Vous êtes sur la page 1sur 11

ANNOTATED BIBILIOGRAFFY 1. Norasmah Othman dan Sumathy A/P Panniappan (2012). Profil keusahawanan peniaga India di Malaysia.

Akademika, 82(1), 103-111

MASALAH KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran keusahawanan dan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan peniaga India di Seremban. PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah kajian ini mengenai peniaga India di Seremban ? 2. Adakah kajian ini mengenai tahap ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh peniaga India di Seremban ? 3. Adakah kajian ini menepati tahap kemahiran keusahawanan peniaga India di Seremban ? 4. Adakah kajian ini terdapat signifikan dari segi tahap kemahiran dan berdasarkan latar belakang peniaga India ? METHODOLOGI KAJIAN Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 30 orang peniaga India di bandar Seremban. Satu soal selidik telah digunakan dalam kajian. KEPUTUSAN KAJIAN Hasil kajian menunjukan bahawa tahap kemahiran keusahawanan dan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan peniaga India adalah di tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya , kajian keusahawanan berdasarkan gender, umur, dan pendidikan. Hanya sedikit perbezaan yang wujud antara gender dengan aspek motivasi diri dalam ciri-ciri keusahawanan dan antara kemahiran keusahawanan dengan latar belakang pendidikan. kemahiran kewangan dalam ciri-ciri keusahwanan

2. Abd Wahid bin Mukhari dan Lee Ai Chu. Faktor-faktor yang mendorong peniaga untuk berniaga di pasar malam di taman ungku tun aminah, skudai, johor. 1-7.

MASALAH KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor faktor yang mendorong peniaga berniaga di pasar malam di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah pengaruh keluarga mendorong peniaga pasar malam memilih untuk berniaga di pasar malam ? 2) Adakah pengaruh pendapatan mendorong peniaga pasar malam memilih untuk berniaga di pasar malam ? 3) Adakah pengaruh pengalaman di sekolah mendorong peniaga pasar malam memilih untuk berniaga di pasar malam ? 4) Adakah pengaruh pengalaman menghadiri kursus atau latihan mendorong peniaga pasar malam memilih untuk berniaga di pasar malam ? METHODOLOGI KAJIAN Seramai 92 orang peniaga yang berniaga di pasar malam Taman Ungku Tun Aminah dijadikan responden dalanm kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk deskriptiif dan menggunakan soal selidik sebagai instrument. Kajian rintis ini menunjukan kebolehpercayaan soal selidik paqda nilai Alpha Cronbach (a) 0.694. Faktor yang dikaji mekiputi pengaruh keluarga, faktor pendapatan, pengalaman di sekolah dan pengalaman dalam menyertai kursus atau latihan. KEPUTUSAN KAJIAN Hasil analisis menunjukkna faktor pendapatan menjadi dorongan utama bagi peniaga untuk berniaga di pasar malam. Dapatan menunjukan responden yakin bahawa bidang perniagaan ini dapat memberi mereka. Ini diikuti dengan pengaruh keluarga. Manakala pendapatan yang menjamin kehidupan berniaga di pasar malam.

pengalaman di sekolah dan pengalaman dalam menghadiri kursus kurang mendorong peniaga untuk

3. Fauzilah Salleh, Norhayati bt Yaakub, Mazuki bt Abd. Ghani dan Wan Kuntom bt Wan Sulong. Faktor faktor yang mempengaruhi jualan peniaga pasar malam. Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan. 1-29.

MASALAH KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi jualan peniaga pasar malam. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah faktor sumber kewangan mempengaruhi jualan peniaga pasar malam? 2) Adakah faktor citarasadan pilihan pengguna mempengaruhi jualan peniaga pasar malam? 3) Adakah faktor permintaan terhadap produk mempengaruhi jualan peniaga pasar malam ? 4) Adakah faktor usia perniagaan dan jumlah pekerja mempengaruhi jualan peniaga pasar malam?

METHODOLOGI KAJIAN Kajian ini telah menguji 10 hipotesis yang memungkinkan faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai mempengaruhi prestasi jualan peniaga pasar malam. KEPUTUSAN KAJIAN Kajian ini mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi jualan peniaga pasar malam adalah jumlah pekerja dan usia perniagaan. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh para akademik untuk kajian perbandingan dan menyediakan khidmat nasihat kepada peniaga-peniaga dan bakal peniagapeniaga yang berminat untuk berniaga di pasar malam.

4. Sahbani bin Saimin (1991). Komitmen peserta terhadap projek pasar tani di negeri Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan. FPP L 1991 1. 1-25.

MASALAH KAJIAN Tujuan utama kajain ini ialah untuk menentukan faktor - faktor yang berkaitan dengan komitmen peserta terhadap projek pasar tani di negeri Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dilakukan untuk mengumpulkan data ciri latar belakang peserta ? 2) Adakah kajian ini dapat mengukur tahap komitmen peserta terhadap pasar tani ? 3) Adakah kajian ini dapat menentukan perkaiatan diantara faktor ciri peribadi peserta dengan komitmen ?

METHODOLOGI KAJIAN Sebanyak 131 peserta pasar tani telah dipilih sebagai responden kajian. Data yang telah dikumpulkan telah dianalisis dengan menggunakan "Statistical Package for Social Science" bagi mendapatkan taburan kekerapan, peratusan, kebolehpercayaan, korelasi, analisis varians dan regresi. Analisis regresi berganda juga kaedah stepwise' telah digunakan dalam kajian ini. KEPUTUSAN KAJIAN Kajian ini mendapati bahawa tahap komitmen peserta terhadap projek pasar tani secara umumnya adalah tinggi. Berdasarkan kepada analisis regresi yang melibatkan kesemua angkubah yang digunakan, didapati angkubah sikap terhadap kerajaan mempunyai kuasa penjelasan yang tinggi dalam menerangkan varians komitmen peserta. Diikuti pula dengan pandangan terhadap projek pasar tani, sikap peserta terhadap perniagaan, sikap peserta terhadap kejayaan, sikap terhadap pegawai dan jumlah jangkamasa mereka menjadi peserta pasar tani. Berdasarkan kepada keputusan kajian ini sebanyak lima saranan telah dikemukakan ke arah meningkatkan tahap komitmen peserta dan pembangunan pasar tani secara umumnya . Sebanyak lima bidang kajian lanjutan telah dicadangkan .

5. Dr. Bharudin Che Pa, Dr. Siti Arni Basir, Raja Hisyamudin Raja Sulong dan Mohd. Zaidi Abd. Rahman. Prinsip prinsip kualiti usahawan muslim. Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan. 1-17

MASALAH KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk memberi penekanan terhadap survival dan untung dalam perniagaan, tindak tanduk usahawan muslim yang berpandukan prinsip prinsip kualiti usahawan muslim. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini memberi penekanan terhadap prinsip prinsip kualiti yang perlu diamalkan oleh usahawan muslim ? 2) Adakah kajain ini dapat menerangkan maksud usahawan dan teori pembangunan usahawan ? 3) Adakah kajian ini dapat menerangkan tentang peranan usahawan yang lebih kritikal ? METHODOLOGI KAJIAN Kajian ini membincangkan prinsip kualiti yang perlu diamalkan oleh usahawan muslim. Prinsip-prinsip tersebut adalah beroperasi melalui kuasa pasaran, menghindari sikap tamak, berdikari,bekerjasama dan menubuhkan jaringan, dan jihad ekonomi. KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan usahawan muslim bukan hanya bermotifkan keuntungan dan kepuasan diri, tetapi lebih penting lagi mempunyai tanggungjawab kepada ummah. Usahawan muslim tidak boleh hanya mengejar kekayaan, tetapi mereka juga hendaklah memastikan kepentingan ummah terpelihara, tidak merosakkan alam sekitar, tidak tamak, menjauhi rasuah dan bersikap amanah.

6. Habsah Kasim, Md. Tahir Abd Hamid, dan Salina Abdullah (2010). Peranan dan cabaran usahawan wanita bumiputera di Melaka. 1-24.

MASALAH KAJIAN Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti peranan dan cabaran usahawan wanita bumiputera dimelaka dan untuk mengenal pasti prospek-prospek dan peluang-peluang yang ada bagi menggalakkan wsanita untuk mneceburi bidang keusahawanan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajain ini dapat mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh usahawan wanita bumiputera di negeri Melaka ? 2) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti prospek prospek dan peluang peluangbaru yang ada bagi menggalakkan wanita mencebui bidang keusahawanan ? 3) Adakah kajain ini dapat mengemukan cadanagn supaya usahawan wanita bumiputera menceburi bidang perniagaan ?

METHODOLOGI KAJIAN Penyelidikan ini melalui borang soal selidik dan temubual kepada usahawan wanita bumiputera yang berada di negeri Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah qualitatif. KEPUTUSAN KAJIAN Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kursus dan latihan yang mantap mengenai pelan pemasaran dan sistem perakaunan adalah amat penting bagi membantu usahawan wanita bumiputra. Antara cadangan yang dikemukakan ialah memperbanyakkan produk baru seperti produk halal biotech dan herba, meluaskan konsep perniagaan baru seperti agro-tourism dan health-tourism serta mewujudkan gabungan perniagaan atau konsortium bagi memantapkan lagi perniagaan masing-masing.

7. Zamzuraidah bt Ismail (2004).

Faktor faktor yang mendorong usahawan wanita

Kelantan menceburi bidang perniagaan di Pasar Siti Khadijah Kelantan. 1-24.

MASALAH KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong usahawan wanita menceburi bidang perniagaan di Pasar SitiKhadijah, Kota Bharu, Kelantan. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti cabaran-cabaran perniagaan yang terpaksa dihadapi oleh usahawan wanita di Kelantan ? 2) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti sama ada keluarga menjadi pendorong dalam bidang perniagaan ? 3) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti untuk berniaga? 4) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti kemahiran yang ada pada usahawan wanita dalam menguruskan perniagaan ? METHODOLOGI KAJIAN Seramai 30 orang peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar Siti Khadijah dipilih sebagai responden kajian. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan data telah diproses dengan menggunakan perisian komputer SPSS ver. 10. KEPPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa usahawan wanita menceburi bidang perniagaan adalah faktor yang mendorong kepada uasahawan wanita

disebabkan oleh dorongan keluarga di samping memiliki kemahirankemahiran yang boleh mendorong mereka menceburi bidang perniagaan. Dengan ini diharap lebih ramai lagi usahawan wanita akan menceburi bidang perniagaan dan dapat memberikan manafaat kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.

8. Wan Nor Dalilah binti Wan Hashim ( 2008). Faktor penghalang terhadap kesediaan menjadi usahawan. 1-24.

MASALAH KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor penghalang terhadap kesediaan menjadi usahawan. PERSOALAN KAJIAN 1) Apakah faktor penghalang dari aspek minat terhadap kesediaan menjadi usahawan ? 2) Apakah faktor penghalang dari aspek sikap terhadap kesediaan menjadi usahawan ? 3) Apakah faktor penghalang dari aspek pengetahuan terhadap kesediaan menjadi usahawan ? 4) Apakah faktor penghalang dari aspek kemahiran terhadap kesediaan mejadi usahawan ? 5) Apakah faktor dalaman yang menjadi penghalang terhadapp kesediaan menjadi usahawan ?

METHODOLOGI KAJIAN Satu set borang soal selidik yang terdiri daripada item-item meliputi keempat-empat aspek kajian diedarkan kepada 60 responden di Universiti teknologi Malaysia. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunkan Statistical Package for Social Science (SPSS). Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini ialah =0.92. KEPUTUSAN KAJIAN Dapatan kajian telah menunjukkan faktor pengetahuan merupakan faktor dominan yang menjadi penghalang, diikuti faktor sikap, minat dan kemahiran terhadap kesediaan pelajar untuk menjadi usahawan. Beberapa cadangan diberikan supaya pelajar lebih bersedia untuk menjadi usahawan di masa akan datang.

9. Ishak Yussof, Khairunnisa Mardzuki, Zaimah Darawi dan Mohd Shukri Hajinoor (2011). Faktor keusahawanan dan prestasi kejayaan usahawan melayu di Pulau Langkawi, Kedah. Prosiding perkeem VI, Jilid 2, 196--207

MASALAH KAJIAN Tujuan kajain ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor yang mendorong penglibatan kaum Melayu di Pulau Langkawi dalam bidang perniagaan dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan perniagaan masing-masing. PERSOALAN KAJIAN 1) Adakah kajian ini dapat mengenal pasti faktor yang mendorong penglibatan kauam melayu di Pulau Langkawi dalam bidang perniagaan ? 2) Adakah kajian ini dapat menganalisis faktor-faktor yang mem[engaruhi kejayaan perniagaan di Pulau Lnangkawi ? METHODOLOGI KAJIAN Analisis yang dibuat berdasarkan data yang diperolehi melalui soal selidik ke atas usahawan Melayu yang terlibat dalam aktiviti perniagaan di Langkawi. Hasil kajian menunjukkan faktor latarbelakang responden seperti jati diri, jujur, tidak mudah mengalah, yakin dan gigih berusaha merupakan faktor penting dalam mempengaruhi kecenderungan serta kejayaan usahawan Melayu dalam bidang perniagaan masingmasing. KEPUTUSAN KAJIAN Kajian ini merumuskan bahawa kejayaan sesuatu program untuk menggalakkan usahawan Melayu menceburi bidang perniagaan perlu disokong oleh usaha memperkasa latarbelakang dan jati diri mereka, di samping kemahiran mengurus perniagaan dan kepimpinan.

10. Norita Deraman, Nizamuddin Zainuddin dan Oemar Hamdan (2005). Kajian tentang ciriciri personaliti keusahawanan di kalangan usahawan bumiputera (melayu) Malaysia. Jurnal Manajemen dan Bisnes Sriwijaya vol. 3 No. 6. 1-15.

MASALAH KAJIAN Kajian ini dijalankan bagi tujuan melihat orientasi ciri keperluan pencapaian dan ciri lokus kawalan usahawan Bumiputra Malaysia. PERSOALAN KAJIAN 1) Apakah kajian ini meninjau Malaysia? 2) Apakah kajian ini dapat mengetahui orientasi usahawan-usahawan MARA di Negeri Perlis terhadap keperluan pencapaian dan ciri lokus kawalan? 3) Apakah kajian ini dapat mengetahui sama ada terdapat perbezaan di antara ciri keperluan pencapaian dan lokus kawalan bedasarkan faktor-faktor demografi ? METHODOLOGI KAJIAN Sampel kajian menggunakan kaedah persampelan rawak mudah, dan soal selidik berstruktur yang mengandungi dua bahagian Bahagian pertama melihat profil demografik dan sosio-ekonomi responden sementara bahagian kedua melihat ciri keperluan pencapaian yang diukur menggunakan 4 dimensi yang berbeza (etika kerja;mengejar kecermelangan; kemahiran; berpengaruh) yang mengandungi 16 item. Sementara ciri lokus kawalan pula diukur menggunakan 3 dimensi yang berbeza (sifat semulajadi dalaman; peluang semulajadi; menguasai yang lain) yang mengandungi 12 item. Skala Likert 5 titik digunakan bagi melihat tahap persetujuan responden terhadap 28 item tersebut bermula dari 1 sebagai sangat tidak setuju kepada 5 sebagai sangat setuju. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada 41 lelaki dan 29 wanita telah terlibat dalam kajian ini. KEPUTUSAN KAJIAN Hasil kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai ciri keperluan pencapaian yang tinggi (skor melebihi 3) dengan dimensi mengejar kecermelangan mempunyai min yang paling tinggi (4.15) diikuti etika kerja (4.07), berpengaruh (3.50) dan dimensi kemahiran yang paling rendah (3.24). Mereka juga profil demografi usahawan-usahawan MARA Negeri Perlis

didapati mempunyai ciri lokus kawalan dalaman yang tinggi. Hasil kajian juga mendapati min purata bagi usahawan lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita dalam kedua-dua ciri yang dikaji. Walau bagaimanapun ujian T tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan wujud. Begitu juga ujian T yang dijalankan ke atas setiap dimensi ciri keperluan pencapaian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesemua dimensi yang terlibat kecuali dimensi berpengaruh yang menunjukkan nilai p = 0.025. Ini boleh dijelaskan dari segi pengaruh agama dan budaya yang telah lama wujud sejak dahulu lagi yang melihat lelaki adalah lebih berpengaruh, mendominasikan keadaan dan ingin menjadi ketua, terutamanya dalam masyarakat Melayu. Keputusan yang sama juga diperolehi bagi ujian T terhadap ketiga-tiga dimensi ciri lokus kawalan yang tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan. Keputusan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ciri keperluan pencapaian dan lokus kawalan berdasarkan faktor umur, tahap pendidikan dan jangkamasa memiliki perniagaan.

Vous aimerez peut-être aussi