Vous êtes sur la page 1sur 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1 Mata Pelajaran : Matematik Tahun : Kelas 1C Masa : 2:55 petang - 3:25 petang

(30 minit) Tema : Nombor Dan Operasi Tajuk : Wang Hingga RM10 Objektif : Pada akhir pembelajaran ini,murid-murid akan dapat: 1) Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. 2) Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bersyukur, berkeyakinan diri dan tidak berputus asa. Kandungan : 4.1 Mengenal pasti ringgit dan sen. Standard Pembelajaran: 4.1 (iv) Menukar wang: (a) Syiling hingga 1 ringgit. Nilai Kemahiran Berfikir Media Pengajaran Masa : Berjimat- cermat, bekerjasama, jujur. : Menjana idea : Duit syiling palsu, Pemadam, Gambar Catatan Duit syiling palsu dan pemadam

Set Induksi ( 3 minit) 2. Guru meminta murid menyebut harga pemadam itu dan memberi duit palsu yang cukup. 3. Guru menjelaskan tajuk pembelajaran hari ini ialah Cantuman duit syiling yang sama nilainya. 1. Guru menunjukkan gambar duit syiling yang bernilai 50 Langkah 1 sen dan RM 1 di papan hitam. ( 10 minit) 2. Guru menjelaskan cantuman duit syiling yang sama nilainya tentang kedua-dua harga wang. Contohnya, 50 sen sama dengan dua 20 sen dan satu 10 sen atau lima 10 sen. RM 1 sama dengan dua 50 sen atau lima 20 sen atau sepuluh 10 sen. 3. Guru bertanya tentang cantuman duit lain yang murid tahu. 1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Langkah 2 (7 minit) 2. Guru memberi duit syiling palsu yang berlainan nilainya kepada semua ahli kumpulan.

Perkara 1. Guru menunjukkan seketul pemadam baru yang berharga 40 sen kepada murid.murid.

Gambar

Duit syiling palsu

3. Murid-murid diminta mencantumkan duit nilai yang guru tanya. Contohnya, Syarifah hendak membeli sekeping roti canai yang berharga 60 sen di kantin. Dia boleh membayar wang dalam bentuk apa? Langkah 1. Guru memberi kertas latihan kepada murid-murid. 3 2. Murid-murid menyelesaikan masalah dalam latihan ( 7 minit) secara individu. 3. Guru meronda dan memberi bimbingan kepada murid yang lemah. 4. Jawapan latihan dibincangkan bersama-sama. Penutup 1. Guru bertanya tentang cara penggunaan wang saku di sekolah. (3 minit) 2. Guru menasihati murid-murid supaya bijak semasa berbelanja seperti membeli makanan atau peralatan yang deperlukan sahaja dan menyimpan wang berlebihan di dalam tongkong, rumah atau bank. Berjimatcermat Kertas latihan

Latihan Yang Saya Sediakan

Refleksi tentang Makropengajaran Matematik Tahun 1


PENGENALAN Rancangan pengajaran Matematik ini adalah untuk Kelas 1 Cerdas. Jumlah murid dalam kelas ini seramai 35 orang. Murid-muridnya terdiri daripada 34 orang murid bangsa Cina dan 1 orang murid bangsa Melayu. Murid Melayu ini tidak pernah belajar dalam bahasa Cina, jadi ini merupakan cabaran untuk saya mengajar kelas ini supaya subjek ini mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran saya iaitu semua murid menguasai kemahiran numerasi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. KEKUATAN Oleh sebab kelas ini adalah kelas tahun 1, anak murid masih kecil dan jarang menggunakan duit dalam kehidupan harian kecuali di kantin sekolah atau koperasi

sekolah. Jadi, saya banyak mengajar dengan masukkannya didik hibur supaya memudahkan anak murid lebih senang memahami tentang tajuk yang saya ajar. Contohnya, saya berlakon sebagai penjual di kantin dan mereka sebagai pelanggan. Dalam proses jual-beli, penggunaan duit adalah diperlukan. Pada masa itu, murid-murid dapat belajar sambil bermain berlakon sebagai pelanggan yang bijak. Suasana pengajaran dan pembelajaran pada masa itu sungguh menyeronokkan. KELEMAHAN Walaupun murid-murid dapat belajar dan menyerap ilmu pengetahuan baru melalui strategi yang saya reka itu, tetapi mereka terlalu gembira sehingga saya berasa bising dan mungkin mengganggu kelas sebelah belajar. Saya perlu menggunakan sekurang-kurangnya 1 minit untuk mengawal disiplin murid dalam setiap langkah yang dijalankan supaya disiplin kelas terkawal. Oleh sebab itu, masa pengajaran dan pembelajaran ini telah melebihi masa sepanjang 3 minit. Selain itu, saya meminta murid Melayu itu untuk menjawab soalan saya dalam bahasa Cina, dia memerlukan masa untuk berfikir. Namun, ini bukan masalah asalkan anak murid ini dapat belajar sesuatu. LANGKAH MENGATASI Selepas merenung kembali pengajaran dan pembelajaran itu, sebenarnya saya perlu menerangkan perturan dalam kumpulan dengan jelasnya terlebih dahulu sebelum saya memulakan situasi lakonan. Soalan yang disediakan mungkin terlalu banyak, jadi bolehlah kurangkan bilangan soalan atau menyediakan bilangan soalan yang sesuai berdasarkan kebolehan murid-murid.

Vous aimerez peut-être aussi