Vous êtes sur la page 1sur 23

KANDUNGAN

Halaman Penghargaan Pengenalan BAHAGIAN 1 Huraian Jurnal BAHAGIAN 2 1.0 Profil Murid 2.0 Perkembangan Murid 2.1 Fizikal 2.2 Kognitif 2.3 Kesihatan 2.4 Kemahiran Motor 2.5 Masalah Tumpuan 2.6 Masalah Ingatan 2.7 Masalah Pertuturan Dan Fonologikal 3.0 Masalah Murid 4.0 Ujian Diagnostik 5.0 Analisis Ujian Diagnostik 6.0 Rumusan Hasil Analisis 7.0 Cadangan Mengatasi 8.0 Kesimpulan Bibliografi
1

2 3

7 7 - 10

10 11 13 15 16 20 21

1.0 PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus Pentaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Khas (PKU 3106) ini pada masa yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah iaitu Cik Rohana binti Lat dan Cik Miskinah bt Taib kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan dalam menyelesaikan tugasan ini. Tidak lupa kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka dan rakan-rakan yang banyak memberikan idea serta kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini.

2.0 PENGENALAN Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Manakala Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang penggunaan dan perlaksanaan pentaksiran dalam bidang Pendidikan Khas. Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan khas. Oleh itu, bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru memerlukan maklumat yang dikumpul melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, sampel kerja dan pengujian. Apabila pengajaran dan langkahlangkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya. Kebolehan menilai dan mentaksir adalah sangat penting bagi seorang guru pendidikan khas. Kemahiran menilai dan mentaksir ini dikatakan mempunyai hubungkait yang sangat rapat dengan keberkesanan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Seorang guru perlu menegetahui cara mengumpul maklumat yang dikehendaki, membuat pentafsiran tentang maklumat tersebut untuk membantunya membuat perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

HURAIAN JURNAL

Pengenalan Autism didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan

menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut: Autism adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autism mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam bidang seni muzik, rote memory dan lain -lain.

Kemahiran sosial Kemahiran sosial boleh ditakrifkan keupayaan untuk menghasilkan tingkahlakutingkahlaku atau respon-respon yang sesuai secara lisan atau bukan lisan dalam proses interaksi tanpa menyakitkan perasaan orang lain. Kanak-kanak autisma tidak mempelajari kemahiran-kemahiran sosial dengan sendiri dan juga dikenali sebagai kumpulan bermasalah pembelajaran (Kurikulum Program Bermasalah Pembelajaran). Menurut Trevarthen et al. (1998) hampir semua kes autisma menghadapi gangguan interaksi sosial, masalah kemahiran berkomunikasi dan aspek imaginasi. Kemahiran sosial merupakan satu ciri autisma yang penting. Ini berketepatan dengan Ball (1996) yang menyatakan bahawa deficit social yang wujud dalam diri kanak-kanak autisma ini amat serius, memandangkan kemahiran sosial sebagai alat penting dalam kehidupan setiap individu. Emosi kanak-kanak autisma seringkali timbul dalam bentuk tantrum dan menangis dalam jangka waktu yang lama. Individu autisma dapat tertawa sendiri apabila
4

sesuatu yang lucu timbul difikiran mereka. Mereka juga boleh menangis atau mengamuk apabila mengingat kembali perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka. Sebahagian besar daripada kanak-kanak autisma merasakan diri mereka begitu takut dan mudah cemas. Mungkin manusia normal tidak menganggap ianya remeh tetapi bagi kanak-kanak autisme seperti debu, perubahan jadual harian, suasana yang berlainan dari kebiasaan mempengaruhi emosi mereka. Secara tidak langsung interaksi mereka untuk membina hubungan sosial akan terbatas. Kanak-kanak autisme juga merasakan diri mereka lebih aman dengan diri mereka sendiri. Oleh sebab itu interaksi sosial mereka lebih sukar tambahan lagi pada mereka yang ditahap teruk. Mereka sukar memahami aturan sosial kehidupan yang sentiasa berubah-ubah. Kanak-kanak autisme lebih cenderung untuk membentuk hubungan yang baik dengan anggota keluarga khususnya ibu mereka. Kasih sayang adalah merupakan teras kepada pembentukan dan pengembangan hubungan sosial yang lebih luas.

Langkah mengatasi Intervensi awal boleh mengurangkan kesan kelambatan perkembangan yang dialami, malah boleh mengelakkannya daripada menjadi semakin serius. Selain itu intervensi awal juga boleh memaksimumkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas dan mengurangkan bebanan masyarakat. Terapi pertuturan merupakan intervensi yang paling ditekankan oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme. Intervensi lain seperti latihan ibu bapa, terapi cara kerja, sokongan tingkahlaku, dan sokongan sosial dalam perkhidmatan inklusif yang di dapati sebagai intervensi yang afektif bagi kanak-kanak autisme. Peranan ibu bapa dalam melibatkan diri dalam intervensi begitu penting. Keberkesanan intervensi yang dijalankan dan kemajuan terhadap kanak-kanak autisme amat bergantung kepasa sikap ibu bapa dan keluarga. Keluarga perlu belajar untuk memahami perasaan dan kehendak kanak-kanak autisme. Kerjasama yang erat perlu wujud antara ibu bapa dan guru. Matlamat dan pendekatan yang di ajar di sekolah dapat diteruskan dan diaplikasikan oleh ibu bapa di rumah. Usaha ini tidak akan berjaya tanpa ada kesinambungan dirumah.
5

Masyarakat memberikan sokongan kepada mereka yang menghidap autisme. Penghidap autisme dapat belajar cara hidup bermasyarakat dan berinteraksi

dengan masyarakat. Dengan cara ini penghidap autisme dapat mengelakkan diri daripada dibuli dan dicederakan oleh mayarakat lain yang tidak prihatin tentang nasib mereka. Semasa kanak-kanak autisme berasa di sekolah pelbagai cara dan kaedah boleh digunakan untuk menerapkan kemahiran sosial. Penerapan ini boleh dilakukan

secara langsung dan tidak langsung oleh guru tersebut. Aktiviti kumpulan boleh digunakan untuk mengajar konsep asas dan masa main digunakan untuk mengajar kemahiran sosial. Kumpulan kecil digunakan untuk menggalakkan interaksi kanakkanak autisme dengan rakan sebaya yang normal. Kaedah-kaedah yang digunakan ialah skill streaming, rakan sebaya dan bantuan kumpulan. Ball (1996) mendapati penggunaan rakan sebaya sebagai model dalam mengajar kemahiran sosial memberikan kesan yang tinggi dalam mengekalkan integrasi kanak-kanak dalam bilik darjah. Daugen (1994) mengkaji penggunaan teknik pengajaran secara incidental untuk mengajar cara bertanya yang sesuai dengan menggunakan rakan sebaya kurang upaya. Penggunaan teknik ini bukan sahaja meningkatkan cara bertanya yang sesuai malahan tahap vokalisasi subjek turut meningkat dan dikekalkan tanpa latihan. Peningkatan dalam interaksi juga berlaku disebabkan pengukuhan poositif yang diperolehi bagi setiap cubaan yang betul. Selain itu, guru dapat

mengeksplotasikan minat dan kesukaan murid.

1.0 PROFIL MURID BUTIR-BUTIR Nama Umur Tarikh / Tempat lahir Jenis kecacatan Jantina Agama Alamat CATATAN Nur Syfiqah bt Johari 10 Tahun 13 Mei 2001 / Hospital Besar Melaka Dysleksia Perempuan Islam KM 21 Kampung Beringin . 76100 Durian Tunggal, Melaka Bangsa Nama bapa Pekerjaan bapa Pendidikan bapa Nama ibu Pekerjaan ibu Bilangan adik-beradik Anak keMelayu Johari b Ali Peniaga Sijil Pelajaran Malaysia Seniwati binti Yaakub Suri rumah 3 2

2.0 PERKEMBANGAN MURID Subjek kajian mula mendaftartarkan diri ke dalam program pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Parit Melana pada 11.01.2011. Dia dikesan mengalami masalah dalam pembelajaran ketika berada di tahun 3 sekolah berkenaan. Ketika itu subjek mengikuti kelas pemulihan yang di ajar oleh En. Rahmat Ithnin. Hasil daripada maklumatnya tindakan telah diambil dimana tindakan susulan telah dibuat dan akhirnya murid berkenaan ditempatkan di program ini. Ketika subjek berada di program ini saya sentiasa mengikuti perkembangannya kerana kebetulan saya mangajar subjek matematik di dalam kelasnya. Maklumat tambahan juga diperolehi hasil daripada perbincangan GPK Pendidikan khas, guruguru serta perbincangan tak langsung dengan ayahnya memberikan maklumat yang

penting

kepada

saya

untuk

mengetahui

dengan

lebih

lanjut

mengenai

perkembangannya menurut aspek yang telah difokuskan. 2.1 Fizikal Nursyafiqah mempunyai bentuk fizikal sama seperti murid lain. Tidak begitu gemar pada aktiviti yang lasak. Aktif di dalam kelas. Tidak terbatas dalam pergerakan melakukan aktiviti semasa dalam pengajaran dan pembelajaran. 2.2 Kognitif Keupayaan intelektual kanak-kanak lembam berada di tahap yang sederhana atau melebihi tahap sederhana iaitu IQ mereka berada pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan (Messe, 2001). Menurut Puan Ruhilah, walaupun Nursyafiqah berumur 10 tahun namun tahap perkembangan kognitifnya adalah di tahap rendah antara 7-8 tahun. Ini adalah kerana Nursyafiqah masih tidak mampu untuk membaca walaupun ayat-ayat yang mudah. Dia hanya mengenali huruf-huruf abjad daripada A hingga Z yang mana kadang kala terkeliru antara huruf E dengan F. Dia juga tidak dapat mengingati dengan jelas huruf P, R, K, D, B dan M. Ini jelas semasa saya membuat kajian menulis huruf huruf kv + kv. Apabila bertanyakan mengenai mata pelajaran yang paling diminati, Nursyafiqah menjawab Matematik dan Pendidikan Muzik. Ini diakui oleh saya sendiri kerana saya mengajar matematik dikelasnya dan dia adalah antara murid yang paling aktif di dalam kelas. Setiap latihan inginkan banyak soalan. Namun demikian apabila dibandingkan mata pelajaran bahasa melayu dan matematik terdapat perbezaan yang begitu ketara kerana pencapaian dalam aspek bacaan begitu lemah. Mengikut Pn Ruhilah Nursyafiqah masih lagi dalam peringkat bacaan kv + kv dalam penyediaan rancangan pengajaran individu. Perkembangan dalam bacaan adalah perlahan kerana mungkin sikapnya yang kurang meminati mata pelajaran bahasa melayu. 2.3 Sosial-emosi Sungguh pun masalah ini tidak ketara seperti kesukaran untuk menguasai kemahiran 3M, kesukaran di dalam aspek sosial boleh menyebabkan permasalahan kepada mereka ini bertambah kompleks (Chua & Koh, 1192; Hallahan & Kaufman, 2006; Rathus, 2004). Nursyafiqah tidak mempunyai masalah yang serius mengenai sosioemosinya. Di dalam kelas, dia mempunyai keyakinan diri tinggi dan sentiasa
8

melibatkan diri secara aktif terutama di dalam mata pelajaran yang diminati. Di samping itu, Nursyafiqah mudah menerima nasihat dan juga teguran daripada gurugurunya. Dia tidak mudah merajuk atau marah apabila ditegur oleh gurunya. Menurut Pn Ruhilah semangat Syafiqah untuk belajar berada pada tahap yang memuaskan namun apabila dia tidak dapat menyelesaikan jawapan kerapkali menyebut tak tahu dan inginkan jawapan diberikan tanpa mahu memikirkannya dahulu. 2.4 Kesihatan Melihat kepada rekod kesihatan, Syafiqah tidak mempunyai masalah kesihatan yang lain. Pengesahan mengenai rekod kesihatan Syafiqah telah disahkan oleh Dr. Adibah bt Ibrahim. Doktor tersebut telah mengesahkan bahawa syafiqah

dikategorikan sebagai dyslexsia. Ini kerana ciri-ciri yang ditunjukkan oleh syafiqah menunjukkan terdapat ciri-ciri dyslexsia. Meskipun doctor telah mengesahkan dia menghadapi masalah dyslexsia, pihak sekolah terutama pengurusan pendidikan khas berasa bertanggunjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Nursyafiqah. Menurut Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pn Fazilah Harun perancangan yang jelas dan perbincangan antara ibu bapa dan guru telah dilakukan bagi mencari satu kaedah yang sesuai membantu Nursyafiqah mendapatkan perkhidmatan yang terbaik. Syafiqah selalu mengalami demam sekali sebulan.

Walaupun pelbagai rawatan telah dibuat namun ianya tetap sama. Menurut ayahnya walaupun demamnya tidak serius setiap bulan dan kadangkala mengalai lemah badan namun sedikit sebanyak mengganggu pelajarannya. 2.5 Psikomotor Saya mendapati bahawa Syafiqah tidak mempunyai masalah ketika memegang pensel. Dia memegang pensel dengan cara yang betul. Namun begitu tulisannya agak comot dan tidak kemas. Syafiqah juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakukan pergerakan semasa aktiviti pendidikan jasmani. 2.6 Ingatan Masalah ingatan boleh dikaitkan dengan masalah tumpuan. Syafiqah sering kali terlupa antara huruf P, R, K, D, B dan M. Walaupun latihan diberikan dia masih lagi melakukan perkara yang sama. Ada masa dia ingat dan ada masa dia lupa. Namun
9

guru-guru masih tidak berputus asa untuk menggunakan pelbagai kaedah yang lain yang sesuai untuk murid dysleksia seperti Nursyafiqah mengatasi kelemahannya. 2.7 Tumpuan Syafiqah tidak mempunyai masalah yang teruk dengan memberikan tumpuan kepada pembelajaran kecuali diganggu atau terganggu dengan persekitaran yang tidak memuaskan. 2.8 Pertuturan Daripada segi pertuturan syafiqah tidak mempunyai masalah yang serius iaitu dia tidak pelat, sengau dan sebagainya sehingga orang lain tidak memahami maksud yang ingin disampaikan. Namun, dia hanya menggunakan ayat-ayat yang mudah bagi melengkapkan keperluannya ketika itu. Bahasa kepelatan daerahnya juga agak pekat dengan menggunakan bahasa orang Melaka.

3.0 MASALAH MURID Sebelum kajian dilakukan temubual dilakukan untuk mendapatkan makluman awal tentang murid yang dikaji. Banyak maklumat yang diperolehi dengan kaedah temubual ini. Pn Ruhilah Abd Karim adalah guru Bahasa Melayu Budiman 3 dan banyak interaksi berlaku antara mereka semasa di dalam kelas. Menurutnya, Nursyafiqah mempunyai kelemahan dari aspek bacaan peringkat awal dan masih lagi dalam peringkat bacaan KV+KV. Ini telah membataskan Nursyafiqah untuk membaca dengan lancar. Temubual juga dilakukan bersama ayahnya secara tidak langsung semasa menunggu anaknya pulang. Nursyafiqah kurang membaca dirumah kerana banyak masanya dihabiskan dengan bermain dan menonton televisyen. Perhatian juga kurang diberikan oleh ibu bapanya kerana ibu bapanya sudah bercerai dan Nursyafiqah serta abangnya tinggal bersama nenek mereka. Guru-guru mata pelajaran lain juga turut memberikan maklumat yang berguna tentang kekuatan dan kelemahan murid ini semasa dalam pengajaran mereka. Melalui bacaan memang diakui oleh guru-guru lain terutama mata pelajaran sains dan bahasa inggeris kesulitannya dalam bacaan menyukarkannya untuk melangkah dengan lebih jauh.
10

Sepanjang proses kajian dilakukan saya lebih fokus untuk sentiasa melakukan pemerhatian kepada murid ini. Melihat kepada perkembangan murid ini yang secara tidak langsung banyak perkara perlu di ambil perhatian terutama menjurus tingkah laku murid. Nursyafiqah seorang murid yang periang. Kebiaasaannya dia lebih suka bergurau dan bermain bersama rakan-rakan lain di dalam kelas sekiranya guru tidak masuk ke kelas ataupun lambat masuk ke kelas. Minat untuk membaca tidak dapat diperhatikan. Dapat juga diperhatikan sekiranya tidak ada lembaran kerja diberikan ataupun pembelajaran tidak menarik perhatiannya dia lebih suka mengganggu rakan sebelahnya. Melihat kepada buku kerja Nursyafiqah dia sentiasa menjaga bukunya dengan kemas. Latihan KV+KV yang dapat dilihat terdapat beberapa kesalahan dia melakukan pembetulan dengan cepat. Hasil kerjanya juga memuaskan. Namun menurut Pn Ruhilah Nursyafiqah juga memerlukan bimbingan untuk menyiapkan kerjanya. Ini kerana terdapat beberapa kecelaruan huruf yang sukar difahami oleh Nursyafiqah yang telah membawa punca kepada masalah ini.

4.0 Ujian diagnostik Biasanya ujian diagnostik dilakukan setelah ujian saringan dibuat. Tapisan daripada hasil ujian saringan berkenaan akan menentukan berapa ramai murid yang layak untuk melakukan ujian dignostik. Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan secara terperinci. Melalui ujian ini guru dapat mengenalpasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung memudahkan guru merancang pembelajaran kelak. Saya telah mimilih ujian Bahasa Melayu KV + KV pada seorang murid setelah mendapat cadangan dan nasihat daripada guru kelas terbabit dimana murid berkenaan sesuai dilakukan ujian berkenaan. Beberapa kemahiran yang melibatkan KV + KV adalah seperti di bawah:

11

BIL

ITEM

Bil Soalan

Bahagian A: Padankan perkataan dengan gambar 1 2 3 4 5 Vokal a + a Vokal a + i Vokal a + u Vokal o + i Vokal u + i 5 5 5 5 5

Bahagian B: Isikan huruf di tempat kosong (satu tempat kosong) 1 2 3 4 5 Vokal a + a Vokal a + i Vokal a + u Vokal o + i Vokal u + i 5 5 5 5 5

Bahagian C: Isikan dua huruf ditempat kosong pada akhir perkataan 1 2 3 4 5 Vokal a + a Vokal a + i Vokal a + u Vokal o + i Vokal u + i 5 5 5 5 5

Bahagian D: Isikan dua huruf di tempat kosong di awal perkataan 1 2 3 4 5 Vokal a + a Vokal a + i Vokal a + u Vokal o + i Vokal u + i 5 5 5 5 5

Bahagian E: Tulis perkataan dengan betul 1 2 3 4 5 Vokal a + a Vokal a + i Vokal a + u Vokal o + i Vokal u + i 5 5 5 5 5

12

5.0 ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK BIL ITEM SKOR

Bahagian A: Padankan perkataan dengan gambar 1 2 3 4 5 Vokal a + a Vokal a + i Vokal a + u Vokal o + i Vokal u + a 5/5 3/5 5/5 3/5 5/5

Markah/peratus= 21/25(84%) Bahagian B: Isikan huruf di tempat kosong (satu tempat kosong) 1 2 3 4 5 Vokal a + a Vokal a + i Vokal a + u Vokal o + i Vokal u + a 0/5 3/5 3/5 1/5 4/5

Markah /peratus = 11/25(44%) Bahagian C: Isikan dua huruf ditempat kosong pada akhir perkataan 1 2 3 4 5 Vokal a + a Vokal a + i Vokal a + u Vokal o + i Vokal u + a 4/5 0/5 1/5 0/5 1/5

Markah /peratus =6/25(24%) Bahagian D: Isikan dua huruf di tempat kosong di awal perkataan 1 2 3 4 5 Vokal a + a Vokal a + i Vokal a + u Vokal o + i Vokal u + a 1/5 3/5 4/5 4/5 4/5

Markah /peratus = 16/25(64%) Bahagian E: Tulis perkataan dengan betul 1 Vokal a + a


13

1/5

2 3 4 5

Vokal a + i Vokal a + u Vokal o + i Vokal u + i

3/5 3/5 1/5 4/5

Markah /peratus = 12/25(48%)

Ujian yang diberikan kepada murid adalah mengikut langkah demi langkah. Ini bermaksud helaian diceraikan dan diberikan berasingan mengikut bahagian. Murid akan dapat helaian yang berikutnya setelah helaian yang diberikan sebelum itu telah siap. Bahagian A iaitu murid memadankan gambar dan perkataan yang telah disediakan. Untuk bahagian ini didapati murid tidak mempunyai banyak masalah untuk memberikan jawapan yang betul. Secara keseluruhan untuk bahagian ini murid mendapat jumlah skor yang tinggi iaitu 21/25 markah (84%). Terdapat dua kesilapan yang dilakukan oleh murid iaitu gabungan vokal a + i dan dua kesilapan gabungan o + i. Kelemahan untuk vocal i dapat dikesan disini kerana untuk gabungan a murid dapat menjawab dengan betul. Penekanan untuk vocal i harus ditekankan dalam aktiviti pengajaran kemudian. Latihan-latihan harus diberikan sebagai aktiviti tambahan kepada murid ini Bahagian B pula murid mengisikan satu huruf ditempat kosong membentuk satu perkataan. Markah skor yang diperoleh oleh murid ini ialah 11/25 (44%). Peratusan markah menurun daripada 84% kepada 44% iaitu sebanyak 40%. Nursyafiqah menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan ini apabila satu tempat kosong yang ditinggalkan secara rawak walaupun perkataan itu dipadankan dengan gambar mewakili perkataan tersebut. Dilihat daripada soalan gabungan vocal a + a Nursyafiqah tidak mendapat sebarang markah. Begitu juga dengan gabungan vocal o + i dimana dia hanya mendapat 1/5 skor sahaja. Bahagian C murid dikehendaki mengisikan dua huruf di akhir perkataan kv+kv. Markah skor yang diperoleh oleh Nursyafiqah ialah 6/25 (24%). Peratusan markah terus menurun daripada 44% untuk bahagian B kepada 24% untuk bahagian C iaitu sebanyak 20%. Penurunan ini jelas kelihatan apabila soalan gabungan (a + i) dan (0 + i) tidak mendapat sebarang markah. Begitu juga dengan gabungan (a +u) dan (u+a) masing-masing mendapat 1/5 skor.
14

Bahagian D murid dikehendaki mengisikan dua huruf di awal perkataan. Markah skor yang diperolehi ialah 16/25 (64 %). Kelemahan ketara pada soalan gabungan (a+a) dimana hanya 1 sahaja jawapan yang betul. Terdapat peningkatan peratus pada soalan bahagian ini. Bahagian E murid dikehendaki mengisikan perkatan diruang yang disediakan tanpa ada bantuan huruf lain. Ini bermakna murid perlu mencari perkataan sendi dengan berpandukan gambar yang telah disediakan. Markah skor yang diperoleh ialah 12/25 (48%). Terdapat sedikit penurunan peratus dari bahagian D ke bahagian E.

6.0 RUMUSAN/HASIL ANALISIS Hasil daripada analisis diatas satu rumusan dan hasil analisis telah dibuat berdasarkan aspek kajian iaitu suku kakata KV + KV. Hasil analisis ini adalah mengikut apa yang dikaji. Dapatlah diakui pada peringkat permulaan sebelum ujian dijalankan, saya telah dimaklumkan bahawa Nursyafiqah menghadapi masalah dalam mengenal beberapa huruf konsonan iaitu P, R, K, D, B dan M. Dapatan daripada ujian yang dijalankan juga mendapati Nursyafiqah tidak konsisten dalam mengenal huruf. Ini membawa maksud kadangkala dia ingat dan kadangkala dia lupa huruf yang mudah. Ini menyebabkan Nursyafiqah menghadapi kesukaran dalam menggabungkan perkataan dengan huruf yang sesuai. Walaupun dia dapat manjawab helaian terdahulu dengan menyebut huruf berkenaan namun apabila menjawab soalan berikutnya dia sudah tidak dapat mengingati huruf yang disebutnya. Kekeliruan ini sememangnya adalah normal bagi murid dyslexsia sepertinya. Hasil dapatan juga menunjukkan Nursyafiqah tidak dapat mengaitkan bunyi perkataan dengan huruf yang betul. Semasa ujian dijalankan saya melihat bagaimana ada sukukata yang dieja dengan tidak betul contohnya lori. Nursyafiqah mengejanya rori. Ini kerana perkataan tersebut menghasilkan bunyi seakan-akan sama tetapi tidak sama. Nursyafiqah juga menghadapi masalah untuk menulis dengan huruf konsonan yang betul. Misalannya dia dapat mengeja dengan betul topi tetapi apa yang ditulisnya
15

todi. Ini jelas dalam menulis perkataan baju pada ruang yang disediakan. Terdapat juga beberapa perkataan yang mengalami masalah yang sama satunya tidak kenal huruf. Semasa menjalani ujian juga tumpuan Nursyafiqah tidak seratus peratus pada ujian yang dijalankan. Selepas beberapa helai dia akan minta untuk ke tandas. Begitu juga kadangkala dia minta ujian dijalankan selepas waktu rehat walaupun rehat masih lambat lagi. Walaupun keadaan tempat yang selesa ujian itu dijalankan dan tanpa gangguan pelajar lain, masalah dalam dirinya membataskan perjalanan ujian ini berjalan dengan lancar. Setelah hampir 10 helaian kertas ujian dijalankan didapati Nursyafiqah kerap merungut contohnya banyak lagi ke cikgu?, cukuplah cikgu dan sebagainya. Secara keseluruhannya dapatlah dibuat satu rumusan Nursyafiqah masih lagi mempunyai banyak kelemahan dalam mengenal suku kata KV+KV. Guru perlu peka dan mengenalpasti kelemahan murid dalam pelbagai aspek. Melihat daripada masalah keluarga yang dihadapi mungkin juga memberikan impak kepada pelajaran Nursyafiqah. Penguasaan huruf konsonan perlu dipertingkatkan. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran perlu digunakan oleh guru berkenaan. Memang tidak dinafikan strategi yang digunakan kadangkala tidak sesuai digunakan kepada murid berkenaan tetapi sekiranya guru mencuba pasti lambat laun ia akan berjaya walaupun perkembangannya perlahan. kerana salah

7.0 CADANGAN MENGATASI Menurut Rubiah Kulop (1997) dalam satu kajian tentang Guru has Pemulihan, masalah dileksia yang wujud dalam kalangan kanak-kanak pemulihan dapat dilihat melalui tiga aspek pertama, kanak-kanak ini lemah dari segi perkembangan mental dan kadang-kadang mengalami kecacatan lain seperti gangguan kesihatan, pengalaman yang terhad serta gangguan emosi. Kedua, kanak-kanak tersebut selalu ponteng sekolah dan mempunyai latar belakang masalah kemiskinan dan yang ketiga kanak-kanak ini mengalami kesukaran dalam kemahiran bacaan dan penulisan sehingga mengakibatkan pencapaian yang rendah dalam pelajaran.

16

Justeru itu terdapat beberapa sadangan untuk membantu murid disleksia seperti Nursyafiqah supaya dapat menjalankan pembelajaran di sekolah dengan berkesan. Cadangan-cadangan ini mungkin kebanyakannya telah dilaksanakan disekolah namun bagaimanakah dengan aplikasinya di dalam kelas. Apakah perlaksanannya berjalan seperti yang dirancang. Lantaran itu guru-guru perlu lebih proaktif untuk menjalankan pelbagai strategi untuk membantu murid-murid pendidikan khas secara umumnya dan disleksia khasnya mendapat pendidikan yang berkualiti. Cadangan pertama ialah guru hendaklah membuat Rancangan Pengajaran Individu (RPI) kepada murid ini. Menurut Meese (2001), murid-murid kategori ini memerlukan RPI sepertimana murid-murid bekerperluan khas yang lain. RPI adalah satu perancangan pendidikan individu untuk murid-murid yang dibuat secara bertulis. jangka panjang untuk pembelajaran mereka. Ia juga melibatkan pandangan keluarga murid-murid serta para profesional lain yang berkaitan. Cadangan yang kedua ialah guru juga boleh mengubahsuai kurikulum, pengayaan dan sosial. Menurut Shaw (2002) dalam pengubahsuai kurikulum, beliau mencadangkan beberapa strategi pengajaran seperti mengubah yang abstrak kepada konkrit. Mengajar secara konkrit adalah lebih mudah daripada abstrak. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah apabila mereka nampak daripada membayangkan sesuatu maklumat. Selain itu, guru perlu elak daripada membuat generalisasi. Merupakan satu kesukaran bagi mereka untuk mengaplikasikan konsep yang telah diajar kepada situasi baru. Ini adalah disebabkan oleh kesukaran untuk memproses maklumat, mengingat kembali dan kurang berkemahiran

membuat penaakulan. Oleh yang demikian guru harus ingat bahawa arahan yang diberikan hendaklah jelas, mudah dan spesifik. Seterusnya, guru hendaklah menggalakkan kemahiran asas membentuk sub-skill. Murid-murid akan dilatih supaya membolehkan mereka membentuk sub-skill yang lain melalui apa yang telah dipelajari. Seterusnya, cadangan yang ketiga menurut Hallahan & Kaufman (2008), pengajaran secara kesalingan (Reciprocal Teaching) dan pengajaran secara terus (Direct Instruction). Dalam aspek pengajaran secara kesalingan, guru akan membimbing murid-murid tetapi pada masa yang sama guru akan memberI peluang kepada murid-murid untuk jadi pengajar. Sebagai contoh, selalunya guru akan menyoal dan
17

memberi arahan kepada murid tetapi di dalam pengajaran ini murid-murid juga boleh diberi peluang untuk menyoal guru. Ini akan dapat mengalakkan murid-murid berani menyuarakan pendapat mereka serta menggerakkan kebolehan penaakulan. Manakala cadangan yang keempat ialah pengajaran secara terus Pengajaran ini menggunakan kaedah latih tubi (drill), latihan (practice) dan memberi maklum balas (feedback) secara terus. Pengajaran secara ini harus dibuat secara turutan, dalam masa yang singkat dan dalam kumpulan yang kecil. Banyak kajian telah dijalankan tentang pengajaran secara terus ini dan didapati berkesan dalam jangka pendek dan juga untuk mencapai matlamat jangka panjang di dalam pembelajaran murid-murid lembam (Llyod,1988). Hallahan & Kaufman (2006) juga mencadangkan strategi penggunaan motivasi di dalam pengajaran murid-murid ini. Cadangan lain yang boleh digunakan ialah guru hendaklah menyediakan banyak aktiviti atau latihan mencari gambar, bentuk huruf dan simbol-simbol yang tidak sama. Selain itu, guru boleh membuat aktiviti mencari objek-objek yang hampir serupa yang bolah diperolehi daripada gambar haiwan, bunga dan daun-daun. Aktiviti memadankan huruf-huruf dengan perkataan juga boleh digunakan. Muridmurid juga boleh diberi latihan menekap corak, bentuk dan huruf. Guru juga boleh mengajar murid untuk mengenal dan membeza pelbagai bentuk benda-benda yang mudah dan telitikan perbezaan saiz, warna dan kedudukannya. Di dalam kelas, guru boleh mengadakan permainan seperti menyoal. Sebagai contoh, guru boleh menyoal mengenai apa yang dilihat di sesuatu tempat dan namakan objek yang dilihat. Sewaktu waktu pengajaran guru boleh menyediakan huruf-huruf di atas meja murid dan minta untuk murid menelitinya. Kemudian tutupkan objek-objek tersebut dan minta murid menyebut kembali huruf-huruf yang dilihatnya. Selain itu, guru menunjukkan satu huruf kepada murid. Guru akan menutup huruf tersebut dan meminta untuk murid melakarkannya semula. Guru juga boleh menunjukkan satu huruf kepada murid dan kemudian tutup. Bincangkan dengan murid mengenai huruf yang dilihat itu. Sebagai seorang guru kita hendaklah memikirkan cara atau langkah yang bersesuaian dengan murid dan juga masalah yang dihadapi untuk mengelakkan
18

masalah tersebut menjadi lebih teruk. Di samping itu, cadangan tersebut diharap dapat membantu murid yang mempunyai masalah ini memperbaiki dan masalah yang dihadapi. Selain itu, peranan ibu bapa juga adalah amat penting bagi memastikan kelemahan kemahiran yang ada pada anak mereka dapat dikesan dan langkah-langkah mengatasi dapat dijalankan dengan berkesan. Justeru, kerjasama daripada semua pihak adalah amat diharapkan bagi mengatasi kelemahan kemahiran bahasa murid ini.

19

8.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, guru-guru menggunakan pelbgai jenis ujian berdasarkan tujuan dan kepentingan pentaksiran itu dilaksanakan.Bagi memastikan pentaksiran itu dapat membekalkan maklumat yang berkualiti bagi membuat sesuatu keputusan berkaitan dengan murid dan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang pentaksiran itu dengan berkualiti. Selain itu, ujian saringan dan ujian diagnostik digunakan pada tahap awal perlaksanaan pendidikan khas. Ujian saringan digunakan untuk memilih murid yang akan mengikuti program dan intervensi khas manakala ujian diagnostik digunakan untuk mengkategorikan dan membuat penempatan murid ke dalam progam pendidikan khas. Memang tidak dapat dinafikan bahawa murid-murid bekeperluan sememangnya mempunyai masalah dalam kemahiran sama ada bahasa, matematik, pengamatan dan tingkah laku. Kemahiran bahasa merupakan salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Justeru, langkah mengatasi hendaklah diambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi atau sekurang-kurangnya mengurangkan masalah kemahiran murid tersebut.

20

BIBLIOGRAFI

Ariana Soekandar Ginanjar.(2007) Memahami Spektrum Autistik Secara Holistik. Desember: 87-89 Ball, J. (1996). Increasing social interaction of preschooler with autism through relationship with typically developing peers. AvaIlable:

http://www.edrs.com/DocLibrary4/0397/ED400654.PDF. Gavin Reid. (1996). Dyslexia and Inclusion. United States. David Fulton Publishers. Jamila K.A.Mohamed. (2003). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Selangor, Darul Ehsan. PTS Professional. Lie Ping Yee & Manisah Mohd Ali. (2008) Amalan Program Intervensi Awal KanakKanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33:19-33 Paul S. Carbone, Diane D, Behl, Virgina Azor & Nancy A. Murphy. (2010) The Medical Home for Children with Autism Spectrum Disorders: Parent and Pediatrician Perspectives. J Autism Dev Disord 40:317-324 Richrd P. Hastings & Tony Brown.(2002). Behaviour Problems of Children With Aitism, Parental Self -Effency, and Mental Health. American Journal of Mental Retardation 3:222-223. Trevarthen, C., Aitken, K., Ppoundi, D & Robarts, J. (1998). Children with autism:diagnosis and interventions to meet Their needs. London: Jessica Kingley Publisher.

21

Tugasan 1

22

Tugasan 2

23

Vous aimerez peut-être aussi