Vous êtes sur la page 1sur 30

SISTEM ATMOSFERA

1.1 KONSEP Atmosfera merupakan satu zon lapisan gas tanpa bau, warna dan rasa yang menyelubungi planet, termasuklah bumi. Atmosfera juga bertindak sebagai penghalang kepada sinaran ultra ungu yang berbahaya kepada hidupan. Atmosfera tidak mempunyai sempadan mendadak, tetapi menipis perlahan-lahan dengan bertambahnya ketinggian, dan tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa lepas. 1.2 KANDUNGAN ATMOSFERA Gas kekal Gas yang tetap di atmosfera seperti Nitrogen ( 78%), Oksigen (21%) dan Argon (1%). Gas berubah Gas yang kandungannya tidak tetap di atmosfera. a.Karbon dioksida : sentiasa bertambah i. memasuki atmosfera melalui tindakan organisma hidupan lautan dan daratan. ii. peningkatan penggunaan bahan api fosil oleh manusia b.Ozon : sentiasa berkurangan i. kekurangan berlaku melalui kitar fotokimia ii. melibatkan percantuman semula gas ozon dengan atom oksigen menyebabkan kehilangan bersih oksigen ganjil. (O3 + O = 2O2) c.Klorofluorokarbon (CFC) : sentiasa bertambah i. punca: bahan-bahan aerosol, bahan penyejuk (freom), bahan pencuci dan penyaman udara ii.terlerai dan membebaskan klorin yang menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon. d.Nitrogen Oksida (NOX): sentiasa bertambah i. mekanisme biologi di lautan dan juga dalam tanah. ii. pembakaran industri, kenderaan, biojisim, dan penggunaan baja kimia. e.Sulfur dioksida (SO2): sentiasa bertambah i. pembakaran arang batu dan minyak serta peleburan tembaga. Juzuk bukan gas i. Dikenali sebagai bahan aerosol termasuk habuk, asap, zarah garam, zarah tanah, dan habuk galian daripada pembakaran kering, karbon dan habuk gunung berapi. ii. Mengakibatkan fenomena jerebu

1.3 STRUKTUR ATMOSFERA LAPISAN Troposfera KETINGGIAN CIRI-CIRI merupakan lapisan yang terendah

Stratosfera

Meliputi 25% daripada jisim bumi. Menjadi zon pembentukan unsur cuaca seperti hujan, suhu, kelembapan dan sebagainya. Di lapisan troposfera, pengurangan suhu sebanyak 10 c akan berlaku berlaku di setiap ketinggian 650 meter. Lapisan paling atas troposfera dikenali sebagai Tropopous. Di lapisan tropopous, terdapat satu keadaan yang dipanggil sebagai isoterma, di mana suhunya tidak banyak berubah mengikut tinggi. Lapisan stratosfera terletak di atas troposfera. suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut ketinggian. Lapisan ini sangat kering, tiada awan dan cuaca. Terdapat lapisan ozon. lapisan ini merupakan zon di mana bahangan matahari diserap oleh ozon. Lapisan yang memisahkan lapisan stratosfera dan mesosfera ialah satu lapisan nipis dipanggil stratopos. Lapisan yang terdapat di atas stratosfera ialah mesosfera. Suhu berkurang mengikut ketinggian sehingga boleh mencecah -90C. Terdapat awan noktilusen. Lapisan ini dipisahkan dengan satu lapisan nipis di atasnya yang dipanggil mesopaus. dikenali sebagai Ionosfera. Lapisan ini terletak di atas mesosfera Komposisi molekul udaranya adalah dalam bentuk atom. Suhunya semakin meningkat mengikut ketinggian sehingga mencecah1000C tetapi tekanan udaranya sangat rendah. Ketebalan dan ketumpatan lapisan ini sentiasa berubah. Lapisan ini terdiri daripada ion-ion gas dan elektron-elektron yang bergerak bebas. Keadaan ini penting untuk perkembangan telekomunikasi kerana pantulan gelombang radio dapat berlaku di sini. Lapisan paling bawah dipenuhi dengan gas nitrogen dan molekul oksigen. Berlaku pemisahan electron bercas negative daripada atom oksigen dan molekul nitrogen. Terdapat empat bentuk atom, iaitu : a) Molekul nitrogen b) Molekul oksigen c) Molekul helium d) Atom hidrogen

Mesosfera

Termosfera

GAMBAR RAJAH LAPISAN ATMOSFERA

1.4

CUACA DAN IKLIM Apa itu cuaca Keadaan atmosfera di kawasan yang kecil, mikro atau setempat. Berlaku dalam jangka masa yang singkat (24 jam) Satu fanomena yang dinamik dan kadang kala sukar diramal. Pernyataan mengenai cuaca selalunya dibuat dengan lebih terperinci dengan merujuk kepada suatu masa dan kawasan secara spesifik. Apa itu iklim Keadaan atmosfera dikawasan yang luas merangkumi skala dunia dan mengikut pola iklim dunia.

Iklim lazimnya digambarkan sebagai unsur purata sesuatu fenomena cuaca seperti suhu dan hujan, iaitu satu keadaan cuaca yang berbeza-beza mengikut hari dalam suatu jangka masa yang panjang Cuaca sesebuah kawasan diperhatikan dalam jangka masa yang lama (30-35 tahun)

Unsur cuaca dan iklim a) Bahangan Suria/Matahari : Matahari (72% gas hidrogen dan 27% gas helium) merupakan punca tenaga paling utama untuk menggerak dan meneruskan semua proses di atmosfera dan di permukaan bumi. Tenaga matahari membekalkan kira-kira 99.97% daripada jumlah tenaga yang terdapat dalam sistem bumi dan selebihnya daripada punca tenaga endogenik. Perbezaan penerimaan tenaga matahari dari segi masa dan kawasan menyebabkan wujudnya cuaca dan iklim. Bahangan suria dipancarkan ke bumi dalam bentuk gelombang elektromagnet pendek (0.2 - 0.4 mikron) dengan kelajuan 300 000 km/saat. Mengambil masa 9.33 minit untuk sampai ke permukaan bumi. b) Bahangan Bumi/ Terestrial/ Nokturnal Setelah menerima dan menyerap bahangan matahari/ sinaran matahari, bumi akan membebaskan/membalikan bahangannya pada waktu malam Pembebasan bahangan bumi ini berlaku dalam bentuk gelombang elektromagnet panjang Bahangan ini tidak terus lesap ke angkasa dan sebahagiannya akan diserap atau diserak oleh lapisan atmosfera. Bahangan bumi yang diserapkan, dipantulkan dan disebarkan semula ke permukaan bumi dan mewujudkan kesan rumah hijau. Suhu Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat atau kawasan pada sesuatu masa tertentu. Darjah kepanasan udara ini dipengaruhi dari sinaran matahari/ bahangan matahari, garis lintang, pengaruh lautan dan daratan, jarak dari badan air, BMB, angin, arus, awan dan tumbuh-tumbuhan. Suhu diukur dalam unit darjah celcius (C) yang menggunakan alat iaitu termometer biasa atau termometer six. Kerpasan kerpasan merujuk kepada sebarang lembapan yang jatuh dari atmosfera sama ada dalam bentuk cecair(hujan), atau pepejal (salji dan hujan batu). unit kerpasan ialah milimeter (mm) menggunakan alat mengukur jumlah hujan ialah tolok hujan. Kelembapan Udara Merujuk kepada jumlah/kandungan/kosentrasi wap air yang terdapat dalam udara disesuatu kawsan pada masa tertentu. Kelembapan udara terbahagi kepada 2 jenis:

c)

d)

e)

f)

(i) kelembapan mutlak (ii) kelembapan bandingan Unit kelembapan ialah gram per meter padu untuk kelembapan mutlak dan peratus/nisbah untuk kelembapan bandingan alat pengukur bagi kelembapan udara ialah higrometer

Tekanan udara Tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi. terdapat 2 tekanan udara iaitu: (i) tekanan udara rendah (siklon) (ii) tekanan udara tinggi (antisiklon) tekanan udara diukur dalam unit milibar (Mb) alat pengukur tekanan udara ialah barometer Angin Adalah udara yang bergerak secara mendatar . disebabkan terdapat perbezaan tekanan udara antara dua tempat atau lebih. disebabkan oleh daya kariolis (akibat putaran bumi di atas paksinya) Angin akan bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi (SEJUK) ke kawaan tekanan udara rendah (PANAS) Arah tiupan angin diukur menggunakan arah mata angin kelajuan angin diukur dengan anemometer menggunakan unit km per jam atau meter per saat Litupan Awan Merupakan titisan air yang sangat halus berdiameter antara 0.02 0.06 mm serta terapung di udara. terbentuk disebabkan oleh proses pemeluwapan. awan terbahagi kepada 4 jenis mengikut ketinggian atau bentuk.

g)

h)

1.5 IMBAGAN BAHANGAN. MAKSUD IMBANGAN BAHANGAN. Jumlah bahangan yang diterima oleh permukaan bumi dalam pelbagai pross melalui gelombang pendik dan jumlah haba yang dikeluar semula ke ruang atmosfera melalui gelombang panjang. 1.6 PROSES PEMINDAHAN HABA DI RUANG ATMOSFERA DAN PERMUKAAN BUMI. a) Pantulan/ balikan. b) Serakan. c) Serapan. 1.7 TABURAN SUHU SECARA MENEGAK DAN MENDATAR Taburan Suhu Secara Menegak Konsep

Merujuk kepada perubahan suhu akibat daripada bertambahnya ketinggian sesuatu kawasan ( tanah tinggi ). Penerangan konsep Taburan suhu secara menegak ini ditentukan oleh proses pemindahan haba oleh pergerakan udara secara menegak. Daripada segi tenaga , perubahan suhu menega berlaku melalui pengeluaran haba pendam akibat proses pemeluwapan. Umumnya semakin tinggi sesuatu kawasan, suhu udara semakin rendah.Walaupun begitu, kejatuhan suhu ini berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain dan antara musim. Kadar purata pengurangan suhu ialah setiap kenaikan 100 meter suhu jatu sebanyak 0.65 C . Kadar tukaran suhu ini dikenali sebagai kadar tukaran normal. Faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara menegak Lapisan udara yang berhampiran permukaan bumi lebih tumpat dan mempuyai banyak bahan-bahan yang menyerap bahangan. Bahangan diserap oleh bahan-bahan seperti wap-wap air, habuk. debu, gas-gas dan pertikel-partikel terampai yang terdapat dengan banyaknya berhampiran permukaan bumi dan kemudiannya membebaskan bahangan tersebut secara beransur-ansur lalu memanaskan atmosfera berhampiran permukaan bumi. Manakala lapisan atas atmosfera udaranya lebih nipis, kering dan bersih. Oleh penyerapan dan pembebasan bahangan kurang berlaku. Kesannya lapisan atmosfera bahagian atas lebih sejuk.

Fenomena olak suhu Konsep olak suhu Merujuk kepada keadaan suhu sesuatu kawasan yang lebih rendah berhampiran permukaan bumi berbanding bahagian atasnya. Penerangan konsep Olak suhu merujuk kepada lapisan udara di peringkat bawah adalah lebih sejuk daripada lapisan atasnya. Olak suhu biasanya berlaku pada waktu malam di mana pengeluaran bahangan bumi yang pesat menyebabkan permukaan bumi menjadi lebih sejuk daripada bahagian atasnya. Udara berhampiran permukaan bumi menyentuh permukaan bumi yang sejuk lalu menyebabkan udara tersebut turut menjadi sejuk. Kesannya udara berhampiran permukaan bumi tersebut lebih sejuk daripada udara di bahagian atasnya. Di kawasan yang berbukit bukau , udara sejuk yang berat ini akan mengali ke dasar lurah. Faktor-faktor pembentukan olak suhu Waktu malam yang panjang, contohnya pada musim sejuk di kawasan sederhana dunia.

Langit yang cerah tanpa awan untuk membolehkan bahangan cepat hilang ke angkasa lepas. Malam yang tenang tanpa pergerakan angin yang kencang supaya tidak terdapat pencampuran udara panas dan sejuk. Udara yang kering ( kurang wap-wap air ) dapat mengurangkan bahangan bumi diserap wap-wap air di udara. Permukaan bumi yang bersalji. Salji ini dapat membalikkan sinaran matahari pada waktu siang, jadi kadar serapan haba oleh permukaan bumi adalah rendah. Taburan Suhu Secara Mendatar Konsep Taburan suhu secara mendatar merujuk kepada perubahan suhu antara satu tempat dengan satu tempat yang lain mengikut garis lintang ( latitud ) Penerangan konsep di kawasan latitud Khatulistiwa ( 0 ), bezantara suhu tahunan kecil sepanjang tahun iaitu antara 1- 2 . Bezantara suhu tahunan semakin besar bermula dari Khatulistiwa ke arah kawasan berlatitud tinggi ( kedua-dua kutub ). Bezantara suhu tahunan besar di kawasan artik, antartika dan kawasan-kawasan Faktor faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar Latitud Suhu semakin berkurangan bermula dari latitue Khatulistiwa ( 0 ) ke arah kedua-dua kutub. Sebab-sebab perbezaan suhu antara latitud disebabkan oleh:a. Bahangan matahari lebih tertumpu ke kawasan khatulistiwa kerana kawasan khatulistiwa lebih dekat dengan matahari. Permukaan bumi kawasan khatulistiwa terdedah secara tegak ( 90 ) kepada sinaran matahari. Oleh itu, keamatan tenaga matahari yang diterima oleh kawasan latitud Khatulistiwa sentiasa tinggi. Kesannya suhu permukaan kawasan Khatulistiwa tinggi sepanjang tahun. b. Kawasan latitud tinggi ( kedua-dua kutub ) , sudut pancaran matahari lebih jauh dan condong. Kesannya keamatan tenaga matahari yang diterima rendah. Oleh itu, suhu permukaan di kedua-dua kutub sentiasa rendah.

Pengaruh kebenuan dan lautan Daratan lebih cepat menjadi panas berbanding lautan pada waktu siang. Oleh itu, kawasan tengah benua ( daratan ) lebih panas berbanding dengan kawasan berhampiran dengan laut pada waktu siang. Pada waktu malam air masih lagi membebaskan habanya dan keadaan ini menyebabkan kawasan pinggir laut menjadi lebih

panas pada waktu malam berbanding dengan kawasan tengah benua yang lebih cepat menjadi sejuk. Pengaruh badan-badan air yang besar Tasik-tasik yang besar dapat mempengaruhi bezantara suhu kawasan yang terletak lebih kurang satu kilometer darinya . Badan-badan air seperti tasik dapat mengurangkan suhu sekitarnya pada musim panas dan menambahkan suhu sekitarnya pada musim sejuk. Contohnya kawasan Tasik-Tasik Besar St. Lawrence di Amerika Utara. Pengaruh arus lautan Arus lautan dunia dapat menyederhanakan suhu musim dingin dan musim panas kawasan-kawasan yang dilaluinya. Arus lautan sama ada arus panas atau sejuk dapat memindahkan haba dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pengaliran arus lautan dari kawasan Khatulistiwa ke arah kutub dapat memanaskan udara di kawasan kutub dan sebaliknya. Contohnya : Hanyutan Atlantik Utara ( arus panas ) yang bergerak dari kawasan latitud rendah mengalir kearah kutub utara telah meningkatkan suhu kawasan pinggir pantai Kepulauan British dan Eropah pada musim dingin. Arus Sejuk Labrador yang mngalir dari kutub utara ke Khatulistiwa telah mengurangkan suhu udara di kawasan Khatulistiwa. Pengaruh angin lazim Angin yang bertiup seringkali dapat menyederhanakan suhu kawasan yang dilaluinya. Contoh Angin Baratan ( angin lazim ) yang panas bertiup kearah pantai barat Eropah telah meningkatkan suhu kawasan pinggir pantai barat Eropah tersebut.Manakala pantai timurnya lebih sejuk kerana menerima angin sejuk dari kawasanpedalaman benua tersebut. Angin Cinuk ( angin panas ) yang bertiup daripada lautan Pasifik telah meningkatkan suhu dan mencairkan salji dan mempercepatkan kedatangan musim bunga di Dataran tinggi Amerika Syarikat dan Prairie Kanada. Pengaruh banjaran gunung Banjaran gunung (aspek ) termasuk arah dan darjah kecerunan amat berkesan mempengaruhi suhu di kawasan-kawasan di laitud sederhana. Di hemisfera utara, cerun yang mengadap ke selatan menerima lebih banyak bahang matahari berbanding cerun yang mengadap utara. Oleh itu, di hemisfera utara cerun yang mengadap selatan suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap utara ( kutub utara ). Di hemisfera selatan, cerun yang mengadap ke utara menerima lebih banyak bahang matahari berbanding cerun yang mengadap

Selatan. Oleh itu, di hemisfera selatan cerun yang mengadap utara suhu lebih tinggi berbanding cerun yang mengadap selatan (Antartika ). Pengaruh tumbuhan Tumbuh-tumbuhan semulajadi berperanan penting dalam mengurangkan suhu sesuatukawasan. Kawasan yang mempunyai tumbuhan semulajadi yang banyak suhu persekitarannya lebih rendah berbanding kawasan lapang. Tumbuhan dapat mengurangkan kepekatan gas karbon dioksida diudara sesuatu kawasan melalui proses fotosentesis- dapat mengatasi masalah kesan rumah hijau. Melalui proses perpeluhan, tumbuhan mengeluarkan manik-manik air yang dapat menyederhanakan suhu persekitaran. Tumbuhan juga mempunyai nilai albedo yang tersendiri, contohnya rumput mempunyai nilai albedo antara 10 -15 %. Kesannya sebahagian bahang matahari dapat dipulangkan ke ruang angkasa dan sekaligus mengurangkan suhu kawasan tersebut. Faktor albedo Atmosfera dan permukaan bumi mempunyai nilai albedo yang berbeza-beza. Salji membalikkan lebih kurang 80% - 90% bahangan matahari yang diterimanya, Awan pula dapat membalikkan dan menyerap sebahagian bahangan matahari yang diterima pada waktu siang. Perlindungan awan dan pembalikan bahang matahari oleh permukaan bersalji akan mengurangkan suhu pada waktu siang. Kawasan gurun panas yang tidak berawan menerima banyak sinaran matahari secara terus menerus pada waktu siang menyebabkan suhu di kawasan tersebut tinggi pada waktu siang. 1.8 1.9 KELEMBAPAN UDARA KESTABILAN UDARA

1.10 SEJATAN MAKSUD SEJATAN. Proses pertukaran air daripada bentuk cecair ata pepejal kepada bentuk gas yang naik ke ruang atmosfera apabila tekana wap air di permukaan badan air adalah lebih daripada tekanan wap air di ruang atmosfera. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES SEJATAN. a) Suhu. Hal ini disebabkan tenaga daripada suhu digunakan unutk memanas permukaan air. Apabila suhu air meningkat, keupayaan wap air untuk terbebas ke atmosfera akan meningkat. Oleh itu, permukaan air yang bersuhu tinggi akan lebih cepat disejat berbanding permukaan air yang bersuhu rendah.

b) Angin. Hal ini disebabkan halaju angin yang tinggi akan mempercepatkan proses sejatan di permukaan air berbanding dengan angin yang tenang.Malahan tiupan angin yang panas akan menukar udara lembab di permukaan air dan mempercepatkan sejatan berlaku. c) Luas permukaan air.Hal ini disebabkan semakin luas permukaan air semakin tinggi kadar sejatan dan banyak berlaku sejatan, berbanding dengan permukaan air yang kecil. d) Kemasinan air laut. Hal ini disebabkan proses sejatan akan lebih cepat dan tinggi bagi kewasan air tawar dan kurang bahan pencemar berbanding air masin kerana kepekatan yang tinggi. e) Tekanan udara.Hal ini disebabkan proses sejatan bergantung kepada perbezaan antara tekana udara tepu di permukaan air dengan tekanan wap di atmosfera pada sesuatu masa.Biasanya sejatan akan berlaku jika tekanan air di permukaan air lebih tinggi daripada tekanan di ruang atmosfera sesuatu kawasan. 1.11 1.12 PEMELUWAPAN AWAN Awan ialah wap air, bintik-bintik air yg halus ataupun hablur-hablur ais yg amat halus yg terapung-apung di dlm atmosfera pada ketinggian yg berlainan dari permukaan bumi. Jenis awan o Jenis awan dapat dikelaskan kepada dua ciri iaitu berdasarkan kepada bentuk dan ketinggian. JENIS AWAN NAMA TINGGI PERTENGAHAN RENDAH TEGAK KETINGGIAN CIRI-CIRI

JENIS-JENIS AWAN MENGIKUT KETINGGIAN

1.13 KERPASAN. MAKSUD KERPASAN. Proses jatuhan titisan air atau pepejal daripada ruang atmosfera ke permukaan bumiyang terbentuk hasil daripada wap air yang telah mengalami pemeluwapan di ruangan atmosfera untuk membentuk awan dan turun ke permukaan bumi . JENIS KERPASAN a) Hujan. b) Salji. c) Embun. d) Hujan batu. e) Hujan beku. JENIS DAN PEMBENTUKAN HUJAN DI KAWASAN TROPIKA. a) Hujan bukit. Terbentuk apabila udara yang kaya dengan wap air di permukaan berair terutama laut dipaksa naik ke kawasan tanah tinggi. Udara itu alan mangalami kadar pertukaran adiabatik lembab dan berlaku proses pemeluwapan serta membentuk awan di kawasan menghadap angin. Awan yang dibentuk, terutama awan komulus nimbus akan menurunkan hujan dalam bentuk hujan bukit di kawasan menghadap angin di lereng bukit. Hujan ini turun dengan lebatnya pada waktu pagi. b) Hujan Perolakan. Kehadiran cahaya matahari yang banyak pada waktu pagi, tengah hari dan awal petang boleh meningkatkan jumlah wap air di udara.Wap air yang banyak akan mengalami proses pertukaran adibatik lembab apabila sampai ke suatu tahap dan suhu wap air menjadi lebih sejuk daripada kawasan sekitarnya. Akibatnya wap air akan mengalami proses pemeluwapan dan membentukkan awan. Awan yang dibentuk lama-kelamaan menghasilkan air hujan.Hujan ini akan turun pada petang dan awal malam disertai dengan rebut dan petir yang kuat. 1.14 EDARAN UMUM ATMOSFERA. ANGIN MONSUN MAKSUD ANGIN MONSUN. Angin yang bertiup tanpa perubahan arah untuk beberapa bulan dan kemudian bertiup kembali dalam arah yang bertentangan untuk beberapa bulan kemudian akibat perbezaan tekanan udara dan putaran bumi. JENIS ANGIN MONSUN YANG BERTIUP DI MALAYSIA. a) Angin monsun timur laut bertiup pada bulan November hingga Mac setiap tahun. b) Angin monsun barat daya bertiup pada mula Mei hingga September. PEMBENTUKAN ANGIN MONSUN . a) Angin monsun timur laut

Bertiup pada bulan November hingga Mac pendalaman negara China mengalami musim sejuk dan tekanan udara adalah tinggi . Oleh itu udara sejuk yang memiliki tekanan tinggi akan mencari jalan keluar ke kawasan tekanan rendah. Ketika ini benua Australia mengalami tekanan rendah dan berada pada musim panas. Oleh itu bila angin monsuntimur laut yang berasal daripada pendalaman negara China melintasi garisan khatulistiwa angin itu akan terbias sebanyak 90 dan berubah arak menjadi amgin monsun barat laut di benua Australia. b) Angin monsun barat daya. Sebaliknya pada bulan Mei dan September pula benua Australia mengalami musim sejuk dan mengalami tekana rendah. Sama seperti tadi angin monsun ini akan mencari jalan keluar kekawasan tekanan rendah. Ketika ini kawasan tekanan rendah ialah di pedalaman benua China. Angin monsun tenggara yang berasal dari Australia akan berubah kepada angin monsun barat daya semasa melalui garisan khatulistiwa. PENGARUH ANGIN MONSUN TERHADAP AKTIVITI MANUSIA. a) Aktiviti pertanian boleh terganggu akibat angin monsoon kerana ketika tiupan ini berlaku kejadaian banjir. Banjir boleh menenggelamkan hasil tanaman yang ditanam oleh manusia. Contoh kawasan padi musnah dan petani kehilangan sumber pendapatan. b) Aktiviti ternakan ikan juga turut musnah akibat kejadian tiupan angin monsoon yang membawa bersamanya banjir. Kolam ternakan akan dipenuhi air banjir . Ikan ikan yang diternak akan terlepas dan hanyut bersama arus air banjir. Penternakan akan menanggung kerugian yang banyak hasil daripada kejadian itu, c) Sektor perikanan juga terjejas teruk . Nelayan tidak dapat turun ke laut kerana ketika berlakunya tiupan angin laut akan bergelora. Oleh itu, hasil tangkapan ikan akan berkurangan. Dia bukan sahaja menjejas pendpatan nelayan, malahan penduduk juga akan mengahadapi masalah sumber ikan dan harga ikan dipasaran juga turut meningkat semasa musim angin monsoon ini bertiup. d) Aktiviti perindustrian turut juga turut terganggu. Hasil tangkapan ikan tidak dapat dijadikan ikan masin kerana ketiadaan cahaya matahari dan hujan turun dengan lebatnya lebat, Hal ini menyebabkan hasil keluaran industry seperti iakn kering , membuat keropok dan industry batik juga turut berkurangan di pasaran. KESAN KEJADIAN TIUPAN ANGIN MONSUN TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL. a) Laut bergelora merupakan kesan paling jelas di lihat semasa tiupan angin monsun bertiup. Kelajuan angin melebihi 30 knot yang berasal dari udara sejuk di pedalaman negeri China manpu menyebabkan laut bergelora. Laut bergelora ini disebabkan juga oleh keluasan laut China Selatan yang luas dan terdedah kepada tiupan angin. b) merupakan satu lagi kesan tiupan angin monsun . Ketika angin ini yang bertiup melintasi Laut China Selatan membawa bersamanya wap air lalui menurunkan hujan yang lebat . Hujan yang lebat sehingga dan melebihi 600 mm boleh menyebabkan berlakunya banjir. Contoh banjir yang berlaku di Kelantan dan terengganu adalah berpunca daripada tiupan angin monsun timur laut. c) Kejadian tanah runtuh juga kerap berlaku semasa tiupan angin ini bertiup. Seperti yang sedia maklum hujan yang lebat turun pada musim ini akan memenuhi ruang pori=pori tanah dan menyababkan tanah tepu dengan air. Akhir tanah yang tepu dengan air tadi akan runtuh dan terjadilaj kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut. LANGKAH MENYURANGKAN KEROSAKAN AKIBAT TIUPAN ANGIN MONSUN.

a) Menguat kuasakan undang-undang yang sedia ada boleh mengurangkan masalah kerosakan akibat tiupan angin monsun. Hal ini disebabkan dengan menguat kuasa undang-undang sahaja pesalah boleh dijatuhkan hukuman dan didenda .Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh menjelaskan lagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah yang melanggar peraturan yang sedia ada. Dengan melaksanakan kuat kuasa undang-undang ini sesiapa yang melakukan kegiatan manusia yang boleh meningkatkan suhu secara global dan mebanyakkan lagi kerosakan akibat tiupan angin monsun. b) Kempen juga boleh dilaksanakan untuk mengurangkan masalah kerosakan akibat tiupan angin monsun. Hal ini disebabkan kempen boleh menimbulkan kesedaran dan menanam sikap tanggung jawab kepada diri individu dan masyarakat untuk menjaga alam sekitar Kempen yang dijalankan oleh kerajaan dan badan-badan NGO boleh menyedarkan manusia betapa pentingnya menjaga sumber semula jadi untuk menjamin kesejahteraan kepada manusia. c) Pendidikan yang diberi kepada kanak-kanak dan remaja di sekolah akan membantu mengurangkan masalah kerosakkan akibat tiupan angin monsun. Hal ini disebabkan kanak-kanak dan remaja telah didedahkan punca berlakunya masalah tersebut dalam mata pelajara Kajian Tempatan Geografi dan Sains. Dengan ini dapat menanam kesedaran pada mereka sejak diperingkat awal dan akan menjadi satu budaya yang menjadi amalan dam masyarakat. d) Mendalam dan meluruskan sungai. Hal ini disebabkan air sungai akan mengalir dengan lebih mudah dan mengurangkan kejadian limpahan air ke tebing sungai yang boleh menyebabkan kejadian banjir. Kejadian banjir kerap berlaku semasa tiupan angin monsun terudama monsun timur laut kerana ketika ini hujan turun dengan lebat dalam jangka masa yang panjang dan memenuhi alur-alur sungai pada bulan November hingga Mac. 1.15 GANGGUAN ATMOSFERA SIKLON TROPIKA MAKSUD SIKLON TROPIKA Ribut kencang dan ganas yang berpusing. Ia boleh melanda kawasan sehingga berates kilometer. Apabila siklon tropika matang, wujud satu kawasan udara tenang di bahagian tengahnya yang dikenali sebagai mata angin.dengan terbentuk sedikit awan dan semasa berlakunya siklon ianya disertai dengan hujan lebat. LOKASI TIUPAN SIKLON TROPIKA Kawasan latitud antara 5 U dan 20 U, dan longitud antara 130 T dan 170 T. Contoh :Filipina, Indonesia,Jepun, dan China. CARA PEMBENTUKAN SIKLON TROPIKA. Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang suhu permukaanya 26 C atau lebih yang terbentuk semasa musim panas di Hemisfera Utara. Sistem tekanan rendah terbentuk di lautan tropika yang panas dan bergerak ke arah barat, ia mengembang daripada lekukan tropika membentuk ribut tropika dan akhirnya, menjadi taufan yang ganas sihinnga boleh mencapai 180 m/jam.

Kawasanyang dilanda rebit ini boleh mencapai antara 30 100 km. Di sini, udara melingkar ke arah atas dan ke arah luar dengan kelajuan yang meningkat. Kelajuan angin ini boleh memusnahkan kawasanyang dilandanya itu. KESAN KEJADIAN SIKLON TROPIKA. a) memusnahkan harta benda penduduk. Hal ini disebabkan apabila siklon tropika melanda akan berlaku kemusnahan terhadap bangunan dan tanaman milik penduduk. Beribu ekar ladang tanaman akan rosak dan terjejas teruk dipukul ribut dan ditenggelami air banjir. b) mengorbankan nyawa. Hal ini disebabkan ramai nyawa manusia yang terkorban akibat lemas dilanda ribut dan hujan yang disertai banjir. Malah nyawa turut terkorban apabila berlaku wabak penyakit selepas kejadian siklon itu. Contoh yang berlaku di Haiti ramai yang mati akibat wabak penyakit selepas dilanda ribut taufan Hanna. c) kejadian tanah runtuh. Hal ini disebakan ketika berlakunya ribut ini ianya disertai dengan hujan yang lebat. Hujan lebat itu akan memasuki lapisan tanah sehingga tanah tepu dengan air. Sampai ke satu tahap air tidak boleh diserap lagi, berlakulah tanah runtuh. Tanah runtuh ini boleh mengaorbankan hasil tanaman dan nyawa manusia juga. d) berlaku banjir. Hal ini disebabkan banjir yang berlaku akibat daripada hujan lebat terus menenggelam kawasan kawasan yang dilanda siklon tropika.Banjir ini boleh mengancam nyawa dan merosak tumbuhan dan harta benda. Malahan, yang lebih penting ialah mendatangkan wabak penyakit. LANGKAH MENGURANGKAN KESAN SIKLON TROPIKA. a) Menguat kuasakan undang-undang yang sedia ada boleh mengurangkan kesan siklon tropika. Hal ini disebabkan dengan menguat kuasa undang-undang sahaja pesalah boleh dijatuhkan hukuman dan dapat mengurangkan masalah tersebut .Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh menjelaskan lagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah yang melanggar peraturan yang sedia ada. Dengan melaksanakan kuat kuasa undang-undang ini sesiapa yang melakukan kegiatan yang boleh menyalahi undang-undang dan merosakkan alam sekitar boleh di denda dan dipenjara atau kedua-duanya sekali. b) Kempen juga boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kesan. Hal ini disebabkan kempen boleh menimbulkan kesedaran dan menanam sikap tanggung jawab kepada diri individu dan masyarakat untuk menjaga alam sekitar dari dicemari Kempen yang dijalankan oleh kerajaan dan badan-badan NGO boleh menyedarkan manusia betapa pentingnya menjaga alam sekitai yang merupakan tempat kediamanmanusia. c) Pendidikan yang diberi kepada kanak-kanak dan remaja di sekolah akan membantu mengurangkan kesan siklon tropika . Hal ini disebabkan kanak-kanak dan remaja telah didedahkan punca berlakunya masalah tersebut dalam mata pelajara Kajian Tempatan Geografi dan Sains. Dengan ini dapat menanam kesedaran pada mereka sejak diperingkat awal dan akan menjadi satu budaya yang menjadi amalan dam masyarakat.

d) Menanam semula hutan dapat mengurangkan kesan siklon tropika . Hal ini disebabkan hutan boleh menggekalkan lembapan kepada udara. Hutan juga merupakan agen melindungi permukaan bumi daripada kepanasan yang serius dengan sistem silara dan kenopi yang ada pada pokok. Dengan ini bumi akan dilindungi secara terus dan dapat mengurangkan kesan siklon tropika yang ditimbuhkan oleh kepanasan permukaaan bumi. Jika berlaku kepanasan permukaan bumi menyebabkan tekanan udara menjadi rendah.Tekanan rendah inilah yang membantu pembentukan siklon tropika. 1.16 FENOMENA EL-NINO DAN LA-NINA 1.17 PERUBAHAN IKLIM. KONSEP PERUBAHAN IKLIM KESAN RUMAH HIJAU Konsep: kesan rumah hijau ialah satu fanomena yang menyebabkan pemerangkapan bahangan matahari oleh lapisan selimut karbon dioksida yang terbentuk di atmosfera akibat pembebasan gas pencemaran seperti gas karbon dioksida, karbon monoksida, metana, sulfur dioksida dan sebagainya. Punca utama fenomena kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon ialah kloroflourokarbon,halon,karbon dioksida,karbon monoksida,sulfur oksida,dan metana,serta dibebaskan oleh kilang dan kenderaan. Kesan rumah hijau: pemanasan global.pemanasan global dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia. peningkatan suhu ini berlaku di skala mikro seperti pulau haba bandar atau skala makro yang meliputi indeks suhu wilayah dan suhu benua Pemanasan global yang menambahkan kekerapan kejadian el-nino dan telah mengubah cuaca dunia yang tidak menentu dan sukar diramal. Gangguan keseimbangan kitaran hidrologi, pengurangan kuantiti air, gangguan punca sumber air dan gangguan transpirasi tumbuhan.

PENIPISAN LAPISAN OZON. MAKSUD PENIPISAN LAPISAN OZON. Gas tercemar hasil daripada aktiviti manusia akan memutuskan ikatan-ikatan oksigen dalam ozon yg terdapat pd lapisan statosfera dan menyebabkan lapisan ozon terhakis dan menipis. Penipisan ini membolehkan sinar UV memasuki ruang atmosfera bumi. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENIPISAN OZON a) Pelepasan gas nitrogen oksida akibat aktiviti manusia seperti ujian pelancaran roket, ujian bom, nuklear, penggunaan kapal terbang super sonik dan penggunaan baja nitrogen dalam pertanian. Hal ini disebabkan pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nukear akan menyebabkan lapisan ozon musnah sebanyak 20 70 %. Ini terbukti terdapt lubang ozon di benua Antartika. b) Penggunaan bahan CFC seperti industri peti sejuk, pendingin hawa, aerosol, penyembur cat, minyak wangi, foam kusyen, bantal, dan tilam serta racun

serangga akan mempercepatkan penipisan lapisan ozon. Hal ini disebabkan CFC boleh bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon dengan kehadiran cahaya ultraungu yang tinggi dan ozon akan dinipiskan sebanyak 7% dalam tempoh 60 tahun. c) Penyahutanan secara meluas tujuan pembangunan seperti pertanian, perumahan, pelancongan, tapak industri dan sebagainya telah menyebabkan banyak kawasan diteroka. Hal ini disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksigen dan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Penyahutanan menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan pembentukan ozon terjejas. d) Bilangan kenderaan yang semakin bertambah telah meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera. Hal ini disebabkan oleh pertambahan gas beracun menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di stratosfera. Keadaan ini mempengaruhi pertambahan hablur ais dan seterusnya mempercepatkan proses penipisan lapsian ozon.

KESAN PENIPISAN LAPISAN OZON. KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR a) Perubahan iklim dunia berlaku. Hal ini disebabkan oleh sinaran ultraungu berlebihan di permukaan bumi. Kemasukan sinaran ultraungu menyebabkan berlakunya pemanasan global dalam jangka pendek. Dalam jangka masa panjang kekurangan ozon menyebabkan haba bumi terbebas ke angkasa dan tidak diperangkap oleh atmosfera bagi memanaskan permukaan bumi. Keadaan ini menyebabkan suhu bumi menjadi semakin menurun dan semakin sejuk. b) Kenaikan aras lautan disebabkan oleh pencairan ais di kutub berlaku. Hal ini disebabkan oleh peningkatan suhu global menyebabkan aras lautan meningkat dan akan menenggelamkan kawasan rendah. Peningkatan aras lautan dikatakan berlaku sebanyak 2 mm setahun. Dijangkakan menjelang tahun 2050 aras lautan akan meningkat setinggi 15 cm dan 34 cm pada tahun 2100. c) Ekosisitem akuatik akan terjejas dengan peningkatan sinaran ultraungu. Hal ini disebabkan oleh pertambahan sinar ultraungu mengganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton di dalam lautan. Keadaan ini menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan. d) Ekosistem daratan akan terjejas dengan peningkatan sinaran ultraungu. Hal ini disebabkan oleh pertambahan sinaran ultraungu akan memusnahkan sel dan mikro organisma yang terdapat di dalam badan haiwan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan DNA , memusnahkan sistem pelalian pada haiwan dan menyebabkannya mudah dijangkit penyakit. KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR MANUSIA a) Kesihatan penduduk akan terjejas iaitu bilangan penyakit kanser kulit meningkat akibat pertambahan sinar ultraungu. Hal ini disebabkan oleh sinar ultraungu menyebabkan membran kulit semakin tebal dan pembentukan kedut serta keanjalan kulit dikurangkan. b) Aktiviti pertanian juga terjejas. Hal ini disebabkan sinaran ultraungu menjejaskan pertumbuhan tanaman. Contohnya proses berbunga, pembentukan debunga, benih

dan juga tumbesaran tanaman terbantut serta mudah diserang penyakit. Antara tanaman yang paling terjejas ialah gandum, kacang soya, jagung, dan alfafa. c) Aktiviti perikanan juga terjejas. Hal ini disebabkan oleh sinaran ultraungu yang berlebihan menyebabkan kemusnahan fitoplankton yang menjadi makanan ikan. Sinaran ultraungu juga memusnahkan terumbu karang dan tempat pembiakan ikan. Kemusnahan aras trofi di dalam ekosistem akuatik menyebabkan sumber ikan berkurangan dan seterusnya menjejaskan aktiviti perikanan di seluruh dunia. LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL PENIPISAN LAPISAN OZON a) Masalah penipisan ozon dapat dikurangkan degan kuatkuasa undang-undang. Hal ini disebabkan Akta Alam Sekeliling 1974, hukuman denda sebanyak RM50,000 dan penjara 2 atau 3 tahun dikenakan ke atas mana-mana individu atau syarikat yang merosak dan mencemarkan sumber-sumber alam. b) Kempen kesedaran oleh badan-badan sukarela seperti Green Peace dan WWF meningkatkan kempen kesedaran kpd masyarakat dunia. Hal ini disebabkan melalui demonstrasi, ceramah, bengkel dalam menangani beberapa isu besar seperti isu pembalakan hutan, isu nuklear dan lain-lain lagi. c) Pendidikan formal dan tidak formal. Pihak kementerian pelajaran perlu menerapkan isu-isu penipisan lapisan ozon dalam sukatan pelajaran seperti Geografi dan Sains. Hal ini disebabkan oleh ia dapat dijalankan melalui media massa dan elektronik untuk menyedari kesan penggunaan CFC ke atas kehidupan. d) Penggunaan bahan CFC dalam gas penyejuk dan industri membuat komputer, membuat foam plastik dan ubat nyamuk yang menggunakan aerosol digantikan dengan bahan berasaskan air. CFC yang digunakan dalam industri membuat alat penyaman udara digantikan dengan helium. Hal ini disebabkan oleh pengurangan penggunaan CFC dapat mengelakkan gas CFC menghakis lapisan ozon. e) Melalui persidangan atau forum antarabangsa. Hal ini disebabkan persidangan seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengadakan persidangan yang membincangkan langkah-langkah untuk melindungi lapisan ozon. Contohnya konvensyen Vienna, Austria (1985), Protokol Montreal ke-3 di Copenhagen, Denmark (1992) dan sebagainya. f) Mengisytiharkan kawasan hutan sebagai Hutan Simpan dan Taman negara. Hal ini disebabkan oleh masalah penyahutanan yang berleluasa di negaranegara maju dan membangun untuk tujuan perindustrian, pertanian, dan petempatan menyebabkan berlakunya pemanasan global. Contohnya hutan simpan Sepilok, hutan simpan Rompin, hutan simpan Kuala Gandah. PEMANASAN GLOBAL MAKSUD PEMANASAN GLOBAL. Peningkatan suhu bumi secara k etara berbanding daripada aras normal disebabkan oleh factor semula jadi dan aktiviti manusia FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMANASAN GLOBAL a) Penggunaan bahan CFC seperti industri peti sejuk, pendingin hawa, aerosol, penyembur cat, minyak wangi, foam kusyen, bantal, dan tilam serta racun serangga akan mempercepatkan penipisan lapisan ozon. Hal ini disebabkan CFC boleh bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon dengan

kehadiran cahaya ultraungu yang tinggi dan ozon akan dinipiskan sebanyak 7% dalam tempoh 60 tahun. b) Pembakaran bahan api fosil juga akan mempengaruhi pemanasan global. Hal ini disebabkan arang batu, gas asli, petroleum dan diesel terutamanya oleh janakuasa elektrik, boleh meningkatkan kandungan gas terampai di atmosfera seperti karbon dioksida, karbon monoksida, dan lain-lain lagi gas yang mudah mengewap dibebaskan ke udara. Semua gas ini akan menyerap radiasi gelombang panjang bumi (infra merah). c) Peningkatan aktiviti perindustrian juga mempengaruhi pemanasan global. Revolusi industri yang bermula pada tahun 1700 masihi telah meningkatkan suhu dunia. Tapak industri memerlukan penggunaan pelbagai sumber tenaga seperti elektrik, arang batu, gas asli, petroleum dan diesel. Hal ini disebabkan penggunaan bahan api fosil ini telah meningkatkan pengeluaran asap oleh kilang dan membebaskan gas seperti karbon dioksida, metana, nitrogen oksida, hidrokarbon, karbon monoksida dan lain-lain di ruang atmosfera yang membentuk selimut atmosfera yang menghalang bahangan bumi terlepas ke angkasa lepas. d) Bilangan kenderaan bermotor meningkat dengan pesat setiap tahun. Hal ini disebabkan penggunaan petroleum berplumbum dan diesel menyebabkan pelbagai gas terbebas ke atmosfera melalui ekzos kenderaan. Gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan sebagainya menyebabkan suhu dunia meningkat melalui pembentukan selimut yang menghalang bahangan bumi terbebas ke angkasa. e) Pembakaran terbuka meliputi aktiviti pelupusan sampah, pembakaran hutan selepas pembangunan untuk tujuan pertanian dan pembakaran sisa pertanian seperti jeram padi. Hal ini disebabkan oleh pembakaran terbuka ini menyebabkan pembebasan asap yang mengandungi gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan sebagainya. Gas terampai ini boleh memerangkap gelombang panjang infra merah bumi.

KESAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ALAM SEKITAR MANUSIA DAN ALAM SEKITAR SEMULAJADI KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR SEMULAJADI a) Proses luluhawa akan berlaku dengan kadar yang lebih cepat. Hal ini disebabkan oleh pemanasan mempercepat luluhawa fizikal. Contohnya pengembangan dan pengecutan yang berulang-ulang menyebabkan mineral batuan pecah dan tersepai dari jisim asal akibat daripada perubahan suhu. b) Proses hakisan melibatkan proses pergerakan batuan yang terluluhawa dan terhakis ke tempat lain . Hal ini disebabkan oleh peningkatan aras laut menyebabkan peningkatan tindakan ombak perubahan garis pinggir pantai. Ia meningkatkan kadar hakisan. c) Proses pemendapan akan menghasilkan banjir berlaku. Hal ini disebabkan aras laut akan menyebabkan gangguan kepada aliran sungai. Semakin banyak bahan mendapan termendak di dasar sungai maka sungai tidak mampu muat isipadu air yang banyak apabila hujan lebat berlaku. d) Pergerakan jisim seperti tanah runtuh, aliran lumpur dan kesotan tanih akan berlaku. Kekurangan litupan tumbuh-tumbuhan akibat daripada penyahutanan akan menambahkan kejadian tanah runtuh semasa atau selepas hujan lebat. Hal ini disebabkan kehadiran air hujan sebagai pelincir yang menggiatkan lagi proses tersebut. e) Pemanasan global akan menyebabkan pencairan salji menambah isipadu air sungai dan menambah isi beban. Hal ini disebabkan oleh ais yang mencair akan meningkatkan isipadu air laut dan seterusnya menenggelamkan kawasan rendah seperti Venice dan pulau-pulau kecil seperti Maldives. f) Fenomena saiz gurun akan bertambah besar akibat daripada pemanasan global. Hal ini disebabkan oleh gurun tersebut pada asalnya merupakan satu kawasan sub gurun yang terdiri daripada padang rumput savana yang subur. Tetapi proses penggurunan telah menyebabkan Gurun Sahel akhirnya bertukar menjadi gurun dan bercantum dengan Gurun Sahara kira-kira 20 tahun yang lalu. KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR MANUSIA a) Pelancongan terjejas. Hal ini disebabkan oleh pantai akan tenggelam atau terjejas. Hal ini disebabkan banyak hidupan akuatik seperti terumbu karang dan plankton akan musnah. Ini akan menjejaskan aktiviti pelancongan yang menjadi sumber pendapatan negara. Seperti negara Maldives, Bangladesh dan Holand dijangkakan akan tenggelam pada masa kelak kerana aras laut semakin meningkat. b) Perikanan juga akan terjejas. Hal ini disebabkan pancaran ultra ungu yang berlebihan menjejaskan proses fotosintesis terhadap fitoplankton dan juga tumbuhan hijau. Kemusnahan ekosistem ini akan menjejaskan rantaian tenaga dalam sesebuah ekosistem. Keadaan ini seterusnya menyebabkan berlaku kepupusan hidupan akuatik di tasik, sungai, paya dan laut. c) Pertanian @ penternakan terjejas. Hal ini disebabkan peningkatan cahaya ultra ungu menyebabkan kerosakan sel dan mikroorganisma kepada tanaman dan binatang ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri yang boleh melemahkan sistem pelalian badan haiwan tersebut. Contohnya kemarau melampau yang dialami di Jawa Barat telah menyebabkan lebih 30 000 hektar sawah padi menjadi kering kontang pada bulan Jun 2006. d) Pembalakan terjejas. Hal ini disebabkan oleh kebakaran hutan yang memusnahkan tumbuh-tumbuhan mati akibat kemarau yang berpanjangan.

Kebakaran hutan menyebabkan pokok mati atau tenggelam.Contohnya hutan konifer yang terdiri daripada spesis pokok tirus di Utara Amerika Syarikat mengalami kebakaran hutan yang agak serius pada awal tahun 2011. e) Aktiviti perindustrian juga dipengaruhi oleh peningkatan suhu global. Hal ini disebabkan oleh peningkatan industri IKS seperti pengeringan ikan kering, batik, kraftangan memerlukan panacaran tenaga matahari yang terik untuk mengeringkan hasilnya. Ini mungkin dapat menggiatkan lagi aktiviti perindustrian IKS. f) Aktiviti harian terjejas. Udara panas yang melampau menyebabkan ramai orang tidak berminat atau kurang keluar rumah. Hal ini disebabkan udara yang panas dan kering akan menyebabkan manusia mudah terjangkit penyakit seperti SARS, demam panas dan pelbagai penyakit yang mudah merebak pada cuaca panas, LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMANASAN GLOBAL a) Melalui penguatkuasaan undang-undang. Hal ini disebabkan sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang alam sekitar perlu dikenakan tindakan yang tegas. Pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Pindaan 1996) telah menetapkan hukuman ditingkatkan seperti denda RM100 ribu atau penjara 2 tahun kepada RM500 ribu atau penjara 5 tahun atau kedua-dua sekali b) Kempen kesedaran seperti kempen Cintai Bumi Kita dan pengisytiharan Hari Bumi pada 22 April setiap tahun dilaksanakan. Hal ini disebabkan kempen ini dilaksanankan melalui seminar, forum, media massa dan sebagainya dapat meneydarkan semua masyarakat. Semua pihak kerajaan, pihak swasta NGO perlu bekerjasama dalam memberi kesedaran kepada mayarakat tentang kepentingan memelihara alam sekitar. c) Pendidikan formal dan tidak formal. Pihak kementerian pelajaran perlu menerapkan isu-isu pemanasan global terhadap bumi dalam sukatan pelajaran seperti Geografi dan Sains. Hal ini disebabkan oleh melalui media massa dan elektronik untuk menyedari kesan pemanasan global ke atas kehidupan kita. d) Penggunaan bahan alternatif sebagai ganti CFC. Hal ini disebabkan lebih banyak bahan yang berasaskan air seperti dalam industri membuat komputer, ubat nyamuk, dan lain-lain lagi dapat mengurangkan pembebasan gas CFC ke atmosfera. Penggunaan helium bagi menggantikan gas CFC dalam industri penyaman udara. e) Persidangan Antarabangsa dijalankan seperti Persidangan Rio menggariskan 27 prinsip terhadap pembangunan alam sekitar. Hal ini disebabkan oleh Protokol Montreal ke-3 di Copenhagen, Denmark (1992) dapat mendesak mengurangkan aktiviti penyelidikan di Antartika. f) Mewartakan hutan simpan kekal seperti Hutan Simpan Sepilok, Hutan Simpan Rompin dan Hutan Simpan Kuala Gandah. Hal ini disebabkan banyak kawasan hutan telah digondolkan. Pihak kerajaan negeri perlu mewartakan lebih banyak kawasan hutan sebagai kawasan hutan simpan kekal yang terlindung daripada sebarang projek pembangunan.

PULAU HABA MAKSUD PULAU HABA. Perbezaan suhu antara pinggir bandar dengan pusat bandar. biasanya suhu lebih tinggi di pusat bandar berbanding dengan pinggir bandar yang disebabkan oleh aktiviti bandar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PULAU HABA. a) Kepadatan dan susun atur bangunan di bandar yang tidak sekata mampu memerangkap bahangan dan angin. Hal ini disebabkan permukaan berturap meningkatkan larian air permukaan dan mengurangkan kadar infiltrasi oleh tanah. Keadaan ini menyebabkan pengaliran haba menjadi terhad. Susunatur bangunan yang tidak seragam mewujudkan pusaran udara panas di pusat bandar dan menyebabkan suhu bandar terus meningkat. b) Kebanyakan permukaan bandar bersifat tak telap air atau berturap. Kawasan bandar dipenuhi dengan lapisan tar dan simen. Hal ini disebabkan keadaan ini membolehkan bahangan matahari diserap pada siang hari dan dibebaskan pada waktu malam adalah tinggi. Permukaan berturap juga meningkatkan larian air permukaan dan mengurangkan kadar infiltrasi oleh tanah. Ia menyebabkan kelembapan udara bandar adalah rendah dan proses sejatan adalah kurang berkesan dalam pembentukan wap air. c) Kurang kawasan hijau /tumbuhan/kelembapan bandingan rendah. Tumbuhan hijau memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kelembapan udara melalui sejatpeluhan. Hal ini disebabkan tumbuhan hijau menyebabkan proses sejatpeluhan berkurangan. Selain itu tumbuhan hijau menukarkan gas karbon dioksida kepada oksigen melalui proses fotosintesis sehingga menyebabkan kandungan karbon dioksida di kawasan bandar adalah tinggi. d) Bahan binaan menggunakan bahan binaan simen dan bangunan kaca Hal ini disebabkan oleh bahangan matahari pada waktu siang akan disimpan dan dibebaskan pada waktu malam. Cermin pula bertindak memantulkan bahangan matahari yang mengenainya dan mewujudkan pulau haba. e) Pembakaran terbuka juga mempengaruhi kejadian pulau haba. Hal ini disebabkan kepadatan penduduk yang tinggi menyebabkan bahan buangan menjadi tinggi. Pembakaran bahan buangan seperti kertas, plastik, tayar, dan sebagainya secara terbuka di taman perumahan dan tapak pelupusan sampah menyebabkan suhu bandar meningkat. f) Pembakaran bahan api fosil, kenderaan dan indisustri. Di kawasan bandar, aktiviti perindustrian giat berlaku. Hal ini disebabkan kilang menggunakan bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum untuk menjana tenaga bagi aktiviti industrinya. Bahan api fosil juga digunakan dalam kenderaan bermotor. Pembebasan asap oleh kilang dan kenderaan bermotor menghasilkan bahan pencemar ke udara seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, dan sebagainya sehingga menyebabkan suhu semakin meningkat di kawasan bandar. g) Penggunaan bahan CFC terutamanya alat pendingin hawa di bangunan pejabat dan rumah menyebabkan berlaku peningkatan suhu. Selain itu, CFC juga digunakan dengan banyak di kawasan bandar seperti alat penghawa dingin ,aerosol dan juga sebagai minyak wangi yang meningkatkan suhu. h) Kepadatan penduduk /metabolisme. Hal ini disebabkan kepadatan penduduk akan menyebabkan haba yang dibebaskan oleh badan manusia adalah tinggi. Pembebasan haba metabolik ini biasanya tertumpu di bandar utama seperti Georgetown, Kuala Lumpur dan Johor Bahru yang padat penduduk. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PULAU HABA. a) Melalui penguatkuasaan undang-undang. Hal ini disebabkan sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang alam sekitar perlu dikenakan tindakan yang tegas. Pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Pindaan 1996) telah menetapkan hukuman ditingkatkan seperti denda RM100 ribu atau penjara 2 tahun kepada RM500 ribu

atau penjara 5 tahun atau kedua-dua sekali. b) Mengadakan kempen kesedaran seperti kempen menggunakan petrol tanpa plumbum, kongsi kereta. Hal ini disebabkan melalui kempen kesedaran kpd masyarakat dunia melalui demonstrasi, ceramah, bengkel dapat menangani beberapa isu besar seperti isu pembalakan hutan, isu nuklear dan lain-lain lagi. c) Pendidikan alam sekitar secara formal dan tidak formal. Pendidikan formal melalui mata pelajaran Geografi, Pendidikan Moral, Sains. Hal ini disebabkan ia dapat mendidik dan menanam semangat mencintai alam sekitar di kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. d) Mewujudkan kawasaan hijau supaya menyederhanakan suhu kawasan bandar.Hal ini disebabkan kawasan hijau di kawasan bandar bagi meningkatkan kadar sejat peluhan dan juga proses fotosintesis. Ini dapat dilaksanakan melalui pendekatan Bandar Dalam Taman dan juga Bandar Bestari. e) Mengawal aktiviti pelepasan gas-gas rumah hijau. Hal ini disebabkan oleh penggunaan tenaga alternatif atau mesra alam seperti tenaga solar, hibrid, NGV kerana ia dapat mengurangkan penggunaan gas CFC. f) Perancangan pembangunan bandar yang teliti iaitu susunatur bangunan, kawasan lapang, pengzonan industri/bandar satelit, pemilihan warna cerah pada bangunan. Hal ini disebabkan warna cerah dapat meningkatkan nilai albedo dan mengurangkan kepanasan di persekitaran. g) Mempertingkatkan kelembapan bandingan udara di persekitaran. Hal ini disebabkan melalui kewujudan lebih banyak badan-badan air seperti tasik, kolam takungan, kawasan pancutan air dan penyemburan air atas bangunan dapat menyerap tenaga haba dari pancaran matahari dan ia dapat menambahkan kelembapan udara persekitaran. h) Meningkatkan penggunaan kenderaan awam seperti bas awam, LRT, teksi, kereta sewa dan sebagainya. Hal ini dapat disebabkan oleh ia dapat membantu penjimatan penggunaan bahan api fosil petroleum dan gas asli dalam kenderaan yang semakin meningkat. PENCEMARAN UDARA MAKSUD PENCEMARAN UDARA. Kehadiran dan keadaan di mana bahan tercemar seperti gas-gas, habuk, zarah, dan debu berada di ruang atmosfera secara berlebihan yang berpunca daripada aktiviti manusia . FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENCEMARAN UDARA. a) Sektor perindustrian terutama kilang memproses. Hal ini disebabkan oleh pembebasan asap oleh kilang dan kenderaan bermotor menghasilkan bahan pencemar ke udara seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, dan sebagainya sehingga menyebabkan suhu semakin meningkat di kawasan bandar. b) Pembakaran terbuka juga mempengaruhi pencemaran udara. Hal ini disebabkan kepadatan penduduk yang tinggi menyebabkan bahan buangan menjadi tinggi. Pembakaran bahan buangan seperti kertas, plastik, tayar, dan sebagainya secara terbuka di taman perumahan dan tapak pelupusan sampah menyebabkan suhu bandar meningkat. d) Bilangan kenderaan bermotor meningkat dengan pesat setiap tahun. Hal ini

disebabkan penggunaan petroleum berplumbum dan diesel menyebabkan pelbagai gas terbebas ke atmosfera melalui ekzos kenderaan. Gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan sebagainya menyebabkan suhu dunia meningkat melalui pembentukan selimut yang menghalang bahangan bumi terbebas ke angkasa. e) Kebakaran hutan juga menyebabkan pecemaran udara. Kebakaran hutan menyebabkan pokok mati atau tenggelam. Asap-asap kebakaran ini mengandung gas karbon dioksida, bahan ampaian dan debu yang menyebabkan nilai IPU menjadi tinggi. f) Letusan gunung berapi juga akan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Hal ini disebabkan oleh pembebasan letusan yang mengandungi gas carbn dioksida, sulfur dioksida dan habuk serta debu yang menambahkan bahan ampaian udara yang tidak membenarkan tenaga haba dibebaskan ke angkasa. Ini akan menambahkan lagi suhu persekitaran dan menyebabkan kualiti udara terjejas. KESAN PENCEMARAN UDARA TERHADAP ALAM SEKITAR. a) Masalah jerebu akan mengurangkan jarak penglihatan dan menambah risiko kemalangan terutama pengguna jalanraya, kapal terbang dan kapal laut. Hal ini disebabkan oleh bahan ampaian yang mengandungi habuk, debu, gas-gas lain menghalang penglihatan pengguna. Ini akan menyebabkan pemandu jalanraya, kapal terbang dan kapal laut mengagak jarak di bahagian depannya. Kes kemalangan dilipatgandakan pada ketika itu. b) Kejadian jerebu akan menjejaskan tanaman dalam sektor pertanian. Hal ini disebabkan oleh habuk dan debu akan menutup liang stoma daun pada tanaman. Maka tanaman tidak dapat menjalankan proses fotosintesis dan respirasi. Akhirnya tanaman petani akan menghadapi tumbesaran yang terbantut atau layu. c) Selain itu, masalah jerebu juga akan menimbulkan ancaman kesihatan kepada manusia dan haiwan. Hal ini disebabkan oleh partikel ampaian dan gas di ruang atmosfera telah meningkatkan suhu persekitaran. Banyak wabak penyakit akan mudah merebak seperti sakit mata, demam panas serta sebagainya akan mudah terjangkit. d) Menjejaskan sektor pelancongan. Ramai pelancong tidak dapat menjalankan aktiviti seperti berkhemah, jungle trackking, skuba diving dan lain-lain aktiviti di luar. Hal ini disebabkan kandungan gas karbon dioksida lebih daripada gas oksigen yang menyebabkan manusia tidak selesa dan sesak nafas. Oleh itu dalam kejadian jerebu, ramai pelancong tidak boleh melakukan aktiviti tersebut. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN UDARA. a) Melalui penguatkuasaan undang-undang. Hal ini disebabkan sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang alam sekitar perlu dikenakan tindakan yang tegas. Pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Pindaan 1996) telah menetapkan hukuman ditingkatkan seperti denda RM100 ribu atau penjara 2 tahun kepada RM500 ribu atau penjara 5 tahun atau kedua-dua sekali. b) Kempen kesedaran seperti kempen Cintai Bumi Kita dan pengisytiharan Hari Bumi pada 22 April setiap tahun dilaksanakan. Hal ini disebabkan kempen ini dilaksanankan melalui seminar, forum, media massa dan sebagainya dapat meneydarkan semua masyarakat. Semua pihak kerajaan, pihak swasta NGO perlu bekerjasama dalam memberi kesedaran kepada mayarakat tentang kepentingan memelihara alam sekitar. c) Pendidikan alam sekitar secara formal dan tidak formal. Pendidikan formal melalui mata pelajaran Geografi, Pendidikan Moral, Sains dapat mendidik dan menanam

semangat mencintai alam sekitar di kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. d) Meningkatkan penggunaan kenderaan awam seperti bas awam, LRT, teksi, kereta sewa dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh ia dapat membantu pnjimatan penggunaan bahan api fosil petroleum dan gas asli dalam kenderaan yang semakin meningkat. e) Mewujudkan kawasaan hijau supaya menyederhanakan suhu kawasan bandar. Hal ini disebabkan kawasan hijau di kawasan bandar bagi meningkatkan kadar sejat peluhan dan juga proses fotosintesis. Ini dapat dilaksanakan melalui pendekatan Bandar Dalam Taman dan juga Bandar Bestari. JEREBU MAKSUD JEREBU Keadaan di mana terdapat partikel terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi semasa keadaan cuaca kering dan udaranya yang stabil sehingga menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelubungi ruang atmosfera di sesuatu kawasan. FAKTOR YANG MENYEBABKAN JEREBU. FAKTOR SEMULAJADI a) Kebakaran hutan yang memusnahkan tumbuh-tumbuhan mati akibat kemarau yang berpanjangan. Kebakaran hutan menyebabkan pokok mati atau tenggelam. Hal ini disebabkan abu akan menutup liang stoma daun menyebabkan tumbuhan mati. Contohnya kebakaran hutan contoh di Pulau Sumatera dan Kalimantan pada 1997. b) Letusan gunung berapi juga akan menyebabkan kejadian jerebu yang serius. Hal ini disebabkan oleh pembebasan letusan yang mengandungi gas carbn dioksida, sulfur dioksida dan habuk serta debu yang menambahkan bahan ampaian udara yang tidak membenarkan tenaga haba dibebaskan ke angkasa. Ini akan menambahkan lagi suhu persekitaran. Contohnya Letusan gunung berapi Pinatubo di Pulau Luzon Filipina pada tahun 1991, kejaidian itu telah mengganggu pengangkutan udara beroperasi akibat jerebu yang tebal menghalang jarak penglihatan. FAKTOR BUATAN MANUSIA a) Pencemaran asap kenderaan bermotor terutama dikawasan bandar. Bilangan kenderaan bermotor meningkat dengan pesat setiap tahun. Hal ini disebabkan penggunaan petroleum berplumbum dan diesel menyebabkan pelbagai gas terbebas ke atmosfera melalui ekzos kenderaan. Gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida dan sebagainya menyebabkan suhu dunia meningkat melalui pembentukan selimut yang menghalang bahangan bumi terbebas ke angkasa. b) Pembakaran bahan api fosil, kenderaan dan indisustri. Di kawasan bandar, aktiviti perindustrian giat berlaku. Hal ini disebabkan kilang menggunakan bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum untuk menjana tenaga bagi aktiviti industrinya. Bahan api fosil juga digunakan dalam kenderaan bermotor. Pembebasan asap oleh kilang dan kenderaan bermotor menghasilkan bahan pencemar ke udara seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, dan sebagainya sehingga menyebabkan suhu semakin meningkat di kawasan bandar. c) Pembakaran terbuka juga mempengaruhi kejadian pulau haba. Hal ini disebabkan kepadatan penduduk yang tinggi menyebabkan bahan buangan menjadi tinggi.

Pembakaran bahan buangan seperti kertas, plastik, tayar, dan sebagainya secara terbuka di taman perumahan dan tapak pelupusan sampah menyebabkan jerebu bandar bertambah teruk. KESAN-KESAN JEREBU TERHADAP ALAM SEKITAR a) Masalah jerebu akan mengurangkan jarak penglihatan dan menambah risiko kemalangan terutama pengguna jalanraya, kapal terbang dan kapal laut. Hal ini disebabkan oleh bahan ampaian yang mengandungi habuk, debu, gas-gas lain menghalang penglihatan pengguna. Ini akan menyebabkan pemandu jalanraya, kapal terbang dan kapal laut mengagak jarak di bahagian depannya. Kes kemalangan dilipatgandakan pada ketika itu. b) Kejadian jerebu akan menjejaskan tanaman dalam sektor pertanian. Hal ini disebabkan oleh habuk dan debu akan menutup liang stoma daun pada tanaman. Maka tanaman tidak dapat menjalankan proses fotosintesis dan respirasi. Akhirnya tanaman petani akan menghadapi tumbesaran yang terbantut atau layu. c) Selain itu, masalah jerebu juga akan menimbulkan ancaman kesihatan kepada manusia dan haiwan. Hal ini disebabkan oleh partikel ampaian dan gas di ruang atmosfera telah meningkatkan suhu persekitaran. Banyak wabak penyakit akan mudah merebak seperti sakit mata, demam panas serta sebagainya akan mudah terjangkit. d) Menjejaskan sektor pelancongan. Ramai pelancong tidak dapat menjalankan aktiviti seperti berkhemah, jungle trackking, skuba diving dan lain-lain aktiviti di luar. Hal ini disebabkan kandungan gas karbon dioksida lebih daripada gas oksigen yang menyebabkan manusia tidak selesa dan sesak nafas. Oleh itu dalam kejadian jerebu, ramai pelancong tidak boleh melakukan aktiviti tersebut. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI JEREBU. a) Melalui penguatkuasaan undang-undang. Hal ini disebabkan sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang alam sekitar perlu dikenakan tindakan yang tegas. Pindaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Pindaan 1996) telah menetapkan hukuman ditingkatkan seperti denda RM100 ribu atau penjara 2 tahun kepada RM500 ribu atau penjara 5 tahun atau kedua-dua sekali. b) Mengadakan kempen kesedaran seperti kempen menggunakan petrol tanpa plumbum, kongsi kereta. Hal ini disebabkan melalui kempen kesedaran kpd masyarakat dunia melalui demonstrasi, ceramah, bengkel dapat menangani beberapa isu besar seperti isu pembalakan hutan, isu nuklear dan lain-lain lagi. c) Pendidikan alam sekitar secara formal dan tidak formal. Pendidikan formal melalui mata pelajaran Geografi, Pendidikan Moral, Sains. Hal ini disebabkan ia dapat mendidik dan menanam semangat mencintai alam sekitar di kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. d) Pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hal ini disebabkan dengan cara menyembur larutan garam iodin ke dalam gumpalan awan kumulonimbus dapat membantu menghasilkan hujan tiruan kerana potensinya menampung wap air yang banyak. Larutan garam iodin yang disembur ke dalam awan bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik wap-wap air dalam awan untuk mempercepatkan pembentukan hablur-hablur air. Hablur-hablur air yang terbentuk akan membesar dan seterusnya pertambahan berat dan tarikan graviti hablur-hablur air jatuh ke bawah menjadi manik-manik hujan. Secara langsung titisan hujan yang turun turut menjadikan udara berkeadaan bersih. e) Kerjasama serantau sesperti ASEAN dapat menjalin kerjasama membantu memadamkan kebakaran hutan di Indonesia. Hal ini disebabkan melalui kerjasama di

kalangan negara anggota ASEAN bagi mengatasi masalah alam sekitar telah lama diadakan. Contohnya, dalam usaha untuk memadamkan kebakaran hutan yang pernah berlaku di Indonesia. Negara Malaysia telah menghantar pasukan bomba khas untuk memadamkan kebakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera (Indonesia). f) Mengurangkan kadar pencemaran udara oleh sumber kenderaan bermotor. Hal ini disebabkan oleh sumber kenderaan seperti penggunaan enjin motorsikal dua lejang yang mengeluarkan lebih banyak bahan hidrokarbon tidak terbakar dan karbon monoksida digantikan dengan enjin motorsikal empat lejang. HUJAN ASID MAKSUD HUJAN ASID Air hujan yang turun di sesuatu kawasan mengandungi kandungan asid yang tinggi atau ph kurang daripada 5. PUNCA HUJAN ASID a) Aktiviti Perindustrian. Industri yang menggunakan bahan fosil sebagai bahan bakarnya seperti petrokimia akan membebaskan karbon monooksida ke udara.pengumpulan bahan-bahan ini membentuk satu lapisan penebat yang memerangkap haba matahari yang menyumbang kepada kesan rumah hiaju. b) Penebangan hutan secara berleluasa. Penebangan hutan secara beleluasa menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon oksida di udara tidak seimbang. Selain itu,penebangan hutan juga menyebabkan peningkatan karbon dioksida di bumi kerana proses fotosintesis menjadi kurang akibat daripada penebangan hutan. c) Asap kenderaan bermotor. Mendorong berlakunya pertambahan hujan asid. pertambahan kenderaan bermotor yang menggunakan petroleum berplumbum dan diesel menyebabkan pelbagai gas seperti karbon Dioksida,karbon monksida,sulfur dioksida dan sebagainya menyebabkan suhu bumi Dunia meningkat melalui pembentukan selimut yang menghalang bahangan matahari bumi terbebas ke angkasa. d) Stesen janakuasa elektrik termal. Pembakaran bahan-bahan fosil iaitu bahan bakar konvensioal seperti arang batu,gas asli,petroleum dan diesel meningkatkan pengeluaran gas-gas yang tercemar seperti karbon dioksida,karbon monodiokasida dan lain-lain. Kesemua gas ini akan menyerap oleh radiasi gelombang panjang bumi(infra merah). Letusan gunung berapi . Letusan gunung berapi juga akan menyebabkan kejadian jerebu yang serius. Hal ini disebabkan oleh pembebasan letusan yang mengandungi gas carbn dioksida, sulfur dioksida dan habuk serta debu yang menambahkan bahan ampaian udara yang tidak membenarkan tenaga haba dibebaskan ke angkasa. Gas-gas tersebut akan bertindakbalas dengan wap-wap air dan menghasilkan hujan asid. e) Kebarakn hutan. Hal ini disebabkan hutan yang terbakar akan membebaskan banyak gas pencemar seperti nitrogen dioksida, karbon monoksida, karbon dioksida, dan hidrokarbon ke atmosfera. Kebakaran hutan disebabkan oleh beberapa faktor seperti kegiatan pertanian pindah yang membakar pokok-pokok yang ditebang. Contohnya,

pembukaan kawasan ladang di Indonesia telah menyebabkan pembakaran kira-kira 176 kawasan bagi mengusahakan ladang pertanian. KESAN BERLAKUNYA KEJADIAN HUJAN ASID a) Kenaikan paras laut. Kenaikan paras laut Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulanketulan ais dan Glasier menyebabkan kejadian banjir di kawasan persisiran pantai seperti yang berlaku di bandar-bandar persisiran bangladesh,delta sungai Nil Mesir dan Belanda. Limpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan meninggikan salinit (kemanisan) tanah.Ini menjadikan kurang sesuai untuk pertanian. b) Perubahan iklim yang sangat ekstrim di bumi. Hal ini disebabkandapat mengakibatkan terganggunya hutan dan ekosistem lainnya, sehingga mengurangi kemampuannya untuk menyerap karbon dioksida di atmosfer. Pemanasan global mengakibatkan mencairnya gunung-gunung es di daerah kutub yang dapat menimbulkan naiknya permukaan air laut. Efek rumah kaca juga akan mengakibatkan meningkatnya suhu air laut sehingga air laut mengembang dan terjadi kenaikan permukaan laut yang mengakibatkan negara kepulauan akan mendapatkan pengaruh yang sangat besar. c) Kemusnahan hidupan akuatik berlaku. Hal ini disebabkan oleh hujan asid yang masuk ke dalam sungai akan mumbununh hidupan akuatik seperti udang dan ikan. Ia pernah terjadi di Sweden dan Finland di mana hujan asid telah menyebabkan udang krai mati. Keadaan ini menyebabkan penduduk di situ terpaksa mengimport udang dari Amerika Syarikat. d) Kemusnahan ekosistem hutan terjejas. Hal ini disebabkan oleh kandungan hujan asid dengan PH kurang dari 5 menyebabkan kemusnahan hutan. Hujan asid menyebabkan pokok menjadi lemah kerana akar pokok menjadi lemah dan tidak dapat meresap nutrient. e) Aktiviti pertanian terganggu. Hujan asid akan menyebabkan kandungan asid di dalam tanah semakin tinggi. Hal ini disebabkan kesuburan tanah dan aktiviti pertanian akan terganggu. Tanaman seperti sayur-sayuran, bijirin dan buah-buahan akan musnah. Contohnya ladang gandum di India yang berhampiran dengan kilang yang membebaskan gas sulfur dioksida mengalami penurunan hasil pengeluaran sebanyak 49% berbanding kawasan tanaman gandum yang terletak 25 km jauhnya dari kilang tersebut. f) Menjejaskan kesihatan manusia. Penyakit kulit, sakit kepala dan sebagainya. Hal ini disebabkan atmosfera mengandungi banyak asap-asap yang mengandungi gas bertoksid seperti plumbum dioksida, karbon dioksida dan sulfur dioksida yang merbahayakan kesihatan manusia. f) Kerosakan harta benda penduduk. Hujan asid menyebabkan kenderaan berkarat, cat bangunan luntur, zink rumah berkarat dan lain-lain. Ini disebabkan asid lemah dari hujan bertindakbalas dengan besi menjadi besi oksida yang memudahkan bahan-bahan kandungan besi cepat reput. LANGKAH MENGATASI KEJADIAN HUJAN ASID a) Penguatkuasaan undang-undang Alam Sekitar. Tindakan undang-undang perlu dilakukan untuk mendenda pihak yang terbabit. Contohnya, Akta kawalan mutu alam sekitar 1975(pindah 1996) perlu diperluaskan dalam mengurangkan kesan rumah hijau. Kerajaan perlu mengemas

kini dan memperluaskan peraturan serta kaedah penilaian impak alam sekitar bagi setiap projak rumah hijau. c) Kempen cintai Alam Sekitar. Kempen kesedaran oleh badan-badan sukarela seperti Green Peace dan WWF meningkatkan kempen kesedaran kpd masyarakat dunia. Hal ini disebabkan melalui demonstrasi, ceramah, bengkel dalam menangani beberapa isu besar seperti isu pembalakan hutan, isu nuklear dan lain-lain lagi supaya menyedarkan masyarakat di sekitar. d) Penggunaan petrol tanpa plumbum. Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum.penyelidikan perlu ditingkatkan dalam meningkatkan penggunaan sumber mesra seperti tenaga solar,angin,biomas dan ombak. Hal ini disebabkan oleh sumber bahan api fosil seperti petrol,diesel,dan lain-lain akan membebaskan gas bertoksid seperti sulfur dioksida, plumbum dioksida dan hidrokarbon yang menambahkan hujan asid di atmosfera. Oleh itu pergantungan sumber tenaga tersebut perlu dikurangkan. e) Penggunaan bahan mesra alam. Mencipta bahan pengganti bagi CFC yang lebih mesra alam serta harga yang berpatutan seperti penggunaanbahan sumber air. Menghentikan penggunaan bahan-bahan penyembur seperti dalam minyak pembunuh serangga. Hal ini disebabkan racun serangga mengandungi bahan-bahan bertoksid seperti sulfur, ammonia, plumbum. f) Menanam semula pokok. Tumbuhan di kawasan penebangan hutan bagi menyederhanakan suhu bumi. Hal ini disebabkan penanaman semula tumbuhanan dapat memperbanyakkan kadar sejat peluh dan dapat menurunkan suhu bumi. Tumbuh-tumbuhan berfungsi membebaskan gas oksigen dan menyerap gas karbon dioksida yang boleh menyederhanakan suhu persekitaran. PULAU SEJUK BANDAR MAKSUD PULAU SEJUK. fenomena cuaca di kawasan bandar terutama di pusat bandar yang sejuk dan nyaman akibat daripada perancangan pembangunan bandar lestari di mana menghijaukan bumi. dilaksanakan SEBAB BERLAKU PULAU SEJUK BANDAR. a) banyak kawasan tumbuh-tumbuhan atau kawasan hijau. Hal ini disebabkan tumbuhan hijau menyebabkan proses sejatpeluhan berkurangan. Selain itu tumbuhan hijau menukarkan gas karbon dioksida kepada oksigen melalui proses fotosintesis sehingga menyebabkan kandungan karbon dioksida di kawasan bandar adalah tinggi. b) kawasan badan air yang banyak. Hal ini disebabkan kawasan hijau di kawasan bandar bagi meningkatkan kadar sejat peluhan dan juga proses fotosintesis. Ini dapat dilaksanakan melalui pendekatan Bandar Dalam Taman dan juga Bandar Bestari. c) Pengangkutan LRT dan Monorel. Ini dapat mengurangkan penggunaan bilangan kenderaan. Hal ini disebabkan penggunaan petroleum berplumbum dan diesel menyebabkan pelbagai gas terbebas ke atmosfera melalui ekzos kenderaan. Gas seperti karbon dioksida,

karbon monoksida, sulfur dioksida dan sebagainya menyebabkan suhu dunia meningkat melalui pembentukan selimut yang menghalang bahangan bumi terbebas ke angkasa. d) Kurangkan atau tiada aktiviti perindustrian di kawasan sekitar bandar. Hal ini disebabkan pembebasan asap oleh kilang menghasilkan bahan pencemar ke udara seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, dan sebagainya sehingga boleh menyebabkan suhu semakin meningkat di kawasan bandar. e) Susun atur bandar yang lebih terancang. Sentiasa berlaku pergerakan udara/udara sentiasa bergerak. Jika kepadatan dan susun atur bangunan di bandar yang tidak sekata mampu memerangkap bahangan dan angin. Hal ini disebabkan permukaan berturap meningkatkan larian air permukaan dan mengurangkan kadar infiltrasi oleh tanah. Keadaan ini menyebabkan pengaliran haba menjadi terhad. Susunatur bangunan yang tidak seragam mewujudkan pusaran udara panas di pusat bandar dan menyebabkan suhu bandar terus meningkat. f) Kurangkan kawasan tepu bina dengan bangunan konkrit, simen. Hal ini disebabkan oleh bahangan matahari pada waktu siang akan disimpan dan dibebaskan pada waktu malam jika kawasan tepu bina. Cermin pula bertindak memantulkan bahangan matahari yang mengenainya dan mewujudkan pulau haba.

KESAN KEJADIAN PULAU SEJUK BANDAR. a) Mengurangkan peningkatan suhu yang tinggi di kawasan bandar. Hal ini disebabkan kurangnya bahan atau gas tercemar yang boleh membantu menggelakan peningkatan suhu di sesuatu kawasan.Biasanya bahan dan gas tercemar boleh membantu mempercepatkan peningkatan suhu. b) Mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan peningkatan pencemaran udara di sesuata kawasan. Hal ini disebabkan pencemaran udara boleh meningkatkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan seperti asma dan sakit tekak serta demam. Malaha boleh menyebabkan kekeringan kulit akibat kepanasan suhu dan kurang memnimum air. c) Memberi keselesaan kepada penduduk. Hal ini menyebabkan penduduk boleh berehat dan tidur dengan nyaman tanpa memikirkan rasa panas akibat kejadian pulau haba. Ini boleh meningkatkan kesihatan penduduk kerana mempunyai rehat yang cukup. d) Mengurang dan menjimatkan penggunaan sumber tenaga elektrik. Hal ini disebabkna penduduk tidak perlu mengunakan penghawa dingin sama ada di rumah atau di pejabat. Sedangkan sebelum ini penggunaan alat penghawa dingin boleh dikatakan sehingga ketahap 24 jam. e) Kegiatan harian boleh dijalankan tanpa gangguan kepanasan. Hal ini disebabkan dengan suhu yang lebih sejuk membolehkan penduduk menjalankan kegiatan harian seperti berjogging dan bermain di taman kanak-kanak dengan keadaan lebih selesa.