Vous êtes sur la page 1sur 19

Soalan 2 ( a ) Penilaian terhadap langkah langkah yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengenalan Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Pelbagai langkah langkah Kementerian Pendidikan bagi melaksanakan bidang sains dan matematik di sekolah. Semua Aspek perlu diambil kira bagi merealisasikan impian sesebuah Negara.Profesion perguruan adalah satu profesion mulia yang mencurahkan ilmu pengetahuan dan mendidik pelajar sehingga mereka berjaya ke peringkat pengajian tinggi dan akhirnya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, negara dan agama. Tanpa guru-guru sains dan matematik yang mendidik di peringkat sekolah, pastinya tidak akan lahir golongan profesional seperti doktor perubatan, doktor pergigian, jurutera, arkitek, juru ukur dan saintis Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa inggeris Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi salah satu Dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003 sehingga awal 2012.Menurut Tan Sri Muhyiddin , walaupun pada beberapa peringkat Negara mencatat kejayaan agak membanggakan dalam bidang

pendidikan tetapi ada beberapa pihak melihat Malaysia agak terbelakang dibandingkan beberapa negara lain. Oleh itu,katanya, kajian dibuat bagi mengukur sistem dan kejayaan sedia ada dengan penanda aras antarabangsa bagi

mengetahui kelemahan yang ada dalam sistem pendidikan Negara.

Bagi pihak

pendidik

pula, mereka perlulah melakukan sesuatu dalam

membantu pihak kerajaan membangunkan bidang pendidikan terutamanya bagi menarik minat murid untuk belajar sains dan matematik. Contohnya , mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Pelajar juga perlulah memainkan

peranan dalam membangunkan diri sendiri serta menyedari kepentingan mata pelajaran Sains dan Matematik. Ini selaras dengan kehendak dunia yang semakin menjurus kearah bidang Sains Dan Teknologi. Peranan yang dimainkan oleh

semua pihak akan memberikan manfaat kepada Negara Malaysia yang tercinta ini. Melihat daripada pandangan dan pengalaman guru guru yang mengajar sains dan matematik di sekolah rendah dari wujudnya KBSR pada tahun 1982 intipati dalam bidang sains dan matematik masih sama iaitu menetapkan objektif agar murid dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira iaitu lebih dikenali KIA2M. Oleh itu kesinambungan program tersebut diadakan wujud pula program pemulihan PROTIM bagi murid yang masih lemah dalam pencapaian yang diinginkan. Program pemulihan ini adalah sebagai program ganti kelas biasa di kelas pemulihan untuk membantu murid menguasai kemahiran berkenaan. Sasaran program ini adalah untuk murid tahun 4,5 dan 6. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM. Begitu juga dengan kaedahnya kini selepas program KIA2M yang mengantikan program LINUS intipatinya tetap sama iaitu hasrat pemimpin negara tetap sama memajukan dalam bidang sains dan matematik. Cuma bezanya disini ialah program LINUS pula ditambah satu lagi elemen iaitu menaakul. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid tidak mempunyai masalah dalam bidang pembelajaran berkeupayaan mengusai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Namun isu yang paling hangat mengenai bidang sains dan matematik diperkatakan ialah mengenai pembelajaran matepelajaran sains dan matematik di semua peringkat pendidikan, sama ada di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran. Akhirnya dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang dimumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyidin Yassin selepas kajian keseluruhan diadakan.

Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid; Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka. Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin. Gerakan yang asalnya dikenali sebagai "Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu" ini dipimpin Datuk Dr Hassan Ahmad, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun kelihatan erat dengan Pakatan Rakyat, GMP menolak tanggapan bahawa mereka menyokong parti campuran tersebut, apatah lagi ada juga beberapa ahli politik Barisan Nasional yang menyokong perjuangan mereka, misalnya Datuk Puad Zarkashi dari UMNO. GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 31 Januari 2009, yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, penyair Dinsman dan Pyanhabib, ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis teater Khalid Salleh, serta ahli-ahli politik Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, dan Kamaruzzaman Mohamad, dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan India seperti Yayasan Tamil Malaysia dan Dong Jiao Zong. Kemuncak bantahan GMP ke atas PPSMI ditunjukkan melalui perarakan secara besar-besaran pada 7 Mac, di mana mereka menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.

Perjuangan GMP turut dibantu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi., di samping dilaporkan merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar "Keranda 152", sempena dakwaan PPSMI tersebut pada bulan Februari. Akan tetapi pada 15 Februari 2009, tunjuk perasaan "Keranda 152" itu tidak menjadi kenyataan, akhirnya mereka membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin dan berkata, laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu. Sepanjang separuh kedua tahun 2008, Kementerian Pelajaran telah mengadakan lima sesi persidangan meja bulat di kalangan ahli-ahli akademik, persatuan ibu bapa dan guru, kesatuan perguruan dan pertubuhan bukan kerajaan, untuk mengkaji semula dasar PPSMI dan dijangka mengambil keputusan terhadap PPSMI pada hujung tahun, berdasarkan keputusan UPSR dan faktor-faktor lain. Di sidang terakhir pada bulan Disember, usul-usul yang dikemukakan para hadirin persidangan dikumpul menjadi tujuh pilihan berkenaan nasib dasar ini, iaitu:

Meneruskan PPSMI seperti sedia ada; Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;

Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah; Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;

Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;

Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah; dan

Memansuhkan mata pelajaran Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain.

Pada 8 Januari 2009, Datuk Hishamuddin berkata keputusan muktamad mengenai nasib PPSMI hanya akan dicapai pada "tahun hadapan", walaupun hampir selesai mengkaji segala maklum balas yang dikumpul. Setelah Dato' Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadiran negara selaku Perdana Menteri pada bulan April, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi Menteri Pelajaran baru. Pada bulan Mei, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau masih belum puas hati dengan yang hasil kajian yang pernah dilakukan dan dibentangkan di sesi perbincangan meja bulat, oleh itu tidak dapat mencapai kata putus mengenai nasib dasar PPSMI , sebaliknya masih membuka pintu kepada kajian dan memorandum baru oleh semua pihak mengenai isu ini. Akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam. Dalam pada itu Tun Mahathir Mohamad memberi reaksi tidak puas hati, lalu mengadakan undian isu tersebut di blognya bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Hasilnya dari 100,024 undi, 86% penjawab mengundi tidak kepada soalan sama ada matapelajaran sains dan matematik harus kembali ke bahasa kebangsaan sebagai pengantar. Bagaimanapun, pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meneruskannya hingga tamat sekolah menengah sekaligus menundakan

pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris) sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan pembelajaran matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa kerajaan tidak akan kembali ke dasar PPSMI. Pada masa yang sama, kerajaan berdepan dengan gesaan agar sekolah berbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dikembalikan dalam sistem pendidikan negara demi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak Malaysia. Dari segi penilaiannya, kejayaan MBMMBI ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran sains dan matematik . Tidak banyak dapat

diperkatakan tentang sejauh manakah kejayaan dasar ini kerana masih baharu lagi pelaksanaannya. Diharapkan dasar ini , akan selaras dengan keperluan negara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Disamping itu, hasrat kerajaan untuk memajukan bidang Sains dan Matematik akan tercapai melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan ini. Akhirnya, Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Malaysia .Isu PPSMI sudah selesai walaupun masih terdengar suara-suara kecewa dengan tindakan Kerajaan yang disifatkan merugikan terutama apabila menyentuh tentang betapa pentingnya kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris ketika ini. Lebih mengecewakan apabila tindakan itu dibuat setelah Kerajaan membelanjakan berjuta ringgit sepanjang tempoh pelaksanaannya. Apapun, memetik kata-kata Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid, sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah Kerajaan lakukan ini kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat. Walau apa pun kesannya, keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan ini bukan bermakna Kerajaan tunduk kepada desakan golongan pejuang bahasa atau dibuat semata-mata kepentingan politik tetapi yang lebih penting ia dibuat setelah mengambil kira

pelbagai aspek dengan pertimbangan yang cukup teliti serta bijaksana. Dengan pemansuhan PPSMI ini bermakna mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan manakala di sekolahsekolah SJKC dan SJKT menggunakan bahasa ibunda masing-masing mulai 2012. Sebagai seorang warga pendidik kami perlu bersikap positif dan menerima secara terbuka apabila sesuatu perubahan dalam bidang pendidikan dilaksanakan. Namun begitu tanggungjawab terhadap sistem pendidikan adalah untuk

menyediakan generasi muda yang mempunyai pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keperihatinan kerajaan terhadap sumber pembangunan manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Pelbagai pihak

mengetahui bahawa bidang Sains dan Matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa inggeris. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki , memperkukuh dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat pada hari ini. Berikut adalah rumusan dan langkah langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dari tahun 1982 hingga 2012 bagi tujuan memajukan bidang sains dan matematik.

KBSR 1982

PEMULIHAN, KIA 2M, PROTIM

PPSMI 2002 (EteMS)

MBMMBI 2010

KSSR ( LINUS ) 2012

Setelah berbincang mengenai penilaian keberkesanan setiap langkah yang diperkenalkan oleh KPM mengenai bidang sains dan matematik ini, Kami mendapati bahawa setiap perancangan yang dilaksanakan perlu adanya kajian yang mendalam bagi merealisasikan setiap impian negara. Namun begitu,memang terlalu sukar untuk menghasilkan setiap program yang dilaksanakan untuk membuahkan hasil yang maksimum. Justeru itu, setiap program baru ataupun langkah pertama memrlukan Akses Pendidikan. Selaras dengan perkembangan semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau informasi (

Communication Technology ( ICT ) dalam pendidikan meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan projek ICT dengan pembelakan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah yang berkaitan adalah seperti pembekalan masalah komputer di bandar dan luar bandar. Ini menyukarkan perlaksanaan program terganggu dan secara tidak langsung menganggu pembelajaran murid di sekolah. Selain daripada itu perisiaan komputer pengajaran dan pembelajaran terhad dan sukar diperoleh. Selain itu latihan dalam perkhidmatan guru mengendalikan system penggunaan komputer di sekolah kurang berkesan. Ini kerana tahap kemahiran guru dalam bidang penggunaan komputer kurang memuaskan.Ia berdasarkan

pengalaman guru yang mengikuti kursus semasa di maktab dan institusi pendidikan yang mereka perolehi. Oleh itu motivasi perlu diberikan kepada guru yang berpengalaman lebih lama untuk mempelajari bidang penggunaan komputer mengikut keperluan arus semasa yang semakin pesat. Masalah penyelengaraan komputer yang kurang memuaskan disekolah juga memberikan kesan sampingan untuk melaksanakan program ICT. Ini adalah melibatkan guru yang terlatih dalam bidang ICT belum mencukupi. Jesteru itu, ini adalah salah satu cabaran bagi KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik dalam ICT. Dalam perlaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001 2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dipastikan mempunyai

infrastruktur yang berkesan dan mencukupi dan berkualiti untuk perlaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan perlatan pembelajaran serta program sokongan akan diagihkan secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung dan sekolah yang kurang beruntung ( Sumber Pembangunan pembangunan pendidikan 2001-2010 ). Namun setelah tujuh tahun perlaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah sekolah di Malaysia yang belum menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam perlaksanaan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan pendidikan ( BPPDP ) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi menempatkan mereka ke sekolah luar Bandar khususnya luar Bandar dan pulau. Ini kerana kebanyakan sekolah di pulau dan luar bandar kekurangan guru yang berpengalaman dan kurang latihan. Maka dengan ini terpaksalah guru yang bukan opsyen sains dan matematik mengajar matapelajaran berkenaan. Disebabkan kurang pengalaman dan tidak mengetahui asas

pengajarannya mula dipertikaikan. Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan generasi yang bertarad dunia maka KPM telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ). Walaubagaimanapun pelbagai implikasi dan kesan negatif dari respon kebanyakan pihak menyatakan bahawa penggunaan bahasa pengantar iaitu penggunaan bahasa inggeris dalam

matapelajaran sains dan matematik merosakkan bahasa ibunda iaitu bahasa kebangsaan dan akan memusnahkan reputasi pelajar. Pendapat ini dinyatakan banyak pihak terutama dari luar bandar. Selain daripada itu penggunaan internet juga mendapat impak yang negetif dari sesetengah pihak. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan dengan menggunakan internet atau laman laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya isu isu moral yang membabitkan nilai

nilai social mula dipertikaikan. Fenomena ini menyebabkan nilai nilai murni yang ingin diterapkan kepada generasi muda bercanggah dengan nilai nilai barat. Kualiti pelajar dan hasil modal insan yang ingin dihasilkan dan dipertingkatkan mula dinilai dan dipersoal terutama dari peringkat sekolah menengah yang tidak mengira kaum, agama dan bangsa. Dengan ini sebagai seorang golongan pendidik, kami tidak melatah dengan segala perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa. IIni kerana kami telah menerima dengan terbuka segala setiap perubahan dalam bidang pendidikan. Malah kami juga perlu bertanggungjawab melaksanakan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan modal insan yang berilmu, bermoral, berakhlak mulia dan mempunyai sikap budaya saing dalam memajukan negara. Selain itu semua pihak perlu membuka minda dan perlu berfikiran positif menerima perubahan yang akan datang dalam bidang sains dan matematik mengikut era globalisasi yang semakin pesat dan maju.

Soalan 2 ( b ) Inovasi yang mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam matapelajaran Sains dan Matematik Inovasi memainkan peranan penting dalam perkembangan dan

pembangunan pendidikan sesebuah negara. Menurut Roger dan Shoemaker (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. Ini turut disokong oleh Spencer (1994) yang menjelaskan bahasa inovasi adalah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Sementara Glosori Teknologi Pendidikan (1995) merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Ketiga-tiga definisi ini secara amnya memberi pengertian yang hampir sama. Terdapat tiga elemen penting dalam konsep inovasi iaitu idea, amalan dan baru. Ini bermakna dalam sesuatu proses inovasi ia melibatkan perubahan dari segi aspek idea dan amalan seseorang. Jika ditinjau dalam sistem pendidikan negara kita, terdapat banyak inovasi yang telah disebarkan atau dilaksanakan oleh pihak-pihak yang tertentu. Sebagai seorang guru hendaklah mewujudkan persekitaran yang kondusif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, seorang guru perlu menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Dan juga dapat menambahbaikan apa yang sedia ada pada murid.

Bagi kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi perkara yang penting.. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pengajaran juga perlu menarik,

menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari. Guru hendaklah memastikan apa yang diajar jelas dan mudah difahami murid contohnya semasa membuat eksperimen. Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal.Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan. Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut. Di dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan murid, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetulkan kesilapan dengan cara yang berhemah. Di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan dan menarik, guru hendaklah melibatkan murid- murid. untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakan situasi pembelajaran, murid- murid belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental.

murid- murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains. Kalau mereka melakukan percubaanpercubaan berbanding hanya mendengar

penerangan guru sahaja. Oleh yang demikian murid- murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid- murid yang hanya pasif di dalam kelas. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu disesuaikan dengan kaedah pengajaran bagi memperolehi faedah yang maksimum dari segi, minat, motivasi dan penguasaan matematik. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar sangat berkesan digunakan dalam pengajaran yang menggunakan kaedah kumpulan, simulasi dan permainan. Guru haruslah menjalankan aktiviti secara berkumpulan dalam pelajaran sains. Contohnya mengadakan eksperimen membezakan bahan yang boleh terapung atau tidak boleh terapung. Dengan adanya aktiviti ini, murid dapat berkomunikasi satu sama lain antara ahli kumpulan. Selain itu aktiviti kuiz di dalam kumpulan juga boleh dijalankan untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran yang dijalankan.

Sesuatu

pelajaran

yang

hendak

disampaikan

oleh

guru

kurang

mendatangkan kesan kepada murid- murid, sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkan dengan pengalaman yang telah ada pada mereka. Dengan itu, guru perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan contoh- contoh yang telah mereka alami. Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami. Misalnya mengenai pertumbuhan manusia mengikut peringkat yang betul. Selain itu, guru

membawa murid ke makmal bagi meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan dalam sains dan matematik.. Di antaranya ialah mengadakan dan melengkapi makmalmatematik dengan aktiviti-aktiviti seperti pertukaran mata wang asing, pertanian, kaji cuaca, sukan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pengalaman pelajar dan juga yang menggambarkan aktiviti yang ada dalam masyarakat Malaysia dan dunia luar.

Dengan kemajuan teknologi. penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Jadi, para guru perlu dibantu bagi membolehkan mereka

menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya guru-guru sains dan matematik ini dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Dengan usaha itu, murid akan bertambah minat dengan matapelajaran sains dan matematik. Perkembangan dan kemajuan teknologi perlu diikuti dengan perubahan dalam pendidikan iaitu memanfaatkan penggunaan teknologi secara efektif dan efisien. Walaupun penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini sepatutnya tidak mematahkan semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan metematik. Harus diingat bahawa teknologi merupakan hanya alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan. Usaha untuk membina budaya sains dan matematik di kalanganpelajar bukanlah usaha yang bermusim, Untuk menjaminkejayaan pembinaan budaya sains dan matematik di kalangan pelajarperlu bermula di peringkat sekolah rendah lagi denganpembinaan asas matematik yang kukuh dikalangan mereka. Usaha-usaha ini memerlukan permuafakatan guru, komuniti dan pelajar untuk sama-sama

berganding bahu mewujudkan suasana yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran matematik.

Pengurusan inovasi pendidikan sains dan matematik yang berkesan yang mempertimbangkan keperluan rohani dan kemanusiaan pelajar dengan keperluan matematik, sains dan teknologi terkini dapat mewujudkan suasana yang sesuai ke arah pembinaan budaya matematik di kalangan pelajar. Dengan memperkukuhkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi pendidikan matematik dapat mewujudkan minat dan rasa seronok pelajar belajar matematik kerana mereka dapat merasakan bahawa pengalaman di antara alam persekolahan dengan kehidupan seharian pelajar membantu mereka menguasai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru di sekolah.

REFLEKSI Nadira bt Mohamed Arop


Inovasi merupakan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan pendidikan sesebuah negara. Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan langkah-langkah bagi memajukan bidang Sains dan Matematik. Melalui kerja kursus ini saya dapat membuat penilaian ke atas langkah yang dilaksanakan seperti KBSR pada tahun 1982, Pemulihan, KIA2M, PROTIM, PPSMI MBMMBI 2010 dan juga KSSR 2012 ( LINUS ) . Dengan tugasan ini, sebagai seorang pendidik merasakan positif apabila peralihan bahasa penghantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Dan Matematik daripada bahasa melayu ke bahasa Inggeris. Secara langsung usaha ini dapat meningkatkan pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju serta bersaing dalam era pendidikan. Usaha untuk membina budaya sains dan matematik di kalanganpelajar bukanlah usaha yang bermusim, Untuk menjaminkejayaan pembinaan budaya sains dan matematik di kalangan pelajarperlu bermula di peringkat sekolah rendah lagi denganpembinaan asas matematik yang kukuh dikalangan mereka. Usaha-usaha ini memerlukan permuafakatan guru, komuniti dan pelajar untuk sama-sama

berganding bahu mewujudkan suasana yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik

Untuk menyiapkan tugasan ini, saya mengumpul bahan-bahan dari internet dan membuat rujukan di Perpustakaan. Di sana saya mendapat maklumat dengan lebih tepat. Saya juga berterima kasih kepada rakan di sekolah yang sudi berkongsi idea untuk membantu menyiapkan tugasan ini. Dengan adanya bahan yang saya kumpulkan ini dapat menyenangkan untuk melunaskan tugasan saya ini. Berbagaibagai ujian yang saya lalui sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Dengan berkat kesabaran saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Akhir sekali, saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan tugasan saya ini. Semoga dengan bantuan anda-anda semua diberkati oleh Tuhan yang maha Esa.

REFLEKSI Norhashmah bt Majuhor


Alhamdulillah saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Saya dan rakan saya begitu fokus untuk menghasilkan tugasan ini walaupun menghadapi pelbagai halangan masa untuk berbincang lebih dekat. Walaubagaimanapun kami saling berhubung dengan menggunakan internet dan telefon mudah alih untuk berbincang supaya dapat memberikan ilmu dan kesan yang positif pada diri kami tentang tugasan ini. Dengan tajuk tugasan bahagian 2(a) kami mendapati bahawa matapelajaran sains dan matematik sangat penting untuk memajukan sesebuah negara. Ini kerana matapelajaran ini dapat memberikan ilmu dan memberikan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna bagi setiap guru untuk melahirkan insan yang berinovasi dan kreatif dalam bidang sains dan matematik. Pelbagai langkah langkah yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan taraf dalam bidang sains dan matematik. Iaitu dari KBSR 1982, Pemulihan dan KIA2M, PROTIM, seterusnya 2002 PPSMPI ( ETeMs ), diikuti MBMMBI pada tahun 2010 dan terkini KSSR iaitu program LINUS yang sedang dijalankan di setiap sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelbagai aspek dapat saya lihat usaha kerajaan melaksanakan program program ini. Dengan penilaian yang saya lihat walau banyak perubahan yang dilakukan oleh KPM, sebagai seorang guru, perlu memberikan tumpuan dan menerima perubahan yang akan dilakukan oleh KPM. Ini kerana tanggungjawab guru adalah melaksanakan dan memastikan program yang dijalankan berjaya dan dapat dicapai oleh kerajaan. Bagi tugasan yang 2 (b ) dapat saya nyatakan bahawa guru memainkan peranan penting bagi memastikan program yang dijalankan lancar. Pelbagai aspek perlu dilihat untuk memastikan perubahan persekitaran dapat menarik minat murid dalam pembeljaran sains dan matematik. Guru perlu berfikir kreatif dan kritis bagi melaksanakan persekitaran yangh kondusif dalam kelas. Misalnya guru perlu menyediakan sudut sudut penggunaan bahan maujud yang dipamerkan didalam kelas. Ini kerana murid belajar melalui persekitaran mereka. Secara tidak langsung

mereka berminat dating ke sekolah dan belajar dengan apa yang mereka lihat. Selain daripada itu, guru perlu menyediakan ruang pembelajaran yang tidak menyesakan di dalam kelas. Guru perlu menyusun perlatan perlatan seperti meja, almari dan sudut sudut yang bersesuaian mengikut bilangan murid yang ingin belajar. Suasana pembelajaran juga penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran murid. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah utuk menarik minat mereka dalam belajar sains dan matematik. Penggunaan bahan bantu mengajar perlu juga menarik minat murid. Guru perlu mencipta dan mereka bahan bantu belajar supaya murid dapat menggunakan dengan baik dan menarik minat mereka. Apabila seseorang guru mangajar matapelajaran ini sikap murid yang lemah dalam sains dan matematik perlu diberi tumpuan supaya mereka tidak kertinggalan dan terus tidak berminat dalam matapelajaran sains dan matematik. Secara tidak langsung memberikan kesan tentang pembeljaran yang diajar. Akhir sekali sebagai seorang guru prasekolah, saya berjanji akan terus melaksankan tanggungjawab saya mengajar anak didik saya berjaya dalam bidang sains dan matematik. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovasi, kreatif dan berakhlak mulia dalam mencapai arus kemajuan negara. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan tugasan ini, iaitu Pn Normah yang banyak membantu memberikan penerangan untuk menghasilkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada sahabat saya Nadir,rakan sekelas juga guru guru Sains dan Matematik Sekolah Kebangsaan Sungai Serai turut memberikan pendapat dan tunjuk ajar kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini.

KOLABORASI
Bil Tarikh Perkara Tanda tangan

1.

18 Feb 2012

Tajuk kerja Kursus diedar

2.

20 Feb / 24 Feb 2012

Penyediaan bahan/maklumat- pertama mencari maklumat tentang langkah langkah pelaksanaan KPM dalam Matapelajaran Sains dan Matematik

3.

25 Feb 2012

Berbincang tentang tugasan a

4.

26 Feb 2012

Penyediaan bahan dan berkomunikasi bersama rakan sekelas yang terlibat.

5. 29 Feb 2012

Perbincangan bersama guru Matematik dan Sains di sekolah Dan menelefon rakan setugas untuk berbincang.

6.

2 Mac 2012

Melaksakan tugasan bertulis bahagian a Menyediakan dan berbincang tajuk bahan tugasan b bersama rakan

7.

3 Mac / 10 Mac 2012

8 9

22 Mac 2012

Mengemaskini tugasan bahagian a dan b

24 mac 2012

Tugasan hantar

Vous aimerez peut-être aussi