Vous êtes sur la page 1sur 1

Tarikh: 8/25/2001 Aurat wanita di zaman kini 1) Apakah dikira menutup aurat wanita itu dengan memakai baju

lengan suku, yakni masih terdeapat/ternampak separuh lagi lengan bawahnya ke pergelangan tangan? 2) Apakah dikira menutup aurat itu degan tidak menutupi pergelangan kaki, dengan kata mudah tidak memakai stokin? Apa pandangan Tuan dengan masyarakat islam malaysia yang masih tidak menutupi pergelangan kaki? 3) Sekiranya dipakai stokin yang lembut, nipis berserta warnanya yang cerah seperti kulit, adakah ianya dikira telah menutup auart? 4) Apakah maksud telapak/tapak tangan dalam konteks aurat? Adakah ada perbezaan diantara tapak tangan dan belakang tapak tangan, ataupun ianya membawa maksud pergelangan tangan. Jawapan: 1. Menutup aurat bagi perempuan bererti menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian tersebut pula tidak menjolok mata atau menampakkan susuk tubuh perempuan tersebut. Memakai baju yang tidak menutup lengan masih belum sempurna untuk dikatakan menutup aurat. 2. Memakai stokin adalah lebih baik dan lebih menyempurnakan penutupan aurat tersebut. Pergelangan kaki mestilah ditutup untuk menutup aurat dengan sempurna. 3. Hadith menyebut bahawa akan datang umatku di akhir zaman mereka yang berpakaian tetapi telanjang. Maksudnya ialah pakaian tersebut jarang, ketat, "lutsinar" dan seumpamanya. Samalah juga halnya dalam kes stokin ini. Stokin yang dipakai perlulah benar-benar menutupi bahagian kaki tersebut. 4. Tapak tangan dan belakangnya tidak termasuk di dalam aurat. Kedua-dua termasuk di dalam pengertian pergelangan tangan

Vous aimerez peut-être aussi