Vous êtes sur la page 1sur 5

1.

0 Reka Bentuk Pengajaran Reka Bentuk Pengajaran merupakan satu proses sistematik yang menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran. Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses. Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran.Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka bentuk pengajaran, perspektif utama yang perlu dilihat ialah gaya pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang mepengaruhi hasil pembelajaran. Terdapat 3 kategori reka bentuk pengajaran yang dinyatakan iaitu: 1. Reka Bentuk Pengajaran Sebagai Satu Proses 2. Reka Bentuk Pengajaran Sebagai Satu Disiplin 3. Reka Bentuk Pengajaran Sebagai Satu Sains

RBP sebagai satu Proses

Merujuk kepada pembinaan perancangan pengajaran secara sistematis dengan mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran. Proses ini merangkumi aspek menganalisis keputusan pembelajaran dan matlamat pembelajaran, membina sistem penyampaian untuk mencapai matlamat pembelajaran, menyediakan bahan dan aktiviti P&P, melaksanakan perancangan P&P seterusnya membuat penilaian pengajaran dan aktiviti pembelajaran.

RBP sebagai satu Disiplin

Merujuk kepada cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran termasuk menentukan kaedah yang paling sesuai digunakan bagi memastikan pembelajaran berlaku. Duffy & Jonasen (1991) menyatakan ianya sebagai satu proses pelaksanaan strategi pengajaran.

RBP sebagai satu Sains

Merujuk kepada kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran.

Reka Bentuk Pengajaran menurut Yusup Hashim (1998), merupakan satu proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Terdapat 4 bidang reka bentuk pengajaran iaitu:

RBP sistem pengajaran RBP strategi RBP mesej Ciri-ciri pelajar

Beberapa tujuan proses reka bentuk pengajaran ialah untuk mengenalpasti hasil pembelajaran pengajaran yang disampaikan guru. Seterusnya, ia juga turut memberi panduan untuk membina pengisian pembelajaran (seperti bidang cakupan dan langkah pengajaran) serta menentukan cara untuk menilai keberkesanan pengajaran. Terdapat 3 jenis model reka bentuk pengajaran iaitu :

MODEL ADDIE MODEL ASSURE Model Gagne - Briggs, Wagner (1992)

Model yang saya pilih untuk tugasan ini ialah model ASSURE.

1.1 Model ASSURE Model ASSURE adalah berfokuskan kepada inisiatif instruktor menggunakan media dan teknologi di dalam kelas. Model ASSURE menyediakan rangka kerja perancangan yang sesuaidengan media dan teknologi yang sentiasa berubah dalam persekitaran pengajaran danpembelajaran. Model ASSURE juga boleh digunakan dalam menyediakan rancangan pengajaran serta untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran. Model ini sesuai bagi persekitaran konstruktivis di mana pelajar diperlukan untuk berinteraksi aktif dengan persekitarannya. Terdapat 6 elemen yang terkandung dalam model ASSURE, iaitu:

1.

Kenal pasti pelajar (Analyze learners) Elemen yang pertama memerlukan para guru untuk mengenalpasti dan menganalisa pelajar yang akan terlibat di dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa perkara yg perlu diketahui dan dititikberatkan. Antaranya adalah ciri-ciri am seperti gred, umur, bangsa, jantina, masalah mental, fizikal, emosional atau sosial yang hadir, tahap sosio ekonomi dan sebagainya. Seterusnya, adalah dengan mengenalpasti kebolehan spesifik yang mana merangkumi pengetahuan sedia ada, kemahiran dan sikap. Ini termasuk pengenalpastian terhadap gaya pembelajaran. Sebagai contoh, verbal, logikal, visual, muzikal. Antara lain yang dititikberatkan adalah dari aspek motivasi yang mana mencakupi persoalan mengapa pelajar perlu mengikuti kelas tersebut.

2. Menyatakan objektif pengajaran (State standards and objectives) Objektif adalah hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Objektif mestilah jelas dan spesifik serta boleh diukur. Kejelasan penting untuk mewujudkan jangkaan pelajar (learner expectations) terhadap pelajaran yang bakal diterima dan dipelajari di samping menentukan kriteria media dan teknologi yang akan digunakan. Objektif boleh dibina oleh instruktor ataupun diadaptasi daripada sumber sokongan. Panduan bagi menyediakan objektif pembelajaran adalah dengan meniliti aspek yang berikut seperti: a. Audience (Pelajar) b. Behaviour to demonstrate (Perlakuan yang sepatutnya ditunjukkan selepas pembelajaran dilalui) c. Conditions (Keadaan yang diperlukan untuk menunjukkan perlakuan tersebut) d. Degree of proficiency or accuracy (Sejauh mana pelajar menguasai kemahiran.) Contohnya: Pelajar Tahun 4 (Audience) dapat menamakan 5 (Degree) haiwan karnivor (Behaviours) daripada senarai binatang yang diberikan (Conditions). Selepas membuat penilaian daripada segi kemahiran, kesediaan dan gaya pembelajaran pelajar dan setelah objektif dirangka, barulah pemilihan media yang sesuai dengan pembelajaran tersebut dilakukan.

3. Memilih strategi, teknologi, media dan bahan yang ingin digunakan (Select strategies, technology, media and materials) Elemen ketiga yang digariskan dalam model ASSURE adalah mengenal pasti lokasi pengajaran dan pembelajaran. Keduanya dengan mengenal pasti lokasi instruktor. Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran akan disokong oleh pemilihan media yang sesuai. Maka, ianya akan menolong mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dalam menguasai pelajaran yang telah disampaikan oleh guru tersebut. Beberapa soalan yang boleh diambil kira ketika membuat pemilihan media, bahan dan cara penyampaian adalah seperti: - Berpandukan objektif, apakah metodologi yangsesuai bagi penyampaian maklumat? - Bolehkah ianya dijalankan secara kendiri atau perlukan arahan tambahan? - Perlukah ianya diselesaikan di dalam kelas? - Apakah jenis media yang diperlukan? 4

- Adakah pelajar mempunyai akses terhadap media tersebut? 4) Menggunakan media dan bahan pembelajaran Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks, animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan kesesuaian kepada persembahan. 5) Penglibatan pelajar Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang aktif. 6) Melakukan penilaian dan pengubahsuaian Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek: i. Menilai kepuasan pengguna ii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaran iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan

Vous aimerez peut-être aussi