Vous êtes sur la page 1sur 4

AYAT BAHASA MELAYU Ayat dalam bahasa melayu boleh terbentuk daripada 1 perkataan atau beberapa perkataan yang

pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan

kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa, dan perkataan. Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan Ayat terbentuk daripada satu atau lebih susunan perkataan yang

pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta engandungi intonasi yang sempurna. Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad bilangannya. Namun dalam jumlah bilangan yang tidak terhad itu, ayat-ayat tersebut sebenarnya terbahagi kepada dua golongan iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), ayat terdiri daripada perkataaanperkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurangkurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek berada di ialah yang diterangkan manakala predikat pula ialah yang menerangkan. Klausa ialah satu rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen dalan ayat. Klausa tergolong dalan dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Contoh: a. Aman pandai b. Rukyi pemalu Klausa tak bebas pula ialah klausa yang tidan mampu berdiri sendiri. Contoh: a. Kerana dia rajin belajar b. Apabila berkumpa kekasihnya

Dalan sesuatu ayat yang lengkap mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas. Apabila klausa bebas (a) bergabung dengan klausa tak bebas (a), dan diujarkan dengan intonasi yang lengkap, maka akan menjadi ayat yang lengkap. Contoh: a. Aman pandai kerana dia rajin belajar. i. ii. Aman pandai (klausa bebas) Kerana dia rajin belajar (klausa tak bebas)

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa berbeza daripada klausa kerana binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek dan predikat, dan dalam suatu susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Frasa digunakan untuk membina ayat, dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Contoh: Frasa Burung Seekor burung Burung merpati Seekor anak burung Seekor anak burung merpati . Dalam contoh di atas, burung ialah frasa kerana ianya boleh diperluas menjadi seekor burung, burung merpati dan sebagainya.

Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mempunyai makna dan fungsi nahu. Perkataan ialah bentuk bebas yang terkecil yang boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi. Perkataan terolong dalam beberapa golongan iaitu, kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, kata hubung, kata tugas dan sebagainya. Walaupun terdapat beberapa perkataan yang mempunyai fungsi tatabahasa seperti meng-, kan dan sebagainya, ia tidak boleh dianggap sebagai perkataan kerana ia tidak boleh berdiri sendiri.

Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasark kepada pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. Walaupun terdapat berbagaibagai jenis ayat dari segi binaannya dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji, semua ayat-ayat yang terbina lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat. Ayat dasar mempunyai 4 pola asas. Contoh Ayat Bil. Pola Subjek Pola 1 1. (frasa nama + frasa nama) Ali Ali Ali bapa bapa bapa Predikat Guru Guru sekolah Guru sekolah menengah Membaca buku Memasak nasi Mencuci kereta

Pola 2 2. (frasa nama + frasa kerja

Pola 3 3. (frasa nama + frasa adjektif)

Adi Adi Adi Rumahnya Rumahnya Rumahnya

Sangat rajin Sihat sungguh Sungguh pandai Di Ipoh Di Kampung Purnama Di Kampung Sungai Wer

Pola 4 4. (frasa nama + frasa sendi nama

Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal juga mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut.ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Apa yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya. Ayat dasar pula terdiri daripada ayat penyata. Bil. 1. 2. 3. Ayah Ahmad Dia Mereka Subjek guru sangat rajin ke kedai runcit Predikat

Vous aimerez peut-être aussi