Vous êtes sur la page 1sur 5

Kepentingan hubungan etnik di Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang

kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsipprinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Berdasarkan pengalaman 13 Mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Hal ini dikatakan

demikian kerana hubungan etnik yang harmonis yang menjadi resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Peristiwa tersebut telah mendedakan kepada kita semua bahawa Malaysia sebagai sebuah Negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekomoni yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 turut memandang penting isu ini lalu merencanakan Gagasan 1 Malaysia dengan tema, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Melalui pelaksanaan Gagasan 1 Malaysia, rakyat di negara ini digesa untuk terus memelihara serta mengekalkan perpaduan antara kaum. Dengan mempunyai hubungan etnik yang kukuh dan baik, malah masyarakat negara kita dapat menjadi lebih harmoni dan damai. Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia kini telah hidup bersatu padu, bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain. Suasana yang aman dan tenteram tanpa perasaan curiga

mencurigai antara satu sama lain dapat melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek sahsiah diri, rohani, mentel dan fizikal. Oleh hal yang demikian, hal ini penting untuk terus dikekalkan bagi memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat terjamin. Selain itu, keterbukaan pemimpin negara dalam bidang pendidikan banyak menyumbang ke arah perpaduan kaum. Sebagai buktinya, di Malaysia wujud Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang masing-masing menggunakan bahasa ibunda, tetapi pada masa yang sama bahasa lain boleh dipelajari. Hal inilah yang menyebabkan semua kaum di

Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni kerana perasaan prejudis kepada kaum lain tidak wujud. Jelas menunjukkan bahawa hubungan etnik yang harmoni mampu diwujudkan jika perpaduan antara kaum dapat dikukuhkan. Hubungan baik yang

terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Dalam aspek agama, rakyat Malaysia akan menghormati

antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, budaya, adat resam dan agama dengan hati yang terbuka. Bukan itu sahaja, hubungan erat dapat dijalinkan dengan pengunjungan rumah jiran semasa hari perayaan. Sebagai contoh, orang Cina akan mengunjung ke rumah orang Melayu semasa perayaan Hari Raya Aldifitri. Selain itu, hubungan etnik yang harmonis dapat mewujudkan pelbagai budaya dalam negara kita. Pelbagai kaum di negara Malaysia yang mengamalkan budaya atau adat resam mereka yang tersendiri. Budaya atau adat resam ini telah menjadi satu identiti kepada kaum-kaum tertentu, contohnya kaum Melayu, Cina, India, dan kaum minoriti yang lain terutama di Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik untuk diperhatikan. Dengan ini, Malaysia berpotensi menjadi sebuah destinasi pelancongan. Ramai pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Banyak keunikan cara hidup masyarakat pelbagai kaum dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian makanan, pakaian, rumah ibadat, kesenian dan sebagainya kepada pelancong asing. Keunikan inilah yang menyebabkan pelancong dari Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur datang ke Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat kebudayaan pelbagai kaum. Melalui hubungan etnik yang erat, dasar dan program pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, penggabungan parti-parit politik seperti Barisan Nasional, Integrasi Wilayah yang merapatkan jurang kemiskinan antara luar Bandar dan Bandar serta merapatkan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dapat

direalisasikan.

Hal ini kerana oleh sebab rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai

kaum, maka perpaduan kaum amat mustahak untuk memastikan setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dapat disokong serta diterima oleh semua kaum. Sebagai

contohnya, selepas 55 tahun merdeka, kita dapati kesinambungan perkongsian pemerintahan terus berlangsung sehingga kini. Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC terus berlangsung sehingga kini walaupun wujud persaingan dengan parti

pembangkang yang lain. UMNO didominasi oleh orang-orang Melayu, MCA didominasi oleh orang-orang Cina dan MIC didominasi oleh orang-orang India. Setiap etnik diwakili dalam pentadbiran negara. Secara tidak langsung hal ini menunjukkan bahawa tiada sekatan untuk etnik-etnik lain selain etnik Melayu menceburkan diri dalam bidang politik bersama-sama untuk membawa kemajuan kepada negara Malaysia. Dengan adanya hubungan etnik yang erat di negara, kita dapat mewujudkan kestabilan politik di negara kita. Tidak dapat dinafikan bahawa antara sebab utama pelabur asing berani menanam modal di sesebuah negara adalah kerana kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang mesra pelabur. Hal ini kerana mereka tidak mahu modal yang dilaburkan di sesebuah negara akan rugi akibat pergolakan yang berlaku di sesebuah negara. Malaysia bertuah kerana menjadi destinasi pelabur asing dari Amerika, Eropah, Jepun, China dan India. Selain itu, banyak pelabur dari China membawa modal yang banyak untuk dilaburkan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi di Cyberjaya kerana yakin dengan usaha kerajaan yang bersungguhsungguh untuk memacu negara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Sudah tentu modal yang dilaburkan itu mampu menjana pendapatan kepada negara sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada

penduduk setempat. Pelabur ini berani menanam modal di sini adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kestabilan politik negara ekoran daripada masyarakat yang hidup bersatu padu tanpa sebarang perbalahan. Hubungan etnik yang kukuh di Malaysia juga akan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan

berminat untuk melabur di Malaysia. Di samping itu, dengan Wawasan 2020 yang menghampiri penghujung sekali gus menjadi misi utama negara yang perlu dikecapi. Hubungan etnik yang harmoni amat penting dalam memastikan tanah air kita yang tercinta ini terus maju mengorak langkah ke hadapan. Masyarakat majmuk tanpa

mengira bangsa dan agama masing-masing berusaha dan bekerjasama antara satu sama lain untuk meletakan Malaysia di peta dunia, agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negaa maju yang lain. Pelbagai bidang di negara ini mempu meraih kecemerlangan apabila wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dalam bidang sukan umpamanya, kita akan mampu menjulang kejayaan sekiranya warga sukan menolak elemen perkauman. Datuk Misbun Sidek, yang merupakan

jurulatih kepada Datuk Lee Chong Wee menjadi testimoni terhadap kepentingan perpaduan apabila Datuk Lee Chong Wee berjaya menempa nama sebagai Pemain Nombor Satu Dunia.

Secara kesimpulannya, dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu dihargai agar terus

dirasai oleh generasi akan datang. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Kita harus mempelajari iktibar daripada peristiwa-peristiwa lama. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Vous aimerez peut-être aussi