Vous êtes sur la page 1sur 7

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN KETUA PENGARAH SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2010 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh Terima kasih Saudara Pengacara Majlis

Y.B. Dato Raja Nong Chik bin Dato Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

Y.B. Datuk M. Saravanan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

Yang Berbahagia Tan Sri Samsudin Osman Presiden, Perbadanan Putrajaya

Ketua setiausaha ketua setiausaha kementerian Ketua-ketua Jabatan, dif-dif kehormat Dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

1.

Syukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya kita

dapat bersama-sama dalam majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, yang sudi menerima undangan kami untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

Perbadanan Putrajaya yang memberikan kerjasama padu bagi melaksanakan kegiatan kebahasaan dan menyediakan prasarana yang lengkap agar sambutan BBK Peringkat Putrajaya ini dapat dijayakan dengan penuh gemilang.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

2.

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 merupakan penjenamaan dan

perwajahan semula kempen bahasa yang telah diberikan nafas baru yang telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan penaung Bulan Bahasa Kebangsaan 2010. Majlis pelancaran peringkat kebangsaan telah diadakan di Ipoh, Perak pada 5 Oktober 2010. kegiatan tahunan ini merupakan program bahasa yang sebelum ini dikenali sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) yang telah

dimulakan pada tahun 1999. Program ini, pada asalnya dikenali dengan nama Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan sepanjang dekad 60-an, kemudian Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dijalankan pada tahun 1987 hingga tahun 1988, Minggu Sastera Negara dari tahun 1987 hingga tahun 1998, seterusnya Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta dari tahun 1996 hingga tahun 2005.

3.

Sambutan

Bulan

Bahasa

Kebangsaan

(BBK)

bertujuan

untuk

memantapkan, memperkukuh dan menyerlahkan jati diri dan citra bangsa Malaysia menerusi bahasa dan sastera kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, BBK juga dilancarkan untuk mempersegar kecintaan dan kemegahan terhadap bahasa dan sastera kebangsaan, mengeratkan dan memperkukuhkan perpaduan bangsa menerusi kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan, dan menyerlahkan fungsi serta peranan bahasa dan sastera kebangsaan sebagai salah satu tonggak pembinaan negara bangsa. Objektif ini selari dengan Misi Nasional yang tercakup dalam pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

4.

Sambutan BBK ini adalah bertunjangkan slogan Bahasa Jiwa Bangsa.

Slogan ini merupakan slogan keramat Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah dicipta sejak tahun awal penubuhannya. Slogan ini wajar diketengahkan semula

memandangkan pada masa kini kedaulatan bahasa kebangsaan semakin dicabar dan kedudukannya semakin dipinggirkan dalam arus globalisasi kini. Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk membina dan memperkembangkan bahasa dan sastera kebangsaan terus berusaha mempertahankan kedaulatan bahasa kebangsaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka sejak penubuhannya 54 tahun yang lalu, telah melalui jalan yang panjang, masa yang lama, kesukaran dan cabaran yang pelbagai dalam memperkasakan bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka telah berjaya memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, sekali gus memasyarakatkan dan mengangkat persuratan Melayu sebagai citra peradaban bangsa. Bahasa Melayu telah berkembang maju sebagai bahasa moden dan bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa tamadun tinggi, di samping menjadi bahasa pemersatu masyarakat Malaysia. Natijahnya, perpaduan bangsa dapat diperkukuh, ratusan ribu graduan, pakar serta sarjana dalam pelbagai bidang ilmu dapat dilahirkan melalui sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu.

5.

Objektif sambutan BBK ini juga adalah selaras dengan konsep 1Malaysia

yang digagaskan oleh YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak Razak,

Perdana Menteri Malaysia. Konsep 1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi

kekuatan Malaysia serta rakyatnya, dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik untuk menghadapi sebarang cabaran. Sambutan BBK ini juga mencakupi prinsip 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, kesetiaan dan integriti. Dengan mengadakan program BBK ini diharap dapat menjadi

pembentuk jati diri bangsa Malaysia yang harmoni dan berjiwa kebangsaan yang jitu.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

6.

Tanggungjawab memperkasakan bahasa kebangsaan bukan semata-mata

terletak di bahu Dewan Bahasa dan pustaka, malah menjadi tanggungjawab seluruh seluruh masyarakat Malaysia individu, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta untuk bersama-sama mendaulatkan bahasa kebangsaan yang telah diwartakan dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152. Semangat jati diri dan megah bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya di Putrajaya ini dapat diserlahkan melalui majlis ini dan pengisian program BBK yang dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas pelancaran

Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya. Saya mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah atas komitmen dan

penyertaan seluruh warga Putrajaya dan masyarakat umumnya. Dengan kejayaan yang dikecapi lewat 54 tahun ini, kita tidak harus alpa dan lalai akan cabaran dan ancaman luar ataupun dalaman yang berhasrat untuk menghakis jati diri bangsa Melayu dan bahasa ibundanya. Penganjuran program ini secara berterusan dan menyeluruh akan dapat melahirkan generasi baru yang lebih komited selaku penggerak bahasa, sastera dan budaya negara pada masa akan datang yang akan memberikan impak kepada keutuhan bahasa kebangsaan. Sesungguhnya, kecintaan terhadap bahasa Melayu samalah seperti kecintaan terhadap negara yang perlu dipupuk, disemai dan amalan. dikembangkan dengan

7.

Mudah-mudahan melalui sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 ini

akan dapat mengimbau kembali sejarah kecemerlangan bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, dan Kesultanan-kesultanan Melayu selepas itu yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa ekonomi, bahasa persuratan dan bahasa hubungan antarabangsa. Semoga pengisian program kebahasaan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan ini dapat menggamit penglibatan seluruh lapisan masyarakat agar terus memainkan peranan utama dalam pembentukan negara bangsa.

8.

Akhir kata, saya sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

Yang Berhormat Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar kerana sudi menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Peringkat Putrajaya. Juga jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tan Sri Samsudin Osman dan seluruh staf Perbadanan Putrajaya yang berganding bahu memberikan kerjasama dan komitmen padu bagi menjayakan sambutan ini. Seterusnya, sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang bersama-sama menguruskan majlis pelancaran ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang turut sama menjayakan majlis ini, secara langsung atau tidak langsung.

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.

Sekian. Terima kasih.

Vous aimerez peut-être aussi