Vous êtes sur la page 1sur 5

Amali Terapi Muzik

Pengenalan Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan tarak kesihatan mental dan fizikal.

Nama aktiviti Menyanyi sambil menari

Murid sasaran. i) Disleksia ii) Autisme iii) Slow Learner

Matlamat Untuk membantu murid berkeperluan khas meluahkan perasaan melalui aktiviti menyanyi sambil menari mengikut rentak muzik yang dimainkan.

Objektif i) meningkatkan keupayaan motor kasar murid. ii) memberi keyakinan kepada murid. iii) pengurusan tingkah laku murid. iv) meningkatkan dan memupukkan komunikasi murid. v) melatih pergerakan lokomotor. vi) dapat mendisiplinkan murid. vii) kembangkan emosi viii) latihan pertuturan

Rasional i) melatih murid berdisiplin dan mengikut peraturan yang ditetapkan. ii) memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk melibatkan diri dalam aktiviti riadah. iii) melatih murid bersosial dan beriadah dengan orang luar.

iv) meningkatkan bakat murid. v) memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan.

Analisis Tugasan Projek. Sebelum. i) Guru mencari lagu yang sesuai untuk dinyanyikan oleh murid. ii) Guru membuat alat muzik menggunakan bahan terpakai. iii) Guru menyediakan aktiviti berperingkat untuk murid.

Semasa. i) Guru menjalankan aktiviti seperti yang telah dirancangkan. ii) Guru membuat warming up sebelum membuat aktivti menari untuk mengelakkan kekejangan otot. iii) Guru menyanyi dan menari bersama-sama dengan murid. iv) Guru memberikan alat muzik yang dibina kepada murid untuk dimainkan bersama sambil menyanyi lagu mengikut rentak muzik.

Selepas. i) Murid berhenti menyanyi dan guru meminta murid untuk berkongsi perasaan mereka selepas melakukan aktiviti. ii) Murid diminta untuk menyimpan semula alat muzik yang diberikan sejak awal tadi.

Persediaan Bahan dan Alatan. i) 3 botol (1 kecil & 2 besar) ii) kg biji saga (warna merah) iii) Sebatang kayu (15 cm) iv) Speaker v) Komputer riba vi) Video lagu vii) Kompang viii) Kerincing xv) Keretek

Kos i) Selotep (RM2.50 x 1 = RM2.50)

Syarat-Syarat Terapi Muzik Cara Melakukan Terapi i) Guru menerangkan aktivti yang akan dijalankan. ii) Guru mendemonstrasikan pergerakan mengikut rentak lagu dan memperkenalkan sebuah lagu kepada murid. iii) Guru meminta semua murid untuk berdiri. iv) Guru dan murid menyanyi bersama-sama v) Sesi kedua, guru memperkenalkan alat-alat muzik yang sedia ada dan alat-alat muzik yang dibuat oleh guru. vi) Guru mendemonstrasikan aktivti seterusnya menggunakan alat-alat muzik tersebut mengikut rentak muzik. vii) Kemudian, guru memberikan alat muzik seperti kompang, botol berisi biji saga, kerincing, keretek dan botol yang dilekatkan pada sebatang kayu. vi) Guru meminta murid menggunakan alat-alat muzik yang telah diagihkan kepada setiap murid.

Amalan Kebersihan i) Guru meminta murid untuk mengutip sampah yang berdekatan dengan mereka. ii) Murid menyusun semula kerusi ke tempat asal.

Unsur Terapi i) Motor kasar ii) Pendengaran iii) Penglihatan iv) Kreativiti

Carta Aliran Proses Semasa Amali

Menerangkan terapi muzik

Menyatakan aktiviti yang akan dilakukan dan menerangkan konsep muzik

Mengedarkan bahan/alatan

Melaksanakan aktiviti yang dipilih

Bincang/refleksi

Carta Aliran Proses Keseluruhan

Memilih tajuk

membahagi tugas

menyediaka n bahan

mencari maklumat

membuat perbincangan dalam ahli kumpulan

melaksanaka n aktiviti

Ahli Jawatankuasa Penganjur AJK Dokumentasi Mohd Zulkarnaen AJK Maklumat Nur Afifah AJK Bahan/Peralatan Andrew Anderson AJK Dana Christer Ritter

Penutup Terapi muzik merupakan satu alternatif guru bagi membantu muridnya untuk meluahkan perasaan mereka disamping menggunakan pergerakan lokomotor kasar murid. Terapi muzik ini juga merentas kurikulum kerana ianya dapat digunakan bagi mana-mana matapelajaran dan ianya juga berkesan bagi menarik perhatian murid terutama sekali bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Refleksi

Melalui perlaksanan terapi muzik ini, kami menyedari bahawa terapi ini mudah menarik perhatian murid kerana ianya tidak ada skema yang perlu dipatuhi. Murid dapat meluahkan perasaan mereka dengan sebaik mungkin dan tidak berasa bosan. Maka, kami yakin dengan adanya terapi muzik dalam setiap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas murid pasti akan berasa semangat dan sedia untuk belajar dengan fokus yang baik. Sehubungan itu, semasa menjalani terapi muzik, kami dapati bahawa kami menggunakan sepenuhnya bahan bantu kami untuk menarik perhatian murid. Oleh itu, kami merasakan bahawa ini adalah salah satu kekuatan yang kami ada. Selain itu juga, kami telah menerapkan nilai disiplin kepada murid. Contohnya, murid perlu dengar arahan guru tanpa melakukan apa-apa aktiviti lain. Akan tetapi, terdapat kelemahan juga dalam perlaksanaan terapi muzik kami ini. Contohnya kami tidak mementingkan aspek kawalan kelas walhal ianya sangat penting bagi murid untuk bersikap positif di dalam kelas. Mereka perlu tahu bahawa disiplin diri adalah perkara penting sebelum melakukan aktiviti. Cadangan untuk menambahbaikan perlaksanaan terapi muzik ini adalah kami perlu mengutamakan kawalan kelas supaya aktiviti tidak kelihatan serabut. Kami perlu menitikberatkan penggunaan ruang kelas juga supaya tidak terlampau sempit semasa melakukan pergerakan.

Vous aimerez peut-être aussi