Vous êtes sur la page 1sur 2

LAPORAN AJK LECEMASAN

SEBELUM PERLAWANAN BOLA TAMPAR


Saya telah pergi ke pejabat untuk menempah peti kecemasan sebelum hari perlawanan bola tampar iaitu pada 11.09.2011. Saya lambat membuat tempahan ini kerana selama dua minggu saya tidak berada di kawasan institut. Hal ini kerana, saya berada di rumah berikutan cuti raya selama seminggu dan telah mengikuti program PBS selama seminggu. Oleh kerana lambat, saya tidak mendapat peti kecemasan kerana kelas- kelas lain telah meminjamnya untuk keperluan mereka. Apabila saya memberitahu perkara ini kepada pensyarah Gerko saya, beliau berkata peti kecemasan boleh dipinjam daripada pihak penganjur perlawanan lain. Walau bagaimanapun, saya berasa amat sedih kerana tidak dapat menyediakan peti kecemasan bagi perlawanan bola tampar anjuran kumpulan Gerko saya sendiri.

SEMASA PERLAWANAN BOLA TAMPAR


Seperti yang diberitahu oleh pensyarah, saya telah meminta bantuan daripada kumpulan lain yang berada di sebelah gelanggang bola tampar untuk meminjam peti kecemasan. Kumpulan tersebut telah meletakkan peti kecemasan berhampiran dengan gelanggang permainan bola tampar dan mereka telah memberi kebenaran kepada saya untuk mengambilnya semasa waktu kecemasan. Justeru itu, saya telah menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap perlawanan bola tampar. Syukur kepada tuhan kerana tidak berlaku apa- apa kecederaan kepada para pemain. Oleh itu, saya diberi peluang untuk memeriksa garisan gelanggang kerana penjaga garisan tidak mencukupi. Pada masa itu, saya telah meletakkan peti kecemasan berhampiran dengan saya kerana takut jikalau berlaku apa- apa kecederaan kepada para pemain.

SELEPAS PERLAWANAN BOLA TAMPAR


Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kumpulan lain yang sudi meminjam peti kecemasan kepada saya tanpa merugut. Saya sangat bangga kerana walaupun saya tidak dapat menempah peti kecemasan, tetapi pada hari permainan bola tampar saya masih dapat menyediakan peti kecemasan bagi keperluan pertandingan yang dianjurkan. AJK KECEMASAN : THAVAMALAR A/P ARUMUGAM

Vous aimerez peut-être aussi