Vous êtes sur la page 1sur 22

PENGENALAN Olahraga merupakan acara penting bagi semua sekolah di Malaysia.

Setiap sekolah biasanya akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Kejohanan ini biasanya diadakan bertujuan memberi peluang kepada murid menunjukkan potensi masing-masing selain memudahkan guru-guru sukan untuk mengesan bakat-bakat yang ada untuk di bawa ke peringkat seterusnya. Trek olahraga perlu diadakan dalam menjalankan sesuatu kejohanan olahraga. Biasanya ia menjadi tugas guru-guru Pendidikan Jasmani untuk menyiapkan trek olahraga ini. Guru-guru ini perlu merancang dari awal persiapan menyediakan trek sehinggalah proses membuat trek tersebut. Biasanya ia dibina sepanjang 200 meter, 300 meter dan 400 meter bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan. Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter. Justeru itu, guru-guru Pendidikan Jasmani perlulah menguasai teknik-teknik membuat trek serta mengetahui cara-cara yang berkesan untuk membuat trek dengan ukuran yang betul. Di sini disediakan cara-cara untuk membuat trek olahraga 400m beserta gambar-gambar sebagai panduan untuk semua.

DIMENSI BALAPAN OLAHRAGA 400 METER Pembinaan Balapan Olahraga 1. Keperluan Awal 1.1 Tetapkan keluasan padang untuk menentukan: 1.2 Balapan 400 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong atau 4 lorong.

Am X Bm =ABm2 ( Luas )

1.3 Keluasan sebenar padang dan keupayaan lorong bagi balapan 400 meter.

BALAPAN

JUMLAH LORONG 8 6 4

KELUASAN > 16,804.17 m2 > 15,482.82 m2 > 14,211.47 m2

400 METER

2 Keperluan Alatan 2.1 15 batang besi penanda. 2.2 Pita ukur (fibre glass tahan panas) berukuran 100 meter. 2.3 Pita ukur (steel) berukuran 50 meter. 2.4 Pita ukur (steel) berukuran 30 meter. 2.5 Kabel/Dawai 3 mm berukuran 60 meter. 2.6 Tali (7mm 10mm) berukuran 120 meter. 2.7 20 batang paku 20 sm. 2.8 Minyak hitam / cat. 2.9 Roller atau berus cat (5 sm). 2.10 Tukul besi.

Line maker (roller)

Pita ukur

Tukul besi 3. Bahan-Bahan 3.1 Minyak hitam atau cat (putih). 3.2 Cat semburan. 3.3 Minyak penipis.

4. Perhatian Dan Peringatan 4.1 Penanda perlu menggunakan besi yang panjangnya antara 30 sm -50 sm. 4.2 Pita ukur. 4.3 Pita fibre ketahanan pada panas yang tidak akan berubah pada suhupadang. Pita ukur plastik atau fibre bermutu rendah akan mudahmengembang pada suhu tinggi dan mengecut pada suhu rendah. 4.4 Pita besi disyorkan untuk mengelakkan berlakunya pita ukurmengembang. 4.5 Penggunaan pita ukur berbeza panjang adalah untuk memudahkan kerja mengukur pada jarak yang bersesuaian.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA BALAPAN 400 METER DENGAN 8 LORONG. 1.Contoh Pelan balapan mengikut ukuran yang telah dipilih berdasarkan keupayaan padang.

Panjang padang = 84.39m (x meter) Lebar padang = 73 m ( y meter) Jumlah lorong = 8 lorong Lebar lorong = 1.22 meter Lebar/Tebal garisan = 5 sm

2. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuat segi empat tepat iaitu balapan. 3. Pertama sekali, ukur hujung padang ke hujung padang untuk mendapatkan titik tengah sebagai pusat untuk kiraan panjang balapan. 4. Kedua, ukuran panjang balapan ialah 84.39m 5. Oleh itu, 84.39m dibahagikan kepada dua bersamaan 42.195m. 6. Kemudian, tarik panjang 42.195 m dari titik tengah ke kiri dan 42.195 m ke kanan. 7. Lakukan ukuran ini di kedua-dua belah sisi padang. 8. Kemudian, apabila panjang padang telah dibuat, kedua-dua belah hujung padang tadi ditemukan dengan garisan menegak iaitu sepanjang 73.00m.

9. 73.00m dibahagikan kepada dua untuk mendapatkan radius bagi membuat lengkungan balapan bersamaan 36.50 m. 10. Lakukan ukuran lebar tersebut di kedua-dua belah sisi padang. 11. Maka terhasillah balapan 400m .

Rumus Mencari Jarak Lengkung Balapan

Lengkung a. a=1/3 x 3.142 x a1 - a2 b. a=b c. b=1/3 x 3.142 x b1 - b2 d. Jumlah L = a+b+c

Garis lurus (GL) a. 200m L m ( untuk balapan 400 m) b. 150m L m ( untuk balapan 300 m) c. 100m L m ( untuk balapan 200 m) Stagger L m Lorong 2 L m Lorong 1 = stagger Garisan rentas (kawasan lengkung zon pertukaran baton dan stagger ) GR = 2y2[ 1-kos(57.288 x w/y]

Membuat Garisan 1. Jarak f ke f1 adalah antara 1.21 meter (minimum) hingga 1.23 meter (maksimum). 2. P ialah kawasan bahagian dalam balapan. 3. Lebar lorong dikira daripada bahagian dalam garisan (tepi bahagiandalam garisan seperti di f) ke f1. 4. Setiap garisan lebarnya ialah 5 sm. 5. Bagi garisan permulaan dan garisan penamat, lebar garisan ialah 5 sm. 6. Garisan memotong (cut-in) 5 sm. 7. Tiang penamat: tinggi tiang = 1.50 m tebal tiang = 2.00 3.00 sm lebar tiang = 5 sm 8. Bendera Memotong (Cut-in): Tinggi tiang = 1.50 m Bendera = 30 sm x 40 sm

Zon-zon di balapan
6

Penandaan Staggered 400m & 4x100m Semua lorong haruslah ditanda dengan garisan putih. Lorong pertama adalah di garisan penamat. Staggered lorong kedua akan diukur 7.66m Staggered lorong ketiga akan diukur 15.33m Staggered lorong keempat akan diukur 23.00m Staggered pelari kelima akan diukur 30.66 m Staggered lorong keenam akan diukur 38.33 m Staggered lorong ketujuh akan diukur 44.00 m Staggered lorong ke lapan akan diukur 53.66m Untuk staggered lorong kedua hingga lorong terakhir, ukurannya diambil kira dari garisan penamat.

Zon Pertukaran baton 4x100m Pelari kedua Zon pertukaran baton 4x100m pelari kedua diukur dari garisan menegak dari garisan penamat. Lorong satu diukur -15.46 m Lorong dua diukur -11.63 m Lorong ketiga diukur -7.80 m Lorong keempat diukur -3.96 m Lorong kelima diukur -0.13m Lorong keenam diukur 3.70 m Lorong ketujuh diukur 7.54 m Lorong kelapan diukur 11.37 m Simbol negatif bermaksud garisan diukur kebelakang dari garis lurus. Simbol positif pula bermaksud garisan diukur kehadapan dari garis lurus. Zon pertukaran baton ialah sepanjang 20m : 20 m dibahagikan kepada dua bersamaan 10 Meter kehadapan dan 10 meter ke belakang.

Zon Pertukaran Baton 4x100m Pelari ketiga Zon pertukaran baton bagi pelari ketiga diukur dari garis lurus permulaan 200m. Zon pertukaran baton adalah sama dengan staggered bagi acara 200m. Zon Pertukaran Baton 4x100m Pelari keempat Zon pertukaran baton adalah sama bagi kelapan-lapan lorong yang mana diukur dari titik tengah radius menegak dari lorong satu hingga lorong lapan. Garisan penamat pelari ketiga diukur adalah 15.46m dari garisan lurus. Zon pertukaran baton adalah 20m.

Garisan Permulaan acara 200meter Untuk garisan permulaan acara 200m, garisan dikira dari garisan penamat 200m selepas garisan penamat. Selain itu, kita juga boleh membuat garisan permulaan ini dengan berpaksikan titik tengah radius. Oleh itu, dari titk tengah radius, ukur sepanjang 36.80 m dan kemudian tandakannya. Tanda tersebut adalah garisan tepi permulaan acara 200m. Kemudian, dari tanda tersebut, tarik sehingga lorong terakhir iaitu lorong lapan. Maka terhasillah garisan permulaan bagi acara larian 200m.

Penandaan garisan permulaan acara 200m Staggered lorong pertama akan diukur 0.38m dari garis lurus permulaan 200m Staggered lorong kedua diukur 3.83m Staggered lorong ketiga diukur 7.66m Staggered lorong keempat diukur 11.50 m Staggered lorong kelima diukur 15.33 m Staggered lorong keenam diukur 19.16 m Staggered lorong ketujuh diukur 23.00 m. Staggered lorong kelapan diukur 26.83 m. Untuk staggered dari lorong kedua hingga lorong kelapan, ukurannya dikira dari garisan permulaan 200m.

Balapan 400 Meter

CONTOH LAKARAN TREK


10

CONTOH KEDUDUKAN TREK BAGI ACARA BALAPAN DAN PADANG


11

12

Ukuran padang untuk acara lontar peluru.

Garis pusat = 2.135mTebal garisan = 5 cm

Ukuran padang untuk acara lontar peluru

13

. SEKTOR LONTAR PELURU

Spesifikasi Penyediaan Kawasan Lontar Peluru. Terdapat bulatan yang bergaris pusat 2.135m ( rajah di atas ) Terdapat dua garis lurus bersudut 34.92 darjah mengunjur keluar daripusat bulatan yang dikenali kawasan mendarat lontaran Terdapat satu bongkah penghadang yang diletakkan di atas garisandibahagian bulatan bersudut ( seperti rajah ) Ukuran padang untuk acara lompat jauh Papan Lonjatan dan penanda Plastisin

14

15

16

GAMBAR-GAMBAR SEMASA MEMBINA TREK DAN BALAPAN.

17

18

19

20

21

22

Vous aimerez peut-être aussi