Vous êtes sur la page 1sur 49

1.

PENGENALAN Disiplin ditafsir sebagai latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang

khusus atau pola tingkah laku. (American Heritage Dictionary of the English Language dalam Choong Lean Keow, 2009). Menurut Choong Lean Keow (2009), disiplin dalam bilik darjah pula merujuk kepada peraturan yang dibentuk dan usaha guru untuk mengekalkan kawalan bilik darjah yang baik serta membantu murid-murid untuk berkelakuan baik. Dengan erti kata lain, konsep disiplin dalam bilik darjah mengutamakan latihan yang dijalankan bertujuan untuk mengembangkan potensi individu yang meliputi pelbagai aspek, antaranya termasuklah latihan dari segi aspek intelek, jasmani, rohani dan sosial. Pengurusan pula bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Pengurus yang berwibawa sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedkasi, adil, cekap, mesra, periang, bertimbangrasa, bersikap terbuka, tenang, sabar dan sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan dan teguran yang dianggap sebagai cabaran dalam kerjaya. Pengurusan tanpa cacat (zero defect) yang peka dan sentiasa mencari pendekatan baru untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan serta kekurangan yang menjadi punca kepada pembaziran dan kegagalan di samping memiliki gaya pengurusan kualti yang mencakupi semua aspek bagi meningkatkan produktiviti, keberkesanan program dan bertindak dengan cekap.

Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. (Mok Soon Sang, 2009). Jadi, kami akan menghuraikan model-model modifikasi yang terdapat dalam pengurusan bilik darjah dalam penulisan kerja kursus ini. Model-model modifikasi yang akan dihuraikan adalah seperti Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Asertif Canter, Model Logikal Dreikurs, Model Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser. Menurut Choong Lean Keow (2009), tindakan disiplin yang berkesan ditentukan oleh keupayaan guru untuk mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak wajar dan mengekalkan tingkah laku yang wajar. Berdasarkan pendapat ini, kami akan menghuraikan tindakan yang boleh diambil oleh dua orang guru berasaskan tiga model modifikasi yang dihuraikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kesemua model modifikasi yang akan dihuraikan amat penting. Hal ini kerana guru akan dapat memahami isu-isu disiplin dan masalah-masalah murid dan seterusnya guru akan mampu memainkan peranan untuk membentuk individu yang berilmu pengatahuan dan berakhlak mulia secara lebih berkesan. Selain itu, strategi yang boleh diambil oleh dua orang guru tersebut untuk menyelesaikan situasi yang mereka hadapi akan turut dibincangkan.

2.0

PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan

diri,

mengambil

bahagian

dan

menumpukan

perhatian

dalam

pembelajaran.

Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Setiap insan yang bergelar guru perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. Pengurusan bilik darjah yang baik adalah penting bagi memastikan bilik darjah menjadi terurus dan guru serta murid dapat berada dalam bilik darjah dengan suasana yang selesa dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian akademik yang tinggi juga bergantung kepada pengurusan bilik darjah yang berkesan. Pengurusan bilik darjah merupakan faktor yang penting yang dapat mempengaruhi tingkah laku, sikap, motivasi, dan pembelajaran murid dalam bilik darjah. Menurut laporan Pertubuhan Pendidikan Kebangsaan Amerika Syarikat, 1981 dalam Akhiar Pardi, 2012 sebanyak 36 % guru di Amerika Syarikat mengatakan bahawa mereka tidak akan ingin menjadi guru jika mereka mengetahui akan masalah yang akan mereka hadapi dalam pengurusan bilik darjah. Ini adalah kerana pengurusan bilik darjah bukanlah suatu perkara yang mudah yang perlu dihadapi oleh para guru. Menurut Richard (1990 dalam Haliza Hamzah, 2009) pengurusan bilik darjah merupakan organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Burden (2003 dalam Abdullah Sani Yahya, 2007) disiplin dalam bilik darjah mencakupi iklim akademik di bilik darjah dan amalan pengajaran yang berkesan kerana disiplin yang baik mampu menyekat pelajar daripada melakukan kelakuan yang tidak wajar. Ini bermakna bahawa, kawalan oleh guru terhadap murid dari segi disiplin dan sikap mereka semasa pembelajaran berlangsung adalah penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran guru dan murid berlangsung dengan baik. Guru mempunyai peranan untuk menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam bilik darjah sebagai seorang pengurus. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu untuk mencapai matlamat yang diingini seperti murid menunjukkan tingkah laku yang baik, membentuk 3

suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa, menjalinkan hubungan yang baik antara guru dan murid, menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sebaik mungkin, mengurangkan masalah disiplin murid, dan sebagainya. Biasanya guru akan menetapkan peraturan dalam bilik darjah diawal tahun seisi persekolahan. Menurut Gootman (2008 dalam Akhiar Pardi, 2012) peraturan menyediakan panduan arah tuju yang konkrit yang membolehkan jangkaan akan menjadi kenyataan. Peraturan yang telah ditetapkan perlulah konsisten agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Kaedah ini disebut sebagai pendekatan tradisional yang melibatkan pengubahsuaian tingkah laku. Ianya merujuk kepada tindakan yang akan diambil terhadap murid yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. Pada masa kini, pendekatan holistik lebih dititikberatkan dan diguna pakai oleh para guru dalam pengurusan bilik darjah. Pendekatan ini lebih ke arah pencegahan salah laku dan tindakan guru yang menyumbang kepada salah laku murid. Guru akan mencuba untuk memberikan bimbingan kepada murid ke arah mencapai kejayaan dengan membantu mereka melihat bagaimana usaha yang dilakukan akan menampakkan hasilnya. Antara faktor utama bagi kejayaan sesuatu pengurusan bilik darjah ialah perancangan yang rapi oleh guru dan guru perlulah mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan tersebut serta membuat refleksi akan kelemahan dan kekuatan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Antara peranan guru dalam pengurusan bilik darjah ialah yang pertama guru haruslah memahami murid-muridnya dengan cara mendapatkan maklumat dan data murid-muridnya. Dalam diri setiap murid, mereka merupakan individu yang berlainan yang mempunyai latar belakang, minat, kebolehan, pengalaman, budaya, dan pengetahuan sedia ada yang berbeza. Maka adalah penting bagi seseorang guru untuk mengenali dan memahami diri murid-muridnya itu agar dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Dengan itu guru akan dapat merancang pengajaran dalam mencari strategi yang sesuai dan terbaik untuk digunakan dalam pengajaran bilik darjah. Guru boleh mendapatkan maklumat murid dengan cara berbual secara langsung dengan murid-murid dan mendapatkan rekod murid daripada ibu bapa dan gurunya yang terdahulu. Guru perlu mengetahui akan minat, sikap, dan keupayaan murid dalam pelajarann supaya guru dapat memenuhi keperluan murid.

Yang kedua guru perlu menyusun atur dan merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian yang kondusif. Guru boleh bekerjasama dengan murid-murid bagi mengambil bahagian dalam menyusun aturkan fasiliti bilik darjah dan persekitaran yang baik. Semua perabut perlulah mencukupi dan dalam keadaaan yang baik serta boleh digunakan. Papan kenyataan perlulah diletakkan di tempat yang bersesuaian dan hasil kerja murid dipamerkan dan makluman penting kepada murid-murid. Selain itu, guru juga hendaklah menerangkan dan menjelaskan akan penggunaan alat pengukuran dan penilaian pembelajaran seperti latihan, ujian, laporan projek, folio dan sebagainya bagi membentuk persekitaran dan rutin bilik darjah yang baik. Guru juga perlu mewujudkan komunikasi yang baik dengan ibubapa atau penjaga murid-murid bagi membuka peluang kepada ibu bapa untuk terlibat dengan aktiviti dan pengalaman pembelajaran murid. Ianya juga dapat membantu guru mengawal tingkah laku murid dan membantu murid dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran. Guru juga boleh meningkatkan prestasi pengajaran dan pengurusan dengan cara melakukan refleksi dan kajian tindakan dan mengambil kira tentang apa yang baru diketahui dan yakin dengan amalan pengajaran harian yang dilaksanakan. Model 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam, dan sentiasa amal boleh dipalikasikan oleh guru dengan kerjasama dengan murid-murid dalam pengurusan bilik darjah. Sisih itu merujuk kepada menyisih dan membuang bahan lama yang sudah rosak, susun itu ialah menyusun dan mengatur perabut, bahan belajar dengan kemas, sapu ialah membersihkan bilik darjah dengan rapi, seragam ialah pelihara keceriaan bilik darjah, dan sentiasa amal pula merujuk kepada amalan yang berterusan dengan pemantauan. Guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah merupakan guru yang dapat mengurus bilik darjah dengan berkesan, membentuk suasana bilik darjah yang mampu mempengaruhi murid-murid untuk belajar, dan dapat menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran dengan efisien. Seorang guru yang efektif juga mempunyai beberapa ciri iaitu mempunyai sifat empati dan keupayaan untuk mengamati murid di dalam bilik darjah untuk mengesan ketidak selesaan murid-muridnya untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan. Guru juga perlu peka dan menunjukkan fleksibiliti untuk membuat respon terhadap keperluan murid. Guru juga haruslah mempunyai kualiti peribadi dan penghayatan amalan nilai murni yang baik yang bersesuaian dengan profesion keguruannya. 5

Seseorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

2.1.1

Persekitaran Fizikal Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana

suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan.

2.1.2

Persekitan psikososial Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu

dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan murid.

Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.

2.1.3

Peraturan dan rutin bilik darjah Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka

masih memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedurprosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu menjawab sebarang pertanyaan. Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja 7

kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada menjadi semakin serius. Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Menurut Doyle (1979), pengurusan bilik darjah adalah satu proses menyelesaikan masalah berhubung dengan peraturan dalam bilik darjah. Terdapat beberapa model yang boleh diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah yang bakal timbul dalam kehidupan seorang guru apabila berhadapan dengan murid-murid bermasalah sebegini. Model-Model disiplin ini sebenarnya mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri, aplikasi model-model tersebut bergantung kepada keadaan situasi dan kes yang dihadapi.

3.0

MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU PENGURUSAN BILIK DARJAH

Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model-model modifikasi tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahliahli teoris dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Asertif Canter, Model Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok (Kounin).

3.1

Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan

hasil karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku dalam pembentukan keinginan. Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan positif manakala ia akan berubah kepada kelemahan individu jika ia tiada peneguhan dan hanya diberi hukuman. Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap. Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini. Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah dan pujian jika murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya. Untuk peneguhan negatif pula, guru memberikan hukuman atau dendaan jika murid-murid melanggar peraturan 9

seperti membaca komik semasa guru sedang mengajar dan guru merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Komik tersebut bertindak sebagai rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan peneguhan negatif apabila murid-murid melakukan rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar. Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan. Peneguhan merupakan tindakan untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini manakala dendaan pula merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang diingini. Tingkah laku individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah laku tersebut ditunjukkan. Menurut Skinner, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan atau ganjaran perlu diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan peneguhan ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas berusaha, penyetujuan atau penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian yang diperoleh daripada guru. Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk membentuk tingkah laku yang diingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku yang seterusnya pula dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan yang tetap yang diberi setiap kali seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang diingini, hal ini akan membantu membentuk tingkah laku baharu yang diingini. Sebagai contoh, guru boleh melibatkan murid-murid yang pemalu dalam setiap aktiviti bilik darjah. Guru perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala seperti memberikan pujian apabila setiap kali murid tersebut mengangkat tangan atau dapat menjawab dengan betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang pemalu akan mula berani untuk mengangkat tangan dan melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat bimbingan atau mendapat ganjaran selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut. Apabila tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan memberikan peneguhan tersebut apabila 10

diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan kepada tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid sudah berani melibatkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti mengangkat tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi perlu untuk memberikan pujian setiap kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya meneguhkan pada waktu-waktu tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah laku tersebut. Tingkah laku ini juga boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan peneguhan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan tetapi tidak dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat tangan dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah. Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanakkanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan, tingkah laku akan menjadi semakin lemah. Hukuman adalah berbeza dengan pengukuhan negatif.

3.2

Model Asertif Canter Model ini dicipta oleh Lee dan Marlene Canter apabila mereka mendapati

banyak guru kurang mampu mengawal tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah. Merupakan sebuah model penegasan pengurusan tingkah laku. Model ini adalah salah satu model yang termasyhur dan sangat diminati oleh ramai guru kerana mudah difahami dan diamalkan di dalam kelas serta amat berkesan. Model ini juga jelas, tegas, teguh dan tidak merumitkan murid-murid di dalam bilik darjah. Pelan disiplin ini terbahagi kepada tiga bahagian : a) Peraturan b) Pengenalan positif c) Akibat/kesan Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturanperaturan di dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan. Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi 11

peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan. Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada akibat dengan mematuhi peraturan. Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai caracara untuk membimbing murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Muridmurid pula mempunyai hak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif. 12

Seorang guru hendaklah menegaskan tingkah laku yang sopan santun, dan sentiasa bertanggungjawab ke atas tingkah laku murid-muridnya. Seorang guru perlu mempunyai perkara-perkara asas di dalam kelasnya, termasuk: a) menggunakan persekitaran pembelajaran semaksimum mungkin. b) mempunyai hak untuk menentukan, meminta, dan mengharapkan sikap murid yang sentiasa dapat memberikan kerjasama. c) mendapat bantuan apabila guru meminta pertolongan daripada ibu bapa mahupun penjaga murid-murid. Murid-murid juga mempunyai hak-hak yang tertentu, termasuk: a) mendapat seorang guru yang boleh membantu mereka sehingga tahap kerjasama mereka. b) mendapat sokongan yang positif daripada guru apabila mereka memberikan kerjasama yang positif.

3.3

Model Logikal Dreikurs Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan

suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murrd-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Terdapat beberapa motif utama salah laku. Motif tersebut ialah: 1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara yang salah. 2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap tidak adil dan bersikap autokratik.

13

3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru jangan bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba kenal pasti punca kelakuan mereka. 4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang lemah dan tidak upaya. Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan. Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan perhatian kepadanya. Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam, dan menunjukkan kekurangan. Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan mencari jalan untuk menyelesaikannya. Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.

3.4

Model Kelompok Kounin Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan

bilik darjah iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan Konsep Riak - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama.

14

Model kemahuan

Kelompok

Kounin

menekankan Kebosanan

aspek dapat

pengurusan dielakkan

kelas. dengan

Pembelajaran yang optimal akan berlaku apabila guru sentiasa cakna tentang dan keperluan murid. memperlengkapkan sesi pembelajaran dengan bermacam-macam aktiviti, persekitaran dan suasana kelas yang kondusif serta peka terhadap kemajuan murid. Model Kounin ini mempunyai lima perkara utama iaitu: a) Merangkumi semua (withitness) Guru hendaklah menjadi mesra, bersimpati, serta memahami perasaan serta menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara berbincang, dan ambil tahu latar belakang murid. b) Bertindih (overlapping) Guru hendaklah mempunyai kebolehan untuk menguruskan banyak perkara pada sesuatu masa sambil mengawal keadaan kelas. c) Momentum (momentum) Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kelak. Mereka adalah ciri-ciri guru yang peka. d) Kelancaran (smoothness) Guru harus mengekalkan proses pembelajaran dan pengajaran secara maksima dan teratur tanpa menyentuh perkara-perkara yang luar tajuk atau topik pengajaran. Guru mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. e) Fokus kumpulan (group focus) Semua murid hendaklah mengikuti pengajaran kelas iaitu : i. melibatkan murid secara keseluruhan ii. mewujudkan P & P yang lebih menarik iii. f) menarik perhatian murid

Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir. 15

Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah seperti berikut: Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple effect). Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang dicipta oleh Kounin. Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan.Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran optimal berlaku.Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.

3.5

Model Terapi Realiti Glasser Diperkenalkan oleh William Glasser merupakan pengasas kepada terapi

realiti. Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Pada tahun 1944, ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikiatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadisgadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang. Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti. Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut: a) Setiap individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing. b) Setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara

berkesan sekiranya diberikan bimbingan dan sokongan.

16

c) Setiap

individu bertingkah

laku

mengikut

cara

tertentu agar

dapat

membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing. Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru

hendaklah melapangkan masa untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya guru perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas yang menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid. Selain itu, guru harus mempertingkatkan cara penyoalan. Guru juga perlu mengadakan perbincangan dengan murid-murid. Murid dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru. Jika tidak berkesan,murid diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah. Murid dihantar ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak mengancam orang yang menyelia mereka.Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah. Jika masih serius, rujuk murid kepada pihak berkuasa. Elemen Disiplin Yang Berkesan Glassser: i. Membantu murid membuat pilihan yang wajar. ii. Mengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadi. iii. Menangani tingkah laku masa kini, bukan masa lampau. iv. Memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku mereka. v. Membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku. vi. Percaya bahawa murid boleh berubah ke arah positif. Perilaku atau tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik atau bijak. Glasser lebih menumpukan kepada perbincangan kelas. William Glaser menegaskan nilai timbang rasa adalah penting.

17

Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa membantu murid-muridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga sebaik-baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin berlaku jika tersalah membuat pilihan. Murid-murid juga perlu bertanggungjawab dan menerima segala akibat yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka.

4.0

ANALISIS KAJIAN KES Apabila seseorang guru berhadapan dengan sesuatu masalah di dalam bilik

darjah, beliau perlu mengaplikasikan model-model yang sesuai bagi mencari jalan penyelesaian yang sempurna dan baik untuk menangani masalah yang dihadapi. 18

Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, kita harus memahami dan menyelami model-model modifikasi yang kita pelajari agar kita akan peka terhadap perasaan pelajar dan juga persekitaran bilik darjah. Hal ini dapat membantu kita untuk menganalisis keadaan pelajar serta bilik darjah demi mewujudkan disiplin yang tinggi dan suasana pembelajaran yang kondusif.

4.1

Situasi Utama

Kelas 6 Usaha diajar oleh Cikgu Veejaya bagi matapelajaran Matematik. Cikgu Veejaya merupakan seorang guru baru di sekolah itu. Ada beberapa orang pelajar di kelas itu yang suka membuat bising dan tidak berminat untuk belajar. Sebagai guru yang baru, situasi tersebut menimbulkan masalah keoada Cikgun Veejaya dalam pengajaran. Cikgu Veejaya juga merupakan guru kelas 6 Usaha

4.2

Model Mofifikasi Tingkah Laku yang Sesuai Berdasarkan situasi yang dihadapi oleh Cikgu Veejaya seperti di atas,

kami telah memilih Model Asertif Canter. Model ini sesuai dilaksanakan kerana model ini menegaskan kepentingan mempunyai sikap yang sopan dan baik dalam diri setiap individu. Model ini menerangkan bahawa guru perlulah mengajar dan menanam nilai kesopanan di dalam diri mereka. Ganjaran akan diberikan jika mereka berjaya menjaga tingkahlaku yang diingini. Ganjaran ini boleh berbentuk material atau bukan material. Ganjaran berbentuk material adalah berbentuk maujud (wujud) seperti gula-gula dan sebagainya manakala ganjaran bukan material pula seperti kata-kata pujian contohnya bagus!, pandai! dan lain-lain perkataan yang dapat membangkitkan semangat murid-murid. Selain itu, Cikgu Veejaya juga boleh mengaplikasikan Model Kelompok Kounin. Model ini mementingkan keupayaan guru untuk mengawal kelas dengan efektif dan berkesan. Guru perlulah cakna terhadap keperluan dan kehendak murid-murid. Guru yang memilih model ini sebagai penyelesaian perlulah mempunyai karakteristik seperti peramah, dapat melakukan banyak perkara pada suatu masa, mampu mengagak sesuatu situasi yang bakal berlaku, berupaya memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan 19

dengan lancar tanpa sebarang masalah dan berupaya membuatkan pelajar fokus semasa proses pengajaran berjalan. Jika kesemua ciri-ciri ini ada di dalam diri guru tersebut nescaya beliau akan berjaya mengawal kelasnya dengan baik dan masalah yang dihadapi dapat ditangani dengan berkesan sekali. Tambahan pula, Model Logikal Dreikurs turut sesuai untuk diaplikasikan oleh Cikgu Veejaya. Model ini menyatakan pengajaran bersifat demokratik dan mestilah berdepan kesalahan. Tindakan disiplin bukan satu bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan kuat. Kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan. Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan perhatian kepadanya. Jadi tindakan murid-murid yang suka membuat bising adalah kerana inginkan perhatian. Segala tindakan murid bermasalah seperti kurang tumpuan di dalam kelas dan membuat bising semasa proses P&P mungkin bertujuan bagi mendapatkan perhatian. Masalah-masalah ini perlulah dikenalpasti puncanya dan guru perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya. Seperti mana yang telah dibincangkan, Model Logikal Dreikurs adalah sesuai untuk diaplikasikan oleh Cikgu Veejaya untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh murid-murid yang bermasalah. Menurut model ini, Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku. Murid juga perlu dibimbing untuk memahami peraturan bilik darjah. Dreikurs juga memfokuskan lebih kepada kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin bilik darjah. Masalah-masalah tingkah laku selalunya muncul dan kelihatan bukan hanya kerana anasir luar tetapi apabila keperluan sesorang individu itu tidak dipenuhi dengan sebaiknya. Ini sesuai dengan pendapat Maslow (1968) yang 20

menekankan bahawa manusia mempunyai dua keperluan asas dan salah satunya adalah keperluan asas. Antara keperluan-keperluan asas termasuklah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan dan keperluan kesempurnaan kendiri. Kesemua keperluan ini mempunyai peranannya yang tersendiri bagi mengelakkan seseorang itu menghadapi masalah tingkah laku. Dengan merujuk kepada model ini, Cikgu Veejaya mestilah mencari punca-punca yang menyebabkan murid itu menjadi bermasalah. Sebagai seorang guru beliau perlu mengenalpasti kesalahan dalam cara pengajaranya dan berusaha untuk mencari jalan untuk meyakinkan murid berkenaan serta menyelesaikan masalahnya. Selain itu, sekali lagi Model Kelompok Kounin menjadi pilihan untuk digunakan kerana model ini mementingkan pengurusan kelas yang betul. Seorang guru harus bersedia, pengurusan kumpulan dengan baik, kekalkan keadaan kunci pengurusan kumpulan efektif dan pembelajaran yang optimal akan berlaku apabila dengan guru sentiasa berjaga-jaga tentang murid dan sesi dengan bermacam-macam aktiviti, bertanggungjawab terhadap sesi pembelajaran. Kebosanan dapat dielakkan memperlengkapkan persekitaran dan suasana kelas serta berjaga-jaga dengan kemajuan murid. Cikgu Veejaya perlulah mengubah pendekatan pengajarannya supaya dapat menarik minat murid-murid bermasalah di dalam bilik darjah supaya dapat memberikan sepenuh perhatian mereka semasa proses P&P dijalankan.

5.0

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH Peranan seorang guru kian bertambah dan menjadi semakin kompleks dengan

berkembangnya dunia pendidikan era ini. Masalah-masalah disiplin sering berlaku di dalam bilik darjah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran terganggu. Bagi melicinkan proses P&P dan mengelakkan pembaziran waktu, guru yang proaktif seharusnya menangani masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah dengan segera dan pantas. 21

Masalah disiplin seperti di dalam kes ini ialah membuat bising di dalam kelas dan tidak minat untuk belajar, sememangnya dapat di atasi dengan mudah jika guru tersebut iaitu Cikgu Veejaya menggunakan beberapa langkah yang telah di sarankan oleh para cerdik pandai sebagai panduan melalui model-model pengurusan bilik darjah yang telah mereka perkenalkan. Sebagai seorang guru, terpulanglah kepada kita untuk memilih model mana yang lebih baik atau mengadunkan model-model tersebut supaya menjadi satu acuan yang baik dalam mengawal masalah disiplin murid di dalam kelas. Terdapat beberapa langkah yang kami cadangkan bagi membantu Cikgu Veejaya dalam menangani masalah disiplin antaranya ialah membina hubungan positif antara guru dan murid, menetapkan set peraturan dan rutin bilik darjah, terangkan plan pengurursan disiplin kepada murid, memberi teguran dan kaunseling,

5.1

Membina hubungan positif antara guru dan murid. Building meaningful and genuine relationships with and among your

students is an essential aspect creating a learning environment that support their learning and promotes their positive classroom behavior (McAdams & Lambie 2003; Schaps,2003). Berdasarkan petikan ini, saya berpendapat bahawa langkah pertama yang patut di ambil bagi menangani masalah disiplin ialah Cikgu Veejaya perlu membina hubungan positif dengan murid bermula daripada hari pertama beliau mengajar seperti mana turut disarankan oleh Glasser. Hal ini kerana hubungan yang positif ini dapat mengurangkan emosi-emosi negatif sebaliknya menggalakkan emosi-emosi positif. Pendekatan ini membuatkan murid merasa dihargai oleh guru sekaligus memotivasikan murid dalam menghasilkan tugas-tugas pembelajaran dengan baik. Perkara yang lebih penting ialah, hubungan positif ini melahirkan rasa hormat murid kepada guru. Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Guru akan dipandang tinggi oleh muridmurid dan membawa kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh yang demikian mudahlah Cikgu Veejaya untuk mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Masalah disiplin seperti yang telah dinyatakan pasti tidak akan berlaku lagi. Hal ini kerana murid-murid akan memberi kerjasama kepada beliau 22

melalui hubungan yang baik antara guru-murid. Seterusnya membolehkan Cikgu Veejaya mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai. Selain itu Cikgu Veejaya dapat membentuk peribadi yang mulia terhadap pelajarnya sekaligus mengurangkan masalah disiplin. Bagi membina hubungan positif antara guru dan murid, Cikgu Veejaya mestilah mengingati nama anak muridnya dan memanggil mereka dengan nama masing-masing. Sebagai seorang guru, kita dinasihatkan supaya tidak memanggil murid-murid dengan nama-nama ganti diri yang am, panggil dengan menunding jari dan panggilan-panggilan yang tidak disukai oleh murid kerana ia boleh mengakibatkan murid berasa benci kepada guru. Sebagai contoh ialah Kamu yang pakai cermin mata tu........ atau Poh Bedah, banyak sangat ye kamu bercakap...... atau Awak yang mata sepet tu....... Apabila seseorang guru mengingati nama murid dan memanggil mereka dengan panggilan yang betul. Mereka akan merasakan guru sedar akan kewujudan mereka di dalam kelas di samping menunjukkan usaha guru untuk mengenali mereka. Sekaligus hubungan positif dapat dibentuk dengan cepat. Hal ini akan menolong Cikgu Veejaya sebagai guru kelas untuk mengawal tingkah laku murid didalam kelasnya. Disamping itu, strategi lain yang boleh diambil bagi meningkat hubungan positif antara guru-murid sekaligus membantu Cikgu Veejaya untuk menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah ialah Cikgu Veejaya perlu menunjukkan keprihatinan, kasih sayang dan sikap mengambil berat tehadap keperluan muridmuridnya. Kebiasaannya murid-murid melakukan masalah disiplin kerana keadaan persekitaran yang menyebabkan muri-murid gagal memenuhi keperluan-keperluan asas mereka di sekolah antaranya ialah rasa ingin dipunyai, dibelai dan disayangi. Menurut Glasser kebanyakan perencanaan pengurusan bilik darjah berlaku dengan salah. Sebagaimana yang beliau katakan, We are far too concerned with discipline, with how to make student follow rules, and not enough with concerned with providing the satisfiying education that would make our ever concerned with discipline unnecessaray. 23 Oleh itu hubungan baik

antara guru-murid adalah amat penting bagi memenuhi keperluan-keperluan asas murid dan membantu dalam mengurangkan masalah dalam bilik darjah. Dalam mengekalkan hubungan yang baik antara Cikgu Veejaya dan murid-muridnya, Cikgu Veejaya perlu mengelak daripada mengamalkan tujuh tabiat yang telah dinyatakan oleh Glasser iaitu mengkritik, suka mencari kesalahan murid, kuat merungut, menggugut, kuat berleter, suka mendenda dan kerap memberikan ganjaran.

5.2

Menetapkan set peraturan bilik darjah. Langkah kedua ialah, sejak awal sesi persekolahan lagi, Cikgu Veejaya

perlu berbincang dengan murid-murid untuk menetapkan satu set peraturan yang utama yang menjadi asas kepada bilik darjah. Peraturan ialah penyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Dari semasa ke semasa, Cikgu Veejaya boleh membuat tambahan peraturan, tetapi asasnya adalah pada peraturan asas tersebut. Peraturan bilik darjah ini adalah penting untuk dibentuk dan dikuatkuasakan kerana ia dapat memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar tanpa gangguan tingkah laku yang tidak diingini. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu Cikgu Veejaya perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang yang jelas di dalam bilik darjah. Dalam kes yang dianalisis, Cikgu Veejaya telah mendapati beberapa orang pelajar suka membuat bising semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebagai guru darjah 6 Usaha, Cikgu Veejaya boleh menyediakan peraturan-peraturan bilik darjah dan memberi arahan yang tegas, jelas dan ringkas. Ini akan dapat mengawal suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pelajar-pelajar yang bermasalah dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. 24

Jika pelajar-pelajar tersebut dapat mematuhi peraturan, guru boleh memberi peneguhan positif seperti ganjaran, pujian, penghargaan dan lain-lain. Sebaliknya, peneguhan negatif seperti teguran juga perlu diberi jika pelajarpelajar tersebut masih tidak dapat mengikuti peraturan tersebut. Tetapi, peneguhan ini perlu diberi mengikut kesesuaiannya. Walhal begitu, Cikgu Veejaya perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara semasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah, antaranya ialah ayat peraturan mestilah ringkas dan jelas. Hal ini kerana murid akan mengalami kesukaran dalam memahami dan mengingati peraturan yang panjang dan berbelit. Seterusnya, set peraturan yang dibentuk seelok-eloknya bermakna dan hendaklah dipersetujui oleh semua warga kelas dan bukanlah di buat secara autokratik oleh guru semata-mata. Amalan demokrasi ini akan memberikan peluang kepada murid untuk merasakan bahawa mereka sebahagian daripada warga bilik darjah dan bukan hanya pemerhati. Selain itu, Cikgu Veejay juga perlu mengambil perhatian terhadap bilangan peraturan. Peraturan metilah dihadkan bilangannya kerana peraturan yang terlalu banyak boleh mengelirukan murid. Peraturan yang dibentuk hendaklah ialah : Peraturan Kelas 6 Usaha: a) b) c) d) e) f) Menghormati guru dan rakan-rakan yang lain. Sentiasa memberi kerjasama dan respons semasa proses P&P. Tidak boleh membuat bising ketika proses P&P di dalam kelas. Menepati masa. Menjaga kebersihan bilik darjah. Mematuhi peraturan sekolah. diselarikan dengan peraturan sekolah. Contoh peraturan

5.3

Pisahkan tempat duduk murid yang bermasalah

25

Strategi lain yang boleh diambil oleh Cikgu Veejaya dalam menangani masalah-masalah disiplin seperti membuat bising, menganggu rakan, kurang memberi respon semasa pengajaran dan pembelajaran, tidak minat untuk belajar dan tidak menghormati rakan ialah Cikgu Veejaya menentukan dinamika kumpulan di dalam bilik darjahnya. Dinamika kumpulan ialah kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang terdiri daripada beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kencenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai kuasa atau daya untuk menggerakkan ahli-ahli kumpulan tersebut. Kuasa ini boleh mendorong ahli-ahli kumpulan untuk berkelakuan mengikut nilai atau kepercayaan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli kumpulan. Sekiranya nilai tersebut berbentuk positif, sudah pasti nilai itu akan memajukan ahli-ahli kumpulan untuk membuat kebaikan tetapi sekiranya nilai yang terdapat dalam kumpulan adalah negatif, maka ahli-ahli kumpulan akan terdorong akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan. Di sini kita dapat simpulkan bahawa kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang tidak dikawal boleh mendatangkan kesan kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh sebab itulah, Cikgu Veejaya perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan yang positif yang mana dapat mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Bagi membentuk dinamika positif di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kajian sosiometri seperti bertanyakan soalan-soalan berikut: a) b) Siapakah rakan baik awak di dalam kelas? Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas? c) Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?

Daripada jawapan mereka, guru boleh mengenal pasti pola persahabtan di dalam bilik darjah contohnya: 26

Bintang : murid popular yang banyak menerima pencalonan sebagai rakan baik dan rakan untuk menjalankan aktiviti. Dyad: pola persahabatan iaitu dua orang murid saling bersahabat. Sebagai contoh Shikin memilih Janah sebagai sahabat dan Janah memilih Shikin sebagai sahabat yang baik dan disukai. Klik : Pola persahabatan iaiatu dua atau lebih murid memilih antara satu sama lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang disukai. Pencilan: murid-murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan orang lain juga tidak memilih dia sebagai sahabat. Singkiran: Murid yang menamakan murid lain sebagai sahabat tetapi murid lain mengatakan bahawa dia tidak disukai. Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat menolong Cikgu Veejaya untuk menentukan kumpulan-kumpulan dinamika di dalam bilik darjah. Pola tersebut juga menolong beliau untuk melihat murid-murid yang tidak disukai dan terpencil. Maklumat ini akan membantu Cikgu Veejaya dalam menentukan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah atau semasa aktiviti kumplan dijalankan. Apabila Cikgu Veejaya dapat menyusun dinamika positif akhirnya masalah disiplin yang boleh menganggu proses pembelajaran dan pembelajaran akan dapat diatasi. Mengikut pengalaman saya semasa masuk ke kelas tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun, Dungun, Terengganu semasa menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah, terdapat seorang murid yang selalu menganggu rakannya. Beliau sering mengejek dan memperlekehkan rakannya itu. Akhirnya semua rakan-rakan di dalam kumpulan tersebut turut mengejek dan memperlekehkan murid tadi. Keadaan ini telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya. Akhirnya saya bertanya mengapa kamu menganggu dia?. Segala persoalan terjawab apabila mereka memberitahu mereka tidak menyukai pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus bijak dalam menangani kes ini. Murid tersebut telah dipindahkan ke kumpulan lain yang boleh menerima dan menyukainya. Maka proses P&P dapat di jalankan dengan lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian, dalam mengurangkan 27

masalah disiplin, Cikgu Veejaya perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan. Cikgu Veejaya boleh mengasingkan beberapa orang pelajar itu supaya mereka tidak berkelompok. Cikgu Veejaya boleh menyusun semula tempat duduk mereka dengan mengatur mereka berduduk bersebelah dengan pelajar yang berminat untuk belajar. Ini dapat mengurangkan gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta meningkatkan minat dan fokus pelajar-pelajar tersebut terhadap mata pelajaran Matematik.

5.4

Kepelbagaian dalam pengajaran Strategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu Cikgu Veejaya

dalam menangani masalah disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik darah ialah beliau harus menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran. Murid-murid akan berasa seronok untuk belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan. Pengajaran yang membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada berlakunya salah laku murid. Oleh yang demikian, Cikgu Veejaya harus merancang sebelum beliau masuk ke bilik darjah. Manurut Kounin, perancangan pengajaran mestilah mengambil kira setiap murid di dalam kelas iaitu minat, kebolehan, prestasi, keupayaan, perkembangan dan pengetahuan sedia ada murid-murid. Setiap aktiviti perlu menyeronokkan murid dan mencabar. Perancangan yang rapi ini akan melancarkan dan melicinkan proses P&P dan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti P&P. Apabila guru masuk ke kelas tanpa perancangan yang rapi, mungkin ada murid yang tercicir kerana tidak dapat mengikuti pengajaran. Tanpa perancangan yang rapi juga memberi kemungkinan bahawa masa murid tidak diisi dengan aktiviti dan guru tidak tahu untuk berbuat apa dengan murid-murid. Keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal dan seterusnya membawa kepada timbulnya masalah disiplin.

28

Menurut Kounin, guru yang mempunyai momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti P&P. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan iaitu guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan. Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik darjah, Cikgu Veejaya perlu manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang dapat merangsang minat murid. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat merangsang minat murid tetapi mewujudkan situasi di mana muridmurid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya. Sebagai contoh untuk memulakan pengajaran, boleh mengguna pelbagai kaedah sebagai set induksi bagi menarik minat murid seperti menggunakan tayangan gambar, video dan lakonan dan discrepant event ( selalu digunakan dalam subjek sains). Kaedah dan aktiviti yang sama setiap hari tidak memotivasikan atau meransang keinginan murid untuk terus belajar. Selain itu, perkara yang dipelajari harus bermakna kepada murid agar mereka dapat memahami kepentingan topiktersebut dalam kehidupan mereka. Aktiviti yang membosankan dan tidak bermakna akan menimbulkan keresahan dalam kalangan murid dan seterusnya menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh sebab itulah, sekali lagi saya tekankan disini, agar Cikgu Veejaya perlu menggunakan teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Cikgu Veejaya boleh merujuk teori-teori pembelajaran seperti pembelajaran behavioris, sosial dan sosial kognitif, pembelajaran penemuan Bruner, konstruktivisme dan humanisme dalam membentuk teknik dan kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan pelbagai.

5.5

Memberi teguran dan kaunseling Selain tu, Cikgu Veejaya juga boleh membuat tindakan dan teguran

kepada murid Kelas 6 Usaha yang membuat bising serta tidak minat untuk belajar.Menurut Kounin, tindakan atau teguran guru terhadap seseorang murid 29

yang melakukan kesalahan akan turut memberi kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah. Menurutnya lagi teguran mestilah jelas dan guru perlu menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan. Elakkan daripada memberi teguran secara umum. Contohnya, 'Ali beri tumpuan. Nyatakan dengan lebih spesifik, Ali berhenti bercakap dengan Atan, dan beri perhatian dan respon kepada perkara yang kita bincangkan tadi. satu sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin seperti membuat bising dan mengganggu rakan lain dapat dikurangkan. Jika murid-murid masih terus melakukan kesalahan disiplin seperti yang telah ditetapkan bersama, Cikgu Veejaya harus bersikap proaktif serta menyelidik bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan murid tersebut tidak berubah kepada tingkah laku yang diingini. Hal ini bertepatan dengan model Dreikurs yang menekankan supaya guru mengenal pasti punca masalah tingkah laku. Apabila Cikgu Veejaya telah berjaya mengenal pasti punca murid-murid melakukan masalah disiplin, beliau boleh mengambil langkah seterusnya dengan berjumpa murid yang bermasalah tersebut secara bersendirian dan berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapinya. Teknik kaunseling ini telah dikemukakan oleh Glasser dalam Model Terapi Realiti. Semasa proses kaunseling ini, Cikgu Veejaya perlu membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Glasser mencadangkan guru untuk bertanya murid beberapa soalan seperti Apakah yang telah kamu lakukan yang telah melanggar disiplin yang telah ditetapkan sekolah? , Apakah yang patut kamu lakukan sebenarnya? , dan Adakah perlakuan kamu boleh membantu kamu atau kelas kamu? Hal ini kerana, William Glasser berpendapat setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Glasser (1969) stresses that student must make value judgement about what they are doing. Until they realize that what they are doing is wrong, they must suffer the consequence of their behavior. Cikgu Veejaya perlu meyakinkan murid untuk membuat pilihan tingkah laku yang tepat kerana setiap individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka sendiri. Oleh itu, semasa proses kaunseling itu Cikgu Veejaya perlu membantu murid untuk menilai apa 30 Cikgu Veejaya juga perlu membimbing murid-murid agar saling ingat mengingati antara

yang telah mereka lakukan sehingga mereka faham bahawa perbuatan itu adalah salah. Tambahan pula, sekiranya masalah ini berlarutan Cikgu Veejaya haruslah berjumpa dengan penjaga pelajar-pelajar tersebut dan memberitahu serta menerangkan kepada mereka tentang situasi dan masalah yang dilakukan oleh anak-anak mereka semasa di bilik darjah dan di sekolah.

31

6.0

RUMUSAN Secara ringkasnya, pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan

pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Seterusnya, kaedah yang menjadi asas dalam sebuah bilik darjah adalah susunan fizikal yang baik dalam bilik darjah, peraturan am yang ditetapkan oleh guru dan disiplin murid sewaktu berada di dalam kelas. Seperti sedia maklum, bilik darjah merupakan tempat murid menuntut ilmu dan kriteria seperti selamat, menyeronokkan, bersih, ceria dan selesa sebenarnya hanya berpaksikan kepada matlamat utama bagi menghasilkan bulik darjah yang efektif iaitu bagi menghasilkan suasana bilik darjah yang kondusif dan bilik darjah sebagai pusat untuk melahirkan murid yang aktif dan produktif. Tambahan pula, kami telah menghuraikan beberapa jenis model modifikasi tingkah laku yang sesuai digunakan dalam pengurusan bilik darjah. Di samping itu, kami juga menganalisasikan dua jenis situasi yang dihadapi oleh dua orang guru dan mengemukakan tindakan serta strategi yang boleh diambil untuk menangani masalah yang dihadapi. Model-model modifikasi tingkah laku ini memainkan peranan penting dalam membantu guru bagi mengekalkan disiplin bilik darjah Hal ini kerana model-model modifikasi ini menjelaskan bagaimana guru boleh memainkan peranannya dalam pengurusan bilik darjah. Model-model modifikasi ini juga boleh diaplikasikan oleh guru untuk memastikan bahawa pengendalian proses pengajaran-pembelajaran dapat berjalan dengan lebih berkesan dan efektif. Di dalam sebuah bilik darjah, murid-murid yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Guru yang berkesan akan berpandukan model yang selaras dengan ciri-ciri personaliti murid yang dipertanggungjawabkan agar mampu memudahkan proses pengajaran-pembelajaran dan meminimumkan gangguan. Oleh itu, guru perlulah sentiasa merancang pembelajaran, dan memilih strategi pengajaran yang sesuai supaya objektif pengajaran-pembelajaran dapat dicapai.

32

Secara keseluruhannya,seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu memastikan disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat pengajaran terkawal. Oleh sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guru-guru membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru untuk menjayakan model-model tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang ampuh dalam membentuk disiplin murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut. Akhir sekali, dalam usaha menguruskan kelas supaya dapat memenuhi kriteria yang bersesuaian seorang guru perlulah terlebih dahulu memastikan saiz bilik darjah yang digunakan, sistem pencahayaan yang ada di dalam bilik darjah itu sama ada mencukupi atau tidak, pengaliran udara yang baik supaya murid selesa dan peralatan bagi memudahkan murid dan guru dalam sesi pembelajaran dan pengajaran kelak.

REFLEKSI INDIVIDU 33

NAMA NO. KP

: MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR : (920615-01-5041)

___________________________________________________________________ Assalamualaikum W.B.T. Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah dan rahmatnya, dapatlah saya menyiapkan Tugasan Projek EDU 3104 (Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku). Pengurusan bilik darjah merupakan perkara utama yang menjadi kepentingan bagi semua guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) agar segala objektif dan tujuan dapat dicapai. Saya telah menerima tugasan projek bagi kursus EDU 3104 pada 22 Februari 2013 dan saya dan rakan-rakan diberi masa selama 1 bulan untuk menyiapkan tugasan ini. Objektif tugasan projek ini adalah bertujuan supaya guru pelatih dapat menjelaskan tentang peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Selain itu, objektif tugasan ini juga untuk menerangkan bagaimana guru harus menguruskan tingkah laku murid bermasalah dan guru harus bersifat kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menghadapi masalah murid yang tidak minat belajar. Seterusnya, melalui maklumat yang diperoleh dalam tugasan ini, guru pelatih dapat mengaplikasikan model modifikasi tingkah laku yang dirasakan sesuai dalam pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah. Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak soalan tetapi setelah beberapa kali berjumpa dan berbincang dengan pensyarah pembimbing iaitu Pn. Siti Mislia bt Selamat, beliau banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sehingga saya benar-benar faham apa yang dikehendaki soalan tugasan. Saya berasa bersyukur kerana antara tajuk-tajuk yang perlu dihuraikan merupakan tajuk pembentangan kumpulan saya di dalam kelas ketika kuliah dijalankan. Tajuk tersebut ialah berkaitan menguruskan tingkah laku murid bermasalah dan model modifikasi tingkah laku. Jadi, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya untuk menjelaskan dengan lebih mudah tentang strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan kes yang dianalisis. Kemahiran menganalisis, membanding beza dan mensintesis telah saya gunakan dalam menghuraikan model modifinikasi tingkah laku. Ketika inilah pemikiran yang tinggi dan kritikal perlu digunakan kerana terdapat banyak model-model yang perlu difahami 34

konsepnya dan ini membuatkan saya agak keliru walaupun telah banyak membuat analisis berkaitan model-model tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap juga berusaha mencari maklumat dan idea yang bernas untuk menghasilkan penulisan laporan yang menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal sebagaimana yang dikehendaki oleh kriteria-kriteria tugasan yang baik. Huraian utama yang dinyatakan perlulah jelas dan tepat. Pada pendapat saya, tajuk model modifikasi tingkah laku mempunyai banyak fakta yang perlu diingat dan difahami. Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap model agar mudah untuk melaksanakan tugasan memandangkan tugasan mengkehendaki saya menganalisis kes iaitu kes Cikgu Veejaya yang merupakan seorang guru baru dengan anak muridnya yang suka membuat bising dan tidak minat untuk belajar. Saya banyak menghabiskan masa di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai tajuk yang signifikan dengan sub tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Selain itu, saya telah dapat mempelajari kemahiran menganalisis, sintesis, membanding dan memapar data kajian secara tersusun. Selain di perpustakaan, saya juga berusaha mencari maklumat berkaitan melalui laman sesawang. Buktinya, saya dapat membina sebuah esei Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan dengen baik melalui isi-isi yang saya peroleh di laman sesawang. Kaedah ini dapat menjimatkan masa walaupun pemilihan isi-isi tidak harus dipandang ringan kerana ianya akan memberikan sedikit sebanyak maklumat penting yang dapat diaplikasikan dengan tajuk yang dikehendaki. Sebelum melaksanakan tugasan, saya telah membaca secara ringkas terlebih dahulu model-model yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh seperti Skinner dan Asertif Canter. Model Modifikasi tingkah Laku Skinner telah diperkenalkan oleh Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) manakala Model Disiplin Asertif Canter pula diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976. Selama menyiapkan tugasan ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah membuatkan saya lebih menghargai masa apabila ingin melaksanakan tugasan ini. Cabaran yang dimaksudkan ialah kekangan-kekangan masa yang saya alami semasa ingin menyiapkan tugasan ini. Namun semua ini dapat diatasi dengan perancangan yang sistematik dan kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan. 35

Pada masa yang sama, saya juga melaksanakan tugasan projek daripada subjek yang lain. Namun begitu, ini bukan merupakan alasan bagi saya untuk tidak menyiapkan tugasan ini. Berkat kesungguhan dan dorongan daripada pensyarah dan rakan-rakan, Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Pelbagai pengalaman yang telah saya peroleh sepanjang melaksanakan tugasan projek ini. Melaluinya, saya telah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama rakan sekumpulan. Saya telah dapat mempelajari sifat sabar dalam melaksanakan tugasan dan ragam manusia. Jika sebelum ini saya berasa kurang sabar dan sering terburu-buru dalam melaksanakan sesuatu, kini saya telah mempelajari untuk mengatasinya. Dalam penghasilan tugasan ini juga, saya dapat mengulangkaji pelajaran yang telah saya pelajari. Saya lebih memahami apa itu model modifikasi tingkah laku dan apa kepentingannya dalam menguruskan bilik darjah. Saya juga telah memahami cara tindakan yang perlu dilakukan bagi mengawal keadaan bilik darjah iaitu dengan memberikan peraturan dan menguatkuasakannya secara berterusan. Selain itu, muridmurid perlu diberikan dendaan dan pembetulan di atas kesalahan yang telah dilakukan yang bertujuan untuk menghilangkan tingkah laku yang tidak diingini. Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dapat saya peroleh melalui tugasan projek ini. Pengurusan bilik darjah yang berkesan sangat berkait rapat dengan kaedah, teknik dan pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan gabungan yang mantap ini akan menyebabkan objektif dan matlamat tercapai dengan jayanya. Secara keseluruhan, pandangan mata kasar sebelum meredah sendiri untuk menyediakan tugasan yang sebenar tidak seperti yang disangkakan. Semuanya susah pada awalnya. Namun rupanya mudah pada akhirnya. Itulah tanggapan yang dapat saya coretkan sebelum mengemudi bahagian sendiri dalam menyiapkan tugasan ini. Pelbagai masalah yang saya hadapi tetapi tetap berjaya saya tangani dan kesemua ini mengajar saya untuk menjadi guru yang lebih baik. Bergerak secara berkumpulan untuk melaksanakan tugasan ini bukan mudah kerana terlalu banyak buah fikir untuk dipertimbangkan namun keserasian saya dan rakan sekumpulan berjaya meyakinkan saya bahawa kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan yang terbaik dan saya percaya bahawa tugasan ini merupakan perapat hubungan saya dan 36

rakan kerana saya semakin mengenali rakan-rakan saya. Jelas sekali, tugasan projek ini telah berjaya saya sempurnakan dengan baik. Akhir sekali, saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria tugasan yang baik dan apa yang paling penting ialah semoga segala pengetahuan yang saya peroleh ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai bakal guru kelak. Semoga tugasan ini juga dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang membacanya. Sekian, terima kasih.

Yang benar, ______________________ (MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR)

REFLEKSI INDIVIDU NAMA NO. KP : MOHD SYUHADAK BIN SEPLEE : 920530-10-5267

37

________________________________________________________________ Saya rasa bersyukur dan gembira kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetepkan. Subjek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku merupakan suatu subjek yang mudah difahami dan diaplikasikan setelah habis mempelajarinya. Sepanjang tempoh proses penulisan kerja kursus ini, berbagai halangan dan kekangan yang telah kami tempuh untuk menyiapkannya. Pertamanya, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek ini dengan lengkap dan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Pn. Siti Mislia Binti Selamat kerana sudi meluangkan masanya untuk memberi tunjuk ajar dan penerangan mengenai tugasan ini yang mana telah meningkatkan kefahaman kami mengenai kehendak soalan dan seterusnya memudahkan kami untuk melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Mohamad Izzuddin Izzat Bin Ab Shukor dan Jeff Anak Regulus kerana telah banyak memberi bantuan dan sokongan serta kerjasama yang padu dalam menyiapkan tugasan ini. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, saya dapati semua ahli kumpulan saya telah berganding bahu dan banyak melakukan diskusi bagi mendapatkan hasil penulisan yang bagus. Diskusi yang dijalankan meskipun santai namun ia padat dengan perbincangan dan pertukaran maklumat antara kami. Saya berasa gembira kerana kami perbincangan kami turut disertai oleh rakan sekelas yang lain yang menjadikan diskusi kami itu semakin menarik. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi beberapa kesulitan terutamanya kekangan masa. Ini kerana, kami mendapat soalan kerja kursus pendek dari subjek-subjek yang lain pada masa yang sama dan memerlukan kami untuk menghantarnya juga pada waktu yang sama. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, saya telah mengurus masa dengan bijak dengan membuat pembahagian masa saya yang terluang agar digunakan dengan sebaiknya. Selain itu, dengan kerjasama yang utuh sesama ahli kumpulan serta kolaborasi yang dijalankan, tugasan ini berjaya disiapkan dengan sempurna dan tepat pada masanya.

38

Pada mulanya, ketika saya menerima tugasan ini saya merasakan bahawa tugasan ini amat menarik kerana tugasan ini mendedahkan kita dengan situasi yang berlaku di sekolah kelak. Tugasan ini memerlukan banyak pembacaan dan kefahaman terhadap apa yang dibaca kerana tugasan ini memerlukan kita untuk mengupas sesebuah model dengan tepat dan terperinci dalam sesuatu situasi yang diberi. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat rujukan dari pelbagai sumber seperti melayari internet, menelaah bahan bacaan di pusat sumber dan bertanya kepada mereka yang lebih faham untuk memperkasa ilmu yang saya peroleh. Melalui sumber-sumber rujukan yang digunakan, saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan mudah dan lancar tanpa sebarang masalah. Tugasan kali ini telah memberikan saya ilmu yang berguna untuk diaplikasikan semasa saya di sekolah kelak. Setelah membuat pembacaan dan penelitian, saya merasakan bahawa setiap guru wajib mengetahui dan memahami serta mengaplikasikan model-model pengurusan disiplin ini di dalam kelas mengikut situasisituasi yang berlaku. Ini kerana, pendekatan-pendekatan yang digunakan berdasarkan model-model ini adalah amat sesuai dan berkesan untuk meningkatkan prestasi muridmurid di dalam kelas pada tahap maksima. Sebagai contoh, Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner telah menekankan konsep peneguhan di dalam pembelajaran seperti peneguhan positif dan negatif. Peneguhan positif akan membuatkan murid-murid lebih bersemangat dan peka terhadap pembelajaran mereka manakala peneguhan negatif pula merupakan satu pendekatan yang tegas tetapi boleh diterima oleh murid-murid kerana ia tidak melibatkan murid itu sendiri bahkan melibatkan rampasan objek atau gangguan negatif yang mereka gunakan ketika pembelajaran. Jadi kedua-dua peneguhan ini saling bergantungan antara satu dengan yang lain untuk memastikan target yang diimpikan tercapai. Rintangan lain yang saya hadapi dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini kekangan masa yang telah sedia padat dengan pelbagai lagi tuntutan tugasan yang perlu disaipkan dan dihantar pada tarikh yang sama dengan tugasan ini. Dengan bantuan rakan dan penyusunan masa yang ketat, alhamdulillah tugasan ini telah berjaya disiapkan tepat pada masanya.

39

Subjek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku adalah suatu subjek yang sangat menarik dan penuh informasi. Setiap guru pelatih mestilah menyediakan diri mereka dengan berlatih menyesuaikan diri mengikut keadaan murid dan komuniti pembelajarannya. Selain itu, guru mestilah tidak membanding bezakan anak muridnya kerana setiap dari mereka adalah unik dan berbeza karakteristik diantara satu sama lain. Dengan ini, saya berharap saya telah berhasil melengkapkan diri saya dengan pengetahuan dan pengalaman yang akan membantu saya semasa mengajar di sekolah nanti. Akhir kata, saya berharap agar setiap individu yang akan bergelar guru akan memahami dan mengaplikasikan model-model ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran mereka kerana pendekatan yang digunakan mampu mengubah prestasi dan minat murid semasa belajar ke tahap yang optima.

Yang benar,

_________________ (Mohd Syuhadak Bin Seplee)

REFLEKSI NAMA: JEFF ANAK REGULUS @ ALEXENDER WAT NO. K/P: 910818-13-5589
40

________________________________________________________________ Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada penyarah Ilmu Pendidikan Pengurusan Bilik Darjah dan tingkah Laku saya iaitu Puan Siti Mislia binti yang telah berusaha menilai dan mencurahkan ilmu, pandangan dan idea demi untuk mempertingkatkan lagi hasil kerja kursus saya ini. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya, syukur saya ucapkan kepada Tuhan, atas kesungguhannya saya akhirnya berjaya menghasilkan kerja kursus pendek yang lengkap hasil daripada tunjuk ajar Puan. Terima kasih juga kepada Puan kerana telah banyak memberikan masa untuk saya menyiapkan kerja kursus ini dan tidak pernah lelah dalam memberi idea kepada saya. Pada mulanya saya diberikan tugas untuk membuat kerja kursus ini, saya berasa ada sedikit kekangan dan halangan yang saya lalui untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini kerana dalam internet tidak begitu ketara sumber yang diperlukan dan saya terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah tajuk kerja kursus ini seperti buku-buku rujukan ilmiah, artikel yang berkaitan, dan sebagainya. Sehingga semua bahan-bahan yang diperlukan itu mencukupi barulah saya mula membuat tugasan ini. Selain itu, melalui kerja kursus pendek ini saya telah memahami dengan lebih terperinci tentang model modifikasi tingkah laku dan pengrusan bilik darjah yang berkesan. Menurut Piaget, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Ini bermakna guru-guru harus mengambil tahu tentang setiap tingkah laku anak muridnya di dalam dapat kelas agar proses penyampaian berkesan pengajaran mengikut dan tahap pembelajaran disampaikan dengan

perkembangan kognitif mereka. Di samping itu, dalam melaksanakan tugasan ini saya mendapati bahawa peranan utama guru adalah harus mengetahui bagaiman langkah pengurusan bilik darjah yang berkesan. Di mana tingkah laku yang ditunjukkan oleh setiap
41

pelajar adalah punca utama proses pengajaran dan pembelajaran tergangggu. Maka peranan guru dalam mengawal situasi kelas tersebut adalah penting dalam mengetahui langkah-langkah pengurusan bilik darjah contohnya mewujudkan suasana kelas yang ceria agar pelajar ada ransangan atau ada daya tarikan minatnya terhadap belajar. Justeru, mewujudkan interaksi dua hala juga beperanan penting dalam membentuk tahap perkembangan kognitif pelajar yang aktif. Guru harus bijak dalam mewujudkan komunikasi bersama pelajar contohnya ketika bertanyakan soalan kepada pelajar, nada dan intonasi guru haruslah baik supaya tidak menakutkan pelajar agar pelajar tersebut memberikan respon dengan lebih baik dan yakin dalam menjawab soalan. Ini bermakna peranan guru dalam mewujudkan intaraksi dua hala adalah penting dalam menjayakan model modifikasi tingkah laku terhadap pelajar bagi memperkembangkan tahap kognitif mereka. Secara keseluruhannya, setelah berjaya dalam menyiapkan tugasan ini saya berasa lebih memahami tentang pengertian model-model modifikasi tingkah laku bukan hanya dipertingkatkan dengan menggunakan buku teks sematamata. Malah dibentuk dengan model-model yang telah diperkenankan juga mampu membentuk tahap kognitif pelajar yang aktif dan positif dalam kalangan pelajar.Contohnya melalui aktiviti permainan, kajian kes dan sebagainya mampu membentuk tahap perkembangan kognitif pelajar. Tuntasnya, model modifikasi untuk memberi peluang kepada pelajar dalam mencari pengalaman mereka sendiri agar dapat memperkembangkan tahap kognitif mereka terhadap kefahaman mereka sendiri dalam proses pembelajaran. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan kerana Puan telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar yang positif kepada saya dalam melaksanakan kerja kursus pendek ini. Tidak ketinggalan pula saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya dan rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak memberi galakkan dan sokongan kepada saya.
42

Sekian, terima kasih.

________________ (JEFF ANAK REGULUS @ ALEXENDER WAT)

Bibliografi Abdullah Sani bin Yahaya. (2009). Mengurus Disiplin Pelajar. Batu Caves: PTS Profesional Sdn. Bhd. Burden dalam James Ang Jit Eng. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Puchong: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Buku Panduan bagi Mengikut Masalah Ponteng di Sekolah (KPM:1994)

43

Dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Sdn. Bhd. Canter dalam Kamaruddin Haji Husin. (1995). DinamikaSekolahdanBilikDarjah.Kuala Lumpur : UtusanPublications& Distributors Sdn Bhd. Canter dalam Mok Soon Sang. (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Christopher Bowring-Carr & John West-Burnham. (2002). Belajar Secara Berkesan di Sekolah. Puchong: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Charles,C.M. (2008), Building Classroom Descipline, Boston : Allyn. Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ida Hartina Ahmed Tharbe. (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. James Ang Jit Eng. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Puchong: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd.

Myint, S.K.et.al. (2005), Classroom Management: Faciliting Teaching and Learning,Singapore: Prentice hall

Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Sdn. Bhd.

44

Berita Harian.Terkawal.Dilayaripada 24 Februari 2012. Di URL http://www. bharian. com.my/bharian/articles/Masalahsalahlakudisiplinpelajarmasih terkawal/Article/ Dr Novandri Hassan Basri . Bulidan Masalah Sosial Pelajar: Satu Penyelesaian. Dilayari pada 24 Februari 2012. Di URL http://www.pemudaumno.org. my/modules.php?name=News&file=article&sid=4268 Fauzi Jalil.Dilayari pada 15 Mac 2013. Di URL http://mcana71.blogspot.com /2009/09/v-behaviorurldefaultvml-o.html Rosniza Mohd Taha . Ponteng Masalah Disiplin Paling Serius.Dilayari pada 24 Februari 2012. Di URL http://blog.azhad.com/2008/07/ponteng-masalah-disiplinpaling-serius.html

45

BORANG REKOD KOLABORATIF KERJA KURSUS


NAMA AHLI KUMPULAN : MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR (920615-01-5041) MOHD SYUHADAK BIN SEPLEE JEFF ANAK REGULUS @ ALEXENDER WAT KUMPULAN / OPSYEN SEMESTER MATA PELAJARAN PENSYARAH PENILAI : PISMP BM/PJ/PM :3 : EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU : PN SITI MISLIA BT SELAMAT

(920530-10-5267)
(910818-13-5589)

TARIKH 22/02/2013

PERKARA YANG DIBINCANGKAN Mendapat tugasan daripada pensyarah

CATATAN Mendengar penerangan daripada pensyarah

TANDATANGAN

MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR

MOHD SYUHADAK BIN SEPLEE

JEFF ANAK REGULUS @ ALEXENDER WAT

25/02/2013

Perbincangan pertama bersama ahli kumpulan

Pembahagian tugasan
MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR

MOHD SYUHADAK BIN SEPLEE

JEFF ANAK REGULUS @ ALEXENDER WAT

46

26/02/2013 11/03/2013

Proses pencarian maklumat

Proses pemerolehan maklumat dilakukan secara individu melalui pembacaan buku ilmiah dan mendapatkan maklumat di laman sesawang

MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR

MOHD SYUHADAK BIN SEPLEE

JEFF ANAK REGULUS @ ALEXENDER WAT

12/03/2012

Mula menaip hasil maklumat yang telah diperolehi

- Mengumpulkan hasil tugasan daripada setiap ahli kumpulan - Berbincang mengenai pemantapan hasil kerja kursus

MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR

MOHD SYUHADAK BIN SEPLEE

JEFF ANAK REGULUS @ ALEXENDER WAT

20/03/2013

Menjilidkan tugasan

Membukukan dan menjilidkan tugasan yang telah selesai. MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT
BIN AB SHUKOR

MOHD SYUHADAK BIN SEPLEE

JEFF ANAK REGULUS @ ALEXENDER WAT

47

22/03/2013

Penghantaran tugasan

Kerja kursus yang telah siap dihantar kepada pensyarah untuk dinilai

MOHAMAD IZZUDDIN IZZAT BIN AB SHUKOR

MOHD SYUHADAK BIN SEPLEE

JEFF ANAK REGULUS @ ALEXENDER WAT

48

LAMPIRAN

49

Vous aimerez peut-être aussi