Vous êtes sur la page 1sur 11

PENGENALAN

Program Ceramah Kerjaya Dan Sesi Soal Jawab yang akan dilaksanakan di Dewan Kuliah 2, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan ini merupakan satu mini mesyuarat anjuran daripada kumpulan 3 dan kumpulan 5 yang bertujuan untuk meneliti, menilai serta meningkatkan keyakinan dan sahsiah seseorang siswa. Selain itu, Program ini juga melibatkan para siswa dan siswi yang akan didedahkan tentang perancangan dan persediaan untuk menempuhi alam kerjaya di masa akan datang. Aktiviti ini juga memerlukan tumpuan perhatian sepenuhmya terhadap dari apa yang akan disampaikan oleh penceramah. Seterusnya, terdapat sesi soal jawab kepada siswa dan siswi untuk menambahkan pengetahuan serta kefahaman sepanjang ceramah berlangsung. Akhir sekali, akan diadakan sedikit jamuan pagi untuk santapan pelajar, penceramah dan penasihat program.

OBJEKTIF
Merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli kumpulan. Dapat melatih ahli kumpulan dalam merancang sesuatu program dan lain-lain. Meningkatkan keyakinan dan sahsiah diri. Memupuk personality unggul dalam diri setiap siswa. Merealisasikan impian siswa dan siswi dalam membina sebuah kumpulan. Memupuk sikap kepimpinan dalam diri setiap siswa dan siswi.

MAKLUMAT PROGRAM

Tajuk : Ceramah kerjaya, sesi soal jawab dan jamuan pagi.

Anjuran : Kumpulan 3 dan kumpulan 5.

Tarikh :

Masa : 8.00 10.00 pagi.

Tempat : Dewan Kuliah 2.

Aktiviti : Ceramah tentang kerjaya dari penceramah unit kaunseling iaitu Cik Nur Rebecca Qaleesya Bt Micheal, sesi soal jawab dan jamuan pagi.

Jumlah peserta : Seramai 65 orang pelajar.

Tentatif Program :
Masa
8.00 8.15

CUE
Ketibaan penceramah jemputan

ANN 1
Mengumumkan ketibaan Penceramah Jemputan. Yang Berhormat

Masa
8.15 8.20

CUE
Kata alu-aluan

ANN 2
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Hadirin dan Hadirat sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang serba indah ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini diraikan Sempena Ceramah tentang kerjaya bagi tahun ini. Saya bagi pihak majlis amat mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar ke majlis pada hari ini. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Untuk makluman pelajar-pelajar serta hadirin sekalian, majlis akan dimulai dengan bacaan doa.

Masa
8.20 8.30

CUE
Bacaan doa

ANN 3
Kalau pergi tanjung keramat, Anak manis jangan diangkat, Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis ini mendapat berkat. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dipersilakan Saudara Yassir untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan ini dipersilakan.

Selepas bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Yassir atas bacaan doa itu tadi.

MASA 8.30 9.30

CUE Ucapan dari penceramah jemputan / Sesi soal jawab

ANN4 Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian, Bagi meneruskan majlis pada hari ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Cik Recbecca untuk memberi ucapan ceramah tentang kerjaya pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. terima kasih atas ucapan Yang Berhormat Cik Rebecca sebentar tadi.

MASA 9.30 9.45

CUE Jamuan Pagi

ANN5 Sebelum kita menikmati santapan yang telah disediakan, dengan ini saya menjemput Saudara Yassir untuk membacakan doa makan, dengan ini dipersilakan. Terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Pulau pandan jauh ke tengah Gunung daik bercabang tiga Doa sudah ucapanpun sudah Tiba masa menjamu selera Sorong papan tarik papan Makan keranji dalam perahu Suruh makan kita makan Janganlah segan janganlah malu

MASA
9.45

CUE
Penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan

ANN8
Hadirin dan Hadirat sekalian, Majlis diteruskan dengan Penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan. Untuk memulakan penyampaian cenderamata, dipersilakan Pengarah Program, Muhammad Zulhilmi Bin Mohd Fadil Amir diiringi oleh Naib Pengarah Program, Alif Farhan Bin Adam Ang untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan kita pada hari ini, dengan ini dijemput untuk naik ke pentas. Dipersilakan, Cik Rebecca untuk menerima cenderamata daripada pihak kami.

MASA
9.45

CUE
Penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan

ANN8
Hadirin dan Hadirat sekalian, Majlis diteruskan dengan Penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan. Untuk memulakan penyampaian cenderamata, dipersilakan Pengarah Program, Muhammad Zulhilmi Bin Mohd Fadil Amir diiringi oleh Naib Pengarah Program, Alif Farhan Bin Adam Ang untuk menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan kita pada hari ini, dengan ini dijemput untuk naik ke pentas. Dipersilakan, Cik Rebecca untuk menerima cenderamata daripada pihak kami.

Anggaran perbelanjaan :

BIL 1 2

BUTIRAN Hadiah/Cenderamata Kuih Muih dan Minuman JUMLAH

RM Rm 30 Rm 100 RM 130

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM I CERAMAH KERJAYA

Penasihat PUAN ROS SAIDATUNNAZIAH BINTI MD YUSOFF Pengarah Program MUHAMMAD ZUL HILMI BIN MOHD FADIL AMIR Naib Pengarah Program ALIF FARHAN BIN ADAM ANG Setiausaha NABILA FAZERA BINTI AZIZI Bendahari MUHAMMAD SHFIQ BIN ZAINU ABIDIN AJK Program NUR AIN SAKINA BINTI MOHD FADIL AMIR WAN MUHAMMAD EIDZUDDIN BIN MOHD DAUT ALIF ILMAM AMSYAR BIN MOHD AFFIZAN AJK Hadiah MUHAMMAD KHAFIZ BIN RAHIM AZHAR AMIR MUHSIN BIN HISHAM MUHAMMAD NIZAM BIN MUHAMMAD ZAINAL

AJK Makanan ZAINUREEN BINTI MOHD HAZAR SYED MUHAMMAD FALAH BIN SYED AZHAR AZMAN BIN JULHABIL AJK MULTIMEDIA MUHAMMAD FAIZAL BIN MOHD ZAMANI MUHAMMAD SYAZWAN BIN MOHD TAUHED GUNASEELAN A/L DEVAN

Vous aimerez peut-être aussi