Vous êtes sur la page 1sur 6

Pendahuluan

Akhlak berasal daripada bahasa Arab yang bermaksudkan tingkahlaku,budi pekerti, dan perangai.Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menerangkan akhlak antaranya firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah memerintah agar berlaku adil, berbuat baik dan member (nafkah) kepada keluarga yang terdekat dan Dia melarang berbuat kekejian (zina), kemungkaran dan kedurhakaan. (al-Nahl:90) Imam Al-Ghazali seorang pemikir Islam mengemukakan cara yang baqik untuk mendidik akhlak.Ia mengatakan hati perlu disucukan daripada pencemaran kebendaan dan keduniaan, kemudian barulah diisi dengan cinta kepada Allah.Islam menitik beratkan s.a.w. pendidikan akhlak.Ikutan dan contoh yang dijadikan rol model adalah junjungan besar Nabi Muhamad

Akhlak Rasulullah s.aw Sebagai pendidik Dalam surah Al Anzab ayat 210 berbunyi, beliau sebagai seorang pendidik oleh kerana itulah berbicara tentang tugas, fungsi dan peranan guru menurut ajaran islam tidak dapat dipisahkan dari posisi dan peranan baginda sebagai seorang teladan. Sebagai pendidik , baginda telah berhasil membina masyarakat dari masyarakat yang paling biadab menjadi masyarakat terdidik.Kunci keberhasilan pendidikan yang baginda sampaikan adalah jalan yang benar dan tepat.Kesungguhan dan keiklasan baginda dalam melaksanakan tugas, kemampuan dan keterampilan baginda dalam melaksanakannya akhlak dan peribadi baginda yang baik dan mulia. Baginda adalah Usnah hasanah (teladan yang baik) rahmatan ill alamin (kasih sayang kepada segenap alam) selalu menilai segala perintah dan perilaku baik dengan dirinya sendiri dan menyampaikan sesuatu dengan kadar kemampuan orang yang dididik.Masyarakat Arab Qurais terkenal dengan cara hidup yang ganas dan berperang.Dalam usaha baginda mendidik dan memimpin masyarakatnya sememangnya terdapat banyak rintangan dan halangan yang ditempuhinya.Sifat baginda rasulullah yang terpuji dan sentiasa menjadi contoh dalam masyarakatnya itu telah berjaya melembutkan hati masyarakatnya dan tertarik dengan ajaran yang dibawa oleh baginda.Pada awalnya terdapat tentangan berhubung soal agama dan 1

kepercayaan yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.Peperangan dan penyiksaan di lakukan oleh orang kafir Qurais ke atas orang Islam.Masyarakat jahiliah pada ketika itu hanya percaya kepada amalan dan ajaran nenek moyang mereka dengan berkata bahawa patung-patung itu adalah tuhan mereka.Di kota Mekah ketika itu dipenuhi dengan patung-patung berhala.Ada juga yang percaya kepada pengaruh udara,matahari,bulan,bintang dan sebagainya.

Upacara penyembahan, telek nasib, mereka meminta pertolongan kepada berhala-hala yang mereka puja,mereka sanjung sekiranya mereka mendapat nikmat.Kekacau-bilauan di dalam bidang kepercayaan ini membawa pengaruh dan akibat yang buruk dalam pandangan serta sikap terutamanya dalam bidang kehidupan yang lain.Nabi menjadi rol model bagi masyarakatnya ketika itu.Tambahan pula keturunan nabi adalah antara ketururunan yang hebat dan terkenal. Rasulullah s.a.w mula memantapkan ajaran tauhid yang mampu memancarkan kemurnian,kekuatan untuk merubah sikap hidup dan pola pemikiran umat manusia pada waktu itu sesuai dengan pokok missi yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w.Baginda menanamkan Tauhid yang disebut Syajaratun Thayyibah.iatu :pohon yang bik yang memenuhi syaratsyarat untuk hidup dan memberikan kehidupan.

Rasullullah sewaktu menyampaikan ilmu, nada suara dan cara bercakap yang lembut dan perlahan. Intonasi suara yang digunakan boleh melembutkan hati sesiapa sahaja yang mendengarkannya.Sifat lemah lembut yang ditunjukkan oleh baginda telah meletakkan baginda sebagai seorang pemimpin yang dihormati dan di sayangi.Masyarakat baginda ketika itu terkenal dengan sifat yang keras dan pemarah.Bahkan Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan. ( Surah An-Nahlu:25).Penyampai ilmu pendidikan yang dapat melembutkan hati sipenerima adalah melalui kelembutan. Sungguhpun begitu, nabi amat tegas dalam penyampaian dakwah kepada pengikut-pengikutnya khususnya dalam hal yang berkaitan halal dan haram.Dalam menyampaikan ilmu, baginda menitik beratkan tumpuan dan kefahaman anak muridnya.Hanya dengan cara yang lembut dan sederhana sahaja dapat melembutkan hati dan jiwa seseorang .

Untuk menjadi pendidik yang berhasil, beliau telah mempersiapkan dirinya sedemikian rupa sejak sebelum diangkat sebagai rasul.Beberapa penting dijadikan teladan antaranya 2

seperti sebelum menjadi rasul baginda memiliki sifat yang baik dan terpuji sehubungan itu baginda di gelar al-amin iaitu orang yang dipercayai. Teladan dan contoh ikutan yang baik perlu ada dalam usaha menjadikan guru bagai satu profesion pendidikan yang cemerlang.Nabi Muhamad s.a.w mempunyai akhlak yang baik dalam mendidik ke jalan yang benar dan dirahmati. Baginda terlatih dalam suasana keprihatinan dan penuh tantangan, kesiapan diri untuk mandiri, tidak bergantung kepada orang lain dan kondisi rumahtangga yang sangat menunjang pelaksanaan tugas.Ada beberapa petunjuk yang baginda berikan antaranya untuk menjadi seorang pendidik yang berakhlak baginda melakukan pendidikan dengan hikmah,kebijaksanaan,nasihat dan diskusi yang baik (surah An-Mahl:125).Panduan dan bimbingan kepada setiap guru untuk meniru dan mengikuti jejak langkah baginda dalam usaha mendidik anak bangsa kita.Baginda menggunakan kaedah dan cara penyampaian ilmu dengan lemah lembut.

Baginda rasullullah sentiasa menitik beratkan kejujuran.Baginda tidak menambah atau mengurangkan sesuatu berita sesuai dengan kenyataan sehingga pendengar memperolehi gambaran yang benar tentang perjara berkenaan.Dalam (surah An-Nisa:63) menegaskan bahawa baginda rasullullah sentiasa memberikan panduan dan berpaling dari ajaran yang salah, memberikan pendidikan kepada mereka yang salah dengan kata-kata yang benar.Konsekuen dalam pendirian yang benar, tidak mengikut hawa nafsu, adil dan menunjukkan identiti muslim (surah Al-Furqan;63).Malahan dalam (surah Yusuf:87) tidak mudah putus asa seseorang itu dalam kerja-kerja menuntut ilmu.Keberhasilan proses pendidikan ditentukan oleh Allah tercatat dalam (surah Al-Anfal:63). Nabi Muhamad S.a.w dalam riwayatnya menjadi seorang pemimpin dan pendidik pegangan utamanya adalah AlQuran dan firman dari Allah. Oleh yang demikian, baginda telah mewujudkan pusat-pusat kegiatan pendidikan seperti rumah baginda sendiri, masjid,suffah,bangunan dan balaibalai.Baginda menjadikan tempat-tempat berikut sabagai medan penyebaran ilmu.Tumpuan dan perkumpulan orang ramai menudahkan tugas baginda selaku seorang pendidik.

Rasulullah SAW adalah seorang pemimpin yang demokratis, selalumengutamakan musyawarah dalam kepemimpinannya. Jika ada pendapat dari seseorang yang beliau anggap benar, maka beliau akan mengamalkannya. Sikap rasul yang demokratis ini merupakan salah 3

satu kunci keberhasilannya dalam memimpin umat. Beliau sangat bijaksana, tetap pemaaf dan lemah lembut menyikapi segala perbedaan.Rasul juga seorang panglima perang yang berani, beliau selalu ada di barisan paling depan pada setiap pertempuran. Perbedaan merupakan salah satu fitrah kehidupan, yang terpenting adalah bagaimana sikap kita dalam menghadapinya. Cara terbaik untuk menyikapi perbedaan itu adalah dengan bermusyawarah. Jabatan sebagai pemimpin bukan bererti menghalangi manusia untuk menerima kebenaran dari siapapun, termasuk dari bawahannya sekalipun.

Setiap manusia mempunyai tanggungjawab di pikul.Hadis riwayat Bukhari dan Muslim: semua kamu adalah pengembala, dan semua kamu bertanggungjawab atas gembalanya.Imam bertanggungjawab atas rakyatnya, lelaki pengembala ahli rumahnya, dan bertanggungjawab bertanggungjawab bertanggungjawab atas atas atas rakyatnya.Perempuan rakyatnya.Khadam rakyatnya.Bahkan pengembala kamu rumah benda adalah suaminya tuannya pengembala, dan dan dan pengembala seluruh harta

bertanggungjawab atas rakyat gembalanya. Hadis di atas membawa maksud bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab daripada unit paling tinggi iaitu pemimpin Negara sehinggalah ke unit keluarga. Baginda mengambil peranan selaku seorang pendakwah dalam menyampaikan ajaran dan pendidikan yang berteraskan nilai keislaman dan kerohanian yang mulia.Namun peranan yang lebih besar dan nabi sendiri menekanka perkara ini.Sabda baginda yang beia bermaksud : Ya Allah sesiapa sahaja yang menjadi ketua dari satu-satu urusan umatku, jika mereka memecahbelahkan maka pecah belahkan dia.Tetapi jika dia mengetuai sesuatu urusan lalu dia berlaku baik, sudikanlah Tuhan memberinya bantuan. Untuk menjadi seorang pemimpin yang Berjaya ilmu sememangnya penting. Tanpa ilmu seseorang itu hidup dalam ketanduidaksan.

Kesimpulan:

Manusia telah ditentukan oleh Allah SWT dengan fitrah yang sempurna iaitu budi pekerti mulia. Budi pekerti yang mulia ini menjadi sempurna sekiranya sentiasa berpandukan kepada akal fikiran yang berneracakan syariat.Justeru,umat islam perlu berusaha bersungguh-sungguh melatih jiwa dengan pekerjaan yang boleh membawa kepada tujuan akhlak mulia.Umat islam menjadikan Nabi Muhamad sebagai contoh teladan yang baik dalam proses memberikan didikan dan ajaran kepada anak bangsa. Tanggungjawab yang telah diamanahkan tidak seharusnya di pandang mudah. Dalam Negara kita terdapat pelbagai jenis kaum yang memerlukan didikan tanpa adanya perbezaan ras dan agama.Anak-anak didik hari ini menjadi pemangkin generasi pada masa hadapan.Nabi sendiri sentiasa memandang semua kaumnya sama tanpa memandang agama yang di anuti oleh kaumnya. Sifat mahmudah yang perlu di terapkan dalam jiwa semua warga pendidik.

Rujukan: Tajuk: Koleksi Khutbah Jumaat,2004.Abu Ezzat Al Mubarak,Al-Hidayah Publishers.KL. 5

Tajuk:Bimbingan Semasa, 2000. Mohd Fauzi Bin Mustaffa,Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM) .KL. www.analytica-pps-com/fle/82PDF/82 jakar.PDF. WW.Sabah.gov.my/heains/pendidik% 20 harus% 20 Berketrampilan htm 15K WWW.aklhlak mulia_pdf_20%_khutbah jumaat_17K

Vous aimerez peut-être aussi