Vous êtes sur la page 1sur 3

Tuisyen Serdang

APSEK KOMSAS Apsek-aspek sesebuah komsas 1. Tema Pokok persoalan yang menjadi dasar sesuatu cerita secara langsung atau tidak langsung. Dianggap sebagai gagasan, fikiran atau persoalan utama yang mendasari sesuatu karya. Contoh tema novel Azfa Hanani ialah penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa. 2. Persoalan Hal-hal yang dibangkitkan dalam sesuatu cereka untuk memantapkan tema dan mengembangkan cereka. Contoh persoalan dalam novel Azfa Hanani ialah Berani mengambil risiko. Azfa bernai menyamar sebagai Tengku Murni walaupun dia tahu risiko yang ditanggungnya. 3. Watak Pelakon yang menggerakkan sesuatu cereka. Ada watak utama (watak penting yang menggerakkan cerita), dan sampingan (watak yang membantu watak utama). Contoh watak utama dalam novel Azfa Hanani ialah Azfa Hanani. Watak sampingan ialah Tengku Murni, Datin Maziah, Tengku Mazran dan Syafinaz. 4. Perwatakan Gambaran keseluruhan watak yang ditonjolkan dalam sesuatu cereka. Perwatakan termasuk pelakuan, perasaan, cara berfikir, cara bercakap dan sebagainya. Contoh perwatakan Azfa Hanani ialah seorang gadis berusia 17 tahun, taat kepada pak long dan maklongnya, buktinya telah meminta izin lebih dahulu sebelum bersetuju mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur. 5. Plot Rentetan peristiwa yang menggambarkan jalan cerita berdasarkan sebab dan akibat, dijalin dengan melibatkan konflik atau pertikaian yang akhirnya menemukan peleraian. Contoh dalam novel Azfa Hanani terdapat permulaan cerita, contohnya dikatakan wajah Azfa Hanani seiras dengan Tengku Murni. Setelah itu, pengembangan cerita, perumitan cerita, klimaks dan peleraian cerita. 6. Latar Terbahagi kepada 3, iaitu latar tempat (tempat berlakunya sesuatu peristiwa), latar masa (masa/zaman peristiwa berlaku) dan latar masyarakat (golongan yang diwujudkan dalam cereka contoh bangsa/etnik,jantina, kampung/bandar/kota dan sebagainya. Contoh Latar Tempat dalam Novel Azfa Hanani ialah di Makmal Kimia. Di sinilah Azfa Hanani Bimbang kerana perbuatannya mencuri buku disyaki oleh rakan-rakannya. 7. Gaya Bahasa rentetan kata yang sesuai untuk menyampaikan idea dengan cara yang lebih indah contoh, pepatah, kata-kata kalimat, peribahasa, pantun, dialek daerah, bahasa asing, inversi, hiperbola, perulangan/repitisi, personafikasi, perlambangan/ simbolik, metafora, imej alam dan sinis. Simile unsur-unsur yang menggunakan kata perbandingan seperti, macam, umpama, bak dll. Inversi pembalikan kata, frasa atau ayat.
Disediakan oleh Cikgu Farina

Tuisyen Serdang
APSEK KOMSAS Hiperbola sesuatu perkara dinyatakan secara berlebih-lebihan. Perulangan/repitisi - Anafora = perulangan di awal ayat/baris - Responsi = perulangan di tengah ayat/baris - Epifora = perulangan di akhir ayat/baris Personifikasi memberi sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda. Metafora unsur perbandingan secara tidak langsung atau secara berkias bagi menerbitkan makna lain daripada makna tersurat. Gabungan unsur konkrit dan abstrak. Imej alam penggunaan unsur alam. Sinis kata-kata yang diungkapkan dengan tujuan menyindir. 8. Unsur Bunyi - Asonasi = perulangan huruf-huruf vokal (A,E,I,O, dan U) - Aliterasi = Perulangan Huruf-huruf konsonan (selain daripada huruf vokal) - Jeda = pemberhentian di tengah baris semasa dideklasmasikan (biasanya sajak) - Rima akhir = pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi (Biasanya pantun) 9. Teknik Plot teknik-teknik tertentu yang digunakan oleh pegarang untuk menyampaikan ceritanya supaya keihatan lebih menarik. Antara teknik: a) Dialog pertuturan antara dua atau lebih watak. Biasanya ada . b) Monolog - pengucapan seseorang sama ada ditujukan kepada diri sendiri atau orang lain. c) Monolog dalaman berupa pengucapan dalam hati atau fikiran seseorang. d) Imbas Kembali peristiwa yang digambarkan semula melalui mimpi, kenangan atau penceritaan. e) Imbas Muka ramalan atau jangkaan oleh watak.
Disediakan oleh Cikgu Farina

Tuisyen Serdang
APSEK KOMSAS f) Pemerian/pengisahan - penceritaan secara langsung oleh pengarang, misalnya untuk menggambarkan seseorang atau sesuatu tempat. g) Kejutan perubahan yang berlaku secara tiba-tiba atau tanpa diduga yang bertujuan untuk menjadikan plot lebih menarik dan berkesan. h) Saspens teknik yang digunakan oleh pengarang untuk menimbulkan kegelisahan dan rasa ingin tahu atau membuatkan watak atau pembaca tertanya-tanya insiden yang bakal berlaku. 10. Nilai sifat ketinggian dari segi pemikiran agama, kemasyarakatan dan sebagainya. Terdapat 16 nilai murni yang wajar diserapkan dalam pengajaran iaitu, baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat kemasyarakataan. 11. Pengajaran Mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam bentuk peringatan atau pedoman sebagai inti fikirannya yang terungkap daripada sesuatu cereka secara tersirat yang digambarkan melalui peristiwa dan watakwataknya. Contoh dalam novel Azfa Hanani Nilai Pengorbanan = Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi membantu Zuraini yang memerlukan rawatan bagi penyakit lumpuhnya. Pengajaran Kadangkala pengorbanan itu perlu demi membahagiakan orang lain. Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah mengalami tekanan jiwa seterusnya menggangu kesihatannya.

Disediakan oleh Cikgu Farina

Vous aimerez peut-être aussi