Vous êtes sur la page 1sur 17

1.

0 Pendahuluan

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Malaysia khususnya semakin dilupakan dek terhakis oleh arus globalisasi dunia tanpa sempadan. Lahirnya kemudahan yang pelbagai ini mendorong masyarakat di negara kita Malaysia mengambil jalan singkat dalam menjaga kesihatan tamsilanya pengambilan pil kurus dan sebagainya. Pendidikan Jasmani tidak lagi diberi status yang sewajarnya seperti pengiktirafan di negara-negara Barat dan negara-nagara Asia lain. Di Amerika persatuan contohnya, Perubatan badan-badan Amerika, professional seperti Akedemi Nasional, Pediatriks, Persatuan

Persatuan

Pendidikan

Kebangsaan Guru-guru Besar Sekolah Rendah dan Badan Bersekutu Untuk Kesihatan, pendidkan Jasmani, Rekreasi dan Tarian(AAHPERD) amat mengalakkan kerajaan negeri tempata mengadakan Program Pendidkan Jasmani harian yang berkualati. Justeru kurikulum Pendidkan Jasmani sekolah seharusnya memberi penekanan kepada pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan kanak-kanak yang kurang mahir. Pihak sekolah seharusnya memberi penekanan kepada kanakkanak tentang senamaan dan pembangunanya serta pengekalan perlaziman senaman seumur hidup

1.1 Pengenalan Pendidikan Jasmani

Pettifor (1990 ) berpendapat bahawa pendidikan jasmani menyediakan kanakkanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapid an berturutan.Konsep ini adalah selari dengan
1

pendapat Daucer ( 1995 ) yang berpendapat bahawa pendidikan jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh dan member sumbangan kepada perkembangan serta pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui

pengalaman-pengalaman pengerakan. Pendidikan jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua

perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

. 1.1.1 Konsep Pendidikan Jasmani

Barrow

(1971,

1983)

menyatakan

Pendidikan

Jasmani

dalam

konteks

pengalaman pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak, Freeman (1977, 1992) menegaskan Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap
2

kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak.Gallahue ( 1996 ) pula menegaskan bahawa pendidikan jasmani meluangkan sebahagian daripada hari persekolahan untuk aktivitiaktiviti otot besar yang mendorong dan membangun belajar untuk bergerak dan belajar melalui pengerakan .( Wee Eng Hoe : 2002,2009 )

1.1.2 OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI

Objektif pendidikan jasmani adalah untuk mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.Selain itu,pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menguasai kemahiran asas pengerakan dan permainan mengikut kemampuan diri,Pendidikan ini juga bertujuan untuk mengalakkan pelajar melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.Disamping itu, pendidikan ini juga bertujuan untuk membentuk sahsiah dan disiplin diri . Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara

utama :Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian

1.1.3 Konsep Pendidikan Kesihatan

Anspaugh dan Ezell ( 1995 ) mendefinisikan Pendidikan Kesihatan sebagai satu proses untuk mengembang dan membekal pengalaman-pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk member maklumat, mengubah sikap, dan mempengaruhi tingkah laku.Ini disokong oleh Green dan Ottossan ( 1999 ) bahawa tingkah laku kesihatan yang memberi manfaat adalah hasil gabungan peluang pembelajaran yang dirancang, konsosten dan bersepadu.Proses tersebut akan membolehkan kanak-kanak mencapai tanggungjawab kesihatan kendiri, yang menjurus kepada peningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan.Green dan Kreuter ( 1991 ) mendefinisikan pendidikan kesihatan sebagai sebarang gabungan pengalamanpengalaman pembelajaran yang dibentuk untuk membolehkan tindakan-tindakan sukarela yang bermanfaat terhadap kesihatan.

1.1.4 Objektif Pendidikan Kesihatan

Pendidikan kesihatan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.Pendidikan ini juga bertujuan untuk menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan.Disamping itu, pendidikan ini juga bertujuan untuk membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman serta menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian dan berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

2.0 Pengerakan Asas

Pakar-pakar dalam pendidikan jasmani ( Gallahue,D.L., 1996; Gabbard, C., LeBlanc, B. dan Lowy,S., 1994; Burton, 1977 ) membahagikan pengerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pengerakan bukan lokomotor dan pengerakan manipulatif.(Wee Eng Hoe :2002,2009 )

2.1 Pengerakan Lokomotor

Pengerakan

lokomotor merupakan salah

satu daripada pengerakan asas.

Pengerakan lokomotor mempunyai pengerakan ritma sekata/asas(satu elemen) dan pengerakan ritma tidak sekata (kombinasi dua atau lebih elemen ).

2.1.1 Konsep pengerakan lokomotor

Pengerakan lokomotor merupakan pengerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke empat yang lain.Dengam kata lain dasar menyokong pelaku pengerakan berubah mengikut pengerakan iaitu perlaku berubah mengikut pergerakan.Kemampuan dan keupayaan kanak-kanak dalam memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemumpukan kemahiran atau teknik tertentu. 2.1.2 Jenis Pengerakan Lokomotor

Pengerakan lokomotor mempunyai dua jenis iaitu pengerakan ritma sekata atau asas (satu elemen) dan pengerakan ritma tidak sekata 9kombinasi dua atau lebih elemen ). Contoh pengerakan ritma sekata yang pertama ialah berjalan, berjalan ialah kemahiran yang paling asas, di mana kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari.Pengerakan ritma sekata yang kedua ialah berlari, ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.Pengerakan ketiga ialah melompat,iaitu pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan sebelah atau keduadua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Contoh pengerakan beritma yang terakhir ialah melonjak panjang (leap) , Berlari serta berlonjak hampir menyerupai pergerakan berlari. Cuma ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. 2.2 Pengerakan Bukan Lokomotor (kestabilan ) Pengerakan lokomotor merupakan salah satu daripada pengerakan asas. Pengerakan ini melibatkan kestabilan.Terdapat sebelas jenis pengerakan bukan lokomotor. 2.2.1 Konsep Pengerakan Bukan Lokomotor Pengerakan kategori ini melibatkan pengerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pengerakan. Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat.

2.2.2 Jenis Pengerakan Bukan Lokomotor Contoh-contoh pengerakan bukan lokomotor ialah menghayun seperti

menghayunkan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang. Membengkok iaitu membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan lahan menegakkan badan.Memusing iaitu memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang.Pelajar dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya.Memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan. Mendekam seperti dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat ,dekam dengan tangan menyentuh lantai .Menyokong seerti sokongan kaki,sokongan sisi,sokongan dua lutut,sokongan pada lantai,sokongan pada bangku,sokongan satu lutut,sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang dan sokongan satu tangan satu kaki. 2.3 Manipulatif Pengerakan ini merupakan alah satu daripada tiga pengerakan asas.Pengerakan ini melibatkan penggunaan alatan. 2.3.1 Konsep Pengerakan Manipulatif Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan.Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, elung rotan , batang rotan, tali dan relung getah (squid ). 2.3.2 Jenis Pengerakan Manipulatif Pengerakan manipulatif terbahagi kepada dua iaitu bersifat rejangan dan bersifat menerima atau menyerap.

Pengerakan manipulatif bersifat rejangan terbahagi kepada Sembilan iaitu mengolek bola, membaling, membaling, menyepak, menendang(seperti bola sepak ), memukul, melantun dan volley(tenis atau bola tampar). Pengerakan manipulatif bersifat menerima atau menyerap iaitu menangkap atau menyambut serta menahan(dengan kaki). 2.4 Pengerakan Kreatif Pengerakan kreatif ini ialah pengerakan yan di gambarkan dan secara

sinmbolik.Pengerakan

menginterpretasikn

perasaan,idea

tanggapan

idea.Pengerakan ini membolehkan kana-kanak meluahkan perasaan dan idea berdasarkan tema tertentu. 2.4.1 Objektif Pengerakan Kreatif Pengerakan kreatif bertjuan untuk member kesedaran dan kefahaman kepada kanak-kanak tentang tubuh badan sebagai perantaraan untuk bergerak.Memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk mencurahkan perasaan dan idea melalui perantara tubuh badan.Memberi peluang untuk mencipta,menjadi kreatif dalam meneroka pengerakan serta menghadapu cabaran.Disamping, meningkatkan tahap kecergasan melalui pergerakan yang dilakukan. 2.4.2 Komponen-Komponen Pergerakan Kreatif Kompnen pergerakan kreatif yang pertama ialah tubuh badan iaitu tubuh badan bahagian luar seperti kepala,bahu,tangan(termasuk tapak,jari dan lengan ),kaki( tapak dan jari kaki).Kedua ialah masa,iaitu merujuk kepada tempo,aksen,denyutan dan tempoh.Rentak dihasilkan melalui gabungan semua elemen seperti serta merta,kawallambat,pengerakan srentak(semua anggota badan bergerak serentak), pergerakan

berturut-turut(satu anggota badan mendahului anggota badan yang lain).Ketiga ialah ruang,iaitu jenis ruang yang terbahagi kepada dua seperti ruang diri yang merujuk kepada ruang sekeliling individu yang meliputi pergekan meregang,menjangkau, membengkok,mengilas dan memusing anggota tubuh badan.Ruang am atau

persekitaran iaitu tempat akiviti dijalankan seperti padang, gymnasium, dewan dan bilik darjah.Keempat ialah daya,ia adalah enggunaan tenaga dalam pergerkan.Ia boleh dikategorikan dari lemah atau ringan hingga kuat atau berat.Kelima ialah aliran pengerakan iaitu aliran bebas yang melibatkan anggota badan secara

serentak,pergerakan ini sukar kerana dihentikan seperti pergerakan lompatan, pusingan dan gulingan.Aliran terikat pula melibatkan pergerakan yang boleh dihentikan dengan mudah dan cepat.

3.0 Senaman Senaman terbahagi kepada dua iaitu senaman aerobik dan senaman anaerobik. 3.1 Aerobik

Senaman aerobik adalah senaman yang melibatkan penggunaan oksigen dalam badan. Aerobik bermaksud dengan oksigen, dan merujuk kepada penggunaan oksigen dalam metabolism badan atau tenaga-proses penjanaan. Kebanyakan jenis senaman adalah aerobik, dan berlaku pada pekerjaan peringkat sederhana untuk satu kadar masa yang lama. American College of Sports Medicine (ACSM) mendefinisikan latihan aerobik sebagai "setiap kegiatan yang menggunakan kumpulan otot besar, boleh dilakukan secara terus menerus, dan berirama secara semulajadi. . Ia adalah jenis senaman yang memaksa jantung dan paru-paru untuk bekerja lebih kuat daripada biasa. Idea penting di sebalik senaman aerobik hari ini, adalah untuk bangun dan bergerak. Sekarang terdapat lebih banyak senaman untuk dipilih daripada dahulu. Bagaimanapun,tiada bezanya samada ianya jenis senaman baru atau lama. Yang penting, dapat memilih sesuatu yang disukai yang membuat detak jantung meningkat selama tempoh masa yang berterusan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat . Kelebihan Senaman Aerobik ialah meningkatkan penggunaan oksigen secara maksimum. Penambah baikkan fungsi kardiovaskular dalam jantung dan paru-paru. Meningkatkan jumlah darah yang dipam dalam satu masa.Meningkatkan isipadu darah dan kemampuan untuk membawa oksigen.Mengurangkan beban kerja pada jantung
10

untuk setiap latihan intensif.Meningkatkan aliran darah ke otot dan kemampuan untuk menggunakan oksigen.Merendahkan tekanan darah istolik dan diastolik tekanan darah pada orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.

3.2 Anaerobik

Senaman anaerobik ialah senaman yang melibatkan keamatan otot yang tinggi berlangsung pada jangka waktu yang singkat. Anaerobik bermaksud "tanpa oksigen," di mana tidak menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga seperti yang dilakukan saat bersenam aerobic. Ia merupakan senaman di mana oksigen digunakan lebih cepat daripada tubuh dapat mengisi ke dalam otot kerja. Akibatnya, serat otot harus memperoleh tenaga daripada substrat yang disimpan seperti lygogen (disimpan karbohidrat), ATP (Adenosin Tri-Fosfat), dan CP (Creatine

Phosphate).Senaman anaerobik merupakan kegiatan yang mendorong pertumbuhan jaringan otot, berbanding dengan membakar jaringan lemak, yang merupakan titik latihan aerobik.Lati han anaerobik mendorong otot kepada batas-batas yang menggalakkan mereka untuk tumbuh memenuhi kehendak kita. Berbeza dengan latihan aerobik, latihan anaerobik pendek dan intens. Latihan angkat berat, sit-up, push-up, chin-up, dan squats merupakan contoh senaman anaerobik.Senaman anarobik tidak menyebabkan kehilangan berat, bahkan sesiapa yang menjalankan senaman anaerobik secara teratur mungkin memperoleh sedikit penambahan berat kerana pertumbuhan otot. Akan tetapi, secara keseluruhannya senaman anaerobik merupakan bahagian penting dalam kecergasan disebabkan pertumbuhan otot.Secara keseluruhannya, otot

11

adalah bahagian yang melakukan kerja, yang membakar kalori. Semakin banyak otot yang anda miliki, semakin banyak kalori yang dibakar.

4.0 Isu-isu Semasa Dalam Sukan di Malaysia

Terdapat pelbagai isu dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sukan. Isu tersebut termasuklah rasuah dan perjudian. Isu ini perlu ditangani dengan baik untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kesan negatif daripada gejala tersebut.
4.1 Gejala perjudian dan rasuah dalam sukan

Menurut kamus dewan edisi ke-3 (1997), Perjudian bermaksud permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan. Menurut Tesaurus Umum Bahasa Melayu (1990), judi didefinisikan sebagai memperjudikan, mempertaruhkan, mempertarungkan dan menggadaiakan yang melibatkan sebagai pertaruhan.Menurut kamus pelajar cetakan ke-13 (1997), Perbuatan atau hal menjudikan dengan bertaruhkan

wang.Menurut kamus besar Bahasa Melayu Utusan (1995), Perjudian bermaksud menggunakan wang atau sebagainya untuk dijadikan taruhan dalam permainan judi, mempertaruhkan, dan menggadaikan.Perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai taruhan (Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6:2007). Contoh gejala perjudian yang berlaku dalam sukan ialah rasuah iaitu sebelum pertandingan bermula
12

keputusan perlawanan sudah ditentukan. Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan. Bertaruh keputusan pertandingan. Peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan contoh bola sepak bertaruh keputusan pertandingan jumlah jaringan. Amalan rasuah masih berleluasa dalam sukan. Rasuah sukan yang pernah menyerang sukan bola sepak pada tahun 1995 dahulu menggemparkan rakyat Malaysia dan Singapura. Hampir seratus orang pemain bola sepak telah ditahan dan lapan puluh orang daripada mereka dikenakan tahanan reman dan enam belas orang lagi dibuang daerah.Kes terbaharu , ada jurulatih yang bersubahat dengan bookie atau kaki judi untuk menentukan perlawanan. Peminat dan ahli sukan mula menjauhi sukan dan menganggap sukan sebagai kotor.Kesannya, mutu sukan bola sepak merosot sehingga sekarang biarpun pelbagai program dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). (http://www.scribd.com/doc/35632119/isu-isu-sukan)

4.1.1 Kesan Perjudian dan Rasuah Dalam Sukan Rasuah dan perjudian memberikan kesan yang negatif kepada atlet dan kemajuan sukan negara. Antara contoh keburukan rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan termasuklah mencemarkan imej sukan negara. Isu rasuah dan perjudian dalam sukan yang tersebar melalui media massa akan menyebabkan imej sukan negara tercemar.Selain itu,mutu sukan merosot.Tindakan menerima rasuah

menyebabkan atlet tidak mempamerkan prestasi yang sebenar. Sekiranya sikap ini berterusan, prestasi atlet tersebut akan menurun dan akan menjejaskan mutu sukan negara.Disamping itu, kepercayaan peminat sukan terjejas.Peminat-peminat sukan berasa tertipu dengan setiap keputusan pertandingan. Mereka tidak akan menyokong
13

atlet atau pasukan yang terlibat dengan rasuah dan perjudian.Gejala sepei ini juga akan menjejaskan hubungan dalam pasukan .Atlet yang terlibat dengan rasuah dan perjudian akan disisih oleh rakan-rakan sepasukan yang lain. Rakan-rakan sepasukan akan berasa kecewa dan menyebabkan prestasi pasukan akan merosot .

4.1.2 Cara-cara mengatasi perjudian dalam sukan Rasuah dan perjudian dalam sukan dapat diatasi dengan cara penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi. Disamping, peranan kelab penyokong kebajikan atlet itu dijaga dengan baik.Selain itu,menghayati dan mengamalkan Rukun Negara serta memberi penerangan tentang gejala perjudian iaitu kesan negatif gejala perjudian. Kesedaran daripada setiap individu diperlukan untuk mengatasi rasuah dan perjudian. Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara .Mereka yang terlibat dengan sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara. Amalan ini akan memberikan kesedaran kepada mereka tentang tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara Memberikan penerangan tentang gejala rasuah dan perjudian .Media massa berperanan menerangkan kesan rasuah dan perjudian. Peminat- peminat sukan akan menyedari kesan negatif gejala rasuah dan perjudian terhadap mutu dan imej sukan negara.Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi Mereka yang terlibat dengan sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus motivasi. Usaha ini akan dapat meningkatkan kesedaran, keinsafan dan semangat kerja berpasukan. Di samping itu, mereka juga perlu diberi insentif agar dapat menaikkan semangat mereka. Peranan Kelab Penyokong.Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti

14

rasuah dan perjudian bagi ahli-ahlinya dan peminat sukan. Kempen ini berperanan menyeru peminat sukan membenci dan membanteras gejala rasuah dan perjudian.

5.0 Rumusan Kesimpulanya, pembelajaran dan pengajaran dalam Pendidkan Jasmani dan Kesihatan adalah sangat penting kepada pelajar. Peendidkan Jasmani dan Kesihatan ini akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal para pelajar disamping menerapkan unsure penggunaan ruang dalam tubuh oleh pelajar. Pelajaran ini juga akan memberi kesedaran dalam diri pelajar peri pentingnya menjaga keselamatan diri, tempat,dan rakan, semasa melakukan aktiviti kurikulum diluar. Selain itu, pelajaran ini juga secara tidak lansung akan menyemai sikap bergiat cergas seumur hidup dengan pendedahan kepada isu-isu semasa dalam pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan yang banyak berkait rapat dengan masalah sosial kini. Contohnya, seperti gejala dadah, rasuah dalam sukan juga ada berlaku dalam dunia luar. Konklusinya,semua pihak haruslah bersama-sama mengembleng tenaga membuka mata pihak luar agar mereka mengetahui peri pentingnya pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan

15

NURSAFAFAWATI BINTI SAUPI (921126-13-5696) Kerja kursus pendek(KKP)merupakan satu tugasan yang sememangnya wajib bagi setiap pelajar samaada secara berkumpulan atau individu.Tugasan ini membimbing pelajar dalam proses pemerolehan ilmu,penguasaan ilmu dan kemahiran serta pemindahan pembelajaran berdasarkan kehendak sukatan pelajaran.Kami ditugaskan untuk melakukan kerja kursus ini yang bertajuk sejarah negara.Tugasan ini

meningktkan kemahiran pelajar membuat rujukan dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber,memilih maklumat yang relevan dan mengorganisasi maklumat secara sistematik dan bermakna. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai bilangan ahli seramai tiga orang satu kumpulan.Kami sekumpulan bertungkus lumus

mencari,mengumpul dan memindahkan maklumat.Sebelum melaksanakan tugasan ini kami bersama-sama mencari maklumat dan membuat rujukan di

perpustakaan.Maklumat yang dicari kemudiannya dikumpulkan untuk menyiapkan tugasan ini.Komitmen dan kesungguhan amat diperlukan dalam penghasilan kerja kursus pendek ini agar meperoleh hasil yang baik. Tajuk kerja kursus pendek ini,Ialah pendidikan jasmani dan kesihatan terbahagi kepada empat tajuk kecil iaitu pengenalan kepada pendidikan jasmani,pergerakan asas atau kreatif,senaman aerobik dan anarobik dan isu-isu semasa dalam sukan .Tajuktajuk kecil ini diagihkan kepada setiap ahli kumpulan untuk mengumpul maklumat dan menyiapkan tugasan tentang tajuk tersebut.

16

Dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini banyak ilmu dan maklumat yang saya perolehi. Pendidikan jasmani dan kesihatan ini banyak menerapkan unsur kecergasan fizikal sepanjang hayat. Kecergasan adalah elemen yang sangat penting dalam kehidupan seharian untuk melahirkan generasi yang sihat dan cergas. Generasi yang sihat merupakan modal insan yang seimbang dan berminda kelas pertama. Isu-isu sukan yang didedahkan secara mendalam dalam pendidikan kesihatan mampu memberi gambaran awal kepada pelajar gejala sosial yang sedang berlaku di negara kiat. Pendedahan yang awal ini secara tidak lansung akan meningkatkatkan jati diri pelajar untuk menempuhi dunia luar. Kesimpulanya,pendidikan jasamani dan kesihatan merupakan satu pembelajaran yang mampu melahirkan pelajar atau generasi yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani, intelektual, dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

17

Vous aimerez peut-être aussi