Vous êtes sur la page 1sur 12

SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN 2, 43300 KAJANG,SELANGOR.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PIDATO

TARIKH : 27 FEBRUARI 2013

TEMPAT : DEWAN BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN 2 ANJURAN: PERATUAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN 2

1.0 PENGENALAN Persatuan Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2 telah merancang untuk mengadakan sebuah pertandingan pidato peringkat sekolah. Pertandingan ini terbuka kepada murid darjah 4-6. Pengajuran pertandingan ini juga merupakan satu elemen pendekatan yang diambil oleh persatuan ini bagi membentuk sahsiah serta akhlak yang mulia dalam kalangan murid. Hasil daripda pertandingan ini... 2.0 TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan bagi menjayakan program ini. Selain itu juga, ia bertujuan untuk memohon sedikit bantuan kewangan dari pihak pentadbiran sekolah. 3.0 MATLAMAT Mencungkil bakat-bakat murid baharu yang berkebolehan dan membentuk saf-saf kepimpinan yang baru bagi meneruskan agenda perjuangan Persatuan Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai. 4.2 Meningkatkan penguasaan agama dalam diri murid-murid. 4.3 Untuk meningkatkan syiar Islam. 4.4 Mengukuhkan kefahaman murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. 4.5 Menanam semangat perpaduan dan persaudaraan dikalangan muridmurid 4.6 Melatih ahli-ahli memimpin sebuah persatuan yang teratur semasa belajar di sekolah. 4.7 Melatih menjalankan kegiatan dan penulisan serta menjalankan kegiatan dakwah Islamiah di dalam dan di luar sekolah. .

5.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh Hari Tempat

: 20 MAC 2010 : Rabu : Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2.

6.0 SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM 1. Datuk Ismail Jusoh (Adun Bahagian Kajang) 2. En. Karim abd. Rahman (Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2)

7.0 TENTATIF PROGRAM Sila rujuk lampiran 1

8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Sila rujuk lampiran 2

9.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Sila rujuk lampiran 3

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Sila rujuk lampiran 4

Lampiran 1 7.0 TENTATIF PROGRAM Rabu, 20 MAC 2013 Masa 8.00-8.30 pagi Perkara Para guru, ibu bapa dan muridmurid mengambil tempat 8.30 pagi Ketibaan Ismail yang berhormat Jusoh (Adun Datuk -selepas selesai penyampaian peserta yang kelima, majlis berhenti berehat selama 15 8.45 pagi Semua hadirin menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. minit. Catatan

Bahagian

Kajang) diiringi En. Karim Abd. Rahman (Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2)

9.00 pagi

Bacaan doa oleh Ustaz Zainuddin b. Mad Isa

9.10 pagi

Ucapan guru besar Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2, Tuan Haji Ahmad Muhammad.

9.30 pagi

Ucapan oleh yang berhormat Datuk Ismail Jusoh (Adun Bahagian Kajang)

9.50 pagi

Pertandingan dimulakan ( 10 orang peserta) 1. Ahmad Lutfi Isa (4) 2. Muhd Khairul B. Nanyan (6)

3. Siti Fatimah Bt. Yaakob (4) 4. Muhammad Arif Bin Mat Saman (5) 5. Aina Samira Bt. Ismail (6) 6. Intan Ladyana Ahmad (6) 7. Ahmad Fikrul Amin B. Shanusi (5) 8. Izham Hafeez Bin. Salleh (4) 9. Nurul Husna Bt. Abd Hamid (5) 10. Muhd Shahrul Amri B. Zulkiffli (6) 12.50 tgh

Pertandingan pidato tamat Penyampaian hadiah kepada para pemenang

1.15 ptg

Majlis bersurai

Lampiran 2 8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

8.1 Jawatankuasa Penganjur

Penaung: Tuan Haji Ahmad Muhammad (Guru Besar Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2) Penasihat1: En. Mohd.Noorlan Bin Zakaria (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Penasihat2: En. Kamaruddin B. Abd Razak (Penolong Kanan Ko-Kurikulum) Pengerusi penganjuran: Sofiyuddin Bin AbManaf TimbalanPengerusi: Nor Amalina Bt. Shafie Setiausaha: Zulaikha Bt. Uzali Naib Setiausaha: Ain Syafiqah Bt. Zawawi Bendahari: Mohammad Iman B. Samurah

8.2 Jawatankuasa-jawatankuasa Bersama Jawatankuasa Teknik dan Pendaftaran - Nur Atiqah bt.Yunos - Nur Fazrin bt.Mohd. Sukkri - Nor Madihah bt. Amir Ruddin

Jawatankuasa Publisiti dan Siaraya - Ahmad Shahir Nizam bin Halim - Mohd Fadzly bin Razak

Jawatankuasa Peralatan - Mohd Hasiful Insan B. Hussin - Rahmat Hidayat B. Shaari JawatankuasaTugas-Tugas Khas dan Hadiah - Sarah binti Hashim - Siti Mursyida binti Abdul Rasyid Jawatankuasa Keselamatan Dan Kebersihan - Mohd Farhan bin Mahadi - Mohd Syafiq bin MohdSabri - Sayuti bin Mat Yusuf Jawatankuasa Makanan Dan Minuman - Ahmad Dauddin bin Ismail - Mohd Hazim bin Abdul Kadir Jawatankuasa Dokumentasi - Syafiqah binti Omar - Ainul Basirah binti Mokhtar Pegawai Pertandingan - Mohd Noor Izwan bin Sulaiman - Syukriah Bt. Ibrahim Ishak - Mohd Hazim bin Abdul Kadir

Lampiran 3

9.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Pengerusi Kejohanan - Membentuk ahli jawatankuasa pertandingan. - Menyediakan kertas kerja lengkap dengan bantuan setiausaha. - Memanggil, mengadakan dan mengendalikan mesyuarat. - Memantau dan memastikan semua bahagian jawatan kuasa berfungsi mengikut bidang tugas secara aktif.

TimbalanPengerusi - Membantu tugas pengerusi.

Setiausaha - Menyediakan minit mesyuarat. -Menguruskan segala surat-menyurat. -Menyediakan laporan lengkap sesudah pertandingan berlangsung. -Menempah penggunaan dewan pertandingan.

Naib Setiausaha -Membantu pengerusi dan setiausaha kejohanan dalam menyediakan kertas kerja pertandingan -Menyediakan borang-borang berkenaan pertandingan.

Bendahari -Mengurus dan mengawal segala urusan keluar masuk wang. -Merekod dengan lengkap segala urusan kewangan. -Mengurus penunaian cek, wang pos, kiriman dan sebagainya. -Menyediakan laporan lengkap kewangan sesudah pertandingan berlangsung. -Menyediakananggaranperbelanjaanpertandingan

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan -Menyediakan borang penyertaan. -Melantik pengadil berkelayakan untuk mengadili pertandingan. -Mendapatkan keputusan atau pemenang pertandingan dan memaklumkannya secara bertulis kepada setiausaha. -Menyediakan keputusan rasmi pertandingan kepada juruacara untuk diumumkan.

JawatankuasaTugas-Tugas Khas dan Hadiah -Memilih dan menetapkan jenis hadiah dan cenderamata. -Membeli hadiah dan cenderamata. -Menguruskan meja hadiah dan cenderamata ,segala persiapan dan kelengkapannya. -Membentang kepada bendahari tentang jenis hadiah dan nilainya.

Jawatankuasa Publisiti dan Siaraya -Mempromosikan pertandingan pidato kepada para murid. -Menyediakan, mencetak, mengedar bahan-bahan promosi di tempat-tempat strategik.

Jawatankuasa Peralatan dan Kebersihan -Menyelaras, menempah, meminjam dan mengedarkan semua peralatan yang diperlukan oleh setiap jawatankuasa. -Memastikan semua peralatan yang dipinjam, dipulangkan dalam jumlah yang mencukupi dan dalam keadaan yang sempurna. -Menyediakan senarai lengkap keseluruhan alatan yang bakal digunakan dan serahkan kepada setiausaha kejohanan. -Memastikan persiapan tempat berjalan lancar. -Menyediakan anggaran perbelanjaan.

Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan -Menyediakan kemudahan peralatan seperti peti bantuan kecemasan. -Memastikan persekitaran pertandingan berada dalam keadaan selamat bagi kegunaan pertandingan.

Lampiran 4 10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. 1. Perkara Bayaran pengadil RM 20.00 X 4 orang Hadiah tempat pertama plak RM 5.00 X hamper RM 15.00 Hadiah tempat kedua plak RM 5.00 X hamper RM 12.00 Hadiah tempat ketiga plak RM 5.00 X hamper RM 10.00 Saguhati (untuk semua peserta) RM 3.00 X 10 peserta Jamuan Guru dan VIP RM 5 .00 X 50 orang Jamuan murid RM 2.00 X 1230 murid Lain-lain JUMLAH Jumlah RM 80.00 Catatan

2.

RM 20.00

3.

RM 17.00

4.

RM 15.00

5.

RM 30.00

6.

RM 250.00

7.

RM 2460.00

8.

RM 880.00 RM 3772.00

PENUTUP Ribuan terima kasih diucapkan dan semoga cadangan untuk mengadakan aktiviti ini mendapat perhatian dan kelulusan dari pihak tuan.

Disediakan oleh: ............................................. (MUHAMMAD HAFEEZ BIN ZULKIFFLI) Setiausaha, PersatuanPendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2.

Disemak Oleh: ........................................... (SOFIYUDDIN BIN AB MANAF) Pengerusi, PersatuanPendidikan Islam, SekolahKebangsaanBungaTanjung

Diluluskan oleh : ............................................... (TUAN HAJI AHMAD BIN MUHAMMAD) Guru besar, Sekolah Kebangsaan Bunga Tanjung.

Vous aimerez peut-être aussi