Vous êtes sur la page 1sur 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KUCHING TENGAH JALAN TAHIR MANAN, 45800 JERAM SELANGOR DARUL EHSAN UNDANG-UNDANG

TUBUH DAN PERATURAN BADAN BERUNIFORM/ KELAB & PERSATUAN/ SUKAN DAN PERMAINAN

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) badan beruniform/ kelab/ persatuan/ sukan/ permainan______________________________________________________Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuching Tengah 1. NAMA DAN ALAMAT a. Nama Badan Beruniform/ Kelab/ Persatuan/ Sukan/ Permainan:

b. Alamat: Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuching Tengah, Jalan Tahir Manan, 45800 Jeram, Selangor Darul Ehsan

2. MATLAMAT Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 3. OBJEKTIF 3.1 Memberi panduan dalam aspek pengurusan diri, pakaian, masa dan/atau lain-lain perkara seperti yang termaktub dalam aktiviti tahunan pasukan.

3.2

Membantu

pengajaran

dan

pembelajaran

kelas

biasa

selaras

dengan

kehendak Sukatan Pelajaran dan Buku Panduan Tetap Pengurusan Aktiviti KoKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Buku Perancangan Aktiviti Tahunan Sekolah. 4. KEAHLIAN 4.1 4.2 4.3 Keahlian DIBUKA kepada semua pelajar yang belajar di SMK Bukit Kuching Tengah, dari Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 Permohonan menjadi Ahli Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Sukan adalah dengan cara mengisi borang permohonan yang disediakan semasa hari pendaftaran. Sebarang permohonan lain untuk menjadi Ahli Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Sukan hendaklah melalui dan mendapat kelulusan Pengetua melalui Guru Penolong Kanan KoKurikulum. Keahlian boleh terbatal jika Ahli tidak hadir perjumpaan 3 kali berturut-turut tanpa menyatakan sebarang sebab yang boleh dianggap munasabah. Ketua Guru Penasihat boleh menambah bilangan Ahli jika difikirkan perlu dengan memohon penambahan Ahli daripada Pengetua melalui Guru Penolong Kanan KoKurikulum.

4.4 4.5

5. GURU PENASIHAT 5.1 5.2 5.3 5.4 Guru Penasihat adalah terdiri daripada GURU yang mengajar di SMK Bukit Kuching Tengah. Guru Penasihat mestilah yang telah dilantik oleh pihak sekolah dan mendapat surat kuasa merancang dan/atau melaksana semua aktiviti Pasukan. Salah seorang daripada Guru Penasihat mestilah dilantik sebagai Ketua Guru Penasihat oleh pihak sekolah. Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya mempunyai kuasa mutlak untuk merancang, melaksana dan/atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu dan hendaklah berpandukan kepada Buku Panduan Tetap Pengurusan Aktiviti KoKurikulum dan/atau Perancangan Aktiviti Tahunan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. 6. AHLI JAWATANKUASA 6.1 6.2 Ahli Jawatankuasa hendaklah dipilih dan/atau dilantik semasa Mesyuarat Agung yang Pertama dan dibubarkan semasa Mesyuarat Agung yang berikutnya. Pemilihan Ahli JawatanKuasa hendaklah dibuat secara UNDIAN bagi Ahli yang hadir Mesyuarat Agung sahaja.

6.3

Ahli JawatanKuasa hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan Ahli JawatanKuasa Tingkatan. Ahli JawatanKuasa boleh dilantik oleh Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya tanpa perlu menunggu Mesyuarat Agung dijalankan dengan berpandukan surat kuasa yang telah diperturunkan kepada Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya oleh Pengetua Sekolah. Ahli JawatanKuasa yang ingin meletakkan jawatan mesti dan/atau boleh menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat atau wakilnya dan tidak boleh dipilih dan/atau dilantik lagi sepanjang tempoh sebagai Ahli Pasukan selepas perletakan jawatannya disahkan oleh Ketua Guru Penasihat atau wakilnya. Ahli JawatanKuasa yang melanggar Undang-Undang Awam dan/atau Peraturan dan Undang-Undang Pasukan dan/atau telah dikenakan Tindakan Disiplin oleh Pengetua Sekolah akan dan/atau boleh disingkirkan dari jawatan yang disandang. Perkara 6.2 dan Perkara 6.4 hendaklah digunapakai bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

6.4

6.5

6.6

6.7

7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA 7.1 Pengerusi 7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. 7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. Naib Pengerusi 7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi. 7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa Setiausaha 7.3.1 7.3.2 7.3.3 7.3.4 7.3.5 Menguruskan hal-hal surat menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan- kegiatan. Mencatat kehadiran ahli. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.2

7.3

7.4

Penolong Setiausaha 7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya 7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha 7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. Bendahari 7.5.1 7.5.2 7.5.3 7.5.4 7.5.5 7.5.6 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.5

7.6

Penolong Bendahari 7.6.1 7.6.2 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.7

Ahli Jawatankuasa 7.7.1 7.7.2 7.7.3 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa

8. SUMBANGAN KEAHLIAN/YURAN/SUMBER KEWANGAN 8.1 8.2 8.3 Sumber utama kewangan Pasukan adalah melalui SUMBANGAN KEAHLIAN yang telah ditetapkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Agung. Pasukan boleh memperolehi sumber kewangan sampingan melalui aktiviti yang dirancang khas dengan mengenakan yuran penyertaan yang minima. Bagi lawatan luar atau aktiviti yang memerlukan perbelanjaan yang besar, sumber kewangan boleh dipohon daripada pihak sekolah atau penajaan pihak swasta atau luar sekolah dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.

9. KEHADIRAN AHLI 9.1 Ahli Pasukan dikehendaki menghadirkan diri 100% PENYERTAAN daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan/atau dibuat dan/atau dilaksanakan sepanjang tahun. Kegagalan menyertai dan/atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan/atau dibuat dan/atau dilaksanakan sepanjang tahun boleh dikenakan tindakan disiplin. Sebarang ketidakhadiran hendaklah dirujuk kepada Guru Penasihat atau wakilnya atau Pengerusi Pasukan. Ahli yang tidak dapat hadir mesti menulis surat tunjuk sebab ketidakhadiran perjumpaan kepada Ketua Guru Penasihat Pasukan dan/atau wakilnya.

9.2

9.3 9.4

10. AKTIVITI 10.1 Aktiviti yang dijalankan hendaklah dan/atau sebagaimana yang telah dirancang dan/atau dibincang dan/atau disahkan dalam Mesyuarat Agung dan/atau Mesyuarat Ahli JawatanKuasa Induk. Sebarang pindaan dan/atau perubahan aktiviti hanya dan/atau boleh dibuat oleh Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya serta mesti diumumkan untuk pengetahuan dan/atau semua ahli Kelab. Sebarang aktiviti dan/atau rancangan yang bercanggah dengan Peraturan dan Undang-Undang Sekolah dan/atau dan/atau Akta Pendidikan 1996 dan/atau Undang-Undang Awam adalah DILARANG sama sekali. Jika ahli Pasukan ingin menyertai aktiviti luar sekolah dan mempunyai kaitan dengan aktiviti Pasukan mestilah mendapat kelulusan Pengetua Sekolah terlebih dahulu dan sebarang risiko yang berlaku adalah atas tanggungjawab Ahli Pasukan sendiri.

10.2

10.3

10.4

11. TINDAKAN DISIPLIN/TATATERTIB 11.1 Tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib boleh diambil ke atas Ahli yang melanggar dan/atau tidak mematuhi Peraturan dan Undang-Undang dan/atau Perlembagaan Pasukan seperti yang telah diperakui dan/atau ditetapkan. Tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib adalah mengikut cara dan/atau kaedah Amaran Lisan ATAU Amaran Bertulis Ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak sebagai ahli Pasukan sepanjang tempoh tindakan tersebut berlangsung dan/atau sehingga surat penarikan dan/atau pembatalan tindakan disiplin dikeluarkan. Rayuan terhadap tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib yang telah dikenakan ke atas Ahli boleh dilakukan dalam tempoh waktu tidak kurang daripada

11.2 11.3

11.4

2(Dua) minggu selepas surat tindakan disiplin diserah dan/atau diterima oleh Ahli 11.5 11.6 daripada Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya. Penerimaan Rayuan adalah atas budi bicara Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya dan/atau Pengetua Sekolah dan/atau wakilnya. Ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib Gantung Sekolah oleh Pasukan dan/atau pihak sekolah juga secara automatik TIDAK BOLEH menyertai sebarang aktiviti Pasukan.

12. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM PASUKAN 12.1 12.2 Peraturan dan Undang-Undang Sekolah dan/atau Akta Pendidikan 1996 dan/atau Undang-Undang Awam adalah Peraturan Am Pasukan. Peraturan dan Undang-Undang Khas yang ditetapkan oleh Pasukan jika didapati bercanggah dengan Peraturan dan Undang-Undang Sekolah dan/atau Akta Pendidikan 1996 dan/atau Undang-Undang Awam akan TERBATAL dengan sendirinya dan tidak boleh digunapakai. Ahli-ahli yang melanggar Peraturan dan Undang-Undang Pasukan akan dikenakan tindakan disiplin mengikut Perlembagaan Pasukan.

12.3

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN 13.1 Mana-mana bahagian dari Perlembagaan Pasukan ini adalah sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaan Perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, Ahli JawatanKuasa, Guru Penasihat, dan/atau Pentadbir Sekolah secara bertulis. Suatu MESYUARAT KHAS perlu diadakan oleh Guru Penasihat dan Ahli JawatanKuasa bagi membincangkan sahaja cadangan tersebut. Pindaan terhadap Perlembagaan hanya boleh diluluskan dalam Mesyuarat Agung Pasukan.

13.2 13.3

14. HAL-HAL LAIN 14.1 Setiap Ahli perlu MENGETAHUI, dan/atau MEMATUHI tanggungjawab masingmasing terhadap Perlembagaan Pasukan dan/atau Peraturan dan Undang-Undang Pasukan. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan/atau mengikut aktiviti Pasukan dengan penuh minat. Perkara-perkara lain yang dibangkitkan dan/atau difikirkan perlu dari semasa ke semasa.

14.2 14.3

Pengesahan Guru Penasihat Persatuan/Kelab/Pasukan Unit Berunifom/Sukan SMK BUKIT KUCHING TENGAH

Nama Jawatan : : Tarikh:

Kelulusan Jabatan Pelajaran/Pengetua SMK BUKIT KUCHING TENGAH

. Nama Jawatan : : Tarikh:

Cop Jawatan :

Vous aimerez peut-être aussi