Vous êtes sur la page 1sur 7

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

TAJUK 7

WACANA

SINOPSIS Tajuk 7 menjelaskan tentang definisi wacana dalam bahasa Melayu, ciri-ciri wacana, keutuhan wacana dan penanda wacana.

Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat, 1. 2. 3. menjelaskan konsep wacana dalam bahasa Melayu; menyenaraikan ciri-ciri dan jenis wacana dalam bahasa Melayu; menghuraikan maksud penanda wacana dan keutuhan wacana dalam bahasa Melayu.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

WACANA

Definisi Wacana

Ciri-ciri Wacana Jenis-jenis Wacana Penutup

Penanda Wacana

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) KANDUNGAN ISI Pengenalan Ayat dianggap sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa mengikut kajian sintaksis. Namun begitu, dalam

mengungkapkan sesuatu perkara (sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan) seseorang individu tidak mengungkapkannya dalam satu ayat sahaja, tetapi gabungan atau jalinan beberapa ayat. Gabungan beberapa ayat ini dinamakan sebagai wacana.

Definisi Wacana Menurut Asmah,(2008), wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri buku dan lain-lain. Wacana merupakan satuan bahasa terlengkap dalam hierarki tatabahasa yang tertinggi. Wacana dapat direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, siri ayat atau perenggan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa wacana merupakan jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapid an berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan bahasa yang utuh. Dari segi heirarki tatabahasa, wacana dikatakan terletak dalam heirarki yang tertinggi selepas ayat. Hal ini ditunjukkan oleh rajah di bawah.

Wacana

Ayat

Klausa

Frasa

Kata

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Rajah 8.1: Heiraki Tatabahasa

Layari laman web berkenaan. Kemudian dapatkan huraian yang lengkap tentang konsep wacana wacana.

Ciri Wacana Sebagai unit bahasa yang lengkap, wacana mempunyai beberapa ciri penting. Ciri-ciri wacana dapat diteliti daripada segi tujuan, hubungan penghasil wacana dengan khalayak, keutuhan suasana (berturutan) dan maklumat. Menurut Beaugrande dan Dressier (1981) dalam Nik Safiah (2006), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks.

Buat rujukan di perpustakaan. Kumpulkan maklumat berkaitan tautan,runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks untuk menghasilkan wacana yang utuh.

Jenis-jenis Wacana Wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan Wacana lisan adalah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan pembicara dan pendengar. Komunikasi yang terlibat dalam wacana

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) lisan ini adalah komunikasi interaktif, iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara pendengar secara langsung. Dalam wacana lisan, pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah, intonasi suara, gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. Biasanya dalam wacana lisan, pembicara akan mendapat respons daripada pendengar pada ketika itu juga. Antara contoh wacana lisan adalah melalui perbualan, temu ramah, ceramah, khutbah, pidato dan siaran televisyen atau radio. Wacana tulisan Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang terlibat adalah komunikasi tidak langsung, iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. Oleh itu, penulis tidak mendapat respons secara langsung daripada pembaca. Wacana tulisan sering kali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. Dalam wacana tulisan, pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar, majalah dan buku.

Berehatlah sebentar untuk memberi peluang minda anda berfikir.

Selepas berehat layarilah laman web berkenaan. Kumpulkan maklumat dan contoh-contoh tentang wacana tulisan dan lisan yang baik.

Penanda Wacana

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Dalam sesebuah teks, penanda wacana sangat penting kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. Penanda wacana dalam bahasa Melayu terdiri daripada :

a. b. c. d. e.

penanda leksikal penanda rujukan penanda penghubung penanda penggantian penanda ellipsis atau pengguguran

Buatlah rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang penanda-penanda wacana. Kemudian anda buat catatan lengkap di dalam buku catatan anda.

Keutuhan Wacana Keutuhan wacana terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau

teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang menentukan sesuatu sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh iaitu; a. terdapatnya runtutan atau koheren, (kesinambungan idea) yang

menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami; dan b. wujudnya tautan atau kohesi iaitu keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Seterusnya, keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik, leksikal, dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana.

Rujuklah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keutuhan wacana.

Buatlah catatan dan nota dalam bentuk grafik supaya anda boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan semasa sesi toturial.

Berehatlah sebentar sambil menghubungi rakan-rakan yang lain.

Berkongsilah sebarang maklumat yang anda perolehi dengan rakan-rakan sekuliah semasa sesi tutorial anda.

TAMAT

Rujukan : Abdul Shukor Shaari et al, (2003), Bahasa Melayu Komunikasi, Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Nik Safiah et al, (2008), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah et al, (2006), Teks Bahasa Melayu STPM, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Vous aimerez peut-être aussi