Vous êtes sur la page 1sur 20

K03-04-05 8.

00 PROFESSIONAL DEVELOPMENT
8.01 Study Technical Manual

PENGENALAN
TECHNICAL MANUAL MERUPAKAN RUJUKAN UNTUK MELANCARKAN KERJA-KERJA HARIAN DENGAN PENGOPERASIAN MESIN, PERALATAN DAN PERKHIDMATAN. TECHNICAL MANUAL INI JUGA DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN UNTUK MENGENALPASTI, MENGGUNAKAN, MENCATAT MAKLUMAT DAN MENYUSUN MAKLUMAT.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
MEMASTIKAN SUPAYA PELAJAR BOLEH: MENGENALPASTI KEPAKARAN TEKNIKAL DAN PENGETAHUAN/KEPERLUAN LATIHAN MEMILIH TECHNICAL MANUAL MEMBACA MANUAL MENCATAT NOTA DAN MERINGKASKAN MAKLUMAT

DEFINISI TECHNICAL MANUALS

Technical Manual adalah buku atau manual yang mengandungi pelbagai maklumat berkenaan dengan peralatan/ mesin/ perkhidmatan teknikal yang mengandungi caracara penggunaan, langkah-langkah keselamatan, troubleshooting dan penyelenggaraan yang penting untuk operasi peralatan/mesin/ perkhidmatan teknikal untuk dijadikan rujukan

SUMBER-SUMBER TECHNICAL MANUALS

Syarikat Pengeluar Mesin/Peralatan/Khidmat


Mahir dengan produk keluaran mereka. Setiap syarikat adalah cukup untuk membuktikan mereka adalah rujukan utama untuk sumber technical manual.

Pembekal

Agen yang membekalkan mesin, peralatan, perkhidmatan kepada pelanggan. Menjadi orang tengah di antara pengeluaran dan pelanggan. Pembekal juga menyimpan technical manual yang berkaitan dengan mesin, peralatan, perkhidmatan untuk rujukan penyelenggaraan mesin sekiranya menghadapi masalah ketika di dalam penggunaan pelanggan

PERPUSTAKAAN TEKNIKAL

Perpustakaan teknikal adalah tempat penyimpanan dokumendokumen penting berkaitan mesin, peralatan, perkhidmatan di dalam sesebuah organisasi. Menjadi tempat rujukan untuk organsasi tersebut. Contohnya sebuah organisasi mempunyai sebuah bilik khas untuk menyimpan rekod, dokumen dan manual untuk rujukan pekerjanya.

SIMPANAN PERGOPERASI

Diamanahkan kepada pengoperasi sesuatu mesin untuk memudahkan operasi pemesinan. Menjalankan tugas tanpa perlu merujuk di perpustakaan teknikal.

KANDUNGAN TECHNICAL MANUALS

Spesifikasi mesin Nama-nama dan bahagian-bahagian mesin Cara-cara pengendalian mesin Cara-cara penjagaan mesin Simbol-simbol, jargon dan istilah-istilah teknikal Litar pendawaian mesin Langkah-langkah keselamatan Indeks, senarai gambarajah, senarai jadual dan tajuk-tajuk setiap bahagian Senarai semak (checklist) Maklumat pengeluar

KEPENTINGAN TECHNICAL MANUALS

1) Technical manual adalah rujukan utama penggunaan peralatan/mesin/ perkhidmatan.

merangkumi semua aspek penggunaan mesin, bermula daripada sebelum penggunaan, semasa penggunaan dan selepas penggunaan Merujuk di technical manual juga boleh mengelakkan berlakunya kemalangan yang disebabkan oleh penggunaan mesin yang tidak betul.

2) Technical manual adalah rujukan utama penyelenggaraan peralatan / mesin / perkhidmatan

merangkumi semua aspek penyelenggaraan iaitu penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) dan penyelenggaran kerosakan (corrective maintenence). Jenis peralatan yang harus digunakan, minyak yang sesuai, dan masa yang sesuai akan diterangkan pada manual.

3) Langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi


Langkah-langkah

keselamatan untuk menggunakan peralatan/mesin/perkhidmatan boleh dirujuk pada technical manual. Langkah-langkah keselamatan yang betul adalah penting kerana ia boleh mengelakkan kemalangan yang diakibatkan oleh mesin dan kecuaian manusia.

4) Rujukan utama bahagian-bahagian mesin dan spesifikasi

Merupakan rujukan utama untuk bahagianbahagian mesin dan spesifikasi bagi memastikan mesin/peralatan/perkhidmatan yang diterima adalah betul dan berfungsi mengikut spesifikasi. Ia juga memudahkan kita untuk memesan, membuat aduan dan memberi arahan kepada seseorang apabila berlaku kerosakan pada bahagian-bahagian tertentu pada peralatan/ mesin/ perkhidmatan.

5) Rujukan utama simbol-simbol dan jargon


Pada

sesuatu peralatan/mesin/perkhidmatan terdapat pelbagai simbol dan label yang tidak kita ketahui maksudnya dan technical manual adalah satu-satunya bahan rujukan yang boleh menjelaskan maksud simbolsimbol dan label tersebut. Ini untuk mengelakkan kita mengoperasi peralatan/mesin/perkhidmatan dengan cara yang tidak betul.

CARA-CARA PEMILIHAN DAN PENGGUNAAN TECHNICAL MANUAL

Sebelum mengggunakan technical manual, seseorang perlulah mengetahui cara-cara pemilihan dan membuat rujukan dengan terhadap technical manual untuk mengoptimumkan penggunaannya dan mengurangkan masa untuk merujuk technical manual

1) Kenalpasti technical manual yang hendak digunakan supaya ia sesuai dengan masalah yang harus diselesaikan. Technical Manual lazimnya dikategorikan di dalam beberapa kumpulan, iaitu:

Manual operasi / penggunaan Manual penyelenggaraan Manual spesifikasi Manual litar elektrik / elektronik

2) Rujuk indeks, senarai mukasurat, senarai


gambarajah dan jadual untuk mengenalpasti dan mengecilkan skop pencarian maklumat Catatkan maklumat yang telah anda jumpai ke atas kertas/buku dengan tersusun.

3)

4)

Buat salinan untuk gambarajah atau jadual sekiranya diperlukan

5)

Jika maklumat yang dikehendaki tidak ditemui, rujuk sekali lagi indeks, senarai mukasurat, senarai gambarajah dan senarai jadual dengan merujuk tajuk dan perkataan(di dalam indeks) yang paling hampir dengan fokus pencarian anda

6) Ulangi langkah 3-4

7)

Sentiasa beranikan diri untuk bertanya sekiranya terdapat masalah di dalam pencarian maklumat di dalam technical manual. Kadang-kala mereka yang mempunyai pengalaman yang luas mempunyai maklumat yang lebih yang tidak boleh didapati di dalam technical manual.

8) Setelah berpuas hati terhadap semua maklumat yang dikehendaki telah diperolehi, kumpul dan susunkan secara sistematik untuk memudahkan anda membuat rujukan. Maklumat yang paling penting harus diutamakan daripada maklumat tambahan

THE END THANK YOU

Vous aimerez peut-être aussi