Vous êtes sur la page 1sur 8

TEKNIK IN TRACK SEE: SATU KAEDAH MENGENAL DAN MEMBACA JAWI DENGAN MUDAH BAGI 10 PELAJAR TAHUN 5 GEMILANG.

OLEH SHARIL AZRUL BIN MOHD SOHAIMI SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAN 11500 JALAN KAMPUNG MELAYU AIR ITAM, P. PINANG ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 5 Gemilang yang sukar untuk mengenal dan membaca perkataan Jawi. Seramai 10 orang muridmurid 5 Gemilang, SK Sri Aman dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui Ujian Prestasi, Peperiksaan Penggal dan Ujian Pencapaian Jawi Semester 1. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid tidak dapat mengeja dan membaca perkataan Jawi dengan betul. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan membaca Jawi Teknik IN TRACK SEE. Murid-murid telah didedahkan kepada Teknik IN TRACK SEE selama 60 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid-murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid-murid lebih seronok dan mudah membaca dengan teknik ini.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Sepanjang pengalaman saya mengajar Pendidikan Islam di sekolah selama 6 tahun di SK Sri Aman, saya berhadapan dengan masalah pelajar yang tidak minat dengan subjek ini terutamanya masalah membaca buku dalam tulisan Jawi. Dalam subjek Pendidikan Islam, asas Jawi merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian. Ini kerana, buku teks dan soalansoalan peperiksaan serta ujian yang dijalankan sepenuhnya dalam tulisan Jawi. Pada permulaan saya mengajar subjek ini, saya dapati pelajar yang lemah ini menghadapi kesukaran untuk menyebut dan mengeja perkataan dalam tulisan Jawi. Walaupun pelajar ini pernah belajar subjek ini dari Tahun 1 hingga Tahun 4, mereka masih gagal untuk menguasai asas tulisan Jawi. Apa yang saya perolehi, mereka sukar untuk membunyikan suku kata perkataan dengan baik. Ini secara tidak langsung, menyebabkan mereka tidak dapat membaca Jawi dengan betul dan fasih. Dalam ujian dan peperiksaan yang dijalankan sebelum ini, antara alasan yang diberikan seperti soalan agak susah dan tidak tahu membaca tulisan Jawi dengan baik. Ada pula yang mengatakan susah la Jawi ni Ustaz.. Tak reti la. Kenapa Jawi ni tulis macam ni Namun ada juga sekali sekala saya memperli mereka dengan kata-kata seperti. Budak Prasekolah atau Tadika lebih baik daripada kamu Kamu perlu belajar di Tadika semula rasanya Walau apa pun motivasi yang diberikan, mereka masih di tahap yang sama. Tiada perubahan yang besar berlaku.

Analisa keputusan Ujian Prestasi 1 Tahun 2011 untuk kelas 5 Gemilang agak mengecewakan dan sedih. Hanya dua orang sahaja murid-murid yang mendapat markah 50 ke atas. Rasanya saya telah berusaha semampu yang boleh sehinggakan saya sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit untuk mencetak bahan tambahan kepada mereka. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya pada rakan-rakan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu. Antaranya : - Mereka memang lemah, memang patut pun masuk kelas 5 Gemilang ini. - Biarlah, memang diorang tak nak belajar, mak bapak pun tak ambik tahu pasal anak. - Jangan tensionkan diri. Awak tu muda lagi. Nanti kena darah tinggi Saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah memarahi, mendenda dan meminta murid-murid 5 Gemilang menulis di atas sekeping kertas, sebab-sebab mereka tidak minat belajar subjek Pendidikan Islam. Saya juga telah meminta semua guru yang

mengajar 5 Gemilang memberikan pandangan mereka mengenai sikap dan pencapaian muridmurid 5 Gemilang. Kesemua guru mengatakan murid-murid lelaki 5 Gemilang kurang berdisiplin, rendah motivasi diri, tidak serius terhadap murid-murid dan pencapaian mereka agak rendah. Manakala murid-murid perempuan pula, walaupun lebih berdisiplin dan rajin tetapi pencapaian mereka masih kurang memuaskan. Antara sebab-sebab mereka gagal di dalam subjek ini seperti : - Tidak membuat ulangkaji - Sikap sambil lewa di dalam kelas - Tidak faham soalan dan lain-lain lagi Maklum balas yang diberikan oleh murid-murid dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.

2.0 ISU KEPERIHATINAN Oleh kerana pelajar menghadapi masalah dalam mengenal huruf dan membaca Jawi dengan baik dan lancar, saya akan menfokuskan kajian ini bagaimana untuk membantu pelajar mengenal huruf, mengeja dan membaca Jawi dengan mudah dan cepat. Pelajar akan diberikan Teknik Asas Jawi yang saya cipta khusus untuk mereka. Saya yakin jika saya dapat mempelbagai dan meningkatkan kaedah P&P, sikap negatif dan pencapaian murid-murid 5 Gemilang yang rendah akan dapat diperbaiki. Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid-murid boleh menyebabkan seseorang murid-murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 OBJEKTIF AM Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut : i. Objektif Umum

Meningkatkan bilangan pelajar yang boleh mengeja dan membaca jawi dengan betul. ii. Objektif Khusus

Meningkatkan bilangan pelajar mencapai sasaran sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Pendidikan Islam. Meningkatkan keupayaan menyebut perkataan baru dengan betul oleh pelajar. Membantu pelajar menguasai kemahiran mengenal dan mengeja perkataan Jawi. Meningkatkan peratus pelajar lulus dalam subjek Pendidikan Islam. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini akan melibatkan 10 orang pelajar Tahun 5 Gemilang yang mengikuti Pemulihan Jawi dan akan mengambil UPSR pada Tahun 2012. Lelaki : 8 orang Perempuan : 2 orang

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan muridmurid kurang memberi respons kepada soalan yang diajukan. Sebagaimana kebiasaannya, murid-murid perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya muridmurid lelaki kurang bersungguh dan kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P yang dijalankan.

5.1.2 Ujian Prestasi 1 Saya telah membuat analisa markah Ujian Prestasi 1 untuk subjek Pendidikan Islam Kelas 5 Gemilang terlebih dahulu. Saya dapati markah yang diperolehi amat rendah dan perlu tindakan segera untuk mengatasi masalah ini khususnya tulisan Jawi. Berikut adalah jadual analisa markah Ujian Prestasi 1 yang dikumpul.
BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 NAMA MOHAMAD AIDIL ASHRAFF B. AJEEMALKHAN MOHAMAD SAIFUL B. ABDUL WAHAB MOHD HUZAINEE HUZAIREE BIN MOHD HANAPI MUHAMMAD ALIFF HAFIZ B. MOHAMAD FITRI MUHAMMAD AL-IMAN BIN YANAZRI MUHAMMAD IKHWAN BIN KAMIL FUAD MUHAMMAD NASHRULLAH BIN ZAMRI SYED MUHAMMAD HASSAN BIN MOHIDEEN ANIS AQILAH BT AHMAD HASMI PUTERI AYU BINTI ZULKIFLI Jadual 1 : Markah Ujian Prestasi 1 Kelas 5 Gemilang Tahun 2011 UP 1 16 2 68 53 13 19 17 26 14 16

5.1.3 Soal selidik Soal selidik telah dilakukan kepada murid-murid dan rakan-rakan guru secara rambang untuk mendapatkan maklum balas mereka tentang permasalahan mereka dan juga mengenai teknik ini. Perkara ini penting supaya keseimbangan dalam mendapatkan maklumat yang tepat.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH. 5.2.1 Analisis pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati : - Murid-murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi menundukkan muka apabila guru menyoal. - Murid-murid berjaya mengesan dan membunyikan perkataan yang diberikan oleh guru dengan betul. - Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.3.1 5.3.2 Saya meminta murid-murid menulis huruf vokal dan contoh asas Jawi di dalam tulisan Bahasa Melayu dan Jawi di dalam buku. Murid-murid juga diberi tugasan menyalin 25 perkataan baru daripada Kamus Bergambar j-QAF dalam 3 Bahasa keluaran Oxford Fajar iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan tulisan Jawi pada setiap waktu pengajaran Pendidikan Islam. Contoh ibu = 5.3.3 5.3.4

Saya mengedarkan nota huruf Jawi / huruf rumi kepada semua murid-murid dan dilekatkan di dalam buku latihan. Murid-murid menjalani latih tubi mengeja dan membaca menggunakan Buku Teks dan Buku Latihan. Saya dan murid-murid akan membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan. Latih tubi mengenal, mengeja dan membaca menggunakan teknik In Track See setiap kali waktu Pendidikan Islam. Pemantauan secara berkala di dalam kelas.

5.3.5 5.3.6

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN. Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Semasa saya menjalankan kajian ini, saya telah menyempurnakan sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Saya telah memperuntukkan enam waktu P&P untuk membimbing murid-murid menggunakan teknik ini di dalam peperiksaan. Saya juga telah menerangkan secara ringkas mengenai Teknik In Track See kepada rakan guru dan meminta mereka memberi pandangan. Berdasarkan pemerhatian saya Teknik In Track See berjaya membantu murid-murid meningkatkan pencapaian di dalam subjek Pendidikan Islam. Murid-murid berlumba lumba hendak menjawab soalan guru, lebih berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa menjawab koleksi soalan di dalam buku latihan keluaran Info Didik. Saya berasa lebih seronok, gembira dan tidak rasa tertekan apabila masuk ke kelas 5 Gemilang. Rakan-rakan guru juga telah memberikan komen membina, perangsang dan sokongan terhadap usaha saya.
MARKAH BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 NAMA MURID UP 1 MOHAMAD AIDIL ASHRAFF B. AJEEMALKHAN MOHAMAD SAIFUL B. ABDUL WAHAB MOHD HUZAINEE HUZAIREE BIN MOHD HANAPI MUHAMMAD ALIFF HAFIZ B. MOHAMAD FITRI MUHAMMAD AL-IMAN BIN YANAZRI MUHAMMAD IKHWAN BIN KAMIL FUAD MUHAMMAD NASHRULLAH BIN ZAMRI SYED MUHAMMAD HASSAN BIN MOHIDEEN ANIS AQILAH BT AHMAD HASMI PUTERI AYU BINTI ZULKIFLI 16 2 68 53 13 19 17 26 14 16 PKSR 1 43 32 77 58 32 62 48 44 48 31 UP 2 46 36 92 72 20 62 63 48 46 25

Jadual 2 : Analisa Markah Ujian & Peperiksaan Kelas 5 Gemilang Tahun 2011

Jadual 3 : Carta Bar Analisa Markah Ujian & Peperiksaan Kelas 5 Gemilang Tahun 2011

5.5 REFLEKSI KAJIAN Pencapaian murid-murid dalam PKSR 1 dan Ujian Prestasi 2 menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik In Track See banyak membantu murid-murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana P&P lebih ceria dan menyeronokkan. Muridmurid kini dapat mengeja dan membaca dengan betul setiap soalan di dalam buku latihan dan kertas soalan yang diberikan. Walaupun agak lambat berbanding kelas lain, apa yang penting sekarang mereka kini boleh mengeja dan membaca perkataan Jawi dengan baik. Saya yakin bahawa Teknik In Track See dapat membantu murid-murid meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek Pendidikan Islam. Analisis keputusan Peperiksaan PKSR 1 dan Ujian Prestasi 2 Kelas 5 Gemilang menunjukkan peningkatan yang memuaskan. Malah beberapa orang ibu bapa yang hadir ketika Hari Waris menyatakan kesungguhan untuk memberi sokongan kepada saya bagi memastikan kejayaan anak mereka di dalam subjek Pendidikan Islam ini tercapai.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut : 6.1 6.2 6.3 Mengguna pakai teknik In Track See sebaik sahaja guru mengajar subjek Pendidikan Islam. Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan teknik In Track See dalam P&P secara lebih terancang / teratur. Kaedah P&P boleh dipelbagaikan dengan kecanggihan Teknologi Maklumat terkini.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid-murid . Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir kata:

BIBLIOGRAFI Abdul Rahim Selamat (1989). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Entreprise. Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Ee Ah Meng (1989). Pendidikan Di Malaysia: Untuk Guru Pelatih. K. Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti. Ishak Haron dan Koh, B.B. (1988). Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Khalid Mohamed Noor (2002). Belajar Teknik Belajar. Kuala Lumpur: PTS Publication And Distributor Sdn. Bhd. Lee Shok Mee (1998). Psikologi Pendidikan II: Teori Dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd Daud Hamzah (1990). Emosi Dalam Pembelajaran. K. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusof Othman (2000). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Mohd. Nashuha Jamidin et al. (1999). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rahil Mahyuddin, Abdul Majid Mohd. Isa, Zaidatol Akmaliah Lopie Pihie (1995). Asas Pendidikan II : Psikologi Dalam Bilik Darjah. Malaysia: Longman. Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Psikologil Pendidikan II. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

Vous aimerez peut-être aussi