Vous êtes sur la page 1sur 24

Amali: Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

Nama : Tan Lu Yan Ng Pei Fen Kong Jing Xia Ng Wai Hung Kumpulan 2

Bekerja dengan Sukarelawan


Matlamat memberikan peluang kepada belia-belia untuk
mengetahui dengan lebih mendalam tentang keperluan tentang keperluan dalam mendekatkan diri di kalangan masyarakat, di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam kegiatan persatuan dan kemasyarakatan. memberikan pendedahan dan penerangan kepada ahli-ali tentang undang-undang pengwujudan sesebuah persatuan dan badanbadan organisasi.

melahirkan belia-belia yangmenganggotai kelab secara aktif,pro-aktif, prihatian terhadappersekitaran dan bersemangat patriotik. Menanam dan memupuk semangat kekitaan di kalangan ahli. Membentuk kecergasan fizikal,kecerdasan mental dankeperibadian positif di kalangan ahli.

Tugas-tugas Sukarelawan
Melancarkan perjalanan program yang akan dijalankan. Memudahkan pengurusan danpengelolaan acara atau program Membantu menyediakan persediaanyang rapi dan melengkapkankekurangan program. Membantu menyelesaikan masalahkecil yang timbul tanpa perlumelibatkan pihak pengurusan Menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat.

Contoh-contoh badan sukarelawan. Rakan Muda PBSM- Persatuan Bulan Sabit Merah RELA-Saint John Ambulance JPAM- Jabatan Pertahanan AwamMalaysia Sahabat Belia Negeri Melaka

Sumber Kewangan Sekolah


Punca Kewangan Sekolah

Kumpulan Wang Kerajaan

Kumpulan Wang Suwa

Kumpulan Wang Asrama

Kumpulan Wang daripada Waran Peruntukan Kecil

Klasifikasi Sumber Kewangan Sekolah


KLASIFIKASI
Kumpulan Wang Kerajaan

PUNCA/ SUMBER
Peruntukan dan bantuan daripada kerajaan Bantuan per kapita (Per Capita Grant PCG) Yuran khas (Sukan, Perpustakaan, Pendidikan Seni), peperiksaan dalaman, sewa kantin, sewaan harta sekolah, derma & sumbangan orang ramai, Insuran, Majlis Sukan Sekolah, majalah sekolah, lain-lain kutipan yang diluluskan
LPBT asrama, bantuan makanan asrama, yuran makan asrama, yuran khas asrama, yuran pendaftaran asrama, yuran dobi / pelbagai yang diluluskan.

Kumpulan Wang Suwa

Kumpulan Wang Asrama

Bantuan Kewangan Sekolah


Bantuan dan pemberian kerajaan Bantuan Per Kapita (PCG) merupakan satu bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah bertaraf Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Pemberian bantuan per kapita satu kali setahun mulai tahun 2001. Tuntutan hendaklah dibuat berdasarkan kepada bilangan enrolmen murid

pada 1 Oktober tahun sebelumnya.


Tiap-tiap kumpulan wang itu diselenggarakan secara berasingan. Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pendidikan Negeri akan memberi bantuan PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran kepada setiap sekolah berasaskan kepada jumlah bilangan murid pada 1 Oktober setiap tahun.

Sambungan bantuan dan pemberian kerajaan


Punca kewangan yang dimasukkan ke dalam akaun kumpulan wang kerajaan termasuk: oPemberian bantuan pra sekolah

o Bantuan mata pelajaran dan bantuan bukan mata pelajaran.


o Bantuan Rancangan Makanan Tambahan atau Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan. o Bantuan gotong-royong o Bantuan modal atau pembelian alat-alatan o Geran pelancaran atau launching grant untuk sekolah-sekolah yang baru dibuka sahaja.

o Bantuan biasiswa kerajaan (Yayasan Negeri / Petronas / Mara)


dan badan-badan kerajaan o Yuran peperiksaan kerajaan (PTS / UPSR / PMR / SPM / STPM)

Peraturan Tuntutan Pemberian Bantuan PCG


Procedur tuntutan PCG oleh sekolah terbahagi kepada 2 iaitu: (i) Sekolah yang Menyelenggara akaun kumpulan wang kerajaan - Sekolah berkenaan perlu mengemukakan tuntutan bantuan PCG masing-masing kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang akan mengemukakan kepada Pejabat pembayar bagi urusan pembayaran.

- Sekolah akan menerima jumlah pemberian bantuan PCG dalam bentuk


tunai. - Jumlah tersebut perlu diperakaunkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan mengikut ruangan bantuan yang ditetapkan. - Urusan perolehan akan dibuat oleh sekolah sendiri mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.

(ii) Sekolah yang tidak menyelenggara akaun kumpulan wang kerajaan a) Bagi sekolah yang bertaraf Pusat Kos, pemberian bantuan PCG akan disalurkan kepada Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) melalui waran peruntukan berdasarkan jumlah bantuan yang layak dipohon oleh sekolah iaitu mengikut bilangan enrolmen murid. Semua perolehan oleh PPB tidak boleh melebihi jumlah bantuan yang layak diberi kepada setiap sekolah mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa. b) Bagi sekolah bertaraf PTJ, pemberian bantuan PCG akan disalurkan kepada pengurusan sekolah melalui waran peruntukan berdasarkan jumlah yang layak dipohon oleh sekolah. Semua urusan perolehan dibuat oleh sekolah sendiri mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa

c) Peraturan dan tatacara tuntutan / pemberian bantuan

PCG hendaklah dipatuhi oleh semua sekolah dan PPB. d) Mulai tahun 2001, tuntutan bantuan PCG ditetapkan sekali sahaja setahun. e) Tuntutan hendaklah dibuat berdasarkan kepada bilangan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya. Contohnya enrolmen murid tahun 2001 merujuk kepada 1 Oktober 2000. f) Menurut Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2000 yang bertarikh 23 November 2000 bagi sekolah yang dibuka selepas tarikh di atas, tuntutan / pemberian hendaklah berdasarkan bilangan murid pada tarikh sekolah tersebut dibuka / operasi dan peratus tuntutan / pemberian daripada bantuan setahun yang dibenarkan. Sila rujuk Jadual 2, Jadual 3 dan Jadual 4

BULAN SEKOLAH MULA DIBUKA


JANUARI - MAC APRIL - JULAI OGOS - DISEMBER

PERATUS TUNTUTAN
100 % 70 % 50%

Jadual 2: Tuntutan / Pemberian PCG

JENIS BANTUAN PER KAPITA


Kemahiran Hidup

KUMPULAN SASAR
Murid yang mengambil matapelajaran Kemahiran Hidup sahaja

MAKSUD PERBELANJAAN
Untuk membeli bahan habis pakai dan peralatan serta menyediakan juga kemudahan asas yang diperlukan bagi maksud P&P mata pelajaran ini. Untuk membeli bahan habis pakai dan peralatan serta menyediakan juga kemudahan asas yang diperlukan bagi maksud P&P matapelajaran ini. Untuk membeli alat / bahan yang dapat membantu P&P matapelajaran berkenaan.

Rekacipta

Murid yang mengambil matapelajaran Rekacipta sahaja

Matapelajaran Elektif

Semua pelajar yang mengambil matapelajaran elektif berkenaan sahaja iaitu: Sains Rumahtangga, Sains Pertanian,Teknik (L.Kejuruteraan dan IT) dan Perdagangan (termasuk P.Akaun dan Ekonomi Asas)

Jadual 3: Jenis bantuan per kapita dan maksud perbelanjaan

JENIS PEMBERIAN

BANTUAN PER KAPITA BAGI SEORANG MURID SETAHUN

Mata Pelajaran Sekolah Menengah Rendah (Ting 1 3) * Teras * Wajib Mata Pelajaran Sekolah Menengah Atas (Ting 4 5) * Teras * Wajib Elektif 1. Teknologi - L.Kejuruteraan - Teknologi Kejuruteraan - Pengajian E & Elektronik - Pengajian Kejuruteraan Awam - Pengajian Kejuruteraan Jentera 2. Vokasional Semua Matapelajaran

RM 21.00 RM41.00

RM 38.00 RM 8.00

RM 25.00 RM 25.00 RM25.00 RM25.00 RM25.00 RM 65.00

Kumpulan Wang SUWA


Wang Suwa (sumbangan wang awam) sekolah ialah wang yang diterima oleh pihak sekolah selain pemberian bantuan daripada pihak kerajaan dan yang berkaitan dengan kumpulan wang asrama. Wang Suwa termasuk: 1. Yuran khas (Sukan, Perpustakaan, Pendidikan Seni) 2. Derma daripada orang ramai 3. Sewaan harta sekolah 4. Jualan daripada kedai buku sekolah 5. Yuran peperiksaan dalaman 6. Majalah Sekolah 7. Insuran 8. Majlis Sukan-sukan 9. Lain-lain kutipan yang diluluskan

Wang Suwa digunakan bagi tujuan seperti berikut: 1.Wang yang dikutip khas bagi sesuatu tujuan

Apabila pihak sekolah membuat kutipan daripada muridmurid ataupun orang awam khas bagi sesuatu tujuan, umpamanya yuran sukan ataupun permainan, wang yang dikutip itu perlu digunakan bagi tujuan itu sahaja.
2.Wang dikutip secara am Kutipan seperti sewa kantin, derma am adalah kutipan yang tidak dikhaskan bagi sesuatu tujuan. Wang yang diterima daripada punca itu boleh digunakan oleh pihak sekolah bagi perbelanjaan lain yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada murid-murid.

3. Kegunaan Wang Suwa yang lain


Wang suwa sekolah juga boleh digunakan bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain dengan syarat: a) Mendapat kelulusan daripada pihak ketua Pusat Tangungjawab b) Melalui pindaan peruntukan selepas mendapat kelulusan daripada Pusat Tanggungjawab.

Kumpulan Wang Asrama


Kumpulan wang asrama ialah semua penerimaan yang berkaitan dengan asrama, sama ada dalam bentuk pemberian / bantuan daripada kerajaan ataupun kutipan yang dibuat daripada murid - murid. Antara punca - punca kewangan yang dimasukkan ke dalam akaun kumpulan wang asrama termasuk: 1. LPBT Asrama 2. Bantuan Makanan Asrama 3. Yuran Makan Asrama 4. Yuran Khas Asrama 5. Yuran pendaftaran Asrama 6. Yuran Dobi / Pelbagai yang diluluskan

Kumpulan Wang Daripada Waran Peruntukan Kecil


Bagi sekolah yang diberi kuasa sebagai PTJ, pengetua bertangunggjawab ke atas perbelanjaan yang diberikan berasaskan waran peruntukan kecil yang diluluskan oleh bahagian masing-masing. Pihak sekolah akan berbelanja mengikut objek, program dan keperluan sekolah yang diluluskan berasaskan waran peruntukan kecil yang diberikan.

Sebarang pembayaran dibuat melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) selaku pejabat pembayaran dan perakaunan bagi kerajaan. Pengetua perlu menyediakan baucar bayaran, kelompok dan dokumen-dokumen sokongan bagi proses pembayaran. Pengetua juga perlu membuat laporan penyesuaian akaun yang dikeluarkan oleh JANM dengan buku vot yang dikendalikan pada peringkat sekolah.

Buku Vot
Buku Vot Ialah satu buku rekod kewangan yang perlu diselenggara oleh sekolah mengikut kehendak AP95. Buku vot mengandungi maklumat-maklumat kewangan berhubung peruntukan, tangunggan, perbelanjaan dan baki peruntukan.

Tujuan buku vot adalah: * Mengawal dan memastikan perbelanjaan & tangunggan tidak melebihi peruntukan yang diluluskan. * Sebagai satu punca maklumat bagi menyediakan laporan laporan berkenaan perbelanjaan, tanggungjawab dan baki tanggungan.

Penyesuaian buku vot adalah proses menyemak ketepatan semua bayaran dan pungutan yang direkodkan di dalam sesuatu laporan terperinci perbelanjaan berbanding dengan apa yang direkodkan di dalam buku vot bagi bulan berkenaan dan bulan-bulan sebelumnya. Penyesuaian buku vot dilaksanakan bagi memastikan: 1. Sebarang bayaran yang tidak dibenarkan dapat dikesan. 2. Kesilapan membuat akaun pada peringkat Akauntan Negara ataupun wakilnya dapat dikesan.

3. Laporan pengurusan ke atas peruntukan, perbelanjaan dan tangunggan yang disediakan daripada buku vot adalah tepat dan lengkap 4. Akaun awam yang disediakan daripada rekod-rekod Akauntan Negara menggambarkan perbelanjaan kerajaan dengan tepat dan lengkap.

Vous aimerez peut-être aussi