Vous êtes sur la page 1sur 32

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

SEMOUR JAROME BRUNER Beliau dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915.Beliau lebih dikenali sebagai J.Bruner. Beliau ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Beliau merupakan seorang yang istimewa kerana telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi.

PENDIDIKAN Pada mulanya, Bruner bersekolah di sekolah umum. Pada tahun 1933 beliau lulus dari sekolah tinggi. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Duke University. Disana beliau mengambil jurusan psikologi. Pada tahun 1937 beliau mendapat gelaran AB. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di Amerika Syarikat.

PENCAPAIAN Sebagai seorang tokoh kognitif yang berjaya, beliau telah menerima banyak pencapaian. Antaranya adalah, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.

MAKLUMAT TEORI Beliau banyak menghasilkan penulisan dalam bidang falsafah pendidikan,teori-teori

pembelajaran, dan proses pengajaran. salah satu hasil penulisannya yang terkenal adalah The Process of Education. Buku ini telah menjadi bahan rujukan yang penting dalam menggubal kurikulum matematik moden di kebanyakkan negara.

BELAJAR Belajar merupakan kategori yang terjadi untuk memudahkan interaksi dengan realiti. selain itu, belajar turut memudahkan tindakan. Hal ini berkait rapat dengan proses seperti pemilihan maklumat, generasi proposal, fasilitasi, proses membuat keputusan dan pembinaan dan ujian

hipotesis. Murid yang belajar berinteraksi dengan realiti akan dapat menetapkan kemasukkan yang sesuai dengan kategori mereka sendiri.Hal ini kerana mereka akan menentukan kategori konsep yang berbeza.

Belajar adalah sebuah proses aktif dari persatuan dan pembinaan. Selain daripada itu, pengetahuab sedia ada murid juga merupakan faktor penting dalam belajar. Ini memberi makna kepada organisma untuk menimba pengalaman dan membolehkannya untuk membentuk suatu media seperti peraturan ini: 1) menentukan sifat-sifat penting dari para ahlinya, termasuk komponen esensialnya. 2) menggambarkan bagaimana mereka harus diintegrasikan komponen penting. 3) menentukan batas-batas toleransi atribut yang lain untuk ahli termasuk ke kategori.

Bruner membezakan dua proses yang berkaitan dengan kategori: a)Pembentukan konsep (mempelajari konsep yang berbeza) b)Konsep Tingkat (mengenalpasti sifat yang menentukan kategori). Bruner berpendapat bahawa pembentukan konsep merupakan proses yang terjadi lebih semua daripada konsep pada orang 0-14 tahun, sementara konsep konsep Tingkat pembentukan berlaku bukan dari usia 15 tahun. Konsep boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu:

Konsep konjuntif - Kosep ini merujuk kepada konsep yang mempunyai beberapa bahagian yang tergabung dan tidak boleh dipisahkan ataupun dikurangkan. Apabila salah satu bahagian ini diketepikan, maka, konsep tersebut menjadi kurang lengkap.

Konsep disjuntif - Konsep ini pula merujuk kepada bahagian-bahagian yang tergabung di dalam konsep ini boleh digunakan dalam satu situasi ataupun situasi yang lain.

Konsep hubungan - Konsep ini merujuk kepada kepada hubungan khas antara satu sama lain yang wujud diantara bahagian-bahagian tersebut. Kebanyakkan hubungan ini biasanaya terdiri daripada bahagian-bahagian yang mengandungi masa dan ruang. Selain itu Bruner berpendapat, fungsi konsep utama adalah menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea, dengan bertujuan memudahkan pengurusan agar lebih ringkas, mudah difahami, mempelajari serta mengingati. Menurut beliau lagi, bahasa merupakan medium yang penting dalam perkembangan kognitif manusia. Beliau mempercayai manusia mula menggunakan tindakan sebagai usaha memahami alam sekitar, dan apabila tindakan tidak mencukupi, ia akan bertukar kepada penggunaan gamabar atau perwakilan simbol di mana bahasa memainkan peranan.

ASPEK TEORI PEMBELAJARAN

Bruner berpendapat bahawa empat aspek berikut merupakan aspek yang penting dalam teori Arahan: 1) kecenderungan terhadap pembelajaran 2)bagaimana pengetahuan boleh ditetapkan sehingga yang terbaik untuk diinternalisasi oleh pelajar 3) urutan paling efektif dalam menyajikan bahan bantu mengajar 4) Sifat dari hadiah dan ganjaran.

JEAN PIAGET

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :

Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun) Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

TAHAP SENSORIMOTOR (DARI LAHIR - 2 TAHUN) Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan ensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN ) Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asasyang berlaku iaitu : 1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. 2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. 3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah lakuSelain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitupengamatan,

ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'. Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanakkanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah. TAHAP OPERASI KONKRIT ( 7 - 11 TAHUN) Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 tahun ke atas)

Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

Robert Mills Gagne lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts. Beliau meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College (Girl)(19401949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan di Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (1964-1966). Selain itu, ia menjawat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).

Pekerjaan Gagne mempunyai pengaruh besar dalam pendidikan latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan industri. Gagne dan Briggs LJ termasuk di antara para perintis awal konsep desain sistem pembelajaran yang menunjukkan bahawa semua bahagian dari suatu pelajaran atau suatu tempoh arahan boleh dianalisis dan bahawa semua bahagian boleh direka untuk beroperasi bersama sebagai rancangan bersepadu untuk arahan.Dalam sebuah rencana yang signifikan bertajuk "Pendidikan Teknologi dan Proses Belajar" (Pendidikan Peneliti,

1974), Arahan Gagne ditakrifkan sebagai "Rangkaian kegiatan yang dirancang luaran yang mempengaruhi proses belajar dan dengan demikian meningkatkan pembelajaran."

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE (a)Pembelajaran Isyarat Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya,

apabilaseseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumahdengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak sukadiganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, Selamatsejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

b)Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengangerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balasyang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !.Ali akan mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.

a) Pembelajaran Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran sepertipermainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

b) Pembelajaran Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untukmengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaianberbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

c) Pembelajaran Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untukmemudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yangsama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yangberlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan inimemudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

d) Pembelajaran Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitumengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentukkonsepyang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang danperistiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

e) Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalamsesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi.

f) Pembelajaran Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep danhukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapalangkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.

Gagne (1974,1977) dan Gagne dan Biggs (1979) telah mengemukakan satu model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat dimana lapan frasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin 1997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam rajah dibawah:

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne

Prinsip

pembelajaran

dan

pengajaran

Gagne

boleh

digunakan

dala m

pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripadayang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatukemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiranasas yang perlu untuk pelajaran baru.

upaya

pembelajaran

menjadi

berkesan,

Gagne

mencadangkan

agar

guru

merancangpengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasapengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi Amerika. Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York. Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di sekolah perubatan di Universiti Middlesex.

Beliau juga telah berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah memperolehi M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada

1950. Pada 1973. Ausubel membuat keputusan untuk bersara dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang terkenal.

TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL

David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripadapembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubeljuga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasukpentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai KonsepPenyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

(a)Model Pembelajaran Ekspositori

Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankanpenerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dandijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaransepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik ataudaripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).

(b)Penyusunan Awal

Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untukmenyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimalberlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialahmemulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Ia merupakanstruktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikanpada hari tersebut.

Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentangperkaraperkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awaljuga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jaditerdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitanyang telah dipelajari.

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel

Prinsip

pembelajaran

dan

pengajaran

Ausubel

boleh

digunakan

dalam

pengajaran

dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

Ausubel

mencadangkan

supaya

guru

menggunakan

pembelajaran

resepsi

(penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah. Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan

pelajarmengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsepbaru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SEMOUR JAROME BRUNER

Berikut adalah implikasi dari teori Bruner dalam pendidikan: 1) Teorem pembelajaran Matematik

Bruner dan Kenny (pembantunya) telah membuat pemerhatian di dalam kelas Matematik bagi mengkaji faktor-faktor yang terlibat dalam teori ini. Hasilnya mereka telah Berjaya membina empat teorem pembelajaran seperti berikut:

Teorem Pembinaan

Merupakan cara paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik. Caranya adalah dengan membina perwakilan untuk konsep, prinsip mahupun hukum Matematik tersebut. Para pelajar perlulah menjalankan sendiri aktiviti-aktiviti konkrit agar mereka lebih memahami.

Teorem Tatatanda

Tatatanda Matematik ini perlulah mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar itu sendiri. Ianya perlulah bermula dari mudah ke sukar mengikut tahap pemikiran pelajar pada waktu itu.

Teorem Kontras dan Variasi

Operasi ini terjadi apabila terdapat prosedur perkenalan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit. Konsep Matematik kebanyakkannya tidak memberikan makna kepada pelajar jika mereka tidak dapat membezakan konsep yang lain. Konsep nombor ganjil dan nombor genap perlu dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam keduadua jenis nombor tersebut.

Teorem Perhubungan

Konsep, prinsip dan kemahiran Matematik adalah saling berkaitan dengan kemahiran yang lain. Di dalam proses pembelajaran, guru perlu bijak mengaitkan konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru kepada pelajar.

2) Strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik

Seseorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Oleh yang demikian, Bruner berpendapat kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran adalah berdasarkan rangsangan murid tersebut terhadap pengetahuan sedia ada mereka. Beliau turut mengatakan bahawa pembelajaran Matematik akan menjadi lebih mudah dengan penggunaan symbol untuk mewakili konsep-konsep yang berbentuk abstrak.

3) Prinsip-prinsip pengajaran-pembelajaran

Melalui buku tulisan Bruner (1966) yang berjudul Toward a Theory of Instruction, beliau menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori yang dikemukakan oleh beliau sendiri.

Prinsip motivasi

Bruner mempercayai bahawa kanak-kanak yang baru masuk sekolah mempunyai dua jenis motivasi diri, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Intrinsik ingin tahu adalah satu motivasi yang mendorong minat kanak-kanak terhadap benda di sekeliling mereka. Manakala, dorongan untuk mencapai kecekapan diri adalah aktiviti yang menggerakkan mereka untuk mencuba secara rela hati dengan menyempurnakannya sendiri disamping saling bersaing sesame mereka.

Prinsip struktur

Prinsip struktur memberikeutamaan terhadap isi pelajaran yang sesuai dengan bentuk pengajaran, dan apa jenis bentuk pengajaran yang sesuai digunakan kepada murid itu sendiri. Bruner mencadangkan, penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak.

Prinsip sekuen

Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.

Prinsip peneguhan

Bruner mencadangkan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan sebagai strategi pengajaranpembelajaran untuk member kesempatan kepada kanak-kanak membuat kajian sendiri, agar mereka akan memperolehi kepuasan daripada dapatan kajiannya, demi menghasilkan peneguhan positif yang diharapkan.

4) Pembelajaran inkuiri-penemuan (Discovery Learning)

Kaedah ini digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, guru perlulah mengatur situasi pembelajaran untuk pelajar mereka dalam mengenal pasti masalah yang ditimbulkan, memahami dan menganalisisnya serta berusaha mencari alternatif jawapan sendiri.

5) Pembelajaran konsep hukum dan prinsip melalui pendekatan induktif

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan. Penggunaan kaedah ini memerlukan guru memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Melalui contohcontoh inilah, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung di dalam contoh-contoh tersebut. Sejerus itu, mereka mampu membuat kesimpulan sendiri mengenai topik tersebut.

ANALISIS SWOT

Dalam menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sesuatu teori adalah dengan menggunakan analisis SWOT. Analisis SWOT adalah sebuah kaedah perancangan strategik yang digunakan untuk menilai Kekuatan, Kelemahan, Peluang, dan Ancaman yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam sesuatu teori yang dikemukakan. Analisis ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor dalaman dan luaran yang menguntungkan dan tidak menguntungkan untuk mencapai tujuan tersebut.

Analisis Swot juga telah dijalankan ke atas teori Burner. melalui analisis ini di dapati

teori ini

turut mempunyai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang tersendiri. kekuatan yang jelas dapt dilihat dalam teori ini adalah ianya lebih berpusatkan kepada murid. Di mana teori ini memerlukan murid berfikir secara kritikal dalam menerima proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, ianya dapat membantu murid-murid untuk melihat dari pelbagai perspektif yang berbeza, murid dapat menganalisis perbezaan dan persamaan yang telah dipelajari.

Setelah mengkaji tentang kekuatan, mari lihat pula kelemahan yang tdrdapat dalam teori ini. kelemhan yang jelas dapat dikenal pasti adalah murid hanya akan mengunakan kehendak dan emosi dalam memastikan mereka mencapai objektif pelajaran tersebut. Namun begitu, sekiranya dilihat dari segi peluang, murid-murid akan belajar mempunyai pendirian dan keyakinan pada diri sendiri. Selain, ianya tidak menyekat pengetahuan murid tersebut. Ancaman yang mungkin dihadapi melaui teori ini adalah, apabila tenaga pengajar melebih-

lebihkan murid yang lebih menonjol berbanding murid-murid yang lain. Maka, tanpa disedari wujud satu suasana bias di kalangan murid-murid.

Setelah mengkaji tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat di dalam teori ini, satu kesimpulan dapat dibuat dimana guru perlu memainkan peranan yang penting di dalam menjalankan aktiviti pembelajaran.

JEAN PIAGET Pengenalan Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah :

1. Skema

-Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. -Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. -Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. -Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. -Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.

2. Asimilasi-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.

-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.

-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanakkanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

3.

Akomodasi

-Merupakan -Akomodasi

suatu berfungsi

proses apabila belum

di

mana skema

struktur tidak

kognitif

mengalami

perubahan.

dapat dalam

mengasimilasi perolehan suatu

(menyesuaikan) kanak-kanak. pembelajaran.

persekitaran baru -Jean Piaget

yang

lagi

berada ini

kognitif proses

menganggap

perubahan

sebagai

-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

4. Adaptasi

-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.

-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalamanpengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah :

Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun) Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

Tahap-tahap perkembangan

TAHAP SENSORIMOTOR (DARI LAHIR - 2 TAHUN)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asasyang berlaku iaitu : 4. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. 5. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. 6. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitupengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : 1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) 2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan

membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'.

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

TAHAP OPERASI KONKRIT ( 7 - 11 TAHUN)

Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanakkanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanakkanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan.

Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 tahun ke atas)

Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

Robert Mills Gagne lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts. Beliau meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College (Girl)(1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (1958-1961) dan di Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (1964-1966). Selain itu, ia menjawat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965).

Pekerjaan Gagne mempunyai pengaruh besar dalam pendidikan latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan industri. Gagne dan Briggs LJ termasuk di antara para perintis awal konsep desain sistem pembelajaran yang menunjukkan bahawa semua bahagian dari suatu pelajaran atau suatu tempoh arahan boleh dianalisis dan bahawa semua bahagian boleh direka untuk beroperasi bersama sebagai rancangan bersepadu untuk arahan.Dalam sebuah rencana yang signifikan bertajuk "Pendidikan Teknologi dan Proses Belajar" (Pendidikan Peneliti, 1974), Arahan Gagne ditakrifkan sebagai "Rangkaian kegiatan yang dirancang luaran yang mempengaruhi proses belajar dan dengan demikian meningkatkan pembelajaran."

Teori Pembelajaran Gagne

Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkatperingkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah :

Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:

teori pembelajaran Robert Mills Gagne (a)Pembelajaran Isyarat Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya,

apabilaseseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumahdengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak sukadiganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, Selamatsejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

b)Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengangerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balasyang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !.Ali akan mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya.

(c)Pembelajaran Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran sepertipermainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan.

d)Pembelajaran Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untukmengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaianberbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

(e)Pembelajaran Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untukmemudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yangsama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yangberlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan inimemudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

(f)Pembelajaran Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitumengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentukkonsepyang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang danperistiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

(g)Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalamsesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi.

h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep danhukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapalangkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.

Gagne (1974,1977) dan Gagne dan Biggs (1979) telah mengemukakan satu model pembelajaran langsung yang berasaskan model teori pemprosesan maklumat dimana lapan frasa pengajaran disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin 1997). Fasa-fasa pembelajaran dan pengajaran tersebut ditunjukkan dalam rajah dibawah:

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Gagne

Prinsip

pembelajaran

dan

pengajaran

Gagne

boleh

digunakan

dalam

pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

-Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripadayang mudah (peringkat asas) kepada yang rumit. Sebelum guru mengajar sesuatukemahiran yang lebih tinggi, guru mesti memastikan pelajar telah menguasai kemahiranasas yang perlu untuk pelajaran baru.

Supaya pembelajaran menjadi berkesan, Gagne mencadangkan agar guru

merancangpengajaran yang meliputi langkah-langkah yang dicadangkannya, iaitu meliputi 8 fasapengajaran yang berinteraksi dengan 8 fasa pembelajaran.

David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi Amerika. Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York. Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Beliau juga telah berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah memperolehi M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada 1950. Pada 1973. Ausubel membuat keputusan untuk bersara dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang terkenal.

Teori Pembelajaran Ausubel David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripadapembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubeljuga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasukpentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai KonsepPenyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

(a)Model Pembelajaran Ekspositori

Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankanpenerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dandijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaransepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik ataudaripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).

(b)Penyusunan Awal

Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untukmenyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimalberlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialahmemulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Ia merupakanstruktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikanpada hari tersebut.

Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentangperkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awaljuga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jaditerdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitanyang telah dipelajari.

Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

Ausubel

mencadangkan

supaya

guru

menggunakan

pembelajaran

resepsi

(penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.

Menggunakan

penyusunan

awal

dalam

pengajaran

untuk

menggalakkan

pelajarmengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsepbaru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaranmurid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapatmerangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalamanatau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis danmengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidakakan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut. Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajarandan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Olehkerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlakudalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piagetmemandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktifyang berkelakuan seperti

saintismuda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehipengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melaluipersepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanaktersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu muridmurid semula tentang apayang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka milikiketika di prasekolah. Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi

pelajaranhendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapatJean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empattahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun),praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam prosespengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikutumur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan danmenyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya,di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepadapengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajarmereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

Vous aimerez peut-être aussi