Vous êtes sur la page 1sur 49

ISI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 PERKARA PENGHARGAAN PENDAHULUAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN SOALAN PENTAKSIRAN BM TAHUN 5 SKEMA PEMARKAHAN ANALISA DAPATAN KAJIAN REFLEKSI KESELURUHAN RUJUKAN LAMPIRAN MUKA SURAT 2 3-6 7-8 9-20 21-23 24-41 42-45 46 47-49

PENGHARGAAN
1

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya berjaya melaksanakan kerja kursus pendek bagi Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103). Kerja kursus ini bertepatan dengan kursus minor Bahasa Melayu yang wajib dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jan 20120 Semester 6 bagi memenuhi sukatan pembelajaran. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kami iaitu Puan Ummi Hani bt Mohamed Zaid yang membantu dalam memastikan pelaksanaan kerja kursus pendek ini. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menghasilkan kerja kursus ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para responden saya iaitu guru pembimbing saya, Puan Rosemariah yang banyak membantu sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini yang dijalankan di kelas 5 Aloevera. Selain itu, semua guru Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2) kerana sudi memberi kerjasama dalam menyemak kertas soalan yang dibuat. Malahan sekalung penghargaan turut diberi kerana sudi berkongsi pendapat dan idea dalam pentaksiran Bahasa Melayu ini. Seterusnya kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membolehkan saya untuk menjalankan projek kajian dengan jayanya. Turut dihargai ialah rakan-rakan yang banyak memberi idea dan tunjuk ajar dalam melaksanakan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih

1.0

PENDAHULUAN Penilaian dan pengujian amat penting dalam bidang pendidikan kerana

maklumat yang terhasil daripada langkah mengadakan penilaian dan pengujian dapat memberi maklum balas tentang setakat manakah sesuatu proses pengajaran
2

yang telah dijalankan itu telah meninggalkan kesan dan setakat manakah pula pencapaian pembelajaran telah ditunjukkan oleh murid. Kesemua maklumat yang dikumpul amat penting untuk dijadikan dasar dalam membuat keputusan-keputusan tertentu yang perlu diambil oleh guru sebagai ikhtiarnya untuk mempertinggikan kesan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Abu Bakar Nordin, 1986). Kepentingan ini amat dirasakan bagi pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah negara ini kerana pelajaran ini bukan sahaja wajib dipelajari sebagai satu mata pelajaran tetapi juga wajib dikuasai dengan sebaik-baiknya bagi tujuan mengikuti mata pelajaran lain yang telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dalam konteks pendidikan, perkara yang hendak dinilai dan diuji ialah perubahan perlakuan dalam sesuatu jangka masa yang tertentu dan berasaskan kepada sesuatu kriteria atau rujukan tertentu (Rujuk rajah 1). Sebagai contoh, dalam pengajaran bahasa, perubahan perlakuan dikatakan berlaku sekiranya selepas beberapa bulan pengajaran dijalankan, murid-murid yang sebelumnya tidak mengenal huruf telah boleh mengenal pasti huruf-huruf dan membunyikan huruf tanpa bantuan guru. Perubahan perlakuan ini merupakan perkara yang ingin diuji dan guru akan mengumpul maklumat yang diperlukan mengikut kriteria atau rujukan yang telah dibuat. Kepentingan penilaian dan pentaksiran dapat dilihat daripada pernyataan Milagros Ibe (1981) yang menegaskan bahawa Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan

penilaian dan pengujian itu mestilah mempunyai sifat kesahan

penilaian dan pengujian itu mestilah mempunyai sifat kebolehpercayaan

jenis dan bentuk penilaian dan pengujian yang dipilih dan digunakan mestilah sesuai dengan objektif ujian

hasil penilaian dan pengujian itu mestilah dapat digunakan untuk tujuantujuan yang telah ditetapkan

penilaian dan pengujian yang dijalankan itu mestilah dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran

Rajah 1 : Prinsip-prinsip asas dalam pengujian dan penilaian

1.1

PROSES-PROSES YANG TERLIBAT

Untuk menjalankan pentaksiran bagi murid-murid tahun 5 Aloevera, saya perlu merujuk kepada Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR terlebih dahulu. Hal ini kerana sukatan pelajaran mestilah dijadikan sumber penting dalam merancang dan membuat keputusan dalam hal-hal yang merancang dan membuat keputusan dalam hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan pengujian di sekolah (Raminah Haji Sabran, 1991). Segala pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh murid ditentukan oleh sukatan pelajaran manakala penilaian dan pengujian pula mengukur tahap pengalaman pembelajaran yang telah dilalui oleh murid-murid tadi (Rujuk rajah 2).

PENILAIAN

Matlamat dan kandungan sukatan pelajaran PENGAJARAN PEMBELAJARAN

4 dan proses pengajaran dan pembelajaran Rajah 2 : Kaitan sukatan pelajaran

Oleh itu, saya telah berbincang dengan guru kelas bahasa Melayu 5 Aloevera mengenai tahap pencapaian mereka dalam mata pelajaran ini. Menurut beliau, murid-murid baru sahaja menjalani ujian bulanan kedua pada tahun ini dan pencapaian mereka agak baik daripada ujian bulanan pertama. Ini menunjukkan peningkatan yang baik tambahan lagi mereka akan menduduki Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun depan. Setelah mengumpul maklumat pencapaian murid, saya telah menyediakan jadual spesifikasi ujian (JSU). Hal ini kerana jadual spesifikasi ujian perlu disediakan terlebih dahulu sebelum instrumen penilaian dan pengujian digubal. Dua unsur penting yang membentuk JSU ialah unsur kandungan dan kemahiran. Kedua-dua unsur ini digabungkan untuk menentukan kemahiran kognitif yang mana berkaitan dengan unit kandungan yang mana. Tujuannya ialah supaya dapat disediakan satu rangka pengubalan butiran yang menyeluruh dan akan memudahkan tugas-tugas pembinaan soalan. Selain itu, JSU yang komprehensif mengandungi maklumat tentang bentuk soalan, kandungan tajuk, aras kesukaran dan aras kemahiran yang diuji. JSU yang menepati kesemua ciri akan dapat menghasilkan sebuah instrumen penilaian yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Malahan, pemberatan soalan bagi tiap-tiap kandungan, jenis-jenis soalan dan jumlah soalan setiap aras perlu dititikberatkan juga (Rujuk rajah 3). Setelah itu, barulah soalan dibina mengikut JSU yang dirancang. Saya merancang untuk membina 20 soalan objektif dan 10 soalan subjektif mengikut keperluan soalan. Di dalam soalan objektif, murid akan diuji mengenai tahap penguasaan bahasa terutamanya dari segi pengetahuan tatabahasa,

perbendaharaan kata dan kefahaman. Antara peraturan membina soalan yang digunapakai oleh saya ialah menbina soalan menggunakan bahasa yang mudah dan jelas dan setiap pengganggu mampu menunjukkan sifat boleh menjadi jawapan tapi sebenarnya bukan jawapan dan berupaya menarik murid-murid yang kurang pengetahuan dalam kemahiran bahasa tersebut. Bagi soalan subjektif pula, bentuk atau gerak balas murid terhadap soalannya berbeza dengan soalan objektif. Kalau soalan objektif menyediakan pilihan jawapan dan pelajar hanya perlu memilih jawapan yang betul, dalam ujian yang berbentuk
5

subjektif pula, murid-murid bebas memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang diberi. Secara umumnya, ujian subjektif dapat menilai kebolehan murid

mengorganisasikan buah fikiran, pendapat atau fakta dan menyampaikannya dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Mengikut Gronlound (1982), ujian subjektif kurang sesuai untuk menguji aras kemahiran kognitif pada peringkat pengetahuan kerana ianya tidak dapat menguji bidang kandungan yang meluas. Namun demikian, ianya sesuai menguji kemahiran kognitif yang lebih tinggi iaitu peringkat kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Kemudian, ujian tersebut ditadbir pada 14 September 2012 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2). Kelas yang menjadi pilihan saya ialah kelas 5 Aloevera. Kelas tersebut merupakan kelas ketiga daripada enam kelas tahun 5 yang ada. Seramai 32 orang murid mengambil bahagian dalam pentadbiran ujian ini yang berlangsung selama satu jam 15 minit. Kesemua murid berjaya menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan. Hasil ujian disemak dan dianalisis setelah selesai ujian dijalankan. Hasil dapatan dan analisa ujian boleh dirujuk dalam bahagian seterusnya.

2.0 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU SK (PEMAHAMAN) TAHUN 5 SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2)

BIL

MAKLUMAT SOALAN (JADUAL SPESIFIKASI ITEM)

ARAS SOALAN

PENGETAHUAN

PEMAHAMAN

SOALAN TATABAHASA

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Kata arah Simpulan bahasa Kata kerja terbitan Kata sifat Penjodoh bilangan Kata sendi nama Kata ganti nama Peribahasa Peribahasa Kata seru Penanda wacana Memilih jawapan yang betul Memilih ayat yang betul Seerti Kata kerja terbitan Kata penguat Kata banyak makna Ayat sama maksud Ayat sama maksud Ayat tanya Soalan struktur / item 21 Soalan struktur / item 22 Soalan struktur / item 23 Soalan struktur / item 24 Soalan struktur / item 25 Soalan struktur / item 26 Soalan struktur / item 27 Soalan struktur / item 28 Soalan struktur / item 29 Soalan struktur / item 30 JUMLAH KESELURUHAN 6

8 3 7 5 1

Rajah 3 : Jadual spesifikasi ujian (JSU) yang dirancang

PENILAIAN

ANALISIS

APLIKASI

SINTESIS

3.0 SOALAN PENTAKSIRAN BM

Bahasa Melayu SK 2012 1 jam 15 minit

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM 3103)


SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8 (2) BAHASA MELAYU TAHUN 5 KERTAS 1 Satu Jam Lima Belas Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A sebanyak 20 soalan dan Bahagian B sebanyak 10 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap- tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Bulatkan jawapan kamu pada kertas soalan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian bulatkan jawapan yang baharu. NAMA _________________________________________________________________ 5. : Bagi bahagian B, jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. KELAS : _________________________________________________________________

Soalan 1 hingga soalan 20

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

(Lihat sebelah)

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
10

hfghcrh

1.

Ibu meletakkan permaidani itu di _____________ almari. A B C D hujung sudut bucu tepi

2.

Penduduk kampung berasa marah kerana Ketua Kampung yang baru dilantik itu bersikap ____________ .

A B C D

baik hati gila kuasa aman damai ringan tulang

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

11

3.

Pak Musli telah menyertai pertandingan ___________ sotong anjuran Jabatan Perikanan Negeri Terengganu pada minggu lepas.

A B C D 4.

menjala menyauk memancing mencandat

Air mata ibu _______ membasahi pipinya kerana terlalu sedih dengan sikap anaknya yang nakal itu. A B C D berjela-jela berjalur-jalur berjurai-jurai bertimpa-timpa

5.

Ayah menghadiahi ibu ____________ anting-anting dan _________________ rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka. A B C D sepasang ... seutas sebentuk ... seikat seutas ... sepasang sebutir ... sebuah

6.

Ayam goreng itu sangat istimewa kerana bahannya terdiri ____________ rempah-ratus yang terpilih.
12

A B C D 7.

dari pada antara daripada

__________________ bersetuju dengan cadangan _____ ____ untuk berburu di hutan tersebut, sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Melaka. A B C D Hamba ... patik Patik ... tuanku Saya ... baginda Beta ... tuan hamba

Soalan 8 dan Soalan 9 Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk pernyataan dan tempat kosong di bawah ini 8. Mamat berbaik semula dengan abangnya setelah berselisih faham seperti kata peribahasa ___________________ . A B C D 9. air dicincang tidak akan putus biar putih tulang, jangan putih mata bagaimana acuan, begitulah kuihnya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Keinsafannya ibarat ____________________ . A B C D hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain jika tidak dipecahkan ruyung, manakah dapat sagunya

10.

____________, bila agaknya tarikh pengumuman keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini!
13

A B C D

Eh Wah Wahai Aduhai

11.

Puan Aina menjalankan kedai runcit. ________ beliau juga menjadi ejen insurans secara sambilan. A B C D Begitu juga Kalau begitu Di samping itu Tambahan pula

12.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Mengapakah makanan yang berkhasiat itu penting? A B C D Berat badan kita akan bertambah. Makanan seimbang asas kesejahteraan hidup. Kita perlu menjaga kesihatan diri kita setiap masa. Amalan pemakanan seimbang dan beriadah dijadikan budaya hidup.

Soalan 13 Pilih ayat yang betul. 13. I II II IV A B C D Bahasa resmi negara kita ialah Bahasa Malaysia. Makanan pedas menjadi kegemaran bapa saya. Kita harus meninggalkan tabiat malas. Mawi mendapat keputusan peperiksaan yang paling terbaik. I dan IV II dan III I, II dan IV II, III dan IV

14.

Jehan belajar bersungguh-sungguh kerana desakan ingin mengubah nasib keluarganya yang miskin.
14

Pilih perkataan seerti bagi desakan. A B C D harapan paksaan dorongan sukarela

15.

Sampah sarap yang bertaburan dan lalat yang ____________ tong sampah tersebut ________________ mata. A B C D menghurungi ... menyakitkan mengelilingi ... menyenangkan mengerumuni ... menyusahkan menyelubungi ... menyemakkan

16. Buah-buahan tempatan enak _____ rasanya jika dibandingkan dengan buah-buahan dari luar negara. A B C D terlalu amat sekali agak

17. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I II III IV Dia memang pakar dalam bidang Matematik. Kasih Mimi terhadap adiknya sungguh dalam. Encik Omar memandang anaknya dengan renungan yang dalam. Perjalanan dari sekolah ke rumahnya memakan masa yang sangat dalam. I dan II I dan III II dan IV III dan IV

A B C D

Soalan 18 dan Soalan 19 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
15

18.

Bimbingan dan tunjuk ajar cikgu banyak membantu saya berjaya dalam pertandingan mengarang, kata Aisyah kepada Sufiah. A B C D Aisyah meminta Cikgu Sufiah membantunya dalam mengarang. Aisyah meminta penjelasan Sufiah bagaimana dia boleh berjaya. Aisyah menerangkan kepada Sufiah cara-cara mengarang dengan baik. Aisyah memberitahu rahsia kejayaannya dalam pertandingan mengarang.

19.

Sempena Hari Bapa, Afifah menghadiahkan sehelai kemeja batik untuk ayahnya. A B C D Sehelai baju batik diberi Afifah untuk bapanya. Ayahnya dihadiahkan sehelai baju batik oleh Afifah. Pada Hari Bapa, Afifah membeli baju batik untuk bapanya. Afifah menghadiahi ayahnya sehelai kemeja batik sempena Hari Bapa.

20.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Pertandingan lukisan itu terbuka kepada semua murid Tahap Dua sahaja dan tarikh tutup penyertaan pada 20 Oktober 2012. A B C D Apakah syarat yang diperlukan untuk menyertai pertandingan lukisan? Adakah pertandingan lukisan itu terbuka kepada murid Tahap Dua sahaja? Bilakah pertandingan lukisan itu akan diadakan kepada semua murid Tahap Dua? Mengapakah karya pertandingan lukisan perlu dihantar segera dan terbuka untuk murid Tahap Dua sahaja?

Soalan 21 hingga Soalan 25 Baca cerita di bawah ini dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
16

Kak Zana baru saja selesai mengemas rumah. Tadi dia menyapu lantai dan menyusun buku-buku yang berselerak. Kemudian, dia mencuci pinggan mangkuk yang kotor di dapur. Setelah semua tugasnya selesai, Kak Zana berehat di ruang tamu. Dia mengambil senaskhah surat khabar lama. Dibacanya tajuk demi tajuk. Kemudian, dia cuba membaca ayatayatnya pula. Walaupun dia tidak begitu memahami isi berita yang terdapat di dalam surat khabar itu, namun Kak Zana terus tekun membacanya. Mulutnya kelihatan terkumat-kamit. Apa yang Kak Zana buat? Khusyuk benar nampaknya, tanya Yanti kepadaku dengan suara berbisik. Ketika itu kami berdua sedang mengintip perlakuan Kak Zana dari sebalik dinding. Kak Zana tengah membaca suratkhabar, jawabku. Itu surat khabar bahasa Inggeris! Sejak bila Kak Zana pandai membaca surat khabar berbahasa Inggeris? tanya Yanti lagi dengan kening berkerut. Sepupuku itu nampaknya hairan benar melihat hobi baharu Kak Zana. Apa tidaknya, Kak Zana hanya belajar sampai tahun enam saja. Itu pun lima tahun dahulu. Keluarganya tidak mampu untuk menyekolahkan Kak Zana kerana kemiskinan. Sekarang, Kak Zana telah diambil oleh ibuku untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Walaupun Kak Zana tidak berpelajaran tinggi tetapi dia rajin menimba ilmu. Malah, Kak Zana sudah dapat memahami ayat yang mudah-mudah dalam bahasa Inggeris. Kata orang, hati hendak semua jadi, balasku pula Sikap Kak Zana itu harus kita jadikan contoh. Barulah kita akan mendapat kejayaan, tambahku lagi. Yanti tersenyum memandangku. Aku mengangguk tanda setuju. Kami segera kembali ke bilik. Kami tidak mahu menganggu Kak Zana.

21.

Siapakah Kak Zana dalam cerita ini?

____________________________________________________
22. Nyata dan susunkan mengikut urutan tugas-tugas yang telah dilakukan oleh Kak Zana.

____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________


23. Jelaskan sebab Kak Zana tidak meneruskan persekolahannya.

17

____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________


24. Mengapakah aku menganggap Kak Zana sebagai seorang yang rajin menimba ilmu?Huraikan.

____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________


25. Pada pendapat anda, adakah ilmu penting kepada kita?Jelaskan sebabnya.

____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________

Soalan 25 hingga soalan 30


18

Baca petikan di bawah ini dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Arus Kuro Siwo kadangkala menyebabkan bot dan perahu di situ teroleng-oleng. Dr.Hafiz yang berteleku di meja terus membuang pandangannya ke perut lautan. Baginya, lautan pasifik ini terlalu aneh. Dunia di sini penuh dengan rahsia dan misteri.

Sesekali, Dr. Hafiz melihat taman karangan laut yang begitu indah di situ. Pilu hatinya apabila anugerah Tuhan itu tidak diendahkan. Kemajuan yang amat pesat membangun, kini tidak lagi bersimpati kepada alam. Dr. Hafiz berazam untuk menyelamatkannya.

Sudah lima bulan beliau berada di perut lautan. Dari awal bulan Julai, Dr. Hafiz menguji ciptaannya yang terkini dengan mengelilingi dunia membelah lautan. Bermula di pelabuhan negara terus ke Lautan Hindi, beliau mengkaji spesies Nusantara yang masih tinggal. Misi yang dibiayai oleh National Geographic Society dan Kerajaan Malaysia ini akan membuka mata dunia suatu hari nanti.

Lima bulan bungkam dan suram. Semuanya atas sifat cinta akan alam. Demi anugerah Tuhan, Dr. Hafiz berjanji akan menjaganya.

Beliau memperhati persekitaran platform. Segala benda ditelitinya. Beliau tertarik akan gambar rajah yang tersusun abjad besar 2020 VESSEL BOT. Rajah itu ditenungnya. Ini gambar kapal selam yang termaju abad ini!

Platform tempat beliau berada sekarang merupakan menara yang tertinggi. Kabin Kawalan Induk terletak di fasa kedua iaitu di lokasi yang sama dengan pusat kawalan kapal. Kabin anak kapal pula berada di hadapannya. Di hadapan sekali ialah Kabin Sonar Komunikasi. Pintu utama terletak di belakang kabin. Di fasa tiga pula terdapat Kabin Geo iaitu pusat geografi kapal selam itu. Aktiviti oseanografi berpusat di sini.
(Dipetik dan diubah suai daripada cereka 2020 Vessel Bot teks DBP sek rendah 2008)

26.

Sudah berapakah lamakah Dr. Hafiz berada di lautan?


19

____________________________________________________
27. Di manakah tempat Dr. Hafiz sedang membuat kajian?

____________________________________________________
28. Jelas maksud frasa membuka mata dunia.

____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________


29. Di manakah tempat utama yang mangawal alat ciptaan Dr. Hafiz?

____________________________________________________ ____________________________________________________
30. Mengikut kefahaman anda, bagaimana Dr. Hafiz menguji keupayaan alat ciptaannya?

____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________

KERTAS SOALAN TAMAT

20

4.0 SKEMA PEMARKAHAN

21

Perkara pertama yang saya lakukan setelah ujian tersebut ditadbir ialah menyemak dan menentukan gred yang diperolehi oleh setiap pelajar. Semakan jawapan dibuat mengikut skema jawapan yang telah dibuat awal semasa pembinaan soalan. Skema jawapan ini membantu saya sebagai rujukan semasa menyemak kertas soalan. Hal ini kerana jawapan yang dibuat mestilah tepat dan betul serta standard kepada semua kertas soalan. Ianya boleh mengelakkan daripada guru tersalah tanda yang akan mengakibatkan markah murid berubah sama ada menaik atau menurun. 4.1 SKEMA JAWAPAN 4.1.1 SOALAN OBJEKTIF
NO SOALAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 JAWAPAN D B D C A D B A B D NO SOALAN 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 JAWAPAN C B B B A C B D D A

4.1.2 SOALAN SUBJEKTIF


NO SOALAN 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 JAWAPAN Pembantu rumah Menyapu lantai, menyusun buku-buku yang berselerak dan mencuci pinggan mangkuk yang kotor di dapur Keluarganya tidak mampu menyekolahkan Kak Zana kerana kemiskinan Walaupun Kak Zana tidak berpelajaran tinggi tetapi dia rajin menimba ilmu. Malahan Kak Zana sudah boleh memahami ayat-ayat mudah dalam bahasa Inggeris Menjamin masa hadapan kita (mana-mana jawapan yang sesuai) Lima bulan Di perut lautan Memberi kesedaran tentang sesuatu kepada orang lain Kabin Geo Mengkaji spesies Nusantara yang masih tinggal

22

Penentuan gred juga penting kerana ianya menunjukkan hasil pencapaian murid dalam sesuatu penilaian. Selain itu, melalui gred juga guru boleh mengesan murid yang memerlukan perhatian dan bimbingan selanjutnya. Hal ini kerana penilaian dibuat untuk menilai perubahan perlakuan murid-murid setelah mendapat pengalaman pembelajaran dan pengajaran. Sebagai contoh, jikalau murid tersebut menurun secara mendadak tahap pencapaiannya, guru perlulah mengambil tindakan segera untuk memberi bimbingan yang sepatutnya. Tindakan yang segera akan dapat membantu murid untuk memperbaiki pencapaian dan seterusnya memperolehi keputusan yang baik. 4.2 GRED PENCAPAIAN

GRED A B C D E

MARKAH 80-100 60-79 40-59 20-39 01-19

STATUS CEMERLANG KEPUJIAN BAIK LULUS GAGAL

23

5.0 ANALISA DAPATAN KAJIAN

24

5.1 ANALISA KESELURUHAN

Setelah membuat semakan semua kertas soalan, saya telah membuat analisa secara menyeluruh mengenai pencapaian murid-murid 5 Aloevera dalam Ujian Pentaksiran Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, murid-murid berjaya menjawab semua soalan tanpa meninggalkan tempat kosong walaupun jawapan tersebut salah atau betul.
25

5.1.1 JUMLAH MARKAH MURID-MURID

MARKAH 28 27 26 25 24 23 18

PERATUS 93% 90% 87& 83% 80% 77% 60%

BILANGAN PELAJAR 1 6 7 3 5 7 3

5.1.2 JUMLAH MARKAH (PERATUS)

MARKAH BM 5 ALOEVERA (PERATUS)


77% 80% 83% 93% 90% 87%

1 orang 6 orang 7 orang 3 orang 5 orang 7 orang

5.1.3 GRED KESELURUHAN

MARKAH

PERATUS

BILANGAN PELAJAR

GRED

26

28 27 26 25 24 23 18

93% 90% 87& 83% 80% 77% 60%

1 6 7 3 5 7 3

A A A A A B B

GRED KESELURUHAN
25 20 15 10 5 0 A B C D E

27

5.2 ANALISA SOALAN OBJEKTIF

SOALAN OBJEKTIF
SOALAN 1

28

20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 A B C D

Rajah 1 Graf di atas menunjukkan hasil analisa jawapan bagi saoalan nombor 1. Jawapan sebenar bagi saoalan tersebut ialah D iaitu tepi. Seramai 18 orang murid menjawab dengan betul dan selebihnya 14 orang salah memilih jawapan. Walaupun soalan ini berada di tahap mudah, namun murid keliru melihat gambar permaidani tersebut sama ada terletak di tepi almari atau sudut almari. Buktinya, seramai 11 orang murid menjawab B iaitu sudut. SOALAN 2
35 30 25 20 15 10 5 0 A B C D

Rajah 2 Soalan ini merupakan ujian bagi menguji tahap pemahaman murid-murid terhadap makna setiap peribahasa yang terdapat pada pilihan jawapan. Semua simpulan bahasa melambangkan makna yang positif kecuali pada jawapan B iaitu gila kuasa. Jadi jawapan B sangat sesuai dengan frasa Penduduk kampung berasa marah..... Oleh itu, semua murid dapat menjawab dengan tepat.
29

SOALAN 3
14 12 10 8 6 4 2 0 A B C D

Rajah 3 Di dalam tatabahasa Bahasa Melayu, terdapat perkataan yang khusus untuk sesuatu perlakuan. Sebagai contoh perkataan mencandat bermaksud menangkap sotong dengan candat di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Manakala memancing menangkap ikan dan lain-lain dengan pancing. Kedua-dua perkataan berbeza maksud dan penggunaannya. Namun begitu, mungkin perkataan mencandat asing didengari oleh murid-murid. Oleh itu, mereka memilih jawapan C (memancing). Buktinya dapat dilihat melalui rajah di atas, jawapan C menduduki tempat kedua jawapan yang dipilih oleh murid.murid. Hakikatnya, jawapan yang sesuai mengikut soalan ialah D (mencandat) kerana perkataan selepasnya ialah sotong.

SOALAN 4

30

25 20 A 15 10 5 0 B C D

Rajah 4 Seramai 20 orang daripada 32 orang menjawab dengan betul iaitu C (berjurai-jurai). Berjurai-jurai bermaksud berjuraian jatuh bertitik-titik. Ianya sesuai dikaitkan dengan air mata yang sudah tentu menitik jatuh semasa seseorang itu menangis. Pilihan jawapan lain tidak bersesuaian dengan perkataan air mata. Sebagai contoh berjalur-jalur bermaksud sesuatu yang bergaris-garis sama lebarnya seperti badan kuda belang yang berjalur-jalur hitam dan putih. SOALAN 5
30 25 20 15 10 5 0 A B C D

Rajah 5 Hanya 6 orang murid tidak dapat menjawab dengan betul. Selebihnya jawapan mereka betul iaitu A (sepasang ... seutas). Pilihan jawapan lain tidak

bersesuaian seperti sebentuk, seutas dan sebutir bagi anting-anting. Manakala, rantai emas tidak sesuai dengan seikat, sepasang dan sebuah. Oleh itu, jawapan yang paling tepat ialah sepasang anting-anting dan seutas rantai emas.
31

SOALAN 6
30 25 20 15 10 5 0 A B C D

Rajah 6 Soalan ini menguji tahap kefahaman murid mengenai penggunaan kata sendi nama. Jika dilihat melalui pilihan jawapan murid-murid, majoriti murid memilih jawapan D (daripada). Hal ini jelas menunjukkan murid-murid sudah memahami konsep penggunaan kata sendi nama daripada (D) dan dari (A) . Salah satu penggunaan daripada digunakan untuk menerangkan atau menyatakan sumber

atau asal sesuatu kejadian (Prof. Abdullah Hassan, 2003). Oleh itu, jawapan D (daripada) sesuai untuk menerangkan tentang ayam goreng yang diperbuat daripada rempah-ratus.

SOALAN 7

32

25 20 A 15 10 5 0 B C D

Rajah 7 Soalan ini menguji mengenai pengetahuan murid dalam tatabahasa kata ganti nama bahasa istana. 20 orang murid berjaya menjawab dengan betul iaitu B (Patik ... tuanku). Dialog yang diberi di dalam soalan melibatkan perbualan Laksamana Hang Tuah dengan Sultan Melaka. Oleh itu, gelaran yang sesuai untuk membahasakan diri apabila Laksamana Hang Tuah berdialog dengan Sultan Melaka ialah hamba dan gelaran untuk Sultan Melaka ialah tuanku. Oleh itu, jawapan B adalah yang paling tepat. Seramai 6 orang yang memilih jawapan D (Beta ... tuan hamba) berkemungkinan tidak membaca soalan sehingga habis sebelum menjawab kerana frasa sembah Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Melaka meru pakan kata kunci kepada jawapan soalan ini iaitu Laksamana Hang Tuah yang mengucapkan dialog tersebut kepada Sultan Melaka.

SOALAN 8 DAN SOALAN 9

33

25 20 15 10 5 0 SOALAN 8 SOALAN 9 A B C D

Rajah 8 Soalan 8 dan 9 menguji tahap pengetahuan murid tentang peribahasa. Kedua-dua soalan ini mempunyai kaitan antara satu sama lain. Oleh itu, murid perlulah membaca dengan teliti dan menjawab soalan dengan peribahasa yang paling tepat. Pilihan jawapan pada soalan 8 hanyalah penganggu yang ringan jika murid memahami setiap peribahasa yang diberi. Namun berbeza dengan soalan 9 yang mana pilihan jawapan A (hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih) dan B (sesat di hujung, balik ke pangkal jalan) dapat mengelirukan murid-murid. Hal ini kerana kedua-dua maksud dapat disesuaikan dengan soalan. Oleh disebabkan itu, ramai murid yang memilih A atau B sebagai jawapan. Walaubagaimanapun, jawapan yang paling sesuai dan tepat ialah B.

SOALAN 10
34

16 14 12 10 8 6 4 2 0 A B C D

Rajah 9 Jika dilihat pada graf di atas, jawapan A dan D merupakan pilihan jawapan yang paling ramai dipilih oleh murid. Namun hanya satu pilihan jawapan yang betul dan tepat. Jawapan yang paling tepat ialah D (aduhai). Mungkin soalan ini agak mengelirukan murid untuk menjawabnya. Pilihan jawapan A (eh) salah kerana pada penghujung ayat, tiada tanda ayat tanya (?). Oleh itu, jawapan A tidak relevan untuk dijadikan sebagai jawapan. Manakala pilihan jawapan B (wah) menunjukkan tanda kagum terhadap sesuatu. Begitu juga dengan C (wahai) yang perlu diikuti dengan kata nama selepas. Akhirnya hanya tinggal pilihan jawapan D (aduhai) yang paling tepat dan betul untuk dijadikan jawapan. SOALAN 11
25 20 A 15 10 5 0 B C D

Rajah 10

35

Penanda wacana selalunya digunakan di dalam penulisan karangan. Oleh itu, kadangkala soalan penanda wacana juga dimasukkan ke dalam soalan objektif bagi melihat tahap kefahaman murid terhadap penggunaan penanda wacana pada situasi yang berbeza. SOALAN 12 DAN SOALAN 13
25 20 15 10 5 0 SOALAN 12 SOALAN 13 A B C D

Rajah 11 Mengikut rajah di atas, saya mendapati murid tidak mempunyai masalah dalam soalan ini. Mereka dapat memahami dan menjawab dengan betul. Hanya sebilangan murid sahaja yang mungkin keliru dengan jawapan B (makanan seimbang asas kesejahteraan hidup) dan C (kita perlu mengaja kesihatan diri kita setiap masa). Hal ini kerana kedua-dua jawapan boleh dikatakan sesuai bagi ayat tanya yang berada dalam soalan. Tetapi jawapan yang paling tepat dan sesuai ialah B (makanan seimbang asas kesejahteraan hidup). Semasa murid menjawab soalan 13, murid mengalami masalah dan keliru sama ada terdapat kesalahan ejaan di dalam soalan. Hal ini terbukti pada pilihan jawapan A (bahasa resmi negara kita ialah Bahasa Malaysia). Mereka keliru sama ada perkataan resmi tersebut benar-benar begitu ataupun terdapat kesalahan ejaan. Saya terpaksa menerangkan bahawa perkataan tersebut sengaja dieja begitu. Setelah mendapat penerangan saya barulah murid dapat memilih jawapan yang betul iaitu B.

36

SOALAN 14 DAN SOALAN 15


20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 SOALAN 14 SOALAN 15 A B C D

Rajah 12 Menurut rajah diatas, jelas menunjukkan murid mengalami masalah dalam perkataan seerti. Hal ini kerana perbezaan murid yang menjawab A (harapan) dan B (paksaan) tidak jauh iaitu 14 orang menjawab A dan 13 orang menjawab B. Sedangkan perkataan seerti bagi desakan ialah paksaan. Oleh itu, jawapan yang betul dan tepat ialah B. Mungkin murid masih lagi tidak menguasai tatabahasa seerti dan berlawanan bahasa Melayu. Bagi soalan 15 pula, saya dapat simpulkan bahawa murid tidak mengalami masalah ketika menjawab soalan. SOALAN 16 DAN SOALAN 17
30 25 20 15 10 5 0 SOALAN 16 SOALAN 17 A B C D

Rajah 13
37

Bagi soalan 16, murid tidak mempunyai masalah dalam memilih jawapan. Ini jelas dapat dilihat melalui graf yang ditunjukkan pada rajah 13. Hanya 5 orang yang menjawab salah dan separuh daripada kelas tersebut iaitu 27 orang menjawab dengan betul. Soalan 17 pula menguji pengetahuan murid mengenai penggunaan perkataan dalam dalam pelbagai situasi. Namun, murid masih tidak dapat memilih ayat yang menggunakan perkataan dalam dengan betul. Hal ini kerana penggunaan perkataan dalam dalam situasi yang berbeza masih lagi asing kepada murid-murid. SOALAN 18, 19 DAN 20
20 18 16 14 12 10 8 6 4 2 0 SOALAN 18 SOALAN 19 SOALAN 20 A B C D

Rajah 14 Graf di atas menunjukkan hasil analisa jawapan murid-murid bagi soalan 18, 19 dan 20. Secara keseluruhannya murid berjaya menjawab soalan tersebut dengan baik. Namun terdapat beberapa orang murid yang masih memerlukan bimbingan dalam memilih ayat yang sama seperti penyataaan di atas. Masalah ini dapat dilihat melalui soalan 18 dan soalan 19. Manakala bagi soalan 20, mungkin murid keliru kerana pilihan jawapan yang diberi menjadi penganggu yang kuat.

38

5.3 ANALISA SOALAN SUBJEKTIF

39

Secara keseluruhannya murid tidak mengalami masalah dalam menjawab soalan subjektif. Bagi soalan pemahaman satu, kelihatan murid tidak mengalami apa-apa masalah semasa menjawab. Kenyataan ini jelas boleh dilihat melalui analisa hasil dapatan yang telah diterjemahkan ke dalam bentuk graf (rujuk rajah 15). Namun begitu, terdapat beberapa murid yang tidak dapat menjawab soalan struktur seperti soalan 21,22,23 dan 24. Sebagai contoh, murid yang menjawab salah pada soalan 21 menulis jawapan kakak sepupu dan kakak Yanti. Kedua-dua jawapan tersebut kerana jawapan yang sebenar ialah pembantu rumah. Jawapan ini sudah tersurat di dalam teks pemahaman. Begitu juga dengan soalan 22, 23 dan 24. Semua jawapan boleh dicari secara tersurat di dalam teks. Cuma murid perlu memahami setiap perkataan dan ayat pada keseluruhan cerita agar murid dapat menjawab soalan dengan baik dan tepat. Soalan 25 merupakan soalan yang memerlukan murid berfikir secara kreatif dan kritis. Oleh itu, semua pendapat yang dirasakan sesuai dan relevan akan diterima sebagai jawapan.

35 30 25 20 15 10 5 0 SOALAN 21 SOALAN 22 SOALAN 23 SOALAN 24 SOALAN 25 BETUL SALAH

Rajah 15 Pencapaian murid kelihatan berbeza pada soalan kefahaman kedua. Mungkin kerana teks kefahaman yang dipilih agak sukar dan menyebabkan murid tidak dapat memberikan jawapan yang sesuai dan tepat. Malahan, teks yang bergenre sains fiksyen tersebut mengandungi beberapa perkataan dan ayat yang sukar untuk
40

difahami pada peringkat tahun lima. Saya terpaksa menerangkan keseluruhan teks kepada mereka semasa mereka sedang menjawab soalan ini. Walaupun begitu, pencapaian murid masih lagi tidak memberangsangkan. Buktinya boleh dilihat melalui graf di bawah.

35 30 25 20 15 10 5 0 SOALAN 26 SOALAN 27 SOALAN 28 SOALAN 29 SOALAN 30 BETUL SALAH

Rajah 15 Jelas kelihatan di atas murid mengalami masalah ketika menjawab soalan ini terutamanya pada soalan 30. Walaupun soalan tersebut agak mudah tetapi ada murid yang menjawab salah. Mungkin mereka tidak dapat memahami keseluruhan teks. Hal ini kerana soalan yang diberi agak jelas tetapi murid tidak dapat mengaitkan teks pemahaman dengan keperluan soalan.

41

6.0 REFLEKSI KESELURUHAN

Alhamdulillah dengan izinya, saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek bagi kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jayanya. Kursus ini wajib dilaksanakan oleh semua guru pelatih Semester 6 yang mengambil minor bahasa Melayu. Kami dikehendaki membuat jadual spesifikasi ujian (JSU)

42

mengikut sukatan pelajaran KBSR dan kemudiannya membina soalan berdasarkan JSU yang dirancang. Soalan tersebut akan ditadbir kepada murid-murid Tahun 5 di sekolah praktikum masing-masing. Hasil dapatan ujian akan dianalisis dan direkod di dalam kerja kursus ini. Setelah menerima tugasan ini, saya berasa seronok kerana ianya merupakan pengalaman baru bagi saya. Walaupun saya di dalam bidang Pendidikan Khas, namun pengetahuan yang didapati melalui kerja kursus dapat memberi saya pengetahuan mengenai kaedah untuk membina soalan bahasa Melayu. Mungkin pengetahuan dan pengalaman yang ada dapat diaplikasikan ketika saya membina soalan bagi murid-murid khas kelak. Sepanjang tempoh pelaksanaan, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan. Antaranya ialah membina soalan mengikut perancangan JSU. Hal ini kerana saya masih lagi keliru tentang cara untuk membina soalan mengikut aras Taksonomi Bloom. Keenam-enam aras ini mempunyai ciri-ciri dan perbezaan antara satu sama lain. Namun kadangkala saya masih lagi keliru. Tetapi saya mengatasi masalah ini dengan mencari maklumat-maklumat tambahan lain melalui media cetak lain seperti internet dan buku. Akhirnya saya berjaya mengatasi masalah kekeliruan ini. Selain itu, saya mengalami masalah semasa menjalankan ujian ini kepada murid-murid tahun 5 Aloevera. Terdapat 3 orang murid yang tidak menumpukan perhatian spenuhnya kepada ujian yang dibuat. Mereka bermain-main dan menjawab soalan sambil lewa. Malahan, saya terpaksa menegur dan memarahi mereka beberapa kali sebelum mereka akhirnya kembali fokus kepada ujian yang diberi. Menurut sumber rakan mereka, murid tersebut selalu menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Malahan, ada kes guru menangis kerana kenakalan mereka. Setelah dilihat melalui analisa soalan, saya mendapati soalan subjektif bagi teks kefahaman kedua agak sukar dan buktinya dapat dilihat melalui analisa di atas. Hal ini kerana teks kefahaman tersebut merupakan teks sains fiksyen yang mengandungi ayat yang agak sukar bagi tahap Tahun Lima. Mungkin saya perlu menukar teks tersebut kepada teks mudah yang lain agar murid-murid yang diuji dapat memahami dan menjawab soalan dengan betul. Malahan, saya mengambil
43

keputusan untuk membantu mereka ketika menjawab soalan tersebut. Saya menerangkan mengenai teks tersebut serba sedikit supaya murid dapat memahami keseluruhan teks tersebut. Dengan bantuan yang diberi, akhirnya murid dapat menjawab dengan baik walaupun jawapan yang diberi tidak memenuhi skema permarkahan. Kekuatan yang dapat dilihat melalui kerja kursus ini ialah saya berpeluang berbincang dengan guru bahasa Melayu aliran perdana mengenai ujian pentaksiran bahasa Melayu. Banyak pengalaman dan ilmu dikongsi bersama-sama. Malahan Puan Rosemariah sudi membantu kami dalam membina dan menyediakan soalan. Kerjasama yang wujud ini memudahkan saya ketika menyiapkan tugasan ini. Ilmu yang diperolehi telah saya aplikasikan dalam penghasilan kerja kursus ini. Selain itu, saya berpeluang merasakan pengalaman menjadi guru

peperiksaan walaupu hanya untuk tempoh satu jam lima belas minit. Pengalaman begini memberikan satu perasaan baru bahawa menjadi guru ini adalah menyeronokkan. Malahan, tanggapan saya terhadap murid-murid aliran perdana yang nakal tidaklah seteruk yang disangka. Mereka masih lagi menghormati dan memberi kerjasama yang baik sepanjang pelaksanaan ujian. Hanya beberapa orang murid sahaja yang mempunyai masalah tingkah laku dan menganggu rakan-rakan lain. Saya juga berasa seronok ketika memasuki kelas aliran perdana. Malahan timbul perasaan ingin mencuba mengajar mereka akan mata pelajaran bahasa Melayu mengunakan segala pengalaman dan pengetahuan yang telah dipelajari semasa di IPG Kampus Ilmu Khas. Mungkin pada satu hari nanti saya akan berpeluang menggunakan pengalaman dan ilmu mengenai bahasa Melayu kepada murid-murid aliran perdana pada satu masa nanti. Sesungguhnya, pengalaman yang diperolehi sepanjang kerja kursus ini banyak mengajar dan memberi pengalaman baru kepada saya. Tambahan lagi, seorang guru tidak akan terlepas untuk menjalankan ujian pentaksiran kepada anak murid mereka pada satu hari nanti. Dengan ujian pentaksiran inilah, guru akan dapat merancang dan membantu murid dalam memperolehi pengalaman pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik dan effektif.

44

7.0

RUJUKAN

45

Abu Bakar Nordin (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Heineman (M) Sdn. Bhd. Grounlund, N.E (1982). Constructing Achievement Tests (3rd. Ed.). New Jersey: Prentice Hall Inc. Prof. Abdullah Hassan (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi Dan Sintaksis Untuk Guru Dan Pelajar. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd. Raminah Haji Sabran (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia Penerapannya Pada Pringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Pusat Perkembangan Kurikulum.

46

8.0 LAMPIRAN

KONTRAK PEMBELAJARAN TUGASAN BMM 3103 KURSUS : Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah NAMA : Noor Azreena Binti A.Aziz KUMPULAN : G 6.7
47

TUGASAN : Kerja Kursus OBJEKTIF : Membina ujian Bahasa Melayu berpandukan JSU dan membuat analisa dapatan. Tempoh Pelaksanaan 1 minggu

Peringkat Fasa 1

Perkara Memahami tugasan dengan jelas.

Cara Pelaksanaan Mencari maklumat di internet dan perpustakaan.

Penilaian Kolaborasi dengan pensyarah.

Catatan

Berbincang dengan pensyarah. Fasa 2 Berbincang dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu dan guru Bahasa Melayu. Memohon kebenaran Ketua Panitia Bahasa Melayu untuk menjalankan kerja kursus. 1 minggu Kolaborasi dengan guru Bahasa Melayu.

Berbincang dengan guru Bahasa Melayu. Fasa 3 Merangka JSU, Merujuk contoh soalan ujian dan skema jawapan. Menyemak soalan dengan guru Bahasa Melayu. Fasa 4 Menjalankan ujian dan menyemak jawapan. Menyemak
48

1 minggu

JSU, skema jawapan dan soalan ujian.

soalan daripada internet.

Menjalankan ujian di kelas 5 Aloevera.

1 minggu

Kertas jawapan murid.

jawapan berpandukan skema jawapan. Fasa 5 Membuat penulisan laporan. Menganalisis data daripada kertas jawapan murid. 1 minggu Hasil kerja kursus.

Menulis laporan reflektif.

Menghantar tugasan.

49

Vous aimerez peut-être aussi