Vous êtes sur la page 1sur 3

Qawaidul Fiqhiyah Taarif Ia adalah kaedah-kaedah umum yang meliputi seluruh cabang masaalah-masaalah fiqhiyah yang menjadi pedoman

untuk menetapkan hukum setiap peristiwa fiqhiyah ; samada yang telah ditunjukkan oleh nusus sorih maupun yang belum ada nas samasekali. Kaedah-kaedah 1. Segala urusan adalah tergantung kepada tujuannya ( niyatnya ) a. Niyat sewaktu melakukan sesuatu ibadah akan menentukan nilai atau statusnya i. Nilai : iaitu samada ianya adat atau ibadat contohnya puasa , zakat , korban ii. Status : iaitu samada ianya wajib , sunnat , harus , makruh , haram contohnya mandi Sumber pengambilannya i. Ali Imran : 145 ii. Hadis : Sesungguhnya setiap perbuatan itu ditentukan oleh niyat seseorang iii. Hadis : Sesiapa yang berkahwin dengan tidak berniyat membayar mahar , maka dia akan mati dalam keadaan sebagai penzina iv. Hadis : Niyat seorang mumin itu lebih baik daripada perbuatannya v. Hadis : Barangsiapa mendatangkan sesuatu perkara kedalam agama ini yang bukan daripadanya , maka ia adalah tertolak vi. Hadis : Semua perkara halal adalah jelas dan semua perkara haram adalah jelas Kaedah-kaedah cabangan i. Tiada pahala melainkan dengan niyat Walaubagaimanapun terdapat perselisihan dikalangan ulama : adakah perbuatan tersebut sah atau tidak ii. Dalam perbuatan yang disyaratkan menyatakan niyat , maka kekeliruan dalam pernyataan akan membatalkan perbuatannya ( kerana perbuatan tersebut perlu dibezakan ) contohnya zuhur dengan asar ;idul fitr dengan idul adha iii. Perbuatan yang secara keseluruhannya diharuskan niyat tetapi secara terperinci tidak diharuskan ; maka apabila niyat dinyatakan dan ternyata ia mengelirukan , maka berbahaya . contohnya jika seseorang berniyatkan imam kepada A tetapi A bukan imam A ketika itu iv. Perbuatan yang secara keseluruhannya mahupun secara terperinci tidak disyaratkan berniyat ; apabila dinyatakannya juga , ternyata terkeliru , maka tidak berbahaya . contohnya niyat solat dimasjid A tetapi sebenarnya bukan masjid A v. Maksud sesuatu lafaz itu bergantung kepada orang yang menyatakannya contohnya suami yang memanggil isterinya yang bernama Tholiq

b.

c.

2.

Keyakinan itu tidak dapat dikalahkan dengan keraguan a. Sumber pengambilannya i. Hadis : samada angin dari dalam perut sudah keluar atau belum ii. Hadis : seseorang syak samada telah lakukan 3 / 4 rakaat Kaedah cabangannya i. Pada dasarnya , perlulah dikekalkan sesuatu yang telah berlaku contohnya jika seseorang telah yakin ia berwudhu , maka bewudhu itu masih kekal .Berhadas tidak membatalkan selagi tidak meyakinkan .

b.

ii. Pada dasarnya , seseorang itu tidak bertanggungjawab contohnya orang yang tertuduh adalah tidak bersalah , selagi tidak terbukti kesalahannya iii. Pada dasarnya , tiada sesuatu contohnya dalam apajua perniagaan , tiada keuntungan iv. Pada dasarnya , semua benda dibolehkan , selagi tiada dalil menunjukkan keharamannya . contohnya ambil wudhu daripada telaga , walaupun beberapa hari kemudian dia merasa ragu-ragu v. Barangsiapa yang mengesyakki samada dia telah melakukannya atau belum , maka pada dasarnya , dia belum melakukannya contohnya dalam solat , telah lakukan ruku atau belum , maka wajiblah dia bersujud sahwi vi. Barangsiapa yang telah meyakini bahawa dia telah melakukan sesuatu tetapi ragu-ragu samada sedikit atau banyak , maka berpeganglah kepada sedikit contohnya telah lakukan 3 / 4 rakaat , maka berpeganglah kepada 3 vii. Pada dasarnya , setiap percakapan adalah menurut hakiki contohnya anak bermakna anak kandung bukan cucu 3. Kesukaran dapat menarik kepada kemudahan a. Sumber pengambilan i. Al-Baqarah : 185 ii. Hadis : Aku dituskan oleh Allah swt dengan membawa agama yang penuh kecenderungan dan toleransi iii. An-Nahl : 106 Sebab-sebab keringanan i. Musafir contohnya tidak berpuasa , qasar , jama ii. Sakit contohnya tayammum , solat duduk iii. Terpaksa contohnya makan bangkai iv. Lupa contohnya lupa berpuasa v. Jahil contohnya terdapat kecacatan dalam barangannya setelah dibeli vi. Kurang mampu contohnya belum dewasa , orang gila vii. Kesukaran umum contohnya air becak Jenis-jenis keringanan i. Isqat pengguguran contohnya solat Jumaat ii. Tanqish pengurangan contohnya 4 rakaat jadi 2 iii. Ibdal penggantian contohnya wudhu digantikan dengan tayammum iv. Taqdim mendahulukan contohnya jama v. Takhir melambatkan contohnya jama vi. Tarkhis pemurahan contohnya makan binatang yang haram vii. Tagyir perubahan contohnya berubah syarat-syarat solat Hukum-hukum keringanan i. Harus contohnya berbuka puasa bagi orang yang khuatirkan kesihatannya ii. Sunnat contohnya qasar solat iii. Mubah contohnya baius salam iv. Afdol contohnya jama solat v. Makruh contohnya qasar solat yang tidak cukup 2 marhalah Kaedah-kaedah lain i. Rukhsah tidak boleh dihubungkan dengan kemasiatan ii. Rukhsah tidak boleh dihubungkan dengan keraguan

b.

c.

d.

e.

4.

Kemudhoratan mesti dilenyapkan

a.

Sumber pengambilan i. Al-Qasas : 77 ii. Hadis : tidak ada bahaya dan tidak membahayakan Kaedah-kaedah lain i. Kemudhoratan menghalalkan perkara larangan ii. Sesuatu yang diperbolehkan kerana dorurat ditetapkan hanya sekadar doruratnya sahaja iii. Sesuatu yang diperbolehkan kerana uzur akan terbatal lantaran hilangnya keuzurannya iv. Kemudhoratan itu tidak dapat dihilangkan oleh doror yang lain v. Menolak kerusakan , harus didahulukan daripada menarik kemaslahatan vi. Apabila dua kerosakan saling berlawanan , maka haruslah dipelihara yang lebih mudhoratnya dengan melaksanakan yang lebih ringan daripadanya vii. Apabila terjadi perlawanan antara kerosakan dan kemaslahatan , maka haruslah diperhatikan mana yang lebih rajih viii. Keperluan itu ditempatkan pada tempat dorurat , samada keperluan untuk umum atau khusus

b.

5.

Adat kebiasaan dapat ditetapkan sebagai hukum a. b. Sumber pengambilannya i. Hadis : apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin , maka disisi Allah swt pun baik Syaratnya : tidak bertentangan dengan syara

Vous aimerez peut-être aussi