Vous êtes sur la page 1sur 38

Asal Usul Alam Semesta

Roslizah A.Samad IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Pengenalan
Alam Semesta terdiri dari segala yang anda fikirkan malah lebih daripada itu Manusia kuno menyangka alam semesta cuma apa yang mereka lihat dari bumi sahaja Hingga akhir abad ke 20 ahli astronomi masih percaya Milky Way satu-satunya galaksi di alam semesta Kini kita tahu bahawa Milky Way merupakan satu daripada 10,000 juta galaksi di alam semesta Oleh itu bumi hanyalah satu titik yang sangat kecil dalam alam semesta yang sangat luas

Pengertian Alam Semesta


Alam semesta merupakan sebuah ruang yang amat luas dan di dalamnya terisi semua jirim dan tenaga yang terwujud termasuk yang belum diketahui dan telah diketahui oleh manusia Sebelum penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s, Allah terlebih dahulu mencipta alam semesta. Bagi umat islam, cukuplah hanya mengetahui bahawa Allah yang menciptakan segalanya. Semuanya telah diceritakan di dalam al-quran "Dialah pencipta langit dan bumi." (Surah al-anam 6:101)

Allah telah berfirman di dalam Al Qur'an:


Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap,... (Al Fushiilat, 41: 11)

Allah telah berfirman:


Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. (Al - Anbiya, 21:30)

Syeikh Tantawi Jauhari melalui kitabnya Al-Jawahir yang ditulis sekitar tahun 1920-1930 menyebut : "Apa yang dijelaskan oleh Al-Quran, langit yang banyak dan bumi ini termasuk matahari, bintangbintang dan segala alam yang ada di dalamnya, semuanya bercantum padu sebelum ini, kemudian Allah s.w.t pisahkan kesemuanya. Ayat ini adalah mukjizat yang membuktikan kebenaran Al-Quran, bahawa Allah lah penciptanya kerana ilmu berkenaan perkara ini hanya mula diketahui pada hari ini"

Alam semesta penuh dengan misteri Kerana itulah manusia sama ada berpandukan sains atau agama sentiasa berusaha untuk mencari dan membongkar rahsia alam semesta Penemuan demi penemuan yang terhasil diharapkan dapat memberi kepuasan intelektual dan bukti spiritual bahawa alam semesta ini diatur oleh suatu kuasa ghaib. Disebabkan hal ini jugalah saintis dan ahli astronomi barat sentiasa mengkaji dan menghasilkan teori-teori tertentu bagi membuktikan dan mencari jawapan kepada semua persoalan yang wujud tentang bagaimana alam semesta terjadi.

Teori Pembentukan Alam Semesta


Terdapat dua teori yang popular mengenai pembentukan alam semesta iaitu teori steady state dan teori big bang

Teori Steady state (1948)


Diperkenalkan oleh Bondi, Gold dan Hoyle Bondi dan Gold menggunakan hukum fizik Pendekatan Hoyle secara matematik Menurut teori ini, kekurangan isipadu alam yang disebabkan oleh pengembangan diimbangkan oleh terciptanya jisim secara berterusan ke dalam galaksi Pengembangan dan penciptaan bertindak antara satu sama lain menyebabkan sumber tenaga sentiasa kekal Oleh itu alam semesta tidak akan berubah, memang sebegini sejak dari dahulu lagi

1931 Georges-Henri Lematre mengemukakan teori yang dipanggil teori Letupan Besar (Big Bang) bagi asal-usul alam semesta. 1948 Fred Hoyle mengemukakan pula teori bertentangan iaitu teori keadaan mantap yang mengatakan alam semesta ini berterusan mengembang tetapi secara statistik tidak berubah walaupun jirim baru sentiasa dicipta. Kedua-dua teori ini merupakan persaingan hebat hingga penemuan baru

1965 Arno Penzias dan Robert Wilson yang menemui sinaran gelombang mikro kosmik latar belakang, fakta yang menjelas dan menyokong teori Letupan Besar, lalu menyisihkan teori Keadaan Mantap.

Teori Big Bang (1933)


Dengan mengkaji pergerakan galaksi di angkasa, ahli astronomi pada masa kini tahu bahawa alam semesta bermula dengan dense point iaitu satu titik yang tumpat. Kesemua jirim dan tenaga yang terkandung didalamnya terbit selepas berlaku satu letupan besar yang dinamakan The Big Bang Peristiwa ini merupakan permulaan kepada jirim, masa, ruang dan segala-galanya di alam semesta. Golongan saintis moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam semesta.

Sambungan..
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud. Masa dan tenaga di alam semesta sebelum letupan big bang dikira sebagai sifar. Keadaan tanpa kewujudan sebarang benda, tenaga atau masa, hanya dapat diterangkan secara metafizik. Hal ini membuktikan sebenarnya semuanya ini telah diciptakan iaitu daripada tiada kepada ada. Menurut Saintis suatu tenaga gergasi yang ajaib telah menyebabkan letupan big bang berlaku. Tenaga superpower tersebut juga dikenali sebagai Dark Energy.

Pembentukan Galaksi-Galaksi Daripada Letupan Big Bang

Peristiwa Selepas Letupan


10-6 s hasil letupan bercantum menjadi proton dan neutron 1 s - terhasil electromagnetik dan tenaga nuklear lemah terhasil. 3 minit - proton and neutron bercantum menjadi atomik nuclei. 105 tahun elecktron bercantum dengan nuclei menjadi atom; dan cahaya dihasilkan. 105-109 tahun Jirim yang dihasilkan membentuk awan nebula, galaksi dan bintang.

Sambungan..
Menurut teori evolusi alam semesta, galaksi-galaksi adalah generasi yang pertama terbentuk. Dengan penyejukan partikel atom hidrogen dan helium yang terbentuk lalu bertindak balas di dalam galaksi, maka lahirlah generasi ke-2 iaitu bintang-bintang. Selepas berbillion tahun bintang-bintang terbentuk, terhasil pula planet-planet sebagai generasi ke-3. Maka timbullah pula unsur-unsur seperti bulan, komet, asteroid, langit dan sebagainya. Saintis tidak dapat memastikan turutan peristiwa secara tepat. Kebanyakan penerangan kejadian masih diperingkat hipotesis. Kajian masih dijalakan ke atas semua hipotesis tersebut.

Pembentukan Pelbagai Objek Di Galaksi

Pengembangan Alam Selepas Letupan

Pembentukan galaksi dengan graviti

Pembentukan Sistem Suria


5 billion tahun yang lalu, nebula yang terbentuk oleh letupan supernova, hanyut dalam galaksi Bima Sakti. Nebula ini mula mengecut disebabkan oleh graviti. Ini adalah permulaan pembentukan sistem suria. Semasa mengecut ia juga mula berputar laju. Daya memusat menjadikannya menipis membentuk cakera Kebanyakan jirim mula bertumpu di tengah, menjadikan keadaan sangat panas lalu membentuk matahari. Sebahagian bahan sisa bergabung membentuk objek yang lebih besar iaitu proto-planet Proto-planet ini berfungsi sebagai vacum cleaner gergasi dengan menarik kebanyakan jirim yang tinggal untuk membentuk sistem suria

Pembentukan Sistem Suria

Berdasarkan teori nebula

Terbentuk seperti pusingan cakera

Peringkat Perkembangan Alam Semesta

Kewujudan planet

Kemunculan planet daripada dalam galaksi

Pengembangan Alam Semesta


Alam semesta kian mengembang selepas letupan besar yang berlaku kira-kira 15,000 juta tahun dahulu William de Sither saintis pertama menunjukkan alam semesta mengembang Ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang. Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Tidak dipersetujui oleh Einstein sehinggalah dibuktikan benar oleh penemuan Hubble

Sambungan..
Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksigalaksi bergerak secara konstan menjauhi antara satu sama lain Beliau menyatakan alam semesta berkembang secara berterusan. Beliau juga membuat rumus bahawa halaju galaksi berkadar langsung dengan jarak pergerakan daripada titik permulaan ke tempat semasa. Pemerhatian yang dijalankan pada tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan.

Berapa Umur Alam Semesta?


Laju x Masa = Jarak

Masa = Jarak/ Laju


Umur Alam Semesta = Jarak galaksi tertentu halaju galaksi Umur Alam Semesta = 4.6 x 10^26 cm 1 x 10^9 cm/saat
= 4.6 x 10^17 saat
~ 15 billion tahun

Sambungan
Menurut saintis, semua yang dapat dicerap seperti galaksi dan apa-apa sahaja yang terdapat Vera Rubin di antara keduanya merupakan 10% sahaja daripada keseluruhan alam semesta 90% daripada jirim adalah dalam bentuk yang tidak diketahui yang dinamakan Dark Matter. Selain pengembangan, alam semesta ini juga mengalami pecutan semasa pengembangan yang dinamakan Accelerating Expansion Hal ini menunjukkan kehadiran tenaga lebihan sebagai kuasa penggerak yang dinamakan dark energy.

Pengecutan Besar
George Lemaitre (1927), mengatakan jika alam semesta mengembang, graviti akan memperlahankan pengembangannya, oleh itu pengembangan hari ini lebih perlahan daripada semalam Alam semesta diramalkan mengecut semula menerusi kejadian pengecutan besar Kesemua partikel dan tenaga akan bercantum semula di titik tengah Saintis meramalkan akan berlaku satu lagi ledakan seperti Big Bang yang bakal membentuk suatu alam yang baru atau revolusi semula. Pembentukan semula seperti ini akan berlaku antara 80 hingga 100 billion years tahun lagi!

Teori Evolusi Alam Semesta


Masyarakat pada Abad ke 19 menganut fahaman materialisme George Politzer mengatakan bahawa "alam semesta bukanlah sesuatu yang diciptakan" kerana "Jika ia diciptakan, ia sudah pasti diciptakan oleh Tuhan dengan seketika dan dari ketiadaan". Ketika Politzer berpendapat bahawa alam semesta tidak diciptakan dari ketiadaan, ia berpegang pada model alam semesta statik abad 19. Namun, penemuan pada abad ke 20, mula menyangkal teori dan model ini.

1915 - Albert Einstein merumuskan kerelatifan am, beliau mempercayai bahawa alam semesta ini statik / tunggal. - Einstein menggunakan persamaannya untuk membenarkan alam semesta kini mengembang dan akan mengecut kemudian, beliau menambah ke dalam persamaan itu apa yang dinamakannya pemalar kosmologi, secara utamanya merupakan ketumpatan tenaga yang malar yang tidak dipengaruhi oleh pengembangan ataupun pengecutan, yang peranannya untuk mengimbangi kesan graviti terhadap alam semesta supaya alam semesta kekal statik

1922 - Seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembangkan dan mengukuhkan lagi teori alam semesta mengembang dengan menyatakan dalam sesetengah alam semesta ini telah mengembang dari titik ketunggalan awal; inilah asas Letupan Besar. (wikipedia, ensiklopedia bebas)

Sumber : imej gambar dari http://id.wikipedia.org/wiki/Ledakan_Dahsyat

Sehinggalah ada penemuan baru oleh astronomi waktu itu 1929 - Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori letupan besar 'big bang'. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang kerana bintang-bintang cenderung bergerak ke warna merah,menjauh sesama sendiri, maka itu menunjukkan bahawa bintang-bintang itu menjauhi manusia. Ertinya, bumi ini bergerak dan terus menerus mengembang seperti belon yang ditiup.

Albert Enstein mengakui teori big bang dan mengakui teorinya merupakan kesilapan besar. Teori Letupan Besar ini terus diterima ramai sebagai asal-usul alam semesta.

Penemuan ini mengukuhkan lagi apa yang tertuliis di dalam al-quran bahawa alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti satu letupan besar kerana letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini. (Allah memisahkannya)

(sumber : imej gambar dari google )

(Rujuk gambar) 1. Segera setelah terjadi dentuman besar, alam semesta mengembang dengan cepat hingga menjadi kira-kira 2000 kali matahari. 2. sebelum berusia satu detik, semua partikel hadir dalam keseimbangan. satu detik setelah dentuman, alam semesta membentuk partikel-partikel dasar iaitu elektron, proton, neutron dan neutrino pada suhu 10 juta kelvin. 3. kira-kira 500 ribu tahun telah terjadi ledakan, lambat laun alam semesta menjadi sejuk hingga mencapai suhu 3000 K. Partikel-partikel ini membentuk benih kehidupan alam semesta.

4. Gas hidrogen dan helium membentuk kelompokkelompok gas rapat yang tak teratur. Dalam kelompok-kelompok ini, berjuta galaksi mula terbentuk 5. Antara satu dan dua juta tahun setelah terjadinya dentuman besar, protogalaksi melahirkan bintangbintang yang lambat laun berkembang menjadi raksasa merah dan supernova yang merupakan bahan kelahiran bintang-bintang baru dalam galaksi. 6. satu diantara berjuta galaksi yang terbentuk adalah galaksi bima sakti yang didalamnya mempunyai sistem suria kita yang terdapat plane-planet lain, bulan dan bumi dengan matahari sebagai bintang yang terdekat dengan bumi.

BUKU Mohammad Ilyas. (1996). Islamic Astronomy and Science Development. Selangor: Pelanduk Publication Sdn. Bhd (m/s 19,32) INTERNET Ledakan dahsyat. Laman web : http://id.wikipedia.org/wiki/Ledakan_Dahsyat dilayari pada 6 Mac 2012 Kisah perjalanan alam semesta. Laman web : http://langitselatan.com/2009/08/28/kisahperjalanan-alam-semesta/ dilayari pada 6 Mac 2012

Kesimpulan
Segala yang hidup pasti akan mati Maka alam semesta akan melalui proses kemusnahan apabila pengecutan besar Pengecutan besar ini berlaku akibat tarikan graviti yang dihasilkan daripada proses pengembangan galaksi dan alam sekarang

Vous aimerez peut-être aussi