Vous êtes sur la page 1sur 24

Antara kegiatan manusia yang memberi impak kepada alam sekitar ialah membersih kawasan hutan untuk tujuan

pembangunan, membuang sisa toksik, aktiviti perkilangan dan memburu binatang. Lihat nilai intrinsik, instrumental dan ekstrinsik terhadap kegiatan itu. Kesan mengeksploit alam sekitar mempunyai nilai positif dan negatif. 1) 2) 3) Definisi isu moral Pandangan menyokong dan menentang isu moral berkenaan Perkara-perkara yang menunjukkan kefahaman anda tentang teori moral yang dibincangkan dalam modul. Bebas, kaitkan dengan pandangan teori etika lain seperti emotivisme, intuisionisme, naturalisme 4) 5) Pandangan sendiri terhadap isu moral berkenaan Rujukan

SPESIFIKASI: 20 mukasurat, 2 langkau, 28/8

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN......................................................................................................... 2 1.1Latarbelakang................................................................................................ 2 1.2Tujuan Kertas Tugasan.................................................................................. 4 1.3Definisi Isu Moral Pembuangan Sisa Toksik oleh Industri Perkilangan dan Pertanian.................................................................................................. 4 2.0PANDANGAN PROFESIONAL MENGENAI ISU PEMBUANGAN SISA TOKSIK........10 2.1Pandangan Menyokong Perlunya Pembuangan Sisa Toksik Secara Terolah dan Dirawat............................................................................................ 10 2.2Pandangan Menentang Perlunya Pembuangan Sisa Toksik Secara Terolah dan Dirawat............................................................................................ 13 2.3Pandangan Menyokong Perlunya Pembinaan Insinerator Sebagai Usaha Pelupusan Sampah Sarap.......................................................................15 2.4Pandangan Menentang Perlunya Pembinaan Insinerator Sebagai Usaha Pelupusan Sampah Sarap.......................................................................17 3.0PANDANGAN PERIBADI MENGENAI ISU PEMBUANGAN SISA TOKSIK ..............18 4.0PENUTUP......................................................................................................... 21 5.0RUJUKAN......................................................................................................... 23

PENGENALAN 1.1 Latarbelakang

Alam

sekitar

merupakan pelbagai

sumber bahan

semulajadi mentah

yang

kaya

dan

menyumbangkan

untuk

melaksanakan

pelbagai kegiatan manusia termasuklah perindustrian, pertanian, perumahan, perbandaran, rekreasi, dan sebagainya. Di era globalisasi ini, isu alam sekitar merupakan suatu dilema moral yang sering diperkatakan bagi mengimbangi keperluan untuk mengeksploitasi alam sekitar untuk memaju dan mengembangkan kegiatan manusia dan juga keperluan menjaga dan memulihara alam sekitar untuk

memastikan kelangsungan kehidupan manusia di atas bumi ini. Kegiatan manusia ini memberikan impak kepada alam sekitar seperti pembukaan dan pembersihan hutan untuk pelbagai tujuan,

pembuangan sisa toksik, aktiviti perkilangan yang menjerumus kepada pencemaran alam dan kegiatan memburu binatang yang membawa kepada kepupusan binatang. Pada amnya, kegiatan manusia ini mempunyai nilai positif dan negatif serta mempunyai perkaitan dengan nilai intrinsik, nilai instrumental atau ekstrinsik. Nilai instrumental atau ekstrinsik merupakan suatu kualiti yang dilihat sebagai alat untuk mencapai sesuatu matlamat atau nilai lain. Alam sekitar dikatakan mempunyai nilai instrumental atau ekstrinsik kerana sumber semulajadi yang diperolehi daripada alam sekitar dapat

digunakan untuk melaksanakan pelbagai kegiatan manusia yang membawa kepada pelbagai manfaat (dan juga keburukan) kepada kehidupan manusia. Di sebaliknya pula, nilai intrinsik menyatakan bahawa alam sekitar itu sendiri merupakan matlamat akhir atau dalam erti kata lain, alam sekitar itu mempunyai nilai tersendiri. Segala hidupan dan bahan lain yang terkandung dalam alam sekitar mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri. Pada amnya, apabila membincangkan tentang isu alam sekitar, dua pandangan yang berbeza diambil kira iaitu antioposentrisma yang menyatakan bahawa hanya manusia mempunyai nilai intrinsik manakala alam sekitar mempunyai nilai instrumental. Pandangan antiposentrisma membenarkan sikap eksploitasi terhadap alam sekitar untuk melaksanakan kegiatan manusia. Sebaliknya, pandangan ekosentrisma menyatakan bahawa segala apa yang ada dalam alam sekitar masing-masing mempunyai nilai intrinsiknya tersendiri. Menurut pandangan ini, manusia dan semua hidupan lain dalam alam sekitar masing-masing mempunyai hak yang sama rata untuk mengisi ruang dalam alam sekitar dan eksploitasi alam sekitar oleh manusia merupakan sesuatu yang mempunyai dilema moral.

1.2

Tujuan Kertas Tugasan

Tujuan kertas tugasan ini adalah untuk membincangkan salah satu daripada kegiatan manusia yang memberi impak kepada alam sekitar. Isu alam sekitar yang dipilih adalah kegiatan pembuangan sisa toksik oleh industri perkilangan dan pertanian yang semakin berleluasa masa kini. Perbincangan mengenai isu pembuangan sisa toksik ini meliputi aspek kemoralan aktiviti ini berdasarkan kepada teori-teori moral dan etika yang ada di samping memberikan pandangan peribadi mengenai dilema ini. Kertas tugasan ini membahaskan tentang isu pembuangan sisa toksik dari perspektif kemoralan untuk menentukan bagaimana aktiviti ini dinilai sebagai suatu tindakan yang tidak bermoral ataupun sebaliknya.

1.3

Definisi Isu Moral Pembuangan Sisa Toksik oleh Industri Perkilangan dan Pertanian

Pembuangan sisa toksik oleh industri perkilangan dan pertanian menjadi suatu isu moral kerana terdapat pelbagai pendapat

professional maupun peribadi yang melihat aktiviti ini sebagai sesuatu yang tidak bermoral kerana ianya menyebabkan pelbagai impak negatif terhadap alam sekitar dan juga kehidupan manusia. Sisa toksik merupakan bahan buangan daripada pelbagai industri perkilangan dan pertanian yang dilepaskan ke alam sekitar dan
4

menyebabkan pencemaran alam sama ada pencemaran udara, air dan tanah sehingga membawa kepada kemudaratan kehidupan dan kesihatan manusia. Menurut Wikipedia (2008), sisa toksik merupakan bahan buangan, biasanya dalam bentuk bahan kimia yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan terhadap hidupan. Ianya merupakan hasil daripada industri ataupun perdagangan tetapi boleh juga datang dari penggunaan perumahan, pertanian, ketenteraan, kemudahan perubatan, sumber radioaktif dan industri ringan seperti kedai dobi kering. Pembuangan sisa toksik menjadi lebih hangat semasa revolusi perindustrian kerana ianya telah mempercepatkan lagi kegiatan pencemaran alam sekitar yang mengancam kehidupan manusia masa kini. Kesan pembuangan sisa toksik khususnya yang tidak dirawat ke alam sekitar mendapat perhatian yang serius oleh kerajaan Malaysia. Di dalam Rancangan Malaysia Kelapan (2000 2005), secara purata 430,000 tan metrik sisa berjadual dijana setiap tahun. Daripada jumlah sisa berjadual yang dijana pada tahun 2004, kira-kira 18.8 peratus dirawat dan dilupus di loji rawatan dan pelupusan sisa toksik di Bukit Nanas Negeri Sembilan, 58.0 peratus dikitar semula dan diperoleh semula di premis berlesen, 19.7 peratus dirawat dan disimpan di premis penjana, 0.7 peratus dieksport untuk dikitar semula, dan 2.7 peratus dilupus di insinerator sisa klinikal (Rancangan Malaysia Ke-9, 2006) . Walau bagaimanapun, masih terdapat sisa toksik yang dibuang secara terbuka ke alam sekitar tanpa langkah-langkah rawatan dan

pemuliharaan terlebih dahulu sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar. Untuk menangani masalah Alam ini, Kerajaan Negara Malaysia (DASN) telah untuk

memperkenalkan

Dasar

Sekitar

meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari (Jabatan Alam Sekitar, 2007). Pelbagai

peruntukan perundangan berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal juga diperkenalkan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan sebagainya (International Law Book Services, 2008). Pembuangan sisa toksik menjadi suatu dilema moral apabila timbulnya isu seperti siapakah yang harus bertanggungjawab memastikan pembuangan sisa toksik tidak dllakukan dan tanggungjawab pekilang dan pengusaha pertanian untuk merawat sisa toksik sebelum dilepaskan ke alam sekitar. Ianya juga menjadi suatu isu moral kerana penbuangan sisa toksik merupakan suatu aktiviti yang tidak boleh dielakkan memandangkan ianya merupakan hasil daripada proses perkilangan yang membawa kebaikan kepada kehidupan manusia. Menurut Berita Harian (21 Jun 2004), Malaysia dikatakan sebagai tempat pembuangan sisa toksik apabila 12,500 ton sisa toksik dari Taiwan telah ditemui di Johor. Dari satu sudut, pembuangan sisa toksik ini dianggap kegiatan tidak bermoral kerana ia menyebabkan pencemaran alam sekitar yang memudaratkan kesihatan manusia

tetapi dari sudut yang lain, pihak yang menerima sisa toksik berkenaan menekankan aspek kemoralan dari segi keuntungan mereka

membantu mengeluarkan sisa toksik dari negara lain. Pengurusan sisa toksik merupakan suatu peluang perniagaan yang amat pesat berkembang khususnya di negara membangun (Berita Harian, 2004). Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (Malaysia, 2006),

pengurusan sisa toksik merupakan suatu aktiviti yang dipandang serius. Di kebanyakan negara Asia seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong, pengolahan dan pelupusan sisa toksik adalah mahal dan boleh menyebabkan peningkatan kos pengeluaran. Dari sudut perniagaan, Malaysia boleh meraih banyak keuntungan dengan menyediakan kemudahan yang sesuai untuk mengolah dan melupuskan sisa toksik (Berita Harian, 2004). Usaha untuk menyediakan pusat pengolahan dan pelupusan sisa toksik di Malaysia mencetuskan isu moral kerana dari satu sudut, ianya dianggap memberi keuntungan dan kebaikan kepada masyarakat Malaysia dan membantu dalam pengurusan alam sekitar yang mapan tetapi dari sudut yang lain, ianya berunsur membahaya dan memudaratkan alam sekitar kerana adanya risiko pelepasan sisa toksik yang tidak dirawat ke alam sekitar di negara ini pula di samping melabel Malaysia sebagai tempat pembuangan sisa toksik.

Di samping itu juga, usaha untuk melupuskan sampah dan sisa toksik yang berdasarkan teknologi canggih seperti projek insinerator menjadi
7

suatu dilema moral antara manfaat yang diterima dan kerisauan bahawa ianya akan menyebabkan masalah pencemaran lebih teruk dan sebagainya. Dilema moral berkaitan pembuangan sisa toksik juga dikaitkan dengan keperluan pembinaan insinerator iaitu pusat

pelepasan sampah yang mesra alam sekitar. Projek insinerator yang dicadangkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat bantahan kerana isu keperluan menyediakan pusat pelupusan sampah untuk pembuangan sampah sarap termasuk sisa toksik secara terancang dan juga isu kos perbelanjaan yang tinggi iaitu sebanyak RM1.5 bilion (Utusan Malaysia, 2006). Menurut Utusan Malaysia (2006), rakyat negara ini membuang sebanyak 16,000 tan sampah setiap hari atau 800 gram seorang. Projek insinerator dapat melupuskan 1,500 tan sampah sehari. Di Denmark, penggunaan insinerator untuk melupuskan sampah didapati mengurangkan kesan ke atas alam sekitar. Malah, ada insinerator yang dibina kurang dari satu kilometer dari kawasan perumahan (Utusan Malaysia, 2006). Di Jepun pula, kawasan insinerator diperindahkan seumpama taman rekreasi untuk memberi nilai estetika. Pembinaan insinerator ini menjadi suatu isu moral di mana ada pihak yang menyeru kerajaan supaya tidak bersikap terlalu demokratik apabila perkara itu melibatkan kepentingan umum (Utusan Malaysia, 2006). Asalkan projek itu untuk kebaikan manusia, sikap autokratik yang memberikan kesan yang baik memberikan perspektif kemoralan kepada tindakan membina insinerator berkenaan.

Di sebaliknya pula, ramai orang membantah pembinaan insinerator ini kerana kerisauan mereka bahawa projek ini akan menyebabkan pencemaran tidak disengajakan kepada sungai. Orang ramai tidak mahu projek insinerator diadakan berdekatan kawasan mereka kerana takut akan implikasi seperti pencemaran air Sungai Selangor akibat mendapat ammonia yang terhasil dari pusat insinerator berdekatan (Utusan Malaysia, 2006). Oleh itu, insinerator yang mulanya

dicadangkan di Puchong terpaksa dipindahkan ke Borga yang agak terpencil dari perkampungan (Berita Harian, 2006). Namun, projek ini juga masih mendapat bantahan dan belum dapat dilaksanakan. Ini menimbulkan suatu lagi isu kemoralan dari segi kemudaratan dan kebaikan yang diterima oleh manusia dan masyarakat setempat. Pada amnya, pembuangan sisa toksik secara terolah dan dirawat merupakan suatu tindakan yang dianggap bermoral dalam sistem masyarakat Malaysia walaupun masih terdapat ramai pengilang dan pengusaha pertanian yang didapati tidak mematuhi keperluan ini atas alasan-alasan yang tertentu seperti menyatakan bahawa

tanggungjawab mengolah dan merawat bukanlah tanggungjawab mereka dan merupakan tanggungjawab kerajaan dan sebagainya. Ada juga pihak yang mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas mereka dan menyatakan bahawa ianya tidak adil kerana tindakan mereka membuang sisa toksik adalah bermoral mengikut pandangan mereka.

2.0

PANDANGAN PROFESIONAL MENGENAI ISU PEMBUANGAN SISA TOKSIK

Pembuangan sisa toksik merupakan suatu isu alam sekitar yang mendapat sokongan dan juga tentangan berdasarkan teori moral dan etika yang berlainan. Pandangan yang menyokong dan menentang isu pembuangan sia toksik ini diterangkan seperti berikut.

2.1

Pandangan Menyokong Perlunya Pembuangan Sisa Toksik Secara Terolah dan Dirawat

Pembuangan sisa toksik sama ada sisa toksik dari luar negara ataupun domestik secara selamat dan terolah merupakan suatu isu alam sekitar yang mendapat sokongan daripada beberapa pihak dan dianggap sebagai suatu tindakan bermoral berdasarkan kepada beberapa teori moral dan etika. Menurut Teori Kemoralan Sosial, keperluan masyarakat adalah lebih penting daripada keperluan individu. Teori ini bersifat autoritarian dan mengenakan tindakan undang-undang untuk memastikan kepatuhan kepada para pengilang untuk mengolah dan merawat sisa toksik sebelum dilepaskan ke alam sekitar. Walau bagaimanapun, ramai pengilang dan pengusaha ladang pertanian bertindak untuk membuang sisa toksik sewenang-

wenangnya ke alam sekitar kerana keperluan pembuangan sisa toksik secara selamat dianggap
10

melemahkan

autonomi

individu

dan

menyekat

pertimbangan

bebas

dan

pilihan

sukarela

mereka.

Berdasarkan Teori Kemoralan Sosial, kepatuhan mereka terhadap keperluan pembuangan sisa toksik secara selamat ditetapkan oleh sifat autoritarian yang diterbitkan oleh penggunaan undang-undang ketat terhadap pembuangan sisa pepejal di negara ini. Oleh itu, gejala pengilang dan pengusaha mengulangi kesalahan mereka berkali-kali dan kesanggupan mereka membayar denda yang dikenakan dapat dilihat bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain menjadi suatu isu moral dalam hal ini kerana sikap bermoral yang sepatutnya dapat diterapkan. Jabatan Alam Sekitar Selangor misalnya telah menemui 200 tan sisa toksik jenis Aluminium Dross yang dibuang secara haram di kawasan tanah rizab Sungai Klang, Bukit Kemuning di mana bahan itu ditemui tertanam kira-kira 1.5 meter dari paras tanah di dalam lapan buah lubang (Utusan Malaysia, 2006). JAS Selangor telah mengorek beberapa lubang dan terpaksa menimbus kemabli lubang berkenaan demi keselamatan orang ramai. Kilang yang membuang sisa toksik itu juga telah digantung lesen operasinya secara serta-merta. Hasil siasatan mendapati bahawa kilang berkenaan telah melakukan kegiatan tidak bermoral iaitu membuang sisa toksik secara haram di kawasan berkenaan sejak dua atau tiga bulan sebelum penemuan tersebut. Pekilang berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 34B (1) Akta Kualiti Alam Sekitar dan dikenakan denda maksimum RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

11

Menurut Teori Kant yang dipopularkan oleh Immanuel Kant pula, pembuangan sisa toksik secara terolah dan dirawat adalah suatu tindakan yang bermoral berdasarkan kepada konsep kewajipan iaitu suatu set prinsip moral yang menjadikan kemanusiaan sebagai matlamat dan bukan alat perlakuan individu. Shaw & Barry (2001) menyatakan bahawa manusia mempunyai kewajipan untuk menjaga alam sekitar bagi generasi akan datang. Teori Utilitarianisma juga menyokong nilai moral di sebalik usaha mengolah dan merawat sisa toksik sebelum dilepaskan ke alam sekitar kerana menurut teori ini, tindakan bermoral menghasilkan kebaikan paling banyak kepada sejumlah insan paling ramai. Pembuangan sisa toksik secara haram atau tidak terancang menyebabkan kesakitan atau kemudaratan kepada kualiti kehidupan manusia dan dengan itu dianggap sebagai suatu tindakan tidak bermoral. Rasional yang menyatakan mengapa pembuangan sisa toksik pada masa kini dianggap sebagai suatu perbuatan tidak bermoral dapat diterangkan menggunakan Teori Eksistensialisme yang menyatakan bahawa manusia yang mempunyai kesedaran dapat membezakan ditinya berbanding dengan objek lain. Teori ini juga beranggapan bahawa motif pada masa lalu tidak menentukan perlakuan pada masa kini. Ini menjelaskan bahawa kegiatan membuang sisa toksik pada masa lalu tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak bermoral. Walau bagaimanapun, Teori Eksistensialisme percaya bahawa tindakan yang menentukan haluan kehidupan masa depan akan menjadi pendorong

12

kepada tanggapan bahawa pembuangan sisa toksik sewenangwenangnya pada masa ini adalah sesuatu yang tidak bermoral.

2.2

Pandangan Menentang Perlunya Pembuangan Sisa Toksik Secara Terolah dan Dirawat

Teori Egoisme yang dipelopori oleh Friedrich W. Nietzsche pula menyatakan bahawa tindakan membuang sisa toksik secara haram dan pilihan sama ada pekilang dan pengusaha pertanian perlu merawat dan mengolah sisa toksik sebelum dilepaskan ke alam sekitar adalah suatu tindakan yang bermoral kerana menurut teori ini, kepentingan berpihak kepada individu dan bukannya masyarakat. Teori ini menyatakan bahawa manusia harus bertekad untuk berkuasa dan mengeksploitasi alam sekitar demi kepentingan sendiri. Tindakan membuang sisa toksik dianggap bermoral kerana teori ini percaya kepada konsep bahawa manusia masih dalam proses pengubahsuaian dan belum menguasai persekitaran. Setiap individu mesti mengubah peraturan masyarakat yang dianggap tidak mutlak untuk menjamin kemajuan dan kecekapan sendiri (Abdul Rahman et al, 2007). Teori ini menentang pendapat bahawa pembuangan sisa toksik adalah amalan tidak bermoral dan sebaliknya pula memberi justifikasi bahawa manusia berhak mengandaikan alam sekitar sebagai suatu nilai instrumental untuk membolehkan mereka meneruskan kegiatan perkilangan dan pertanian mereka demi mencapai kepentingan sendiri.
13

Teori ini memerlukan manusia bersikap mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira kebajikan atau kepentingan orang lain. Egois berpendapat bahawa yang lemah mesti dieksploitasikan dan manusia tidak perlu berpersatuan atau berorganisasi atau taat kepada individu tertentu. Manusia perlu bersifat individualistik dan mematuhi peraturan sendiri suipaya mereka menjadi lebih kuat, maju, cekap dan berkuasa. Oleh yang demikian, teori ini menentang pendapat bahawa mereka perlu bertanggungjawab mengolah dan merawat sisa toksik sebelum dilepaskan ke alam sekitar kerana mereka berhak mementingkan kepentingan syarikat iaitu penjimatan kos operasi perkilangan atau pertanian sekiranya mereka tidak terikat dengan tanggungjawab mengolah dan merawat sisa toksik. Teori Eksistensialisma mengikut pandangan Jean Paul Sarte pula menyatakan bahawa kewujudan (existence) mendahului zat (essence) di mana ia menyokong tindakan bermoral sebagai suatu tindakan di mana manusia mempunyai kebebasan memilh tanpa syarat dan manusia pula tidak bebas untuk menghapuskan kebebasan ini (Abdul Rahman et al, 2007). Tindakan bermoral dikaitkan dengan kesedaran manusia ataupun wujudan-untuk-swadiri ( being-for-itself) berbanding keadaan manusia di bawah kesedaran atau tidak mempunyai kesedaran iaitu wujudan-pada-swadiri (being-in-itself).

14

Pengilang

dan

pengusaha

pertanian

yang

mempertikaikan

tanggungjawab mereka dalam pembuangan sisa toksik secara terolah dan dirawat melihat tindakan mereka sebagai sesuatu yang bermoral berdasarkan kepada keyakinan palsu iaitu penafian mereka terhadap kebebasan memilih.

2.3

Pandangan Menyokong Perlunya Pembinaan Insinerator Sebagai Usaha Pelupusan Sampah Sarap

Pembinaan insinerator menjadi satu lagi dilema yang mendapat sokongan dan bantahan dari pelbagai pihak kerana ia melibatkan pertentangan nilai mengikut perspektif kemoralan dan etika.

Pembinaan insinerator merupakan salah satu usaha ke arah penggunaan teknologi mesra alam untuk mengelak pencemaran daripada pembuangan sampah secara sewenang-wenangnya (Berita Harian, 2006). Namun, kontroversi usaha pembinaan insinerator ini timbul kerana pusat pelupusan sampah (insinerator) pula didapti menyebabkan pencemaran sisa toksik ke kawasan bekalan air berdekatan. Berita Harian (2006) melaporkan bahawa Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia Pasifik (UNESCAP) telah menamakan Malaysia sebagai negara contoh di Asia Pasifik yang mempunyai dasar mesra alam bagi memastikan pembangunan dilaksanakan secara seimbang dengan memberi penekanan terhadap pemeliharaan alam sekitar. Namun pada masa yang sama, kerajaan juga telah menutup 16 pusat
15

pelupusan sampah terbuka beroperasi berdekatan dengan sumber air. Ini kerana tinjauan mendapati bahawa pembinaan pusat insinerator menyebabkan kejadian penyerapan air larut resap (licheate) dari pusat pelupusan sampah ke dalam sungai dan menyebabkan bekalan air tercemar (Berita Harian, 2006). Pandangan menyokong usaha pembinaan insinerator dapat dikaitkan dengan Teori Kemoralan Sosial yang memberi penekanan terhadap kepentingannya kepada masyarakat dan juga mengikut kehendak autoriti iaitu pihak pemerintah. Ianya juga dikatakan sebagai suatu tindakan bermoral berdasarkan Teori Utilitarianisme yang memberi penekanan kepada pemberian keseronokan dan kebaikan kepada jumlah yang terbanyak (Abdul Rahman et al, 2007). Selain dari itu, Teori Etika Keperibadian Mulia yang mementingkan keperibadian mulia (virtues) menyatakan bahawa ciri watak keperibadian mulia dapat diperolehi melalui pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang bersifat mulia. Usaha pembinaan insinerator yang membawa kebaikan di Denmark dan Jepun memberikan rasional kemoralan kepada perlunya pembinaan insinerator di Malaysia sebagai usaha pelupusan sampah secara mesra alam.

16

2.4

Pandangan Menentang Perlunya Pembinaan Insinerator Sebagai Usaha Pelupusan Sampah Sarap

Pembinaan pusat insinerator mendapat bantahan daripada orang ramai khususnya berkaitan dengan tujuan pembinaannya berdekatan dengan kawasan perumahan dan sumber air kerana kerisauan tentang pencemaran bahan toksik daripada insinerator berkenaan melalui resapan air bawah tanah (Berita Harian, 2006). Teori Kemoralan Sosial masih dapat diaplikasikan terhadap usaha untuk menerangkan bantahan ini atau

tentangan

pembinaan

insinerator

kerana

kepentingan masyarakat menjadi alasan kepada tentangan berkenaan. Di samping itu, Teori Egoisme juga dapat diaplikasikan di mana individu yang menentang memikirkan kepentingan diri sendiri iaitu keselamatan diri mereka sendiri dan mengabaikan hasrat kerajaan untuk mendirikan pusat insinerator berkenaan sebagai langkah mengatasi pencemaran dan memenuhi keperluan pelupusan sampah sarap yang semakin bertambah setiap tahun. Tambahan juga, Teori Utilitarianisme menentang tindakan yang menyebabkan kesakitan kepada jumlah orang yang terbanyak. Dalam hal ini, pencemaran bahan toksik daripada pusat insinerator boleh menyebabkan kemudaratan (kesakitan) kepada ramai ahli masyarakat dan dengan itu memberi justifikasi kepada tentangan mereka terhadap usaha pembinaan insinerator berkenaan.

17

3.0

PANDANGAN PERIBADI MENGENAI ISU PEMBUANGAN SISA TOKSIK

Dua isu berkaitan pembuangan sisa toksik di negara ini iaitu perlunya pembuangan sisa toksik yang terolah dan dirawat dan juga kontroversi pembinaan insinerator atau pusat pelupusan sampah merupakan isu sosial yang hangat diperbincangkan di semua peringkat dari mesyuarat kerajaan hinggalah ke perbualan di warung kopi. Mengikut pandangan peribadi saya sendiri, pembuangan sisa toksik secara terolah dan dirawat adalah suatu tindakan yang bermoral dan perlu dijadikan kewajipan dan tanggungjawab peribadi. Ianya bukanlah tanggungjawab kerajaan ataupun para pengilang dan pengusaha pertanian semata-mata kerana setiap ahli masyarakat juga berkewajipan untuk memastikan kita tidak menyumbang kepada pembuangan sisa toksik sewenang-wenangnya. Ini kerana, pembuangan sisa toksik bukan sahaja melibatkan industri kilang dan pertanian. Manusia secara individu juga menyumbang kepada pembuangan sisa toksik yang tidak terkawal. Contohnya, kita juga terlibat membuang sisa toksik dari kawasan perumahan seperti pembuangan sewenang-wenangnya bateri, bahan buangan elektronik yang lain, penggunaan alat-alat berteknologi yang menghasilkan sisa toksik dan sebagainya sama ada kita sedar atau tanpa kita sedari. Oleh itu, kita perlu patuh kepada tatatertib dan peraturan masyarakat sedia ada dan berusaha untuk membuang sisa toksik dengan cara yang betul seperti membuang sisa toksik ke pusat pelupusan sampah dan kitar semula yang ada. Di samping itu juga, tindakan bermoral juga dikaitkan dengan
18

kewajipan kita untuk melaporkan sebarang insiden pembuangan sisa toksik kepada pihak berkuasa supaya tindakan undang-undang dapat dikenakan ke atas pesalah-pesalah ini. Adalah tidak bermoral untuk bersikap berpeluk tubuh dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak tertentu sahaja. Sikap bermoral memerlukan kita lebih prihatin dan sedar akan tanggungjawab kita untuk memastikan pembuangan sisa toksik dilakukan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Selain daripada isu pembuangan sisa toksik secara terolah dan dirawat, isu pembinaan insinerator atau pusat pelupusan sampah juga merupakan satu isu moral yang agak kompleks. Pada pendapat saya, pembinaan insinerator dan impaknya iaitu mengurangkan pencemaran akibat pembuangan sampah sarap merupakan suatu usaha yang mempunyai nilai kemoralan. Namun, nilai moral ini berbentuk subjektif kerana ianya bergantung kepada beberapa faktor lain seperti kesannya yang menyebabkan pencemaran sisa toksik yang tidak diingini. Ianya juga mempunyai nilai kemoralan yang relatif kerana ianya boleh berubah mengikut keperluan masyarakat, masa dan keadaan. Pembinaan insinerator merupakan suatu keperluan instrumental kerana ia membolehkan kerajaan mencapai hasrat untuk memenuhi keperluan melupuskan sampah sarap yang semakin bertambah setiap tahun. Berdasarkan kepada nilai kemoralan yang dinyatakan ini, sukar bagi saya untuk mengatakan secara mutlak bahawa pembinaan insinerator merupakan suatu tindakan yang bermoral. Ini kerana ianya membawa kebaikan dan juga keburukan yang sama kepada masyarakat dan individu. Jika dilihat dari sudut individu, saya akan mengatakan bahawa tindakan pembinaan insinerator yang boleh memudaratkan kesihatan
19

dan

keselamatan

masyarakat

berdekatan akibat kemungkinan pencemaran sisa toksik melalui resapan air bawah tanah kepada sumber air adalah suatu tindakan tidak bermoral kerana ianya memberikan keburukan dan kesakitan. Namun, dari sudut yang lain, sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada pemerintah, saya perlu menyokong usaha kerajaan untuk melupuskan sampah sarap secara mesra alam supaya kemapanan alam sekitar dapat dikekalkan demi generasi akan datang. Oleh itu, saya harus melihat pembinaan insinerator tersebut sebagai suatu tindakan yang bermoral. Kesimpulannya, tindakan pembinaan insinerator ini mempunyai nilai

kemoralan yang subjektif dan boleh dibahaskan dari pelbagai sudut. Dengan erti kata lain, ianya boleh bersifat bermoral ataupun tidak bermoral bergantung kepada skop perbincangan dan kumpulan mana yang menerima kesan daripada pembinaan insinerator tersebut. Secara peribadi, saya juga akan menentang pembinaan insinerator jika ianya dibuat berdekatan dengan rumah saya ataupun dekat dengan sumber air. Saya hanya akan bersetuju sekiranya insinerator berkenaan dibina jauh dari kawasan tempat tinggal dan sumber air supaya ianya tidak mendatangkan kesan yang buruk.

20

4.0

PENUTUP

Kegiatan manusia sememangnya tidak lari daripada memberi kesan pelbagai terhadap alam sekitar. Isu pembuangan sisa toksik misalnya merupakan suatu keperluan yang ditimbulkan sejak revolusi perindustrian pada tahun 1930an di mana ianya telah ditunjukkan menyebabkan pelbagai kesan buruk kepada kualiti kehidupan manusia dan secara global, dianggap sebagai suatu kegiatan tidak bermoral kerana menjejaskan kemapanan alam sekitar. Isu pelupusan sisa toksik secara terolah dan dirawat pula merupakan suatu isu baru sejak awal 90an di mana para pengusaha kilang dan industri lain disedarkan tentang kewajipan dan tanggungjawab mereka. Justifikasi kemoralan tindakan membuang sisa toksik secara terolah dan dirawat ini masih menjadi kontroversi memandangkan masih banyak lagi kes-kes pembuangan sisa toksik secara haram di negara ini. Malah, hasrat Malaysia untuk menjadi pusat pelupusan sisa toksik mendapat sokongan dan tentangan pelbagai pihak kerana ianya boleh mendatangkan kebaikan dan juga keburukan. Selain dari itu, pembinaan pusat pelupusan sampah dan perkaitannya dengan kejadian pembuangan sisa toksik secara tidak sedar atau sengaja juga menjadi suatu kontroversi yang melihat pembinaan insinerator berkenaan sebagai dilema moral.

21

Kertas tugasan ini telah mengupas isu kemoralan dua aspek dalam pembuangan sisa toksik di negara ini berdasarkan kepada teori-teori kemoralan dan etika yang dinyatakan di dalam modul di samping memberikan pandangan peribadi mengenai kedua-dua isu berkenaan. Kesimpulannya, isu moral yang ditimbulkan daripada pembuangan sisa toksik mencetuskan perbincangan yang menunjukkan bahawa kegiatan

pembuangan sisa toksik secara haram pada dasarnya merupakan suatu nilai yang dianggap tidak bermoral oleh masyarakat tetapi pembuangan sisa toksik yang terolah dan dirawat masih mendapat sokongan dan bantahan dari pelbagai pihak. Begitu juga, tidak semua kegiatan pengurusan alam sekitar seperti pembinaan insinerator itu dapat diterima sebagai tindakan bermoral oleh semua pihak kerana ianya juga mempunyai unsur kebaikan dan keburukan yang menjadikannya suatu dilema moral.

22

5.0

RUJUKAN

Abdul Rahman, M. A., Asmawati, S. dan Zakaria, K. (2007). EDU 3003 Unit 1 6/6 Pengajian Moral, Serdang: Penerbit UPM International Law Book Services (2008). Environment. Sumber: http://www.malaysialawbooks.com/environment.htm (dimuat turun pada 24 Ogos 2008) Jabatan Alam Sekitar (2007). Dasar Alam Sekitar Negara. Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar. Ku Seman Ku Hussain (2006). Insinerator: Jangan bantah lagi, Utusan Malaysia 23 Mac 2006, Sumber: http://www.cybertroopers.net/modules.php?file=article& name=News&sid=99 (dimuat turun pada 23 Ogos 2008) Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, Bab 22: Menggalakkan Penjagaan Alam Sekitar, Sumber: http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/vAllDoc/52287D549 C97F447482571AA00139C05 (dimuat turun pada 24 Ogos 2008) Rejal Arbee (2006). Pusat Lupus Sampah Patut Diubahsuai Bersama. Berita Harian 3 Mei 2006. Sumber: http://www.monitoringglobalisation.org/index. php? option=com_content&task=view&id=357&Itemid=46 (dimuat turun pada 25 Ogos 2008) Shaw, W. H. & Barry, V. (2001). Moral Issues in Business.CA: Thomson Learning Inc Utusan Malaysia (2006). Sisa Toksik Dibuang Secara Haram di Tanah Rizab, Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0211&pub= Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm (dimuat turun pada 24 Ogos 2008) Wikipedia (2008). Toxic Waste, Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Toxic_waste (dimuat turun pada 24 Ogos 2008)

Zaini Ujang (2004). Menangani pelupusan sisa toksik secara bijak. Berita Harian 21 Jun 2004

23

Vous aimerez peut-être aussi