Vous êtes sur la page 1sur 64

PENGENALAN PENDIDIKAN KHAS

Kanak-kanak khas adalah kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang sangat tinggi yang memerlukan kanak pintar. Pendidikan khas pula dapat didefinisikan sebagai pengajaran yang bercorak individu yang direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang bedrkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Umumnya kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas merupakan kanak-kanak yang memiliki ciri- ciri tertentu dan setelah menjalani proses pemilihan yang terdiri daripada pelbagai peringkat iaitu: Proses 1: mengenalpasti murid Proses 2: perbincangan dengan ibu bapa Proses 3: merekod maklumat Proses 4: pemeriksaan oleh pakar perubatan Proses 5: penempatan oleh JPK Setelah kanak-kanak berkenaan melepasi proses penempatan mereka akan dipilih sama ada mereka layak untuk ke pendidikan khas dan diberikan surat tawaran ataupun mereka layak ke sekolah biasa atau dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala kanak-kanak berkeperluan khas merupakan sekumpulan kanakkanak yang berbeza daripada ciri kanak-kanak normal daripada aspek mental, fiziakl atau emosi. Umumnya kanak-kanak berkenaan menghadapi masalah belajar dan memerlukan program pendidikan khas. pendidikan khas. Merujuk juga kepada kanak-kanak dengan ketidakupayaan fizikal dan masalah dalam pembelajaran atau tingkahlaku juga kanak-

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ialah seperti di bawah: i) Sindrom Down ii) Autisme iii) Palsi Sereberal iv) Hiperaktif v) Hipoaktif vi) Tumpuan Perhatian Singkat (ADD / ADHD) vii) Disleksia viii) Masalah emosi

ix) Masalah komunikasi x) Kerencatan akal xi) Pintar cerdas xii) Murid yang mempunyai keupayaan mental yang rendah

Dalam mengenalpasti kanak-kanak berkeperluan khas dan membuat pemerhatian terhadap perkembangan kanak-kanak tersebut, saya telah memilih kanak-kanak kategori hiperaktif. Berikut adalah penerangan terperinci mengenai murid yang mempunyai ciri-ciri hiperaktif di mana pengurusan tingkah laku telah dijalankan ke atas murid tersebut.

Ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif 1. Gagal menyiapkan tugasan 2. Tidak mengikut arahan guru 3. Sukar memberi tumpuan terhadap satu-satu aktiviti 4. Sukar kendalikan satu-satu aktiviti 5. Sukar menunggu giliran
6. Suka berlari atau memanjat sebarang objek atau perabot tanpa terkawal

7. Bergerak secara berlebihan semasa tidur 8. Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau mengeliang-geliut di tempat duduk 9. Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas 10. Selalu banyak bercakap

Tingkah laku sasaran yang di pilih terhadap aktiviti pembelajaran 1. Suka mengganggu rakan-rakan 2. Suka berjalan-jalan 3. Suka memukul rakan-rakan 4. Suka membuat bising
5. Tidak suka membuat kerja yang diberikan oleh guru

6. Tidak memberikan tumpuan pada pelajaran 7. Suka memberontak apabila keinginannya tidak dituruti 8. Suka keluar kelas atau ke tandas

HIPERAKTIF

Menurut Jamilah (2005), masalah hiperaktif ini adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat. Mengikut kata Sandra
4

(2008) yang telah menjelaskan terdapat dua jenis masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder (ADHD) atau masalah kurang daya tumpuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi untuk masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Manakala menurut Sheila & Samsilah (2006), ADHD adalah satu keadaan yang meletakkan kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif. Bagi Sandra (2008) telah menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif (ADD) adalah seperti mudah terganggu oleh rangsangan luaran. Faktor luaran yang akan menjadi satu sebab kepada kanak-kanak ini bermasalah. Sukar mendengar dan mematuhi arahan adalah salah satu cirinya yang dapat dikesan. Manakala sukar memberi tumpuan dan perhatian juga termasuk ciri-ciri yang dinyatakan, simpton dan tanda - tanda ini akan dapat dilihat pada kanak-kanak istimewa ini. Seterusnya sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan juga dapat kita lihat sekiranya kanak kanak ini mengalami gejala seperti ini serta keupayaan kanak kanak ini untuk membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.dan tidak terurus. Kemahiran belajar yang lemah juga akan menjadi salah satu cirinya yang kelihatan. Seterusnya kanak kanak ini akan jadi sukar untuk berdikari jika ianya berlarutan dan tidak dapat mencari jalan alternatifnya. Bagi ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif (ADHD) menurut Sandra (2008) ialah mempunyai tahap aktiviti tinggi, lebih cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri, kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan, mempunyai tingkah laku yang agresif dan terlampau yang mudah terangsang. Kanak kanak ini tidak matang dari segi sosial serta mempunyai sifat rendah keyakinan diri dan mudah kecewa. Kebiasaannya kanak-kanak memang normal pada zaman kanak-kanak sehingga ke tahap tertentu pada tahap perkembangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, kanak-kanak bermasalah ADD atau ADHD akan menunjukkan pelbagai tingkah laku yang bermasalah yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding kanakkanak lain pada usia yag sama di petik oleh (Sandra 2008).
5

Manakala menurut Persatuan Psikologi Amerika pula (APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu yang pertama ialah ADHD kurang tumpuan. Ini mungkin kerana mereka kerap mengelamun di dalam kelas, kerap pelupa dan kerja tidak teratur untuk tugasan yang telah diberikan. Gejala ini membuktikan kanak kanak ini adalah dikategorikan dalam kumpulan ADHD kurang tumpuan. Kategori kedua ialah ADHD hiperaktif-impulsif. Bagi hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi manakala bagi impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Kategori ketiga pula ialah merupakan ADHD gabungan. Bagi ciri ini akan menunjukkan kedua-dua ciri di atas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsif. Maknanya kedua dua ini digabungkan dan menghasilkan ADHD dalam kategori ketiga. Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya Bagi ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsif. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan, kerap membuat kesalahan akibat kecuaian, gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan atau tidak suka dan enggan melakukan tugasan.

Bagi ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih banyak tertumpu kepada penghargaan kendiri iaitu dengan cara penghargaan kendiri positif atau negatif bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan social mengikut (Jamila 2005). Kanak-kanak kebiasaannya aktif dan mempunyai daya tumpuan yang singkat tetapi perkembangan besar yang wujud antara dunia bayi dengan umur persekolahan adalah peningkatan dalam jumlah masa kanak-kanak berminat dalam satu-satu aktiviti
6

dan perubahan daripada aktiviti motor kasar yang berterusan kepada masa bagi aktiviti yang memerlukan mereka memberi tumpuan dalam masa tertentu seperti semasa membaca atau menonton televisyen. Kanak-kanak hiperaktif yang mempunyai masalah memberi tumpuan mungkin tidak memaparkan peningkatan dalam perkembangan ini. Kanak-kanak hiperaktif yang berumur 3 tahun biasanya menjadi hiperaktif jika diminta duduk dan menjalani aktiviti yang pasif selama 20 minit. Manakala kanak-kanak yang berumur 5 tahun yang mana umur mentalnya adalah pada tahap 3 tahun juga memaparkan sikap hiperaktif seperti kanak-kanak normal yang berusia 3 tahun. Kebanyakkan kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri sindrom hiperaktif lazimnya dibawa berjumpa para profesional menjelang umur 5 tahun. Mereka sudah terlalu kuat sehingga ibu bapa mula cemas memikirkan bagaimana anak ini hendak menyesuaikan diri di sekolah sedangkan tadika pun tidak mampu mengawal dan melatihnya. Ibu bapa sedar bahawa keadaan ini telah membenih dari mereka kecil lagi, mungkin disedari semenjak anak berusia 2 tahun lagi. Ada yang telah merasakan pergerakan janin yang terlalu aktif sejak dalam kandungan lagi dan dari bayi tersebut dilahirkan ibu telah merasakan keunikkan dari segi tingkah lakunya. Pencegahan lebih penting dari rawatan. Kanak-kanak yang sudah sampai ke tahap yang ditakrifkan sebagai sindrom Hiperaktif merupakan peringkat yang rumit untuk dirawat. Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan. Ini memerlukan riwayat yang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan mengendalikan rawatan anak seperti yang telah disyorkan oleh para professional di klinik. Ini memerlukan kesabaran, pengorbanan, tenaga dan kewangan. Kemahiran mengendalikan terapi perlu dikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-pakar yang terlibat perlu dijalinkan. Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri

memandangkan kepada kekuatan dan kelemahan yang ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku , terapi pemakanan dan ubat untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan. Yang kurang
7

pendengarannya perlu dikenal pasti dan dibekalkan alat pendengaran serta terapi

manakala yang mempunyai masalah pembelajaran diberi latihan khas. Suasana keliling kanak-kanak yang sunyi dan meresahkan mereka diubah dengan adanya orang-orang boleh memberi perhatian kepada mereka. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak mempertingkatkan ilmu ibu bapa dan penjaga, membantu mereka memahami jiwa anak-anak mereka dan menyedari dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan anak-anak mereka. Sikap negatif mereka terhadap anak perlu dikikis.

Ciri-ciri Kanak-kanak Hiperaktif

Kanak-kanak hiperaktif biasanya dapat dikenalpasti melalui tingkahlaku yang berlaku dalam beberapa persekitaran seperti rumah, sekolah dan sebagainya. Ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak hiperaktif yang dapat dilihat adalah seperti berikut:

1. Tidak boleh duduk diam Biasanya kanak-kanak hiperaktif ini tidak boleh berada dalam keadaan pasif atau melakukan aktiviti terlalu lama. Mereka kerap menggerakkan tangna atau kaki dan mengeliamh-geliut di temapat duduk sehingga selalu meninggalkan temapat duduk mereka di dalam kelas untuk mengganggu orang lain. Ini menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan riadah bersamasama rakan serta melakukan aktiviti riadah secara senyap. Mereka juga kerap berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakkan masa kelihatan kekok. Selain itu, kanak-kanak hiperaktif banyak bercakap dan sering bergerak cergas tanpa mrngira waktu atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor . 2. Tempoh tumpuan yang singkat Kanak-kanak hiperaktif seringkali gagal untuk memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci dan sering membuat kesilapan semasa membuat
8

kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Tumpuan mereka mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktivitri lain sehingga tiudak dapat mematuhi arahan yang diberi seterusnya gagal menyiapkan kerja sekolah atau tugasan yang diberikan. Oleh itu mereka kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti mereka dan suka mengelak dari melakukan sesuatu tugasan yang memerlukan tumpuan yang lama.

3. Impulsif Kanak-kanak ini selalu menunjukkan tingkahlaku yang impulsif. Mereka sering memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan kepada mereka dan kurang sabar dalam menunggu giliran. Mereka sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain. Oleh kerana sifat tidak sabar mereka ini, mereka selalu membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau sering menyalahkan diri kerana tingkahlaku anak mereka.

Faktor Penyebab

Tiada siapa tahu apakah punca hiperaktif. Punca hiperaktif tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti hiperaktif bukan disebabkan oleh perkara seperti menonton televisyen, alah pada makanan dan gula yang berlebihan. Diagnosis dan rawatan hiperaktif memerlukan
9

penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman kerana ada beberapa punca lain menyebabkan keresahan dan tingkahlaku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk mengenalpasti hiperaktif. Diagnosis dibuat dengan mengenalpasti corak atau tingkahlaku kanak-kanak serta pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkahlaku mereka dirumah dan disekolah daripada ibu bapa dan guru. Kerap kali rawatan berkesan untuk hiperaktif membabitkan pendekatan multi disiplin dalam bidang perubatan, psikologi, social dan pendidikan. Kebanyakkan kanakkanak yang mengalami hiperaktif memerlukan rawatan. Ubat simulasi turut digunakan untuk merawat hiperaktif tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya dan hanya membantu menjadi tenang dan mengelak bertindak mengikut gerak hati.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK HIPERAKTIF

Perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan fizikal dan fungsi psikologikal yang sistematik yang mengikut usia seseorang kanak-kanak. Perkembangan ini adalah berbeza-beza dari satu kanak-kanak dengan kanak-kanak

10

yang lain contohnya ada kanak-kanak yang perkembangan kemahiran belajarnya lebih efektif dan spontan dari yang lain. Secara amnya terdapat beberapa domain perkembangan kanak-kanak iaitu perkembangan bahasa, perkembangan emosi, perkembangan kognitif dan perkembangan fizikal.

PERKEMBANGAN BAHASA The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai kelemahan dalam keupayaan untuk memahami atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks, sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut arahan. Masalah dalam aspek bahasa terbahagi kepada dua iaitu: 1. Perkembangan lambat: Melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek-aspek bahasa seperti pembentukan Keadaan ayat, perbualan di rumah dan yang pemahaman. tidak Kebanyakkan kepada perkembangan lambat berkaitan dengan peluang yang terhad untuk belajar. persekitaran menyumbang perkembangan bahasa yang baik juga adalah faktor bagi perkembangan bahasa yang lambat. Pertuturan kanak-kanak dalam kategori ini adalah pertuturan kanak-kanak yang lebih kecil, dengan ayat yang pendek dan mudah serta tatabahasa yang tidak tepat. Mereka juga mengalami kesukaran mengikut arahan yang bersesuaian dengan tahap umur.

11

2. Kecacatan berbahasa: Ia dapat dikesan sama ada dalam kemahiran yang dipelajari yang tidak berada dalam susunan yang tidak betul dan juga terdapat perbezaan yang ketara dalam perkembangan aspek bahasa. Contohnya ayat yang dituturkan oleh kanak-kanak tertentu terlalu panjang dan kompleks tetap itidak dapat memberi makna terhadap perbualan dengan orang lain. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan berbahasa mempunyai ciri-ciri bahasa berikut: a. Ayat-ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan perbualan yang sedang berlangsung ataupun memberi jawapan yang tidak sesuai dengan soalan yangdiberi. b. Penggunaan tatabahasa yang tidak tepat. c. Sering terganggu percakapan sehingga terpaksa berhenti kerana tidak mengetahui perkataan yang sesuai untuk disebut.

PERKEMBANGAN EMOSI Perkembangan emosi adalah perubahan-perubahan dalam perasaan seseorang kanak-kanak dan kebolehan mereka menangani perubahan, perhubungan sosial dan kefahaman moral seperti kemahiran bersosial dan kepercayaan apa yang benar dan apa yang salah. Kanak-kanak hiperaktif ini kerap melakukan sesuatu tanpa memikirkan tentang orang yang berada di sekitar mereka. Mereka suka bermain berseorangan dan melakukan perkara-perkara mengikut gerak hati. Emosi mereka juga selalunya tidak stabil dan sukar membuat hubungan secara emosi. Mereka mudah mengamuk apabila kehendaknya dihalang dan orang disekeliling mereka seolah-olah perlu mengikut kata dan kehendak mereka. Mereka juga kerap menangis apabila kemahuan dan kehendak mereka tidak dipenuhi.
12

PERKEMBANGAN KOGNITIF Perkembangan kognitif merujuk kepada perubahan sistematik yang berlaku di kalangan kanak-kanak dari segi reasoning , konsep, memori dan bahasa. Antara ciri-ciri kognitif mereka adalah: i) Ingatan kerja mereka tidak boleh mengingat tugasan dan memerlukan banyak masa untuk menyiapkan tugasan. Namun mereka tidak dapat mengingat arahan daripada guru. Mereka kerap lupa perkara yang sepatutnya dilakukan dan mudah lupa perkara baru yang dipelajari. ii) Pertuturan arah kendiri mekanisma ini digunakan pelajar untuk membuat refleksi tentang

perkembangan tugasan, menyelesaikan masalah dan mengikut arahan. Namun mereka lemah dalam kemahiran ini. iii) Kawalan emosi dan motivasi kanak-kanak ini sukar mengasingkan kekecewaan dan masalah emosi bagi menyiapkan tugasan. iv) Membentuk semula sukar menyelesaikan aktiviti mental yang melibatkan keupayaan perkara yang diperhati dan menyatukan bahagian-bahagian untuk melaksanakan tindakan baru. Contohnya bermasalah dalam menyelesaikan tugasan yang kompleks.

13

PERKEMBANGAN FIZIKAL Perkembangan fizikal kanak-kanak merujuk kepada pertumbuhan fizikal dan kematangan, asas genetik bagi seseorang dan kebolehannya, perkembangan otak, pemerolehan kemahiran motor dan tingkah laku . Tidak semua kanak-kanak mengalami perkembangan yang serupa dengan yang lain . Ini adalah kerana ada kanak-kanak yang dilahirkan tidak sempurna seperti yang lain atau dengan erti kata lain mempunyai masalah fizikal mahupun mental.

DEFINISI TINGKAH LAKU

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga adalah semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku juga merupakan tindakan fizikal dan mental yang dilakukan oleh manusia merangkumi tingkahlaku sama ada positif atau negatif, aktif atau pasif serta betul atau salah. Menurut Martin & Pear (1996) terdapat pelbagai perkataan digunakan untuk menggambarkan tingkah laku seperti aktiviti, aksi, perbuatan, bergerakbalas dan reaksi selain daripada menyatakan bahawa pada asasnya tingkah laku merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan. Setiap individu memiliki keperibadian dan sifat yang tersendiri. Tingkah laku menggambarkan keadaan jiwa yang menyebabkan kelakuan tertentu dalam ertikata lain, ia merupakan watak diri dalam sifatnya yang tersendiri, perasaan, fikiran serta
14

kemahuan. Proses tersebut dipengaruhi oleh persepsi individu dalam menghadapi dalam sebuah kehidupan. Ia merupakan sesuatu perkara yang boleh diukur dan mengikut norma-norma masyarakat samada ia boleh diterima dalam sesebuah masyarakat atau tidak, malah ia merupakan aktiviti atau tindakbalas atau apa sahaja yang disebut atau diperlakukan. Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Kamus Dewan (1979), tingkah laku merupakan ragam atau perlakuan manakala pandangan James Potect (1966) berpendapat tingkah laku ialah kepelbagaian tingkah laku yang dilakukan dapat dillihat. Selain itu ia turut member kesan kepada persekitaran malah ia dipengaruhi oleh peristiwa dan persekitaran. Tingkah laku boleh diperhatikan melalui dua aspek utama iaitu overt atau covert. Tingkah laku overt merupakan tingkah laku yang dapat diperhatikan berdasarkan catatan seseorang manakala covert merupakan tingkah laku yang tidak dapat diperhatikan oleh orang lain.

15

PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Adalah menjadi tugas guru disekolah bagi membentuk akhlak dan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas yang selalunya bermasalah. Tugas ini adalah mencabar dan perlu diperbetulkan mengikut acuan dan memenuhi persekitaran pembelajaran tanpa gangguan. Jika guru ingin mengubah tingkah laku yang bermasalah, kita perlu fokus kepada tingkah laku tersebut. Ia memerlukan perancangan rapi dan boleh dinilai secara objektif dan seimbang daripada pelbagai sudut. Pengurusan tingkah laku perlu dijalankan secara individu agar teknik yang digunakan adalah berkesan dalam mengubah tingkah lakku seseorang. Ini kerana setiap individu adalah berbeza dan teknik yang digunakan juga berbeza. Modifikasi tingkah laku dilakukan terhadap tingkah laku bermasalah supaya tingkah laku tersebut dapat dirawat segera oleh guru terutama di sekolah yang melibatkan pelajar dengan pelajar lain. Oleh itu, proses mengenalpasti dan pemerhatian diadakan oleh guru dengan mengadakan jadual kekerapan tingkah laku kemudian mencari teknik sesuai bagi merawat tingkah laku tersebut dan mencatat pula kekerapan tingkah laku tersebut setelah dirawat. Jika berjaya mengurangkannya maka ini beerti guru telah berjaya merawatnya tetapi jika keadaannya sama atau lebih teruk maka proses merawat perlu diulangi dengan menggunakan teknik yang sama atau mencari teknik lain yang mungkin lebih sesuai.

16

Konsep pengurusan tingkah laku

Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai dipraktikkan. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Pengurusan tingkah laku yang berkesan dapat membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan bebas gangguan.

Prinsip asas pengurusan tingkah laku Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidang tersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah prinsip peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku. i) Prinsip Peneguhan

Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku.Dalam membuat peneguhan, peneguh (ganjaran) yang diberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguh merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh pelajar.

17

ii)

Jenis-jenis Pemerhatian

Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dijenis mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhati iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan. Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan secara open-ended iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut. Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang. Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam berperingkat supaya mendapat dapatan yang berkesan dan perkembangan proses atau peristiwa terhadap sesuatu tugasan.
iii)

jangka bermakna

masa tentang

Asas pengurusan tingkah laku

Terdapat tiga perkara asas dalam pengurusan tingkah laku. Perkara tersebut adalah peneguhan, hukuman, prompts dan kiu. a) Peneguhan Peneguhan merupakan satu bentuk objek, stimuli atau perbuatan. Ia diberikan kepada tingkah laku tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan dan kekerapan tingkah laku tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku dapat digalakkan melalui amalan peneguhan. b) Hukuman Hukuman merupakan satu bentuk tingkah laku yang diberikan selepas melakukan sesuatu tingkah laku yang salah. Hukuman boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah satu tingkah laku tertentu terjadi. Bahagian kedua pula menyatakan tentang satu konsikuen semerta mengikuti tingkah laku tersebut dan bahagian ketiga adalah sebahagian hasil daripada tingkah laku yang kemungkinan tidak
18

berlaku lagi di masa akan datang. Hukuman juga merupakan pengawal tingkah laku yang kuat. Hukuman boleh dikategorikan kepada dua iaitu hukuman positif dan hukuman negatif. Hukuman positif adalah bentuk tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan pemberian satu ransangan yang tidak menyenangkan. Manakala hukuman negatif adalah tingkah laku yang diberikan dan diikuti dengan penarikan ransangan yang meneguhkan. c) Prompts Prompts adalah ransangan yang digunakan untuk meningkatkan penglibatan individu dalam melaksanakan tingkah laku yang betul. Ia diberikan sebelum atau semasa tingkah laku itu dilakukan. Terdapat dua jenis prompts iaitu respon dan stimulus. Prompts respon adalah tingkah laku individu lain yang meransangkan respon yang diperlukan. Antaranya adalah prompts lisan, gesture, tunjuk cara dan fizikal. Manakala prompts stimulus pula melibatkan perubahan, penambahan atau penarikan pada stimulus. Ini adalah bertujuan untuk memastikan respon yang betul diperolehi. d) Kiu Kiu adalah amalan yang membolehkan murid untuk membezakan objek atau konsep yang relevan dengan objek atau konsep yang lain. Contohnya, guru membezakan suku kata dengan mengunakan warna merah dan warna hitam. Hal ini akan membantu murid untuk membezakan suku kata pertama dengan suku kata kedua di samping dapat memudahkan proses bacaan.

TINGKAH LAKU BERMASALAH


19

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negatif, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri. Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar. Ciri-ciri Tingkah Laku Bermasalah
20

Tingkah Laku Positif Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam meransang pemikiran kanak-kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada aktiviti seperti ini. Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan untuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan. Tingkah Laku Negatif Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut.
21

Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif.

Bagi

kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hiperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanakkanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan.

Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah


a) Hiperaktif

Hiperaktif adalah tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku kurang tumpuan iaitu tidak selari dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak hiperaktif juga mudah lupa dengan aktiviti harian mereka dan lalai dalam membuat tugasan. Maka, mereka sukar untuk mengikut arahan dan gagal menyudahkan kerja sekolah.
b) Agresif

Tingkah laku bermasalah jenis agresif dapat dikenal pasti apabila terdapat beberapa perubahan pada individu. Antaranya seperti tidak dapat tidur malam dan mimpi ngeri, perasaan takut yang amat sangat dan tingkah laku agresif. Selain itu, kanak-kanak ini juga akan cepat naik marah, tidak sabar menunggu giliran dan tidak menerima teguran atau komen orang lain. Kanak-kanak ini juga sering melawan dan menganggap dirinya adalah yang terbaik.

c) Separation Anxiety

22

Tingkah laku ini juga dikenali sebagai kebimbangan. Tingkah laku ini dapat ditunjukkan melalui perasaan kurang senang atau takut akibat andaian bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perkara ini terjadi akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang pernah dialami oleh seseorang.
d) Overdependency

Tingkah laku overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung kepada orang lain. Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana memilik pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak mendapat perlindungan yang terlalu melampau dan sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan kanak-kanak itu menjadi kurang yakin. Mereka akan sering bimbang dan tertekan jika tiada pertolongan diberikan.
e) Withdrawal

Withdrawal atau pengasingan diri adalah tingkah laku yang suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku yang ditunjukkan ini dijadikan sebab untuk membela diri supaya dapat elakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKU


23

Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan pelajar yang bersifat sanggup melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan negara. Tanpa tingkah laku terpuji dalam diri pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri sendiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan kebaikan. Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila pelajar yang bermasalah daripada segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada pelajar yang membuat bising dan mengganggu pelajar lain belajar. Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan pelajar disebabkan berbagai-bagai masalah sebaliknya pelajar sendiri sudah memahami peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan pelajar dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan, di samping minat bagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan. Para pelajar menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku terpuji. Apabila mereka mengikut disiplin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undangundang. Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran. Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan. Sebagaimana yang kita tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah sehingga hilang pegangan dan hala tuju. Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu melatih pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab,
24

kasih saying, berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu, dengan mematuhi disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

PENAKSIRAN TINGKAH LAKU Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya. David Lambert dan David Lines 2000. Penaksiran adalah proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan penempatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan membuat keputusan mengenai pelajar. Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpul maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanak khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yg memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.
25

Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan sekil kadar.
i. Perekodan Peristiwa

Perekodan peristiwa atau perekodan kekerapan bermaksud jumlah sesuatu tingkah laku diperhatikan dalam tempoh masa yang telah diberikan direkod. Contohnya jumlah berapa kali seorang murid bercakap-cakap dengan kawan semasa waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit. Kita boleh merekod tingkah laku murid berasaskan kekerapan sebenar, kadar kejadian atau kejadian tersebut dalam peratus peluang sedia ada. Contohnya, Ali telah mengangkat tangan sebelum menjawab soalan guru hanya sekali dalam waktu mata pelajaran Bahasa Malaysia selama 30 minit atau kita boleh merekod sebagai Ali mengangkat tangannya 0.5 per 15 minit atau Ali mengangkat tangannya sebanyak 5% daripada peluang sedia ada untuk menjawab soalan guru (sekiranya guru telah menyoal sejumlah 20 soalan dalam kelas itu dan murid semua termasuk Ali boleh sukarela mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru).
ii. Rekod anekdot

Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh itu, guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu.

Kegunaan rekod anekdot: Bagi merekod tingkah laku kanak-kanak yang khusus bagi tujuan perancangan aktiviti individu dan bagi kes konferensi.
26

Kebaikan rekod anekdot: Pemerhati tidak memerlukan sebarang latihan bagi membuat rekod ini. Pemerhatian ini terbuka(tiada penutup. Pemerhati mencatatkan apa sahaja yang beliau dapat saksikan dan tidak terhad kepada sejenis tingkah laku ataupun catatan.

Pemerhati boleh mencatat apa sahaja kejadian yang tidak diduga tidak kira di mana ia berlaku kerana pemerhati hanya perlu mencatatkannya kemudian. Pemerhati hanya perlu mencatat tingkah laku yang diperlukan sahaj dan melupakan perkara atau tingkah laku lain.

Keburukan rekod anekdot:

Rekod ini tidak memberi gambaran yang lengkap kerana ia hanya merekodkan kejadian yang diperlukan oleh pemerhati sahaja. Ketetapan rekod ini sangat bergantung pada ingatan pemerhati kerana rekod ini dibuat selepas kejadian itu berlaku. Selalunya catatan atau rekod adalah kurang mendalam.

iii.

Kejadian mungkin berlaku diluar konteks dan ini menyebabkan interpretasi kurang tepat ataupun digunakan secara berat sebelah. Sukar direkod atau dianalisis dan tidak sesuai digunakan dalam kajian saintifik. Persampelan masa Rekod persampelan masa ini digunakan bagi mencatat pemerhatian ke atas

tingkah laku kanak-kanak dalam satu jangka masa. Guru mengenal pasti kanak-kanak yang akan diperhatikan dalam satu tempoh masa. Pemerhatian akan dibahagikan kepada beberapa segmen masa dan kekerapan berlakunya tingkah laku itu dicatat secara berterusan dan ambil tindakan. Tingkah laku yang hendak direkod ini perlu nyata dan kerap dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa 15 minit. Kebaikan rekod persampelan masa: Menjimatkan masa. Memberi maklumat berkenaanjangka masa tingkah laku itu berlaku.
27

Maklumat kualitatif ini sesuai bagi analisis menggunakan statistik. Lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah nyata dan terhad. Pemerhati dapat mengumpul data berkenaan beberapa orang kanak-kanak ataupun beberapa jenis tingkah laku secara serentak.

Keburukan rekod persampelan masa:

Ia merekod tingkah laku yang sudah ditetapkan sahaja dan mungkin akan tertinggal tingkah laku yang berguna. Ia hanya merekod bila dan kekerapan tingkah laku itu berlaku sahaja. Catatan berkenaan tingkah laku, sebab-sebab dan keputusan ia dilakukan tidak dinyatakan. Ini menyebabkan penilaian menjadi berat sebelah.

iv.

Senarai semak Walaubagaimanapun pemerhatian adalah lebih bermakna apabila guru dapat

mengaitkan perubahan tingkah laku kanak-kanak dengan hasil pembelajaran seperti yang telah ditetapkan. Oleh itu, guru boleh menyediakan satu senarai hasil pembelajaran dan digunakan sebagai alat atau instrument semakan semasa membuat pemerhatian untuk setiap murid. Senarai hasil pembelajaran hendaklah mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor. Senarai semak ini dapat menyatakan samada murid boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Gambaran yang diperoleh ini tidak jelas bagi menggambarkan pencapaian murid itu. Ada juga dalam kalangan guru menggunakan skala pengelasan iaitu belum menguasai, baik, cemerlang bagi memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan pencapaian murid itu.

v.

Duration recording Merekodkan jangka masa mengenai tingkah laku dapat dibuat dengan

mencatatkan masa mula dan masa tamat tingkah laku itu terjadi. Teknik ini selalunya digunakan bagi memerhatikan tingkah laku yang kurang terjadi dan diteruskan bagi tempoh yang tertentu. Contoh merekodkan jangka masa adalah apabila seorang pelajar
28

kerap menangis di dalam kelas. Setiap kali pelajar itu menangis, anda mencatat masa mula dan masa tamat serta membuat pengiraan jangka masa episod menangis tadi. Contoh-contoh lain merekod jangka masa adalah berapa lama yang diperlukan oleh seorang pelajar menyelesaikan kerja rumah matematiknya, tempoh masa yang diambil membersihkan kelas ataupun berapa lama yang dihabiskan bagi pelajar berkenaan mengetuk penselnya di atas meja secara berterusan. vi. Interval recording Interval recording ataupun merekod jarak masa adalah teknik yang mengukur samada tingkah laku itu berlaku ataupun tidak dalam jangka masa yang ditetapkan. Jumlah masa pemerhatian dibahagikan dengan jarak masa yang lebih kecil. Pemerhati mencatatkan samada tingkah laku itu terjadi ataupun tidak dalam masa itu. Dengan berpandukan pada teknik merekod jarak masa ini, guru dapat membuat anggaran tentang kedua-kedua frekuensi dan jarak masa tingkah laku pada masa yang sama. Pemerhati akan mencatat sekali sahaja sekiranya tingkah laku terbabit berlaku pada bila-bila masa sepanjang jarak masa ini. Merekod jarak masa memerlukan tumpuan yang tidak berbelah bahagi dari pemerhati memandangkan pemerhatian dilakukan secara berterusan bagi tempoh yang ditetapkan. Teknik ini dapat dilakukan dalam beberapa perlakuan seperti ketika kanak-kanak membaling permainan mereka ketika lapang. Apabila masa lapang ini adalah 15 minit, bahagikan jarak masa ini kepada selang satu minat. Pada minit pertama, apabila seorang kanak-kanak membaling alat permainannya, jarak masa ditandakan. Pada minit kedua, jika dia tidak membaling alat permainan itu, maka jarak masa tidak ditandakan. Walaubagaimanapun apabila kanak-kanak ini membaling tiga alat permainan yang berbeza pada minit ketiga, jarak masa ditandakan hanya sekali sahaja. vii. Sekil kadar Sekil kadar hampir sama dengan frekuensi. Merekodkan kadar tingkah laku membabitkan pengumpulan maklumat tentang frekuensi tingkah laku yang diperhatikan

29

dan panjang tempoh pemerhatian itu. Kadar adalah nisbah bilangan tingkah laku terbabit berlaku dalam masa yang ditetapkan dan tempoh masa. Kadar dihitung dengan membahagikan bilangan tingkah laku yang terjadi ini dengan minit, jam ataupun hari ketika pemerhatian dibuat. Frekuensi ataupun berapa kali seseorang pelajar meninggalkan tempat duduknya ketika kelas matematik dijalankan dapat dicatatkan sebagai kadar kira tempoh kelas dijalankan ataupun tempoh masa pemerhatian diketahui. Kadar tingkah laku dapat dikira purata sekiranya pemerhatian dibuat beberapa kali sepanjang tempoh. Daripada beberapa siri pemerhatian ini, kadar purata pelajar meninggalkan tempat duduknya dapat ditentukan. viii. Rekod berterusan Ia adalah catatan lengkap berkenaan kejadian dan dicatat mengikut urutan masa kejadian berlaku. Guru atau pemerhati akan duduk ataupun berdiri dari jarak beberapa meter daripada murid dan mula mencatat apa sahaja kejadian yang berlaku dalam masa yang telah ditetapkan. Masanya mungkin lima minit ataupun mungkin diulang beberapa kali pada hari itu. Rekod ini berbeza daripada rekod anekdot kerana ia merekod semua kejadian yang berlaku bukan hanya kejadian dipilih ataupun yang diperlukan sahaja. Catatannya juga menggunakan ayat yang pendek dan ditulis dengan menggunakan ayat yang pendek dan ditulis dengan menggunakan teknik penulisan ringkas jika boleh.

Kebaikan rekod berterusan: Rekod yang lengkap, komprehensif dan tidak terhad kepada satu kejadian sahaja. Rekod ini terbuka dan membolehkan guru mencatat apa sahaja yang beliau lihat. Guru atau pemerhati tidak perlu mempunyai kemahiran pemerhati yang khusus.
30

Keburukan rekod berterusan: ix. Memerlukan banyak masa. Sukar merekod semua kejadian dengan lengkap. Baik bagi merekod pemerhati individu tetapi sukar merekod pemerhatian secara kumpulan. Rekod Spesimen Hampir sama dengan rekod berterusan, tetapi ia lebih lengkap, lebih jelas dan kriterianya sudah ditetapkan seperti masa dan kanak-kanak yng terlibat. Rekod ini selalu digunakan oleh penyelidik yang memerlukan catatan menyeluruh dan lengkap berkenaan satu-satu tingkah laku. Kebaikan dan keburukannya juga hamper sama dengan rekod berterusan.

LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMBUAT PENGUBAHSUAIAN TINGKAH LAKU

Terdapat berbagai-bagai cara untuk mengenal pasti tingkah laku murid di dalam kelas. Namun begitu guru perlu betul-betul yakin bahawa tingkah laku yang di pilih itu merupakan tingkah laku yang tepat. Oleh yang demikian sebelum guru ingin mengubah
31

tingkah laku seorang murid, beberapa perkara perlu diambil kira untuk melaksanakan pembentukan program pengurusan tingkah laku. Guru harus memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan bermaksud tingkah laku murid yang boleh menyebabkan kelicinan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran terganggu. Sebagai contoh, suka mengganggu rakan sekelas merupakan tingkah laku yang paling utama perlu diubah kerana seorang guru tidak dapat meneruskan pengajaran dengan berkesan jika di dalam bilik darjah tersebut ada seorang murid yang kerap mengusik rakan sekelas yang lain. Selepas memilih tingkah laku yang hendak diubah, pemerhatian dan merekod tingkah laku tersebut hendaklah dilaksanakan dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti perekodan kekerapan/peristiwa, perekodan jangka masa, perekodan interval dan persampelan masa. Contoh jika guru ingin menggunakan kaedah perekodan kekerapan, guru perlu tentukan satu tempoh masa yang spesifik dan fokus pada tingkah laku yang telah dipilih. Kaedah ini merupakan kaedah dimana guru mencatat jumlah bilangan kejadian dalam bentuk jadual gundalan. Jadual ini bertujuan mengenalpasti tingkah laku yang sedang diperhati dan merekod kekerapan kejadian tingkah laku tersebut. Langkah seterusnya ialah, guru harus menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai, contohnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid ini duduk diam dan tidak berjalan-jalan serta mengganggu rakan sekelas yang lain. Kemudian, guru perlu menetapkan satu tempoh pelaksanaan sebagai contoh 15 minit bagi setiap peringkat. Setelah perkara di atas di ambil kira, guru sudah boleh memilih dan melaksanakan strategi yang bersesuaian dengan mengambil kira faktor-faktor murid seperti fizikal, emosi, mental, tahap permasalahan, faktor persekitaran dan jangka masa pelaksanaan. Strategi yang boleh dilaksanakan adalah seperti time out, kontrak,

32

penggunaan tanda, hukuman, ganjaran, peneguhan positif, kejelakan, pembetulan lampau dan lain lain lagi. Selepas berpuas hati dengan strategi yang dipilh, guru seharusnya mempunyai dokumen bertulis dan merekodkan segala perancangan yang telah di rangka dan maklum balas murid melalui pemerhatian yang di buat. Guru perlu melakukan penilaian secara berterusan atau berkala sehingga objektif atau matlamat untuk mengubah tingkah laku murid tersebut benar-benar tercapai. Dengan melakukan penilaian secara berterusan, guru dapat menilai perubahan murid yang hendak dibentuk tingkah laku kepada yang positif. Kebiasaannya, tindakan susulan akan dibuat dan jika tingkah laku sasaran tercapai, tindakan susulan akan diberhentikan. ia dijalankan bagi melihat sama ada perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid berjaya diubah atau tidak. Jika berlaku sebaliknya, guru perlu bersedia dengan kaedah alternatif supaya tingkah laku sasaran dapat dicapai walau dengan apa cara sekalipun. Tindakan susulan penting bagi memastikan tingkah laku negatif tidak berulang lagi dan tingkah laku yang telah pulih iaitu tingkah laku positif dapat dikekalkan dan ditingkatan. Sudah menjadi tanggungjawab seorang guru dalam memperbaiki tingkah laku negatif murid-murid kepada yang positif dan memastikan supaya tingkah laku positif ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan.

STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pengurusan tingkah laku merupakan suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Pelbagai teknik boleh digunakan untuk pelaksanaan program pengurusan tingkah laku murid-murid di sekolah. Berikut akan dihuraikan dengan lebih mendalam beberapa teknik yang boleh di aplikasikan ke atas murid. 1 Time Out
33

Time out merupakan proses mengalihkan murid dari setting yang mempunyai peneguhan ke setting yang tiada peneguhan untuk satu masa tertentu dan terhad. Bermaksud, guru meletakkan murid di kerusi yang berasingan pada satu sudut khas. Teknik ini selalunya dilaksanakan dengan harapan dapat menenangkan si pelaku dan keadaan kelas. Terdapat 3 cara yang berbeza untuk mengaplikasikan teknik ini seperti yang diterangkan di bawah :Murid diasingkan daripada situasi yang obervational time out mempunyai peneguhan dimana murid boleh dengar dan lihat aktiviti tapi tidak boleh melibatkan diri.

Murid diletakkan dalam bilik darjah Exclusion tetapi terasing, dimana murid ditempatkan tempat yang berasingan atau berjauhan dari rakan sekelas yang lain.

Bilik Seclusion

time-out

adalah

tempat

meletakkan murid yang bertingkah laku negatif dimana murid tersebut diminta meninggalkan kelasnya.

Terdapat beberapa keperluan yang harus diberi perhatian seperti ciri atau sifat murid, kecekalan guru, pastikan murid faham peraturan, kawasan dan lokasi time out, tempoh masa time out dan penilaian guru terhadap tingkah laku murid yang hendak dimodifikasi.
34

2.

Kontrak (Lisan dan Bertulis) Kontrak merupakan satu perjanjian antara guru dan murid sama ada secara lisan

mahupun menandatangani kontrak dan kontrak adalah salah satu cara yang berkesan untuk mengubah tingkah laku negatif kepada positif. Ia boleh juga dilakukan dengan menandatangani kontrak secara formal di hadapan orang yang disanjungi, misalnya Guru Besar, akan meyakinkan murid yang berkenaan bahawa dia akan memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan. Dengan kaedah ini, tingkah laku yang diubah harus dinyatakan dalam kontrak dan guru bersetuju beri keistimewaan jika murid berjaya melaksanakan sesuatu tugasan atau menunjukkan tingkah laku yang diingini. 3. Penggunaan Tanda (Token Ekonomi) Token ekonomi ialah satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang sebenar diidamkan. Contohnya, jika murid tidak melakukan tingkah laku negatif pada hari itu, guru akan memberi satu token sama ada dalam bentuk bintang atau sebagainya. Guru akan memerhati kelakuan murid tersebut pada hari-hari berikutnya sehingga bintang yang dikumpul boleh ditukarkan kepada hadiah yang dijanjikan seperti bekas pensel, beg sekolah dan lain-lain lagi. Token digunakan sebagai ganjaran yang diberi kepada murid selepas melakukan suatu tingkah laku yang dikehendaki. Penggunaan tanda seperti token diperlukan bila peneguhan sosial tidak lagi berjaya mencapai objektifnya. Guru akan menambah bilangan bintang apabila hasil mutu kerja murid meningkat. 4. DiffferentiaI Reinforcement Satu proses peneguhan tingkah laku positif dengan satu stimulasi dan tidak meneguhkan satu tingkah laku yang lain dengan adanya satu stimulasi.

35

5.

Pengasingan (Extinction) Peneguhan yang diberhentikan melalui satu pengabaian yang sistematik.

Tingkah laku yang tidak bersesuaian itu sukar untuk diabaikan tanpa ditegur. Sesuai untuk tingkah laku yang tidak membahayakan diri dan orang lain. Langkah-langkah Pengasingan: Guru bertindak pasif apabila tingkah laku ditunjukkan Teruskan dengan apa sahaja aktiviti yang sedang dilakukan. Jika tingkah laku berterusan, tinggalkan terus tempat tersebut.

6.

Amaran (Reprimand) Amaran merupakan satu bentuk dendaan samada secara verbal dan non-verbal.

Amaran perlu memasukkan kenyataan

tingkah laku yang bersesuaian

untuk

menggantikan tingkah laku yang tidak bersesuaian.

Langkah-langkah Amaran: 7. Perlu spesifik . Amaran diberi dengan tegas . Gunakan suara dan mimik muka. Galakkan murid menunjukkan tingkah laku yang sesuai . Guru perlu tenang dan mengawal perasaan. Jangan memalukan murid. Buat pemerhatian terhadap tindakbalas murid terhadap amaran yang diberi.

Kehilangan Hak

36

Kehilangan hak adalah satu intervensi tingkah laku yang negatif walaupun hasilnya mungkin positif. Intervensi ini berkesan apabila hak yang hilang secara semula jadi akibat daripada tingkah laku yang tidak sesuai. Cth : Tidak menyiapkan tugasan, masa bermain komputer akan dipotong Langkah-Langkah Kehilangan Hak : Pastikan murid faham kaitan antara tingkah laku sasaran dan kehilangan hak. Aplikasi teknik kehilangan hak dengan adil kepada semua murid. Jangan mengugut murid. Jangan pertikaikan undang-undang dan dendaan apabila telah dijalankan. Jangan libatkan emosi. Sentiasa tegas. Beri peneguhan kepada tingkah laku yang sesuai.

8.

Pembetulan Lampau (Over Correction) Prosedur dendaan yang memerlukan individu yang salah laku memperbaiki

tingkah laku tersebut dalam situasi yang sama di mana salah laku ditunjukkan Contoh : Murid melompat dari tangga lima ke bawah. Apabila guru melihat perbuatan tersebut, guru terus minta ulang tingkah laku di tempat yang sama tetapi dengan pembetulan daripada kesalahannya. Murid perlu turun tangga satu demi satu dan berhati-hati. i. Kejemuan
37

Merupakan satu proses mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku yang tidak sesuai sebagai hasil daripada peneguhan tingkah laku yang berterusan. Murid dibiarkan melakukan sesuatu tingkah laku sehingga jemu atau jelak tetapi perlu memastikan ianya tidak merbahaya dan merosak harta benda. Contoh: Murid suka memegang manik, apabila dia diberi banyak manik untuk bermain, dia akan merasa bosan dan berhenti dari bermain.
ii.

Dendaan Dendaan merupakan teknik modifikasi tingkah laku yang melibatkan emosi yang explosive. Ia bukan berbentuk hukuman sahaja tetapi juga dlm bentuk tindakan yg tidak disukai murid. Dendaan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu secara fizikal (kerja tambahan), menolak perbuatan yang disukai(menarik hak menonton tv), psikologikal ( kata kesat, hinaan, marah).

Langkah yang perlu dipertimbangkan semasa menjalankan dendaan: Guru letak dendaan sebagai undang-undang,contoh : jangan makan dalam kelas. Perlu ada model tingkah laku yang diingini. Dendaan hendaklah dibuat sejurus selepas tingkah laku dibuat. Dendaan perlu bersifat tekal.

Sebab-sebab dendaan tidak digalakkan: i. ii. iii. Tidak dapat menghapuskan tingkah laku yang salah tetapi tersimpan dalam hati. Ia tidak memberikan model/contoh tingkahlaku yang boleh di terima. Memberi kesan iaitu takut,tekanan perasaan dan kecewa.
38

iv. v. iii.

Menyebabkan murid bertindak lebih teruk lagi Physical harm - kecederaan yang tidak di sangka akan berlaku. Peneguhan Peneguhan adalah suatu cara untuk mengekalkan tingkah laku yang positif iaitu melalui pujian dan sebagainya yang boleh menyebabkan si pelaku meningkatkan dan mengekalkan tingkah laku yang baik. Peneguhan terbahagi kepada dua, peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah gerak balas yang diikuti dengan sesuatu yang memuaskan dengan harapan tingkah laku tersebut akan berulang. Peneguhan positf ini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu berulang-ulang melakukan gerak balas tersebut. Peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Contohnya, menghalau murid yang membuat bising dalam kelas dengan tujuan supaya kelas dapat berjalan lancar tanpa gangguan. Selain itu, contoh peneguhan negatif juga adalah seperti mengejek kesilapan seorang individu di depan orang ramai. Pelaksanaan Peneguhan positif dan peneguhan negatif boleh digunakan bersama untuk mengubah tingkahlaku. Tingkahlaku yang diingini diberikan peneguhan positif dan tingkahlaku yang tidak diingini dibuang stimulus yang meneguhkan sebarang tingkahlaku tersebut. Proses mengurang dan menghapuskan tingkahlaku dengan membuang peneguhan dipanggil extinction.
39

Bentuk-bentuk peneguhan

Peneguhan Sosial : Contoh : Senyuman, pujian dan interaksi sosial. Peneguhan Aktiviti: Aktiviti yang menarik perhatian individu seperti melakukan aktiviti yang diminati jika berjaya menyiapkan tugasan yang diberi.

Peneguhan Token : Merupakan simbol atau objek yang diberi kepada murid sebagai peneguhan. Ianya boleh dilihat, dibina dan tidak terlalu kecil atau besar. Contoh : riben, tanda/ dan sebagainya.

Ekonomi token ganjaran yang diberi kepada murid selepas melakukan suatu

tingkah laku yang dikehendaki. Ekonomi token diperlukan bila peneguhan sosial tidak lagi berjaya mencapai objektifnya.

Contoh ekonomi token:1. Mendapat tiga bintang emas apabila dapat datang ke sekolah 10 minit sebelum loceng berbunyi. 2. Mendapat empat bintang emas apabila dapat datang 20 minit sebelum loceng berbunyi. 3. Mendapat 10 bintang bila tiga hari berturut-turut datang ke sekolah 30 minit sebelum loceng berbunyi. Keberkesanan Ekonomi Token 1. Diaplikasikan dalam kumpulan 2. Menggalakkan suasana pertandingan dalam kumpulan dan peneguhan sosial daripada ahli kumpulan. 3. Token diberi secara tekal 4. Usaha menghapuskan tingkah laku secara realistik

40

PEMERHATIAN TERHADAP SEORANG MURID

NAMA JANTINA BANGSA

: : :

MUHAMMAD IKHWAN B OMAR LELAKI MELAYU


41

AGAMA

ISLAM MALAYSIA 26 DISEMBER 2005 BP 99158

WARGANEGARA: TARIKH LAHIR: NO SIJIL KELAHIRAN:

NO KAD PENGENALAN: 051226-04-0233 NO KAD OKU: ALAMAT: LD04/01/12/000041 KM 10 KG BALIK BUKIT, BUKIT LINTANG 75460 MELAKA NO TELEFON: 0126233100

MAKLUMAT IBU BAPA / WARIS

NAMA BAPA

OMAR B ABU 700901-045319 KONTRAKTOR RM 2000 SAADIAH BT HJ ZAINAL 770108-12-5798 SURIRUMAH TANGGA
42

NO KAD PENGENALAN: PEKERJAAN BAPA: PENDAPATAN BAPA: NAMA IBU :

NO KAD PENGENALAN: PEKERJAAN IBU:

PENDAPATAN IBU: JUMLAH ADIK-BERADIK:

9 ORANG

PERIHAL MUHAMMAD IKHWAN

43

Muhammad Ikhwan dilahirkan seperti kanak-kanak lain dan tidak mempunyai kecacatan fizikal . Kesihatan dan perkembangannya sehingga berusia tiga tahun dikatakan begitu memuaskan dan tidak menghadapi masalah. Sebelum umurnya mencapai tiga tahun, Muhammad Ikwan membesar dengan aktif bermula dari peringkat merangkak hingga dia boleh berjalan dalam usia satu tahun. Tetapi apabila usianya meningkat tiga tahun, ibubapanya mula dapat melihat perubahan perkembangan tingkah lakunya yang agak aktif berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia begitu manja dengan ibunya sehinggakan semua permintaan dan kemahuannya dituruti. Jika tidak dituruti kemahuannya dia akan menangis dan memberontak. Lebih membimbangkan lagi tingkah lakunya akan menjadi lebih agresif dengan melakukan kerosakkan dan mencederakan diri sendiri. Begitu juga apabila
44

Muhammad Ikhwan bersekolah tadika pada usia lima dan enam tahun. Dia kerap mengganggu rakan, tidak mahu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru dan akan berlari keluar dari kelas sesuka hatinya. Setelah membawa Muhammad Ikhwan untuk pemeriksaan doktor dan disahkan sebagai kanak-kanak hiperaktif, barulah keluarganya faham dengan sikap Muhammad Ikwan yang tidak sama dengan adik-beradik dan kanak-kanak biasa. Setelah dihantar ke sekolah rendah pada usia tujuh tahun, Muhammad Ikhwan pada mulanya sukar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah dan pergaulan dalam kelas bersama rakan-rakan lain mahupun dengan guru. Muhammad Ikhwan lebih gemar keluar kelas samada ke tandas atau ke kelas lain. Ada ketikanya juga dia gemar berlari ke padang seorang diri pada waktu rehat. Dia juga gemar menggangu rakan. Apabila rakan membalas semula dia akan mengamuk dan menangis. Ini menyebabkan tiada yang ingin berkawan dengannya. Dia juga gemar tidur di dalam kelas. Muhammad Ikhwan juga menghadapi masalah dalam menurut arahan yang

diberikan oleh guru yang mengajar. Dia lebih suka membuat hal sendiri. Semua latihan yang diberikan oleh guru yang mengikut aras kebolehannya tidak mahu dibuat oleh Muhammad Ikwan. Di awal sesi persekolahannya, dia tidak dapat mempelajari dan mengikut pembelajarannya dengan teratur dan berkesan disebabkan oleh kelakuannya yang tidak mahu berada di dalam kelas. Ada ketikanya guru akan membiarkan dia membuat aktiviti yang disukainya seperti bermain lego, bermain bola kecil dan sebagainya.

MENGENAL PASTI DAN MEMILIH TINGKAH LAKU SASARAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU BERMASALAH

45

Nama Murid : Kategori :

Muhammad Ikwan B Omar Hiperaktif

Tingkah laku berterusan: 1) Tidak boleh menumpukan perhatian yang lama terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajar. 2) Selalu keluar ke tandas dan ke kelas lain. 3) Suka mengamuk apabila diganggu rakan.

RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU Kurang tumpuan dan tidak mahu membuat tugasan yang diberikan oleh guru.. Nama murid Tarikh mula Masalah tingkah laku : : : Muhammad Ikhwan B Omar 13 Februari 2012 Kurang tumpuan dan tidak mahu membuat tugasan yang diberikan oleh guru. Umur Pengetahuan sedia ada : : 7 tahun Dimarahi guru jika tidak memberikan tumpuan di dalam kelas semasa guru mengajar. Matlamat : Memberikan tumpuan dan menyiapkan tugasan

yang diberikan oleh guru . PEMERHATIAN Kurang tumpuan di dalam kelas Selalu tidak mahu menyiapkan tugasan yang

diberikan oleh guru.


46

Kadang kala mengamuk sehingga berguling-guling di lantai.

TINGKAH LAKU YANG HENDAK DIURUS TINGKAH LAKU SASARAN

Sering

tidak

mahu

menyiapkan

tugasan

yang

diberikan oleh guru.


Menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Lebih banyak tumpuan diberikan sewaktu proses pembelajaran di dalam kelas.

MASA TINGKAH LAKU DILAKUKAN SEBAB KEUTAMAAN

Sewaktu guru mula memberi latihan.

Murid tidak dapat membezakan antara tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

Mengelakkan tingkah laku tersebut menjadi rutin dalm pembelajaran seharian.

STRATEGI DAN KAEDAH

Memperbanyakkan aktiviti dan bermesra dengan guru-guru dan rakan sekelas.

Sentiasa melakukan aktiviti berkumpulan dengan rakan-rakan sekelas yang alin supaya lebih banyak pergaulan mesra dengan rakan-rakan lain.

Jika murid bosan dan mula tidak mahu membuat latiahn yang diberi, hentikan aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan selitkan dengan aktiviti lain seperti permainan puzzle, permainan lego dan sebagainya.

Guru perlu sentiasa mengingatkan dan menasihati murid bahawa latihan yang diberikan guru perlu dibuat supaya dapat memperkukuhkan ingatan dan penguasaan terhadap apa yang dipelajari pada hari tersebut.
47

Menggunakan teknik pujian dan ganjaran kepada murid jika dia berkelakuan baik, membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mengikuti pembelajaran dalam kelas seperti rakan rakan yang lain.

Kaedah lain Menggunakan teknik dendaan seperti tidak

membenarkan rehat kepada murid jika tidak membuat latiahn yang diberikan oleh guru. Lembaran Data Senarai Semak (Check List Data Sheet) Menunjukkan muka yang marah apabila murid tidak mahu membuat latihan yang diberikan. BUTIR-BUTIR DIRI MURID Memperbanyakkan aktiviti yang disukai oleh murid seperti aktiviti permainan dengna lego, bola kecil dan Nama Murid : Muhammad Ikhwan B Omar sabagainya. Umur : 7 tahun Kelas:Sinaran 2 Tarikh Lahir: 26.12. 2005 No. Surat Beranak : BP 99158 No Pendaftaran JKM: LD04/01/12/000041

Jenis Kecacatan / Tahap : Hiperaktif Jantina : L / P Kaum : .Melayu Agama: Islam Anak ke- : 6

Bil. Adik Beradik: 9 Senarai Semak Tingkah Laku

PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGA Nama : Pn Saadiah Bt Hj Zainal No K/P : 770108-12-5798 Alamat : KG BLK BKT, BKT LINTANG 75460 MELAKA Tandatangan: Tarikh: 13/02/2012
48

PERLAKUAN YANG KETARA Agresif Pasif Kognitif Emosi Negatif Sosial Motor Kasar Motor Halus ( ( ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) ) )

SENARAI SEMAK TINGKAH LAKU BUTIR-BUTIR DIRI MURID Nama Murid : Muhammad Ikhwan B Omar Umur Bil 1. : 7 Tahun Keterangan Tingkah Laku Perlakuan Agresif
49

Tunjuk Ya Tidak

Ulasan

1.1 Merosakkan harta sendiri/ orang lain 1.2 Selalu berkelahi/ bertindak 1.3 Cepat marah/ meradang 1.4 Mengacau/ lain 1.5 Mencederakan diri 1.6 Mencederakan orang lain 1.7 Panas baran 1.8 Perlakuan 1.9 Hiperaktif Perlakuan Pasif 2.1 Memencilkan diri 2.2 Sugul 2.3 Terlalu pendiam 2.4 guru) 2.5 Mudah terganggu perhatian 2.6 Terlalu malu 2.7 Lembab pergerakan 3. 2.8 Lembab membuat sesuatu Perlakuan Negatif Sosial 3.1 Mengusik 3.2 Bercakap bohong 3.3 Tidak menepati janji 3.4 Engkar/ tidak menurut perintah 3.5 Berbahasa Kasar 3.6 Terlalu suka bercakap 3.7 Selalu keluar dari bilik darjah 3.8 Suka membuat bising Terlalu malas (tidak mahu negatif berlaku dengan tiba-tiba 2. Menguasai orang

/ / / / / X / / /

/ X X / / X X X Tingkah laku 2.4 memerlukan intervensi

membuat latihan yang diberikan oleh

/ X X / X X / /
50

3.9 Mengambil tanpa meminta 3.10 Tidak bekerjasama 4. 3.11 Tidak bertimbang rasa Pemasalahan Emosi 4.1 Gelisah 4.2 Menggerakkan bahagian anggota badan tanpa dapat dikawal 4.3 Bebal 4.4 Menipu / berbohong 4.5 Selalu mengadu sakit / / /

X X X X

4.6 Menangis dalam kelas / Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang 4.7 Memerlukan perhatian yang lebih / Borang Rekod Anekdot 4.8 Risau X Bt Minhad 4.9Pemerhati: Berkhayal/ Julitah termenung 4.10 Membuat sesuatu tanpa tujuan Tarikh pemerhatian : 13 Februari 2012 X X

Masa pemerhatian : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari Nama pelajar : Muhammad Ikhwan B Omar MENGUMPUL DAN MEREKOD DATA TINGKAH LAKU SASARAN tentang kejadian: 1. Penerangan Rekod Anekdot - kurang tumpuan di dalam kelas - malas ( tidak mahu membuat latihan yang diberikan oleh guru ) - suka ke tandas dan keluar kelas

Penerangan tentang lokasi / latar belakang kejadian : Nota, cadangan dan langkah: 1) melaksanakan intervensi dengan menggunakan kaedah ganjaran. 2) memberi nasihat dan teguran terhadap perlakuan tersebut.
51

- berlaku semasa guru sedang mengajar di hadapan kelas

2. Rekod Kekerapan

Nama Penilai

: :

Muhammad Ikhwan B Omar Julitah Minhad

Tingkah laku yang direkod: Suka mengamuk, kurang tumpuan, keluar kelas dan tidak mahu membuat latihan yang diberikan oleh guru.

Masa Hari

8.00-9.00 pagi

9.00-10.00 pagi

10.30-11.30 pagi

11.30-12.30 tengah hari

Jumlah
52

Isnin (13/2/12) Selasa (14/2/12) Rabu (15/2/12) Khamis (16/2/12) Jumaat (17/2/12)

1 2 2 1 0

3 3 1 2 3

3 1 1 1 2

2 2 3 4 3

9 8 7 8 8

3. Rekod Kejadian

Nama Penilai

: :

Muhammad Ikhwan B Omar Julitah Minhad Kurang tumpuan dan tidak mahu menyiapkan

Definisi tingkah laku yang dinilai: tugasan yang diberikan oleh guru.

TARIKH Isnin (13/2/12) Selasa (14/2/12)

MASA 11.30 12.30 11.30 12.30

KEKERAPAN // //

JUMLAH 2 2
53

Rabu (15/2/12) Khamis (16/2/12) Jumaat (17/2/12)

11.30 12.30 11.30 12.30 11.30 12.30

/ //// /

1 4 1

MENGENALPASTI DAN MENENTUKAN PENEGUHAN

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan selama seminggu beserta data awal yang diperolehi, saya telah memilih untuk menjalankan intervensi mengenai tingkah laku Muhammad Ikhwan yang kurang memberikan tumpuan di dalam kelas serta tidak mahu menyiapkan tugasan uang diberikan oleh guru . Dia juga kerap keluar dari kelas semasa guru sedang mengajar. Saya juga telah menetapkan untuk memberikan peneguhan iaitu memberikan token ekonomi jika dia mahu memberikan tumpuan dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

MELAKSANAKAN INTERVENSI

Semasa pemerhatian
54

Masa Hari Isnin (13/2/12) Selasa (14/2/12) Rabu (15/2/12) Khamis (16/2/12) Jumaat (17/2/12)

8.00-9.00 pagi 0 1 1 1 0

9.00-10.00 pagi 1 2 1 1 2

10.30-11.30 pagi 1 1 0 0 1

11.30-12.30 tengah hari 2 1 1 1 1

Jumlah 4 5 4 3 4

GRAF KEKERAPAN

5 4 3 2 1 0 IS NIN S EL AS A RABU KHAMIS JUMAAT KEKERAP AN

Penilaian : Pemerhatian telah dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan Maklumat diperolehi daripada guru dan pembantu guru Temubual guru dan ibu bapa Hukuman, teguran, ganjaran, peneguhan

55

Hasil penilaian:

Daripada hasil pemerhatian, Muhammad Ikhwan kurang memberikan tumpuan di dalam kelas dan tidak akan menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. Dia juga suka keluar dari kelas tanpa tujuan semasa guru sedang mengajar. Dapat diperhatikan juga Muhammad Ikhwan lebih gemar keluar dari kelas selepas waktu rehat. Tingkah laku bertambah setiap kali matapelajaran Amali Solat. Guru perlu memantau tingkah laku tersebut dari semasa ke semasa.

Semasa menjalankan intervensi Masa Hari Isnin (27/2/12) Selasa (28/2/12) Rabu (29/2/12) Khamis (1/3/12) Jumaat (2/3/12) 8.00-9.00 pagi 0 1 0 0 0 9.00-10.00 pagi 1 1 1 0 1 10.30-11.30 pagi 1 0 0 1 1 11.30-12.30 tengah hari 1 1 1 0 0 Jumlah 3 3 2 1 2

56

GRAF KEKERAPAN

3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 IS NIN S ELAS A R AB U K H AMIS JUMAAT K EK ER APAN

Penilaian : Pemerhatian telah dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan Maklumat diperolehi daripada guru dan pembantu guru Temubual guru dan ibu bapa Hukuman, teguran, ganjaran, peneguhan

Hasil penilaian:
57

Guru memberi teguran kepada Muhammad Ikhwan secara baik dan Guru membuat aktiviti yang diminati Muhammad Ikhwan seperti bermain

lembut. bola kecil untuk menarik minatnya.

Guru memberikan peneguhan negatif terhadap perlakuan tersebut. Guru membuat perjanjian lisan, jika Muhammad Ikwan membuat tugasan

yang diberikan, token akan diberikan untuk di tampal pada kad ganjaran. Jika penuh kad ganjaran, hadiah akan diberi kepadanya. Selepas menjalankan intervensi Masa Hari Isnin (13/3/12) Selasa (14/3/12) Rabu (15/3/12) Khamis (16/3/12) Jumaat (17/3/12) 8.30-9.30 pagi 0 0 0 1 0 9.30-10.30 pagi 1 1 0 0 0 10.30-11.30 pagi 1 0 1 0 0 11.30-12.30 tengah hari 0 1 0 0 0 Jumlah 2 2 1 1 0

58

GRAF KEKERAPAN

2 1.5 1 0.5 0

K EK ER APAN

IS NIN

S ELAS A

R ABU

K H AMIS

JUMAAT

Penilaian : Pemerhatian telah dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan Maklumat diperolehi daripada guru dan pembantu guru Temubual guru dan ibu bapa Hukuman, teguran, ganjaran, peneguhan

Hasil penilaian:

Tingkah laku yang ditunjukkan berkurangan setelah intervensi dilakukan.


59

Muhammad Ikhwan dan rakan-rakan telah dapat bermain bersama dengan selesa serta dapat menumpukan perhatian di dalam kelas Muhammad Ikhwan sudah dapat memberikan tumpuan di dalam kelas dan akan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

LAPORAN DAN PERBINCANGAN

Muhammad

Ikhwan

merupakan

kanak-kanak

pendidikan

khas

masalah

pembelajaran. Pelajar ini berumur 7 tahun dan merupakan kanak-kanak hiperaktif. Berikut adalah perkembangan kanak-kanak ini daripada aspek bahasa, emosi, kognitif, dan fizikal yang dapat diperhatikan. Muhammad Ikhwan tidak mengalami masalah bahasa yang teruk. Dia boleh menuturkan perkataan dengan jelas namun perbendaharaan kata yang dimilikinya terhad. Ada kalanya perkataan yang disebut oleh Muhammad Ikhwan agak pelat. Sikap Muhammad Ikhwan yang tidak memberikan tumpuan semasa proses pembelajaran juga menyebabkan Muhammad Ikhwan tidak dapat menguasai perbendaharaan kata yang baru. Secara khususnya Muhammad Ikhwan memerlukan intyeraksi dua hala yang lebih kerap dengan diselitkan arahan secara praktikal agar pemulihan pertuturan dan bahasa dapat dilaksanakan. Selain itu, guru boleh mengadakan aktiviti dan permainan bahasa yang boleh menarik perhatiannya. Sebagai manusia, kanak-kanak hiperaktif juga mempunyai perasaan yang sama dengan kanak-kanak normal. Namun tindak balas yang dilakukan mungkin berbeza dan tidak sama berbanding kanak-kanak seusianya. Tindak balas yang diambil sering diluar kawalan dan secara bersahaja. Muhammad Ikhwan sering menunjukkan perlakuan yang diluar jangkaan. Emosinya seringkali mengalami ketidakstabilan. Muhammad Ikwan juga mudah marah, dan menendang-nendang jika perkara yang hendak
60

dilakukan tidak dituruti. Jika diusik oleh kawan, dia akan mula membuat perangai yang tidak diingini seperti menangis, menjerit, mengguling-gulingkan badan di lantai dan memukul kawan. Pada tahap ini dia perlu diberi pengawasan kerana kawalan emosi mereka berada di bawah tahap yang rendah. Dari segi kognitif pula, Muhammad Ikhwan mempuyai kemampuan kognitif. Walaubagaimanapun, perkembangan kognitif Muhammad Ikhwan adalah lambat berbanding kanak-kanak normal. Dari segi pengamatan penglihatan, Muhammad Ikhwan mampu untuk mendiskriminasikan objek mengikut warna, saiz dan bentuk. Dia juga mampu untuk mengorientasikan kedudukan sama atau tidak sama. Dari segi tulisan pula, dia mampu untuk menyambung titik-titik, menyalin semula bentuk-bentuk dan menyalin semula bentuk huruf. Muhammad Ikhwan hanya mengenal beberapa huruf sahaja manakala hanya menghafal turutan nombor tetapi tidak dapat mengecam nombor secara rawak. Dari segi fizikal pula, Muhammad Ikhwan mempunyai ciri-ciri fizikal yang kemas dan menarik. Kanak-kanak ini juga mempamerkan ciri-ciri kebersihan yang sesuai dengan tahap umurnya. Muhammad Ikhwan juga sangat gemar dengan aktiviti Pendidikan Jasmani dan permainan serta kerja pertukangan. Antara aktiviti permaian yang digemarinya ialah bermain bola sepak. Setiap kali waktu Pendidikan Jasmani, beliau seboleh-bolehnya ingin bermain bola sepak. Begitu juga dengan kerja pertukangan semasa matapelajaran Kemahiran Hidup. Kerja kerja mengetuk adalah kesukaan Muhammad Ikhwan. Muhammad Ikhwan mempunyai masalah tingkah laku yang agak kritikal berbanding pelajar lain di kelas khas ini. Dia juga tidak suka membuat latihan yang diberikan oleh guru dan lebih suka membuat kerja mengikut kemahuannya sahaja. Ada kalanya amaran tegas secara lisan dan gerakan mimik muka juga diberikan kepada Muhammad Ikhwan. Sukar untuk mengawalnya jika di berada dalam kelompok murid yang ramai. Dia juga memerlukan pengawasan khas seorang guru dan mempunyai penumpuan hanya dalam lingkungan antara 10 hingga 15 minit sahaja. Muhammad Ikhwan biasanya akan duduk dekat dengan guru bagi mengelakkan dia kerap keluar kelas semasa guru mengajar. Selain itu, ianya juga bagi memudahkan guru
61

mengawalnya ketika dia mengganggu rakan lain ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengelakkan Muhammad Ikhwan hilang tumpuan ketika berada di dalam kelas, guru perlu membawa bersama permaian, bola kecil, plastesin atau benda lain yang boleh menarik minat belajarnya.

Bagi mendapatkan tumpuannya di dalam kelas dan menyelakkan dia dari tidak mahu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, ganjaran seperti pujian, galakkan dan pemberian token pula diberikan. Nasihat dan tunjuk ajar diberikan seterusnya menggunakan teknik kontrak dengan Muhammad Ikhwan melalui satu perjanjian lisan yang diadakan antara guru dan Muhammad Ikhwan. Jika Muhammad Ikhwan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru , token ekonomi akan dilekatkan di atas kad ganjaran. banyak token. Cara ini memberi kesan yang baik kerana nampaknya Muhammad Ikhwan cuba menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru kerana ingin mendapat

62

REFLEKSI Nama: No K/P: Julitah Bt Minhad 760917-04-5334

Saya telah menerima Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) PKB 3103 daripada pensyarah saya Dr. Yasmin pada 7 Januari 2012. Tugasan ini memerlukan saya mendapatkan maklumat yang mendalam berkaitan dengan kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Laporan penuh mengenai perkembangan kanak-kanak perlu dibuat dengan memilih seorang kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Disamping itu, pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut perlu dilaksanakan. Saya telah membuat pemerhatian penuh terhadap seorang murid saya yang mengalami masalah hiperaktif. Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya terlebih dahulu membuat pemerhatian, mencari bahan rujukan dan mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kategori dan perkembangan murid-murid pendidikan khas. Dalam proses saya memerhati tingkahlaku murid bermasalah pembelajaran ini, terdapat beberapa faktor yang saya tekankan bagi memudahkan saya menjalankan tugas ini dengan berkesan. Antaranya, murid yang saya pilih adalah murid yang tidak terlalu pasif atau aktif serta mempunyai masalah pengurusan tingkahlaku yang sederhana. Dengan ini saya dapat membuat banding beza mengenai tingkahlaku murid tersebut dengan maklumat yang telah saya perolehi. Hasil kerja ini juga banyak membantu saya dalam memahami masalah tingkahlaku dan cara yang bersesuaian bagi menangani masalah tingkahlaku dikalangan kanak-kanak hiperaktif ini. Jika sebelum ini saya mengambil tindakan lain untuk menangani masalah salah laku kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini, tetapi dengan adanya tugasan ini dapatlah saya belajar satu benda baru untuk diaplikasikan
63

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga banyak belajar erti kesabaran, kerjasama, prihatin dan bertanggungjawab dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga apa yang telah dapat ditimba ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya terutama untuk anakanak istimewa ini. BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Talib. 2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah

Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn Bhd. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur. Quantum Books. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hajah Hasnah Udin. 1998. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP / Kementerian Pelajaran Malaysia. Jamila K.A Mohamad. 2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn Bhd. Mok Soon Sang. 2003. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI ( sekolah rendah komponen 1&2 ) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya Thirugnana Sambathan a/l Muthusamy. November 2007. Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Khas. Meteor Doc. Sdn. Bhd

64

Vous aimerez peut-être aussi