Vous êtes sur la page 1sur 9

1

(2)

Gangguan Emosi & Kecelaruan Personaliti Kanak-kanak

(A) Gangguan Emosi Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4 menyatakan bahawa gangguan emosi ialah gangguan perasaan akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan dan dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu, mempunyai sikap suka menyendiri dan mempunyai sikap yang tidak stabil. Secara ringkasnya, gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang yang menyebabkan emosi orang tersebut tidak stabil. (i) Kategori gangguan emosi

Terdapat dua kategori gangguan emosi iaitu : (a) Gangguan emosi ringan

Gangguan emosi kategori ini ialah ia tidak ketara dan sukar dikesan.Gangguan ini kerap berlaku pada kanak- kanak.Di mana kanak-kanak idak suka berkongsi barang yang dimilikinya dengan orang lain dan selalu marah tentang hal- hal yang biasa dilakukan oleh kanak- kanak biasa.

(b)

Gangguan emosi berat

Gangguan emosi kategori ini sangat ketara dan mudah di kesan oleh orang di sekelilingnya. Gangguan ini berlaku ketika kanak- kanak yang masih berasa tidak selesa atau janggal dengan keyakinan diri mereka sendiri sama ada secara fizikal atau mental.Ketika marah kanak- kanak tersebut akan mengamuk, menjerit dan menyakiti dirisendiri dan kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi ini akan takut terhadap sesuatu yang tidak membahayakan diri.

Namun begitu kedua-dua keadaan ini dapat diketahui tanda awal gangguannya, di mana kanak-kanak sering mengalami tekanan, cemas dan marah terlalu kerap, mengalami sesuatu keadaan yang tidak biasa dialami seperti penolakan, mengalami kesulitan untuk berhubung dengan orang lain, dan mengalami dua perasaan dalam satu masa.

(ii)

Punca gangguan emosi kanak-kanak/murid

Mengikut Teori Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi adalah persekitaran sekolah, peristiwa berlaku dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru-guru dan lain-lain. Gangguan emosi dalam kalangan murid-murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya, gangguan emosi berpunca daripada masalah kesesakan dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin seperti ponteng kelas, menyendiri, murung, marah dan sebagainya. Peristiwa dalam keluarga melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan kanak-kanak dan ia mempengaruhi pengembangan emosi mereka.

(iii)

Kesan ganggguan emosi

Terdapat beberapa kesan yang wujud di dalam diri kanak-kanak tersebut, antaranya ialah: (a) (b) (c) Menunjukkan reaksi yang berlebihan apabila berlakunya kejadian-kejadian biasa. Pelajar akan menunjukan rasa tidak gembira terhadap pencapaian diri Mengalami keletihan yang melampau, menunjukkan tingkah laku gelisah, menunjukkan tingkah laku untuk menarik perhatian daripada orang yang sentiasa bersama dengannya.

(iv)

Langkah-langkah mengatasi masalah gangguan emosi kanak-kanak

Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh digunakan dalam mengatasi masalah gangguan emosi bagi kalangan kanak-kanak atau murid-murid, antaranya ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Amalan sikap kepimpinan demokratik. Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan Menggunakan percakapan yang sesuai Guru membantu murid yang bermasalah Murid bersifat self efficacy Mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling

(B)

Kecelaruan personaliti kanak-kanak

Personaliti berasal dari bahasa Latin persona iaitu bermaksud topeng.Personaliti adalah perihalan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang individu. Terdapat dua perkra yang sentiasa menjadi tumpuan dalam mengenali personality iaitu: (a) Sifat-sifat individu itu sendiri melalui cara berfikir, berinteraksi, beraksi, dan beremosi. (b) Perbezaan yang boleh dikenal pasti di antara seorang individu dengan individu yang lain.

Kecelaruan personaliti (split personality) atau disebut "Dissociative identity disorder" merupakan salah satu diagnosis psikiatri dan menerangkan keadaan dimana seseorang itu memaparkan identiti yang berbeza atau personaliti yang berbeza. Kecelaruan personaliti ini merupakan salah tu daripada penyakit psikologi. Kecelaruan personaliti dalam maksud mudah ialah apabila seseorang mempunyai dua atau lebih personaliti dalam masa yang berbeza. Kadangkala mereka akan muncul baik, dan tanpa sebarang amaran mereka akan berubah menjadi seorang yang negatif.

(i) (a)

Jenis kecelaruan personaliti Kecelaruan Paranoid

Kecelaruan Paranoid ialah memaparkan tingkah laku ganjil seperti mengesyaki orang lain, tidak mempercayai orang, sensitif dan selalu menyalahkan orang lain.

(b)

Kecelaruan personaliti skidzoid

Kecelaruan personaliti skidzoid ialah ketidakpusan hati dalam membentuk hubungan emosi yang baik dengan orang lain dan mempunyai beberapa kawan rapat yang terpilih dan dalam kuantiti yang tidak ramai.

(c)

Kecelaruan Personaliti Skizotipal

Kecelaruan dari jenis ini ialah menunjukkan gaya komunikasi , fikiran dan aksi yang aneh . Individu di dalam kategori ini sering memencil diri daripada berinteraksi sosial dengan orang disekelilingnya, tidak banyak mengadakan hubungan peribadi yang bermakna, sentiasa mengelak diri daripada berinteraksi, sensitif, pentingkan diri dan pertuturan juga tidak jelas .

(d)

Kecelaruan personaliti pengelakkan

Kecelaruan jenis ini ialah satu kecelaruan yang menjelaskan tentang seseorang individu yang sering mengelak daripada mengadakan hubungan intim kerana bimbang ia tidak akan diterima oleh orang-orang tertentu.

(ii)

Punca kecelaruan personaliti

Menurut Dr. Muhammad Muhsin (2011),Pembentukan personaliti seseorang itu bermula ketika remaja dan kanak-kanak. Kebiasaaannya mereka yang mempunyai kecelaruan personaliti sama ada kanak-kanak, remaja atau dewasa berpunca daripada penderaan fizikal dan seksual ketika kanak-kanak dan remaja. Mereka membesar sebagai seorang pendendam dengan jiwa yang tertekan. Perasaan marah sentiasa ada dalam diri dan sedikit demi sedikit memori tersebut akhirnya membentuk satu kerakter berlainan daripada karakter utama.Ramai yang tidak percaya individu terbabit mempunyai masalah mental dan beranggapan mereka hanya berlakon dan berpura-pura, tetapi sebenarnya keadaan itu berkaitan dengan masalah kecelaruan personaliti. Individu yang didiagnos dengan kecelaruan personaliti menunjukkan symptom yang berbeza-beza dari satu masa ke semasa. Ia boleh berlaku daripada keadaan sedikit yang sukar dikesan sehingga boleh menjejaskan keseluruhan watak seseorang. Berikut adalah faktor punca kecelaruan personaliti seseorang iaitu: (a) Faktor biologi.

Faktor biologi ialah faktor yang disebabkan oleh genetik,ketidakseimbangan hormon dan pemakanan individu tersebut. (b) (c) Faktor pembelajaran serta proses pelaziman yang tidak sesuai Faktor Psikososial

Faktor ini terhasil apabila terdapat kejadian trauma pada zaman kanak-kanak seperti dipukul, kemalangan atau kematian ibu bapa. Pengalamann ini akan menyebabkan satu trauma psikologi yang tidak mudah luput. Tekanan hidup lazimnya akan menyebabkan trauma yang dialami pada masa yang lampau itu timbul semula.

(iii)

Peringkat pengembangan kecelaruan personaliti

(a)

Kanak-kanak yang didera oleh penjaga yang sangat dipercayai ( biasanya ibubapa atau penjaga) dan ingatan terhadap kejadian itu bertindih kerana hubungan yang masih terjalin.

(b)

Memori dan perasaan terpisah di bawah sedar akan dirasai kemudian dalam bentuk personaliti berasingan.

(c)

Proses berlaku berulangkali sesuatu peristiwa pada masa berlainan, maka pelbagai personaliti dibentuk oleh seseorang pada masa tersebut yang terbina daripada peristiwa yang berbeza. Ia dipersembahkan kepada fungsi yang berbeza sama ada baik atau merosakkan personaliti seseorang. Percanggahan personaliti menjadi mekanisme penting individu tersebut bila berhadapan dengan situasi yang tertekan.

(d)

Individu yang sering menipu untuk kepentingan diri sendiri sebenarnya mempunyai masalah yang berkaitan dengan kecelaruan personaliti.Misalnya masalah melingeringue atau factitious disorder, yang mana berkecenderungan untuk menipu untuk kepentingan sendiri. Contoh kecelaruan personaliti yang lain adalah narcissistic iaitu cenderung menceritakan kebaikan diri sendiri. Misalnya, seseorang pemimpin yang ego dan merasakan dirinya telah melakukan banyak

kebaikan dan sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kedudukannya.

RUJUKAN

Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Baharom Mohamad; Ahmad Esa; Husin Junoh (2008). Psikologi Pendidikan Dalam PTV (Modul Pembelajaran). Johor : Penerbit UTHM.

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/ingatan-dan-lupaan.html. dicapai pada: 04 Januari 2013

http://www.slideshare.net/myaafifi89/ingatan-dan-lupaan. dicapai pada: 04 Januari 2013

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor (2007). Psikologi Pendidikan.Oxford Fajar Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.

Rasyada Ab. Rahman(2011). Kesihatan.http://www.utusan.com/utusan/info

Azura Bahdin(2011). Kecelaruan Psikologi.Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia. Universiti Utara Malaysia(UUM).