Vous êtes sur la page 1sur 6

Setelah membaca rencana Kita Suka Berbahasa Inggeris saya berasa hampa dan kecewa terhadap sikap masyarakat

Malaysia yang suka mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris telah menyebabkan martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan semakin hari semakin luntur di negara kita. Bahasa Melayu sebagai wahana perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara kita dipandang enteng. Hal ini kerana, gejala pembentukan kata pada bahasa Melayu yang semakin menular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kita sedia maklum bahawa kosa kata dalam bahasa Melayu diperkaya melalui proses peminjaman kata daripada bahasa asing. Dalam senarai itu, bahasa yang menjadi pilihan utama untuk meminjam ialah Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Oleh hal yang demikian, dengan arus pemodenan dan kemajuan bidang teknologi, tidak terkira perkataan perkataan yang dipinjam dari bahasa Inggeris. Pada perspektif saya, saya masih hairan mengapakah perkataan-perkataan dari Bahasa Inggeris perlu dipinjam untuk digunakan dalam bahasa Melayu sedangkan kita sedia ada kosa kata yang sepatutnya dalam bahasa Melayu? Hal ini mungkin kerana, kosa kata dalam bahasa Inggeris terlalu bombastik untuk disebut, kononnya mempunyai standard yang tinggi. Mungkin juga, masyarakat menganggap penggunaan kosa kata bahasa Inggeris dalam pertuturan dan penulisan seharian menjadikan mereka standing dengan masyarakat barat.

Walau apa sekalipun alasan mereka, usaha memartabatkan bahasa Melayu menjadi tanggungjawab afdal setiap rakyat Malaysia. Implikasi yang bakal kita hadapi adalah lebih parah jika pembentukkan kata dalam bahasa Inggeris semakin rancak digiatkan. Sebelum kita melihat implikasinya secara mendalam, kita harus meneliti sejauh manakah gejala pembentukkan kata dalam bahasa Inggeris belaku dalam bahasa Melayu. Gelaja pembentukan kosa kata dalam bahasa Inggeris berlaku secara dua jenis. Antaranya ialah dalam bentuk penulisan dan verbal. Pembentukkan kosa kata dalam bentuk penulisan bermaksud penggunaan bahasa Inggeris untuk menulis sesuatu teks dalam bentuk rumi atau jawi. Manakala, pembentukkan kata secara verbal pula bermaksud sebutan kosa kata seperti bahasa Inggeris. Kedua-dua jenis pembentukkan kata bahasa Inggeris sama-sama mencemarkan keindahan bahasa Melayu yang diwarisi secara turun temurun. Gejala pembentukkan kata bahasa asing ini hampir meracuni semua sektor di negara kita. Antaranya ialah politik, ekonomi, sosial, pendidikan, perubatan, pengangkutan, perhubungan, perindustrian, pertanian, dan banyak lagi boleh diambil sebagai contoh. Berikut adalah beberapa contoh pembentukkan kata dalam bahasa Inggeris walaupun terdapat kosa katanya dalam bahasa Melayu.

SEKTOR POLITIK BIL 1 2 3 BAHASA INGGERIS Minister Election Ministry BAHASA MELAYU Menteri pilihanraya Kementerian

SEKTOR EKONOMI BIL 1 2 3 BAHASA INGGERIS Loss Inflasi Syers BAHASA MELAYU Kerugian Kegawatan kemelesetan Saham

SEKTOR PENDIDIKAN BIL 1 2 3 BAHASA INGGERIS Akademik Blackboard Subjek (sabjek) BAHASA MELAYU Pelajaran Papan hitam SUBjek

SEKTOR PERUBATAN BIL 1 2 3 BAHASA INGGERIS Injection Medicine Priscription BAHASA MELAYU Suntikan Ubat-ubatan. Senarai ubatan

SEKTOR PENGANGKUTAN BIL 1 2 3 BAHASA INGGERIS High way PLUS (sebutan PLAS) Towing BAHASA MELAYU Lebuh raya PLUS Kereta tarik

SEKTOR PERHUBUNGAN BIL 1 2 3 BAHASA INGGERIS Broadband Handphone Laptop BAHASA MELAYU Jalur lebar Telefon bimbit Komputer riba

SEKTOR PERINDUSTRIAN BIL 1 2 3 BAHASA INGGERIS Overtime Human resourse QC BAHASA MELAYU Kerja lebih masa Sumber manusia Penjaga kualiti

Hampir 90% pembentukkan kosa kata dalam bahasa Melayu dipinjam daripada bahasa Inggeris. Setiap ayat yang kita tulis mahupun bertutur mempunyai pernggunaan bahasa Inggeris. Hal ini akan memberikan implikasi yang parah terhadap kesantunan bahasa Melayu, Pada pandangan saya, mungkin terdapat banyak faktor atau sebab,

menegapakah masyarakat suka menggunakan perkataan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian . Yang pertamanya, masyarakat sudah biasa panggilan asal sesuatu perkara. Contohnya, perkataan Broadband telah ditemui terlebih dahulu sebelum diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Jadi, masyarakat berminat dengan nama asal sesuatu berbanding nama penterjemahan. Selain itu, nama nama persatuan atau organisasi juga banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, UMNO bermaksud United Malays National Organisation. Mungkin keluar persoalan, mengapakah nama sesuatu organisasi kaum Melayu dinamakan dalam bahasa Inggeris. Kita sedia maklum bahawa UMNO ditubuhkan di Malaysia pada zaman pentadbiran tentera British, iaitu sebelum merdeka. Jadi masyarakat melayu pada masa itu, harus menunjukkan semangat organisasinya kepada pihak penjajah. Di mana pihak British tidak tahu bahasa Melayu. Oleh sebab itulah, UMNO dikekalkan sehingga sekaran sebagai tanda sejarah. Walaubagaimanapun, bukan semua situasi yang boleh kita terima untuk menggunakan bahasa Inggeris. Banyak lagi organisasi yang memakai nama Inggeris berkeliaran di negara kita. Tamsilnya, Johor FC, PDRM United dan sebagainya. Pembentukkan kata bahasa Inggeris sebeginilah harus kita bendung. FC bemaksud

Football Club. Persoalannya mengapakah kita perlu menamakan Johor FC sedangkan kita boleh menamakan Kelab Bola Sepak Johor. Adalah rakyat Malaysia tidak tahu apa itu boleh sepak, atau sahaja hendak membangga-banggakan nama Inggeris. Mungkin juga sgelintir berpendapat bahawa nama Johor FC menyebabkan mereka setanding dengan kelab bola sepak barat. Sebenarnya kemenangkan sesuatu kelab bolah sepak bergantung kepada para pemain buka pada nama kelab tersebut. Ada juga beberapa projek kerajaan yang mempunyai nama Inggeris. Sebagai contoh, FELDA dan FELCRA. Projek kerajaan ini adalah untuk menaikan taraf hidup masyarakat luar Bandar khasnya masyarakat Melayu. Jadi, apakah rasionalnya, memberi nama Inggeris kepada projek kerajaan. Jika difikir secara mendalam, projekprojek kerajaan ini dilakukan dengan kerjasama syarikat-syarikat swasta seperti Guthry, Sime Darby dan sebagainya. Mungkin juga nama-nama ini diberi untuk memudahkan urusan perniagaan dan pertanian sesame mereka. Sebagai intiha, alasan setinggi gunung boleh diberikan untuk memenangkan pembentukkan kata bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris, tetapi kita perlu sedar bahawa bahasa pusaka kita sedang menuju kepupusan. Bumi bahasa warisan kita semakin hari semakin gersang. Kita sebagai bakal guru bahasa Melayu haruslah memikul tanggungjawab untuk menyuburkan semula tanah yang gersang demi bahasa tercinta kita. Gelaja pembentukkan kata bahasa Inggeris hari diletakkan tanda noktah dengan kadar segera supaya bahasa Melayu terus megah di mata dunia.

Vous aimerez peut-être aussi