Académique Documents
Professionnel Documents
Culture Documents
Anda akan melihat perubahan yang tiba-tiba ini pada perangai anak anda atau orang yang anda kasihi. Perubahan ini selalunya mempunyai hubungan dengan penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, tiap-tiap jenis dadah mempunyai tandanya tersendiri. Hubungilah doktor anda atau pegawai pemulihan dadah untuk mendapatkan kepastian. Jangan sekali-sekali membuat dignosis anda tersendiri. Antara lain tanda penagihan dadah adalah seperti berikut: Perubahan atau kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja., serta kemerosotan mutu kerja, disiplin dan hasil kerja. Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya. Mengelakkan diri daripada tanggungjawab. Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya. Rupa paras dan kebersihan diri yang tidak terurus. Tabiat suka menyembunyikan segala yang dilakukan serta dimiliki. Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup. Anak mata menjadi kuyu. Parut atau bekas suntikan di lengan, hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah. Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah, Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang. Meminta wang secara berlebihan daripada ibubapa. Suka meminjam wang daripada kawan atau mencuri barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara-mara atau kawan. Selalu mengunjungi tempat aneh tanpa sebab seperti bilik stor, bilik kecil di tingkat bawah bangunan ( untuk mengambil dadah )
Menyebabkan pengsan, pitam atau tidak sedarkan diri. Menaikkan perasaan ganas yang boleh menghilangkan maruah. Menimbulkan penyakit pedih hati dan sakit perut. Membawa ketagihan yang berlebih-lebihan untuk mententeramkan diri dan jiwanya dan jika tidak dapat mengakibatkan kerosakan jiwa dan tenaga badan. Mati kerana menggunakan dadah yang berlebihan.
Menimbulkan perselisihan dan persengketaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat. Menimbulkan kecurigaan kepada ibu bapa terhadap anak muda mereka. Melibatkan perselisihan faham antara kaum. Melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama. Melemahkan kesopanan dan kesusilaan.
Perbezaan dari segi kesan terhadap fungsi sistem saraf pusat iaitu sama ada ia merosotkan fungsi ( contohnya denganheroin den depresen) atau merangsangkan (contohnya dengan amfetamin dan kokain) atau merosotkan dan merangsangkan ( contohnya dengan ganja dan kokain ). Jumlah Yang Digunakan Kesan dos kecil berbeza daripada kesan dos besar. Contohnya, dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang akan merosotkan pernafasan dan membawa maut. Cara Menggunakannya Kesan dadah bergantung kepada jangka masa penggunaan, kekerapan mengguna, cara mengguna iaitu sama ada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau digunakan bersama-sama dengan dadah lain. Kesan Individu Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman, penggunaan dadah, kesan perasaan ( mood ) dan aktiviti. Situasi Ketika Menggunakannya Keadaan atau tempat menggunakan dadah, iaitu sama ada ada atau tiada orang lain, juga merupakan faktor yang mempengaruhi kesan dadah.
Maut kerana dos yang berlebihan Menyebabkan pergantungan pada dadah Menyebabkan penyakit AIDS dan kesihatan terganggu. Menimbulkan masalah undang-undang.
Jenis Dadah
Dadah dapat dibahagikan kepada lima kumpulan yang besar iaitu kanabis, depresen, halusinogen, stimulan dan narkotik. Dadahdepresen , stimulan, dan halusinogen disebut bahan psikotropik.
Bil
Kumpulan Dadah
Jenis-Jenis Dadah Ganja, Hasbish, Minyak Hasbish. Barbiturat, Tranquilizer, Methaqaolone. Lysergic Asid Diethylamide ( LSD ), Mescaline, MDA, DMT, STP Amfetamin, Kokain. Candu, Morfin, Heroin, Kodein.
1. 2. 3. 4. 5.
Akta Racun 1952 Akta Penagih Dadah ( Rawatan Dan Pemulihan ) 1983 Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-Langkah Pencegahan Khas ) 1985 Akta Dadah Berbahaya ( Perlucuthakan Harta ) 1988
HOT LINKS