Vous êtes sur la page 1sur 12

Arahan langsung/Strategi Pemusatan Guru

Merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Guru memainkan peranan utama. Guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran.

Komunikasi dan interaksi diantara guru dan murid adalah sehala. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. ( kuasa mutlak) Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Penyebaran ilmu lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.

Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian. Murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.

Latihan kemahiran dan pembangunan konsep


Pembelajaran bertujuan untuk membentuk kebiasaan. Memberikan banyak ulangan dan latihan. Dilakukan secara intensif dan bukan berbentuk berselang seli. Bermula dari yang mudah kepada yang lebih kompleks. Kesilapan atau kesalahan dibetulkan dari awal supaya idak menjadi kebiasaan yang negatif.

Pengukuhan dalam pembelajaran


Merupakan alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki dengan sempurna. Gerak balas yang betul perlu diteguhkan. (memberikan pengukuhan yang memberangsangkan) Pengukuhan positif kerap dilakukan - pujian, memberi pengiktirafan,dorongan dan lain-lain.

Mengutamakan model terbaik


Murid-murid mempelajari sesuatu berdasarkan apa yang dilihat. Mereka akan mencontohi dan meniru secara berulang kali apa yang di pandang dan apa yang didengar. Model yang terbaik akan menghasilkan pembelajaran yang baik.

Mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam pengajaran.


Bertujuan untuk menghasilkan satu pembentukan tingkah laku yang berkesan. Bertindak sebagai daya penggerak serta meningkatkan minat dan motivasi. Pelbagai ransangan boleh dicipta: - Interaksi guru dengan murid - Mempelbagaikan pengalihan saluran deria - Mempelbagaikan aktiviti,pendekatan,kaedah dan teknik - Mempelnagaikan alat bantu mengajar

Pembelajaran berdasarkan persekitaran yang konkrit dan nyata.


Pembelajaran berasaskan sesuatu yang dapat dilihat dan diamati. Pengaruh persekitaran adalah amat penting. Membimbing pelajar menggunakan proses induktif dan pengalaman-pengalaman konkrit.

Latihan tegas/asertif
Merupakan suatu keupayaan dan kemahiran yang boleh dipelajari serta dibina melalui latihan asertif. Perkataan asertif berasal dari perkataan inggeris iaitu assertive yang bermaksud melahirkan pendapat dengan tegas. Menurut Bandura,sifat ketegasan diri membolehkan seseorang berpuas hati dengan tingkah lakunya dan masyarakat akan menghormatinya.

Tingkah laku asertif boleh membantu seseorang menghilangkan rasa malu, sedih. Melibatkan kemampuan seseorang menyatakan perasaannya kepada orang lain sama ada berbentuk positif atau negatif. Kebolehan seseorang menggunakan hak-hak sebenar terhadap dirinya dengan sebaik mungkin tanpa mengganggu hak-hak orang lain.

AKTIVITI
MARI BERMAIN

KESIMPULAN
Dapat menyatakan pandangan tanpa menghina orang lain. Menolak permintaan orang lain secara diplomasi tanpa memberikan alasan yang negatif. Menolak atau menjauhi diri daripada pengaruh negatif.

Vous aimerez peut-être aussi