Vous êtes sur la page 1sur 19

antara penyebab internet jadi perlahan

BY HAZLAN ON APRIL 26, 2010 61 COMMENTS IN INTERNET, TIPS & TRICKS, WHATEVER

Keliru dengan kelajuan internet korang berbanding talian internet kawan2 lain yang jauh lebih murah tetapi lebih laju? kenapalah boleh jadi macam tu? sedangkan korang

telah membayar sewa talian internet yang lebih laju berbanding kawan2 yang lain juga jika dibandingkan dengan talian di pejabat. atau, korang menggunakan asas network yang sama tapi kenapa laptop atau PC korang lebih perlahan untuk melayari internet berbanding dengan laptop atau PC kawan2? huhuhu runsing dan pening? Sebelum melakukan sebarang tindakan, adalah sangat baik jika korang memeriksa dahulu komputer yang disambungkan ke internet. Tidak boleh dipersalahkan 100% kepada pihak lain (seperti TM, celcom, dan lain2 vendor) sekiranya punca masalah tersebut adalah dari diri anda sendiri. Hampir 75% (anggaran) masalah yang dilaporkan kepada pihak operator telco adalah berpunca dari masalah pengguna sendiri. entry aku kali ini (insyaAllah) mungkin akan menjawab persoalan dan kepeningan itu nanti.

Tidak kiralah korang telah mengunakan streamyx, jaring, celcom atau maxis broadband, GRPS dan sebagainya, tips ini mungkin boleh membantu Tips yang mudah untuk hari ini adalah mengenai antara penyebab gangguan atau kelancaran talian internet yang tidak memuaskan mahupun kelajuan internet yang terlalu perlahan dari sudut perisian. Aku tidak akan menyentuh lansung kelajuan internet dari sudut perkakasan mahupun lain2 yang tidak berkaitan dengan keyword software. Ini tidaklah bermakna kelajuan internet semata2 adalah bergantung kepada perisian sahaja. bahkan, kedua-dua komponen perisian asas kepada komputer iaitu software dan hardware adalah saling berhubung kait. Di sini aku senaraikan beberapa sebab mengikut turutan yang selalu terjadi, dan juga setiap sebab mempunyai tahap kesan

mengikut peratusan efek kepada kelajuan internet.

Antara penyebab dan puncanya:

1. Virus, malware, spyware. Sangat


Kritikal merupakan faktor yang paling kerap terjadi. Seperti mana rata2 semua orang telah ketahui, sesebuah pc yang dijangkiti dengan virus dan sebagainya, adalah agak sukar untuk menjalankan sesuatu program dengan baik. Virus sering kali menyerang fail-fail yang boleh dijalankan sebagai program yang

dikenali sebagai executable file, yang boleh dikenal pasti dengan melihat extension file filename.exe. Program web browser (pelajar web) dan lain-lain program yang menggunakan internet sebagai medium komunikasi tidak terhalang dari jangkitan virus ini. Sekiranya dijangkiti, program tersebut akan menjadi bermasalah dan gagal beroperasi dengan baik. Ini akan menyebabkan keseluruhan sistem pc korang kelihatan sangat bermasalah, terutamanya talian internet. Pencegahan: Guna antivirus yang diyakini, pastikan selalu update mengikut skala mingguan dan rajin2lah untuk scan keseluruhan file setelah antivirus berjaya di update. Solution: Bagi pengguna yang telah dijangkiti virus, download virus remover seperti Dr Web Cure It atau taip sahaja kat google virus remover kerana setiap perisian antivirus ada virus remover masing2 dan jangan lupa run

antivirus remover tersebut menggunakan safe mode. Alternatif lain boleh gunakan perisian Download Cure it di sini : http://www.freedrweb.com/cureit/

2. Browser add on dan plugin terlalu banyak. Sangat Kritikal


faktor kedua terbanyak berdasarkan pengalaman aku sendiri yang dalam tidak sedar mampu melumpuhkan

kemampuan sebenar kelajuan internet. Apa yang dimaksudkan oleh browser add-on atau plugin? Sebarang applikasi yang menambah fungsi browser adalah dikenali sebagai plugin atau add-on. Contohnya, yahoo toolbar, google toolbar dan sebagainya. Firefox dan internet explorer adalah dua web browser yang sering mengalami masalah ini memandangkan kedua browser tersebut sering menjadi perhatian penambah pelbagai fungsi oleh pembinanya. Sesetengah plugin atau add on ini menjadi spyware kepada syarikat tertentu bagi menentukan cara kita melayari internet dan sebagainya. Jadi, memilih plugin atau add on yang sesuai dan tidak memudaratkan adalah menjadi cara terbaik bagi memastikan ianya tidak memudaratkan kelajuan internet itu sendiri. Atau jika terlalu susah sangat, guna tetapan default setting dari internet option (dalam control panel bagi internet explorer)

atau dari advance setting (bagi firefox dari option menu) bagi tidak menggunakan sebarang add-on atau plugin yang telah di install sebelumnya.

3. Firewall Kritikal Firewall adalah


terbaik untuk mengelak dari sebarang ancaman crackers (penceroboh) namun sekiranya tetapan rules firewall yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ianya boleh menyusahkan diri sendiri. Firewall yang disediakan oleh microsoft sebagai default firewall dari Windows XP hingga

ke Windows 7, adalah tidak kritikal mengakibatkan kelajuan internet berkurangan. Firewall dari linux juga sedemikian. Namun, bagi pengguna yang memasang pakai perisian firewall dari syarikat lain seperti, comodo firewall, internet security suites, outpost firewall, zone alarm, dan sebagainya, sekiranya tetapan firewall rules diubah tanpa pengetahuan yang baik bagi setiap ports dan protocol yang digunakan boleh mengakibatkan talian internet menjadi terlalu perlahan bahkan terputus lansung! Jadi sebelum korang melakukan sebarang perubahan keatas firewall rules, pastikan ianya tidak mengganggu applikasi rangkaian internet yang sering digunakan dan juga port dan protocol yang diperlukan untuk larian program tersebut.

4. Background application & Auto update Kritikal asasnya, terlalu


banyak perisian sekarang ini yang membolehkan pengguna mendapatkan update (kemaskini) dari internet secara percuma mahupun berbayar. Ini adalah baik dari satu sudut. Namun, dari sudut yang berbeza, ia adalah satu keburukan. Bayangkan jika korang mempunyai 10 program yang dibelakang tabir (background) melakukan carian untuk update (kemaskini) dan mendownload update tanpa persetujuan secara serentak! sudah tentu ia boleh menyebabkan

talian internet akan perlahan. Background application kadang kala melakukan penghantaran data ke server tertentu bagi mendaftar, mendapatkan latest news, mendapatkan iklan, melaporkan statistik, dan sebagainya yang menggunakan bandwitdh talian internet korang. Ini juga boleh menyebabkan kelajuan internet menjadi tidak optimum. Justeru, bagi mengelak sebarang program yang menggunakan bandwidth korang tanpa kebenaran, firewall rules boleh membantu di sini. Tetapkan firewall kita untuk mengelak program tertentu menghantar sebarang paket data ke dalam network. Alternative lain adalah, gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan tidak autorun pada masa startup. Bahkan semak semula senarai service (dari administrative tools dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian

secara auto, sekiranya tidak perlu, disablekan service tersebut.

5.Web Browser Kurang Kritikal


walaupun web browser adalah kurang kritikal bagi kelajuan internet, namun ianya boleh memberi kesan yang agak berbeza. Web browser pada masa kini menggunakan pelbagai teknologi terkini bagi integrasi dengan pelbagai program lain yang membolehkan kita menggunakan web browser dengan pelbagai fungsi. Pada masa kini, banyak web browser yang di tawarkan oleh developer dengan pelbagai kelebihan. Bagi yang mementingkan kelajuan,

mozilla, google chrome dan safari dari Apple Inc adalah yang terbaik dari segi performance dan standard WWW. Masa rendering dan cara capaian cache oleh browser2 ini mempunyai kelebihan tersendiri.

6. Windows Setting tidak optimize Kurang Kritikal tetapan


windows by default adalah tidak optimum disebabkan keluaran windows dalam pasaran tidak mengikut keperluan dan kegunaan sesetengah tempat sahaja, sebaliknya windows dikeluarkan

secara global yang memerlukan windows untuk mematuhi ratusan standard dan menyokong (support) pelbagai jenis protocol, device (peralatan) dan sebagainya dalam jumlah yang besar. Oleh itu, tetapan windows by default adalah memadai dan tidak akan mendatang masalah yang besar. Windows menyerahkan tugas untuk tune kepada pengguna. Adalah menjadi tugas pengguna itu sendiri bagi mengubah beberapa tetapan yang boleh memberi kesan yang berbeza. Bagi memudahkan tugas pengguna untuk mengubah beberapa tetapan windows registry, beberapa software yang berada di internet mampu melakukan dengan mudah. Hanya dengan memahami beberapa perkara, anda mampu mengubah tetapan yang berkaitan. Adalah terlalu sukar bagi pengguna biasa yang tidak memahami apa yang yang di perkatakan. Walaubagaimanapun, aku

mengesyorkan untuk mendownload perisian ini yang sememangnya selamat digunakan oleh pelbagai peringkat pengguna.. Tune Up 2010 utilities adalah program yang sangat bernilai dan banyak digunakan oleh pengguna lain seluruh dunia berdasarkan download hit yang mencecah jutaan hit. Tune up menyediakan wizard yang boleh membantu korang mengenal pasti dimanakah yang perlu di ubah hanya dengan beberapa klik sahaja. Korang boleh mencubanya di: http://www.tuneup.com/download/

7. Ares, Limewire, torrent, P2P file sharing Sangat Kritikal Bagi

penggemar mp3, music, video, drama bersiri, p2p file sharing dan juga torrent adalah syurga bagi mereka mendapatkan segalanya menerusi talian internet secara percuma. Pengguna file sharing sering menggunakan internet network dalam kadar masa yang agak lama bagi menyiapkan satu-satu tugasan download mahupun upload. Namun, sekiranya pengguna sedemikian berada di dalam network yang korang sedang gunakan, maka dengan itu talian internet akan sering terganggu dan sering kali terputus. Hal ini adalah disebabkan program torrent, p2p file sharing dan seangkatan dengannya memerlukan bandwitdh yang tinggi bagi menyelesaikan / menyiapkan satu2 file download. Hal ini akan semakin menjadi kritikal sekiranya terdapat puluhan file yang tersenarai dari dalam program p2p atau torrent yang hanya menunggu masa untuk di muat turun mengikut turutan. p2p

program pula sering menggunakan bandwitdh untuk melakukan carian fail2 tertentu dari seluruh dunia yang mana sedikit sebanyak boleh menggangu talian internet yang bawah 348kbps. All in all, p2p file sharing dan torrent hanya digalakkan untuk kegunaan semasa network idle bagi membolehkan pengguna lain di dalam network yang sama tidak terganggu. Adalah menjadi satu kebiasaan program ini boleh menyebabkan web surfing pengguna lain yang berkongsi network (talian) lansung tidak dapat melayari internet sehingga lah program tersebut dimatikan / diberhentikan sementara. Bagi anda yang masih mahu menggunakan program file sharing dan dalam masa yang sama mahu menggunakan internet, setkan download dan upload limit dari program option. Limitkan download upload program tersebut bagi memberi laluan kepada

paket dari program lain untuk berkongsi laluan internet.

8. Download manager Kurang


Kritikal Download manager adalah satu kebaikan bagi pengguna yang tahu menguruskan keperluan download yang sering digunakan oleh kebanyakan pengguna. Namun, bagi yang kurang arif, bahkan tidak tahu, download manager mampu melumpuhkan talian internet sementara senarai download masih lagi belum siap dan puluhan file masih lagi menunggu untuk di download

mengikut turutan. Sekiranya senarai download dikekalkan dalam bilangan yang minimum, masalah tersebut tidak akan terjadi. Oleh itu, download manager kurang kritikal menyebabkan gangguan ke atas talian internet korang, namun harus jangan dilupakan, ianya boleh mengakibatkan sedikit gangguan sekiranya tidak di beri perhatian. Mengetahui apa yang berfungsi, bagaimana ia berfungsi dan di mana ia berfungsi menjadi persoalan penting dalam mempelajari dunia komputer. Aku tidaklah menulis secara terperinci bagaimana untuk melakukan langkah dan jalan penyelesaian bagi setiap perkara di atas di dalam post yang sama memandangkan aku bercadang untuk membuat entry secara terperinci di dalam post yang berasingan. Good luck!

Vous aimerez peut-être aussi