difatwakan sebagai ajaran sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bertentangan dengan amalan di Malaysia yang berpandukan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Hasil penyelidikan, markas Syiah di Malaysia dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan ahli perniagaan Iran. Menerusi markas ini, fahaman Syiah disebarkan dengan meluas tanpa sebarang tindakan berkesan oleh JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan pihak berkuasa tempatan. Hasilnya, lahirlah beberapa tokoh profesional Syiah di kalangan keluarga berpengaruh, pensyarah agama, kelompok profesional, pakar perubatan sehinggalah golongan guru termasuk guru agama sekolah Pada hari ini, gerakan menyebarkan fahaman Syiah ini bergerak secara terang-terangan berikutan pertambahan 'ahli' mereka yang kini melebihi 20,000 orang. JAKIM mendedahkan terdapat usaha mengedarkan buku-buku dan risalah-risalah ke seluruh negara. Setiap bungkusan pengedaran bahan terbitan tersebut disertakan cap pengirim atas nama Majlis Syiah Malaysia yang beralamat di Johor. Sungguh berani mereka ini! Tambahan, kehadiran pendatang asing dari negara Arab dan Afrika telah menguatkan lagi penyebaran fahaman ini.

Seharusnya JAKIM, Jabatan Agama Negeri, pihak berkuasa bersama-sama Kementerian Dalam Negeri dan juga semua umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang fahaman politik perlu bekerjasama dalam menangani penyebaran ajaran Syiah in Berbagai ragam dan fenomena yang berlaku dikalangan masyarakat Islam kini yang timbul disebabkan oleh pengaruh dan kesan dari keruntuhan umat Islam satu ketika dahulu. Usaha untuk meletakkan Islam di peringkat zaman kegemilangan Khulafa al-Rasyidin dan zaman selepasnya sehingga zaman kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah masih lagi diperluas sehingga kini. Berbagai22

bagai usaha oleh berbagai-bagai pihak yang ingin menjadikan Islam itu sebagai agama yang syumul merangkumi keseluruhan kehidupan manusia elah diperhebat dari semasa ke semasa. Semua ini adalah fenomena yang berlaku dikalangan umat Islam kini dalam program membangkitkan semula kegemilangan Islam yang satu ketika dahulu bertapak kukuh di dunia ini.

Akan tetapi dari usaha-usaha yang dilakukan ini, kesemuanya masih mempunyai perselisihan pendapat yang begitu ketara dikalangan penganut Islam itu sendiri. Pemikir bidang Ilmu Kalam dengan masalah takfirnya, Rasul palsu dengan doktrin penipuannya, ajaran sesat berterusan dengan penyelewengannya, para reformis dengan perkembangan gerakan pembaharuannya dan Syiah dengan gerakannya yang tidak berhenti-henti dari zaman dahulu hingga kini yang mana semuanya menggunakan pelbagai metodologi untuk menarik pengikut yang ramai agar menerima doktrin-doktrin mereka dalam usaha untuk merealisasikan apa yang pernah dikecapi oleh Islam satu ketika dahulu dan masing-masing memihak pada diri sendiri dan meletakkan kesalahan pada kelompok yang lain.

Dalam kecenderungan golongan-golongan ini, tidak lari dikalangan mereka dari kesalahan dan penyelewengan sama ada dari sudut akidah mahupun dari sudut perkara furu yang terdapat pada penyelewengan ini kesalahan dari berbagai-bagai sudut, yang meletakkan mereka ini dalam keadaan sama ada sesat, atau maksiat, atau kufur, hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Di Malaysia tidak kurang ajaran-ajaran ini diamalkan secara menyeluruh dalam masyarakat Islam di sini. Antaranya adalah ajaran Syiah. Ajaran Syiah adalah ajaran yang telah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar serta terkeluar dari Akidah Ahli Sunah Wal Jamaah oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (FATWA) JAKIM dalam perbincangan mereka bil. 1/98. Fahaman Syiah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya. Fahaman Syiah ini semakin tersebar luas apabila beberapa 23

orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan dalam menyebarkannya secara tegas kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini semakin menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.

Terdapat tiga kumpulan syiah di Malaysia yakni Syiah Taiyibi Bohra, Syiah Ismailiah Agha Khan dan Syiah Jafariyah (imam dua belas). Kebanyakan gerakan gerakan ini terdapat di klang. Syiah yang amat ketara dan dimanopoli adalah Syiah Jaafariyah yang mula bertapak selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Kumpulan ini menular ke Malaysia melaui bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkumjung ke Iran atau yang datang dari Iran. Jika kita tersinonim bahawa iran adalah Negara yang mempunyai ramai penduduk islam yang benar-benar berpegang pada ajaran islam, ternyata kita sudah tertipu. Ia termasuk dalam agenda barat untuk melihat Negara Iran adalah Negara yng perlu dicontohi. Allahualam. Kelompok ini semakin berkembang apabila beberapa university tempatan menyebarkan secara serius kepada para pelajar di IPTA/S.

Antara tokoh-tokoh Syiah Di Malaysia (ada yang sudah ditangkap, )

24

Para pengikut syiah di Malaysia berani memperluaskan perniagaannya disekitar Lembah Kelang Gombak dan Ampang. Pelbagai usaha dilakukannya untuk mendapat pengiktirafan di Negara kita antaranya menyertai Perarakan Maulidur Rasul Malaysia, membuat liputan secara langsung di TV atas nama Hauzah ar-Ridha. Perarakan ini sebenarnya adalah untuk agensi-agensi kerajaan. Ini menimbulkan persoalan, adakah mereka berhubung dengan Malaysia? Selain itu mereka menganjurkan program Muzakarah tentang Syiah di Persint 16, Putrajaya. Difahamkan syiah yang berleluasa di IPT disembunyikan oleh pihak universiti atas tujuan menjaga imej sesebuah universiti. Bahkan JAKIM tiada kuasa untuk bertindak sendirian walaupun ada maklumat tentang gerakan Syiah. Contohnya mereka mengetahui akan kewujudan disko milik syiah di sekitar PWTC. Kerajaan juga ada maklumat mengenai gerakan syiah ,tetapi tiada ambil apa-apa tindakan.

Kerajaan Iran telah member sokongan kewangan dan kedutaan amerika sentiasa memantau JAKIM agar tidak menyekat gerakan syiah atas alasan human right dan member tekanan kepada kerajaan Malaysia di PBB. Dahulu, seorang pensyarah telah membuat laporan mengenai bahaya syiah tetapi telah dihantar pulang . selain itu juga, mereka akan membuka isu-isu seperti isu wahabi yang dipersebarkan untuk memastikan umat islam tidak sedar bahayanya gerakan syiah. Walhal dalam kepimpinan politik PAS juga membunyai penganut syiah Yang mengagumkan, semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir , beliau telah menahan tokoh tokoh syiah seperti Lufti yng ditahan . mengikut kajian, lebih 30 000 penganut syiah di Negara kita. Ketahuilah bahawa negara-negara yang mempunyai penganut syiah, rakyat dan pentadbirannya akan menjadi tidak stabil. Mereka akan mempengaruhi pegangan dikalangan pengikut alhi sunnah wal jamaah.

25

Di antara sebab pengharaman Syiah di Malaysia adalah kerana doktrin-doktrin atau ajarannya yang melampau yang boleh menyebabkan terbatalnya akidah Islam seperti: i. Menolak hadis yang diriwayatkan oleh ulama Ahli Sunah sekalipun hadis itu mutawatir. ii. Menolak Ijmak dan Qias. iii. Menghina Isteri-Isteri Nabi. iv. Memfitnah sahabat dengan mendakwa mereka melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, dan Muawiyah. v. Begitu juga dengan dakwaan-dakwaan yang lain.

Beberapa kitab utama Syiah telah dijadikan rujukan dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya ialah : Kasyful Asrar oleh Ayatullah Al-Khomeini. Al- Hukumah Al-Islamiah oleh Ayatullah Al-Khomeini. As-Sab'ah min As-Salaf oleh Ayatullah Al- Murtadza Az-Zubaidi. Al- Usul Min Al-Kafi oleh Syeikh Muhammad bin Yaacob A-Khulaini. Tahrir Al- Wasilah oleh Ayatullah Al-Khomeini Al-Muraja'at oleh Al-Syeikh Abdul Husin Syarafuddin Al-Musawi. Penshawar nights oleh As Sayyid Muhammad Rais Al-Wahidin. Mafatihul Jinan oleh Syeikh Abbas Al-Qummi. Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh Al-Hasan bin Yusuf Al-mutahhar Al-Hulliyy diterjemah oleh prof madya Dr Lutpi Ibrahim. Mengapa Aku memilih Ahlul Bait a.s.? oleh Syeikh Muhammad Mar'i Al-Amin Al-Antaki diterjemah oleh Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim.

26

KESIMPULAN

Syiah merupakan suatu kebimbangan buat semua umat Islam. Pengaruhnya menular ke dalam kehidupan umat Islam melalui pelbagai cara. Umat Islam dikelirukan dengan mazhab Syiah yang dianggap sebagai salah satu dari mazhab Islam yang mana tiada sebarang perselisihan dari sudut aqidah dan syariat. Penyelewengan-penyelewengan inilah yang mempengaruhi umat Islam agar menerima Syiah.

Mereka telah berjaya menyakinkan beberapa golongan rakyat Malaysia supaya bersembahyang mengikut cara Syiah iaitu dengan cara meluruskan tangan ke bawah semasa berdiri qiyam serta meletakkan tanah atau batu di tempat sujud untuk bersujud di atasnya. Perlakuan begini adalah salah satu pengaruh Syiah dalam ibadah yang mana ia berlaku tanpa ada halangan atau teguran berasaskan konsep kebebasan beragama dan beribadat.

Selain itu, keberanian golongan Syiah di Malaysia mulai ketara apabila mereka memohon perlindungan hak asasi manusia berpaksikan Perlembagaan Malaysia agar dilindungi oleh pihak yang berwajib. Kebebasan dalam menyebarkan ajaran Syiah tanpa ada halangan dituntut

golongan ini agar mereka juga dapat melebarkan pengaruh Syiah sebagaimana penyebaran dan amalan agama-agama lain di Malaysia. Tradisi pembacaan Kisah pembunuhan Saidina Husain, memukul badan sendiri sehingga berdarah sebagai tanda penyucian dosa dan mengadakan majlis sempena sambutan-sambutan tertentu telah wujud dalam bentuk gambar dan suara di lamanlaman web internet. Mereka juga melebarkan fahaman Syiah di Malaysia dengan menterjemah buku-buku ke dalam berbagai bahasa dan mengedarkan risalah mengenai Syiah.

27

Umat Islam perlu sedar bahawa jurang pemisah besar antara Sunni dan Syiah adalah dari sudut aqidah. Terlalu banyak penyelewengan dari sudut aqidah yang jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Keadaan inilah yang menyebabkan jalan menyatukan keduanya tertutup rapat dan tiada penyelesaian. Oleh itu, setiap muslim perlu berwaspada dengan dakyah golongan ini sepertimana yang telah dijelaskan agar terselamat dari terjebak dengan ideologi mereka dan bersama mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di bumi Malaysia ini.

28

Vous aimerez peut-être aussi