Vous êtes sur la page 1sur 14

Pengenalan Dalam sistem pendidikan, penilaian atau pengujian amat penting kerana ia menilai proses pengajaran-pembelajaran. Tujuannya berbagai-bagai.

A. E. Ashworth (1982) dalam Testing for Continous Assessment: A Handbook for Teacher in School and College (London: Evans, Yorkshire) memberi tujuh tujuan pengujian/penilaian iaitu untuk dorongan, diagnosis, menilai, memilih, melapor, membanding dan meramal. Dalam sistem penilaian/pengujian, pelbagai cara digunakan: melalui peperiksaan, kerja kursus, gerak kerja berkumpulan, projek dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kebanyakan cara penilaian/pengujian melibatkan soalan-soalan. Oleh itu, adalah penting untuk diberi perhatian kepada aspek-aspek kemahiran pembinaan soalan. Tambahan pula, dalam perkembangan sistem pendidikan kita sekarang, yang mana peperiksaan awam secara berpusat adalah salah satu komponen penting, yang mahu diterapkan kepada pelajar dan yang mahu dicungkilkan daripada pelajar antaranya adalah kemahiran-kemahiran kognitif. Jenis-jenis Soalan Secara umumnya terdapat dua jenis soalan untuk tujuan penilaian/pengujian iaitu soalan objektif dan subjektif (esei). Soalan objektif dipanggil "objektif" kerana cara memeriksanya adalah objektif iaitu dibuat dengan tepat dan tidak memerlukan pertimbangan-pertimbangan subjektif (Isahak Haron, 1982). Manakala soalan subjektif pula dinamakan "subjektif" kerana cara memeriksanya agak subjektif. Soalan Objektif Ada pelbagai jenis soalan objektif. Antaranya soalan berjawapan pendek, soalan melengkapkan jawapan pendek, soalan tindak balas alternatif, soalan memadankan dan soalan aneka pilihan. Walau bagaimanapun, yang sinonim dengan soalan objektif ialah soalan aneka pilihan kerana apabila disebut "soalan objektif" kita selalu merujuk kepada soalan aneka pilihan. Soalan aneka pilihan ini yang akan diberi tumpuan dan istilah "objektif" akan digunakan. Dalam soalan objektif, diberi satu "masalah" dan beberapa pilihan jawapan kepada masalah itu. Pelajar dikehendaki memilih satu jawapan yang betul atau tepat. Masalah itu boleh dinyatakan dalam bentuk soalan atau pernyataan (statement) yang tidak lengkap. Ini dipanggil "stem". 1

Aktiviti pelajar terbatas pada pemilihan jawapan yang betul atau tepat sekali daripada beberapa pilihan yang diberi itu. Maknanya, pelajar tidak mempunyai ruang untuk memberi pendapat sendiri dalam bentuk komunikasi interpersonal dengan pemeriksa. Jika mahu dikatakan juga bahawa dalam menjawab soalan objektif pelajar turut memberi pendapat, itu hanya dalam bentuk komunikasi intrapersonal sahaja, iaitu memberi pendapat dalam kerangka pilihan-pilihan yang mudah ditentukan. Prinsip-prinsip Asas Pembinaan Item/Soalan Objektif Sesetengah orang merasakan bahawa pembinaan soalan objektif adalah lebih mudah. Pendapat ini tidak benar. Berbanding dengan soalan subjektif, pembinaan soalan objektif rumit. Ada beberapa prinsip asas yang perlu diambil kira dalam pembinaan soalan-soalan objektif: 1. Elakkan penggunaan perkataan yang membawa maksud negatif dalam soalan dan jawapan (jika boleh) seperti salah, bukan, kecuali dan tidak. Tidak mahu boleh diganti dengan perenggan dan tidak dapat boleh digantikan dengan gagal. 2. Pernyataan, petikan dan maklumat seperti peta, rajah, jadual dan sebagainya mestilah mempunyai perkaitan langsung dengan soalan. Jika tidak ada perkaitan langsung, masukkan pernyataan sebelum soalan ditanya. 3. Elakkan penggunaan rangkai kata yang berulang dalam setiap pilihan jawapan. 5. Pengulangan satu perkataan dibolehkan. 4. Dalam sesuatu soalan, pilihan jawapan hendaklah: a) seragam. b) hampir sama panjang. 5. Soalan seharusnya mengandungi preamble iaitu pernyataan awal atau pernyataan pengenalan sebelum ditanya soalan. 6. Fokus utama soalan hendaklah ada kaitan dengan idea utama yang hendak ditanya. 7. Pernyataan dalam setiap soalan boleh terdiri daripada dua ayat. 8. Penggunaan bahasa hendaklah konsisten dalam semua pilihan jawapan, juga mudah difahami dan tidak mengelirukan. 9. Pilihan jawapan tidak berupa ayat kompleks, terlalu panjang dan berbelit-belit. 2

10. Selain jawapan yang betul atau tepat, pilihan jawapan hendaklah ada distractors. 11. Elakkan daripada menanyakan soalan tentang konsep atau definisi. 12. Elakkan penggunaan bahasa asing yang tidak lazim dan sukar difahami. Soalan Subjektif 1. Ialah item yang membenarkan subjektif dalam respons yang diberikan. 2. Pemeriksaan jawapan dibuat secara subjektif berdasarkan skema pemarkahan yang telah ditetapkan. 3. Terdapat dua cara pemberian markah iaitu secara analitik dan secara holistik.

Langkah-langkah Pembinaan Item Ujian a) Analisa Huraian Sukatan Pelajaran. - Iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran. b) Membina JPU. - Tujuan utama supaya item-item ujian dibina mewakili keseluruhan kandungan pelajaran. - Menentukan jenis soalan dan bilangan soalan. c) Membina item ujian atau soalan. - Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami. d) Mentadbir Ujian. e) Analisis Item : Indek Diskriminasi-untuk mengenal pasti calon/pelajar yang berkeupayaan rendah dan berkeupayaan tinggi. Indek Kesukaran- menggambarkan peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul. f) Memansuhkan item tidak sesuai. g) Analisis Item. h) Bank soalan/item.

Objektif Jadual Penentuan Ujian (JPU) Tujuan penilaian/pengujian bukan sekadar untuk mendapatkan angka-angka (markah).Yang penting ialah signifikan angka-angka itu sama ada menunjukkan peningkatan prestasi atau penurunan prestasi, dan lebih jauh daripada itu ialah mengesan kemahiran pelajar. Dengan itu, penilaian/pengujian mesti ada organisasinya supaya sistematik. Dengan makna lain, mesti ada perancangan dalam penilaian/pengujian. Jika tidak ada perancangan, agak sulit untuk mengesan kemahiran-kemahiran tertentu. Supaya penilaian/pengujian mempunyai organisasi yang sistematik, penetapan satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) adalah sangat berguna. Melalui JPU kita dapat merancang apa yang ingin kita tanya: bentuk-bentuk kemahiran tertentu, topik-topik tertentu, taburan soalan dan sebagainya. Kita selalunya agak menyempitkan konsep dan kandungan JPU dengan mensinonimkan JPU dengan item-item taksonomi Bloom. Item-item yang dibina dalam JPU tidak semestinya mengandungi aras-aras kognitif Taksonomi Bloom semata-mata. Guru boleh juga membina item sendiri berdasarkan apa yang hendak ditanya.

Kesesuaian Item-Item Ujian Analisis Murid Saya telah melaksanakan ujian saringan Mata Pelajaran Sains terhadap 20 orang murid dari Tahun 5 Perdana yang mempunyai aras kebolehan yang berbeza. Mereka terdiri daripada 10 orang murid yang mempunyai aras kebolehan yang tinggi dan 10 orang lagi mempunyai aras kebolehan yang rendah. Dapatan daripada ujian objektif (Bahagian A) yang dijalankan adalah seperti jadual di bawah :

Bil. 1

Bilangan Soalan 10

% 33. 3 46. 7 20. 0

Indeks Kesukaran 0.41 - 0.60

Pengkelasan Item Sederhana sukar

14

0.61 - 0.80

Mudah

0.81 - 1.0

Terlalu mudah

Pengiraan Indeks : Indeks Kesukaran = Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab Indeks Diskriminasi = Bilangan betul murid pandai bilangan betul murid lemah (Jumlah calon)

14 Dapatan daripada ujian yang dilaksanakan terdapat 25 item ujian yang perlu DIKEKALKAN (Rujuk jadual di bawah).
Indeks Kesukaran 0.45 0.65 0.50 0.80 0.70 0.70 0.75 0.65 0.65 0.45 0.80 0.45 0.65 0.60 0.55 0.75 0.75 0.85 0.80 0.55 0.85 0.65 0.55 0.45 0.60 Indeks Diskriminasi

No. Item

Bilangan Jawapan Betul Pandai Lemah 3 5 3 6 4 4 6 5 5 3 6 3 5 5 4 5 6 7 6 4 7 5 4 3 4

1 4 5 6 8 9 10 11 12 13 14 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 30

6 8 7 10 10 10 9 8 9 6 10 6 8 8 7 10 9 10 10 7 10 8 7 6 8

0.30 0.30 0.40 0.40 0.60 0.60 0.30 0.30 0.50 0.30 0.40 0.30 0.30 0.40 0.30 0.50 0.30 0.30 0.40 0.30 0.30 0.30 0.30 0.30 0.40

15 Merujuk kepada jadual di atas, item-item tersebut perlu dikekalkan memandangkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi berada dalam julat yang sesuai, iaitu 0.45 hingga 0.8 bagi indeks kesukaran manakala indeks diskriminasi 0.3 dan ke atas.

Item-item ini dianggap sesuai berdasarkan aras pengetahuan dan kefahaman murid-murid dari topik yang telah dipelajari dan diuji. Melalui dapatan ini juga menggambarkan bahawa terdapat perbezaan kebolehan murid-murid iaitu kumpulan yang pandai dan kumpulan lemah. Terdapat juga lima item/soalan yang terpaksa ditukar atau dibuang setelah saya mentadbir ujian tersebut. (Rujuk jadual di bawah).

No. Item

Bilangan Jawapan Betul Pandai 10 10 10 8 10 Lemah 10 10 10 7 9

Indeks

Indeks

Kesukaran Diskriminasi 1.0 1.0 1.0 0.75 0.95 0 0 0 0.1 0.1

2 3 7 15 29

Merujuk kepada jadual di atas didapati soalan-soalan ini tidak sesuai digunakan untuk menguji tahap kebolehan murid. Ini adalah kerana indeks kesukaran berada pada julat yang tidak sesuai iaitu antara 0.95 hingga 1.0. Manakala indeks diskriminasi pula julatnya antara 0 hingga 0.1. Indeks kesukaran itu menunjukkan soalan yang dibuat terlalu senang. Indeks dikskriminasi itu pula tidak dapat membezakan antara tahap kebolehan (pandai dan lemah) murid-murid tersebut, ini adalah kerana semua murid dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat. Hasil daripada analisa dalam jadual di atas, saya telah menggantikannya dengan soalan baru yang sesuai untuk kedua-dua indeks. Soalan-soalan tersebut dipaparkan di bawah. 16

Soalan 2. Apakah persamaan mikroorganisma yang ditunjukkan di atas? A. Kedua-dua mikroorganisma adalah bakteria. B. Kedua-dua mikroorganisma adalah fungi. C. Kedua-dua mikroorganisma adalah protozoa. D. Kedua-dua mikroorganisma adalah virus.

Soalan 3. Antara penyakit berikut, yang manakah disebabkan oleh kulat? W X Y Z Kurap Panau Beguk Taun

A. W dan Z B. Y dan Z

C. D. 17

W dan X Y dan X

Soalan 7. Haiwan Y mempunyai cirri-ciri yang berikut.

i. ii. A. B.

Menjaga anaknya. Memberi makan kepada anaknya. iii. iv. C. D. Burung Rama-rama ii dan iii iii dan iv

Kucing Penyu i dan ii i dan iii

Soalan 15. Rajah di bawah menunjukkan satu siratan makanan.

Hidupan yang manakah di atas adalah pengeluar? A. B. U V C. D. W Z

18

Soalan 29. Maklumat di bawah menunjukkan aktiviti sejenis haiwan. Bertelur dengan banyak. Menimbus pasir. Bertelur malam. telur pada dalam waktu

Apakah tujuan semua aktiviti itu? A. B. C. D. Untuk mengelakkan persaingan. Untuk memastikan kemandiran sepsis. Untuk menambah bilangan sepsis. Untuk bergerak balas terhadap rangsangan.

19

Hasil dapatan yang dijalankan untuk item subjektif (Bahagian B) pula, kesemua item tersebut perlu dikekalkan kerana purata indeks kesukarannya berada dalam julat yang sesuai iaitu antara 0.25 hingga 0.8 sebanyak 16 soalan (80%).Manakala terdapat 4 soalan yang mempunyai indeks kesukaran 0.15 dan 0.9 yang merupakan item terlalu sukar dan terlalu mudah. Namun begitu, soalan tersebut tidak perlu ditukar memandangkan hanya 20 % sahaja yang berada pada indeks tersebut. Bagi item yang terlalu mudah iaitu item 1(a), d(ii) dan f(i) dapat dijawab oleh murid-murid kerana pengetahuan mereka tentang tajuk tersebut telah dikuasai. Bagi soalan 2(a) pula indeks kesukarannya berada pada pengkelasan item yang terlalu sukar iaitu 0.15 yang mana hanya 3 orang murid sahaja yang dapat menjawab dengan betul. Pada pendapat saya ini disebabkan oleh kekeliruan dalam membezakan antara penyakit dan jenis-jenis mikroorganisme yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit itu. Walaupun indeks kesukarannya tidak sesuai tapi saya tetap mengekalkan item tersebut kerana soalan tersebut masih ada kesahannya.

KESIMPULAN

Pembinaan item ujian biasanya mengambil masa yang panjang dan memerlukan banyak penelitian dan pertimbangan agar ujian yang dihasilkan dapat mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang diingini dengan adil dan saksama. Analisis yang telah dijalankan adalah untuk menilai kesesuaian soalan tersebut, terutamanya dari segi aras kesukaran dan kuasa diskriminasinya. Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Individu- individu yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data yang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan.

20

RUJUKAN

Azizi Ahmad (2011). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan, Selangor : Open University Malaysia. L. P.Wong (2010). Refer Science Year 5. Kuala Lumpur : Pustaka Seri Cahaya. Manisah Mohd Ali dan Norani Salleh Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 151162, 2008 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia. Marni Baharom (2007). Complete Science Year 5. Shah Alam : Arah Pendidikan Sdn. Bhd. MGB Kelantan (2010). Peperiksaan Percubaan UPSR 2010 Science Year 5. Kelantan MGB Kelantan. Rozita Mohamad (2011). Inovasi Intelek Science Year 5. Kuala Lumpur : Pustaka Seri Cahaya. Tee Hoek Tian (2011). Akses @ Cerdik Science Year 5, Shah Alam : Cerdik Publication Sdn. Bhd. http://www.ipislam.edu.my/index.php/akademik/49/Unit-Peperiksaan-dan-Penilain : Sumber Diperolehi Pada 31 Mei 2011. http://www.jpup.gov.my/index.php?option=com_remository&Itemid=144&func=selet& : Sumber Diperolehi Pada 31 Mei 2011. http://bobezani.tripod.com/teknik.htm. Sumber Diperolehi Pada : 25. 6. 2011.

21

Vous aimerez peut-être aussi