Vous êtes sur la page 1sur 9

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA LIMA LAWATAN PENANDA ARAS BENCHMARKING PISMP AMBILAN JANUARI 2011

Pada 29 April 2013, satu satu Lawatan Penanda Aras Benchmarking telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Present 9 (1), Selangor Darul Ehsan. Lawatan ini dilaksanakan supaya dapat melahirkan insan guru yang lebih berdaya saing, berkualiti dan juga efektif dengan menanda aras keistimewaan sekolah ini dalam bidang muzik. Kami seramai 24 orang guru pelatih; terdiri daripada 2 kumpulan iaitu G 5.7 & G 5.8 yang beropsyen Pendidikan Muzik telah merancang dan berusaha sedaya upaya untuk menjayakan lawatan penanda aras benchmarking ini. Sebelum lawatan ini dilaksanakan, kami telah bekerjasama merancang aktiviti dan membuat persediaan supaya dapat menjayakan Program BIG Fasa 5 ini dengan sempurna dan penuh dengan kerjaya. Kami telah mengadakan beberapa perjumpaan sebelum menjalankan program ini. Perjumpaan yang pertama diadakan pada 25 Februari 2013 adalah untuk melantik ahli jawatankuasa yang baru, mencadang sekolah yang ingin ditanda-araskan dan mencadang tarikh perlaksanaan. Perlantikan ini dilaksanakan secara demokratik. Kami semua sebulat suara melantik Ong Jia Lyn sebagai pengerusi untuk Program BIG Fasa 5 ini. Selepas itu, pengerusi pun melantikkan AJK-AJK yang lain. Senarai nama ahli jawatankuasa baru adalah seperti berikut:-

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM BIG FASA 5

JAWATAN Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Naib Setiausaha Ong Jia Lyn Wee Ern Huei Chiew Fui Chooi Gah Yan Hui

NAMA

Biro Perhubungan Biro Pengangkutan Biro Dokumentasi

Lum Li Yuen Putri Leelyanna Sydzwanee Binti Johari Ahmad Fauzan Bin Mohd Aizzudin Joanne Chee Sze Min Pow Chong Ying Khor Fu Fei Tan Xue Ann Loo Jia En Moiira Mallani a/p Santhanam Chee Yee Wah

Pengurus Acara

Biro Cenderahati

Biro Tugas-Tugas Khas

Lee Ee Wei Nur Syafiqah Binti Ruslan Samantha Liau Yi Wen Farid Bin P. Sammuddin Syaraffi Amir Bin Mohammed Muhamad Nor Imran Bin Norman

Biro Persembahan

Muhammad Syaraff Bin Alwi Chong Chia Bin Tee Hwei Boon Nur Fatihah Binti Adnan

Setelah pemilihan AJK, pengerusi membahagikan kerja kepada AJK yang berkaintan. AJK berkaitan pun membuat catatan dan mulakan kerja mereka. Pada 7 Mac 2013, kami telah mengadakan perjumpaan kedua. Tujuan perjumpaan ini adalah membincangkan penentuan tarikh dan sekolah yang ingin melaksanakan benchmarking serta perkara-perkara lain. Keputusan yang dibuat adalah seperti berikut:-

PERKARA DIBANGKITKAN Sekolah Tarikh Penempahan Bus Gantian Kelas

KEPUTUSAN / TINDAKAN SK Putrajaya Presint 9 (1) 29 April 2013 Biro Pengangkutan Penyelaras Kehadiran Kumpulan G5.7 & G5.8

Persembahan

Orkestra Tradisional Melayu dan Koir (Biro Persembahan)

Penyediaan Kertas Kerja dan Surat Setiausaha & Naib Setiausaha Rasmi

Perjumpaan ketiga telah diadakan pada 22 Mac 2013. Tujuan perjumpaan ini diadakan ialah untuk mengenalpasti perkembangan pelaksanaan tugasan yang diamanahkan bagi setiap AJK. Selain itu, pengerusi juga mengingatkan penyelaras kehadiran setiap kelas untuk membuat pengecualian kuliah serta menentukan pakaian semasa lawatan. Pada 29 April 2013, Lawatan Penanda Aras Benchmarking telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1), Selangor Darul Ehsan. Semua guru pelatih berkumpul di hadapan garaj IPIK pada pukul 6.45 pagi. Pada pukul 7.00 pagi kami semua pun bertolak ke SK Putrajaya Presint 9 (1), Selangor. Setelah sampai di SK Putrajaya Presint 9 (1) (pukul 8.10 pagi), kami memberi salam kepada pihak sekolah dan mengambil gambar bersama mereka. Selepas itu, kami pun dijemput ke bilik mesyuarat unutk menerima sedikit taklimat tentang latar belakang sekolah tersebut yang dikendalikan oleh En. Md. Jaiz bin Ismail (bekas pelajar di IPIK). Guru-guru di sekolah tersebut mengalualukan kedatangan kami dengan mesra. Selepas taklimat tersebut, kami pun dijemput ke tapak perhimpunan untuk menyaksi persembahan daripada sekolah (gamelan & ekatari / ekairama) dan mempersembahkan persembahan kami kepada sekolah.

Lagu persembahan gamelan yang dipersembahkan oleh kumpulan gamelan sekolah ini bertajuk Ais Kacang dan Lengkang Kangkung. Persembahan mereka menarik dari segi irama dan penggunaan alat muzik. Contohnya, mereka menggunakan drum set dan bass gitar sebagai kaki (permainan rentak), bonang, saron serta gambang memainkan melodi dan juga kotour melodi (tangan). Selain itu, gendang, kongga dan juga temborin memainkan rentak berlainan daripada drum set dan bass gitar. Kombinasi permainan alat muzik ini mengeluarkan muzik yang sedap didengari dan bersifat moden walaupun lagu tradisi dimainkan. Selepas persembahan sekolah, kami pun dijemput membuat persembahan kami. Kami mula persembahan dengan lagu IPGM untuk menunjukkan kami mewakilli IPG (identity sebagai seorang bakal guru). Seterusnya, kami mempersembahkan Orchestra Tradisional Melayu yang bertajuk Tak Tong Tong & Andam Ooi. Selepas persembahan kami, sekolah juga mempersembahkan sebuah ekatari yang terdiri daripada murid Tahun 1. Selepas semua persembahan, kami dijemput berkumpul semula di bilik mesyuarat untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah. Selepas jamuan, kami pun bekunjung ke bilik-bilik darjah murid, bilik muzik, bilik gamelan, bilik rakaman, bilik tarian dan sebagainya. Kami pun bertanya soalan pada pihak sekolah tentang perkara-perkara yang unik berbanding dengan sekolah lain melalui pemerhatian kami. Secara kesimpulannya, Program BIG (lawatan penanda aras

benchmarking) ini banyak memberi konsep yang baik untuk kami menerapkan di sekolah lain semasa praktikum atau bekerja sebagai guru nanti. Tambahan pula, lawatan ini juga dapat mendidik kami dari setiap aspek secara menyeluruh iaitu jasmani, emosi, rohani, interlek dan sosiol. Inilah ciri-ciri guru yang perlu kami ada.

Disediakan oleh,

. (CHEE YEE WAH)

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA LIMA LAWATAN PENANDA ARAS BENCHMARKING PISMP AMBILAN JANUARI 2011

Program Bina Insan Guru (BIG) dapat membina dan membentuk kualiti guru yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Dengan pelaksanaan lawatan penanda aras benchmarking ini, saya dapat membuka mata saya bagaimana sebuah sekolah digelar sebagai sekolah kluster. Sebelum program ini dilaksanakan, kumpulan kami telah bekerjasama merancang aktiviti dan membuat persediaan supaya dapat menjayakan Program BIG Fasa 5 ini dengan sempurna dan penuh dengan kerjaya. Pelbagai perbincangan telah dibuat untuk tujuan penambahbaikan aktiviti lawatan penanda aras benchmarking ini. Dalam persediaan ini, telah banyak saya pelajari. Contohnya, saya telah dapat belajar bagaimana menyumbangkan idea-idea kami dan cuba menerima pandangan orang lain (pemilihan sekolah & penentuan tarikh). Selain itu, kami juga mengadakan latihan sebelum ke sekolah. Dengan hal ini, kami bekerjasama berlatih untuk mempersembahkan persembahan yang baik di hadapan murid-murid. Melalui latihan ini, hubungan kami dapat dieratkan antara satu sama lain. Sepanjang masa ini, saya telah merasa pelbagai manis dan pahit demi menyempurnakan dan menjayakan program ini. Ini memanglah sebahagian dari kehidupan seharian kita. Oleh itu, kami haruslah belajar dari kesilapan kami dan merealisasikannya. Saya dan rakan-rakan saya telah melawat ke SK Putrajaya Presint 9 (1), Selangor pada 29 April 2013 untuk melaksanakan lawatan penanda aras benchmarking. Semasa berada di SK Putrajaya Presint 9 (1), subjek yang dipenanda araskan oleh kumpulan kami ialah bidang muzik dalam sekolah (pencapaian dari segi muzik). Melalui pemerhatian saya semasa persembahan yang dibuat oleh pihak sekolah, saya mendapati bahawa persembahan kumpulan gamelan mereka menarik dari segi konsep muzik (irama) dan penggunaan alat muzik. Contohnya, mereka menggunakan drum set dan bass gitar sebagai kaki

(permainan rentak), bonang, saron serta gambang memainkan melodi dan juga kotour melodi (tangan). Selain itu, gendang, kongga dan juga temborin memainkan rentak berlainan daripada drum set dan bass gitar. Kombinasi permainan alat muzik ini mengeluarkan muzik yang sedap didengari dan bersifat moden walaupun lagu tradisi dimainkan. Kumpulan gamelan mereka terdiri daripada murid-murid Tahun 3 dan 4 (semasa persembahan). Dalam persembahan ini, ia memberi satu inspirasi kepada saya untuk melantik sebuah kumpulan gamelan atau kumpulan pemuzik yang baik. Dengan melihat persembahan, saya dapat belajar sebagai seorang guru harus mencungkil bakatbakat murid sejak kecil dan membantu mereka sehingga berjaya dalam bakat tersebut. Tambahanan pula, saya juga mendapati bahawa tarian yang

dipersembahkan ialah kumpulan junior ekatari. Saya difahamkan persembahan ekatari ini terdiri daripada murid-murid Tahun 1. Selain itu, ekatari dan ekairama sekolah ini pernah bertanding dalam peringkat antarabangsa. Negara-negara yang pernah mereka pergi ialah Turkey, Cyprus, Istanbul, Singapura dan sebagainya. Hal ini dapat memberi saya satu penanda aras yang baik untuk diikuti. Contohnya, saya sebagai seorang bakal guru, saya dapat mencungkil bakat murid-murid dan melatih mereka semasa membuat praktikum atau bekerja sebagai seorang guru nanti. Ekatari dan ekairama sekolah ini merupakan satu target yang ingin saya capaikan pada masa yang akan datang. Seterusnya, saya menjalankan tugas saya sebagai biro tugas-tugas khas semasa mengunjungi bilik-bilik di sekolah ini. Saya dan rakan-rakan biro tugastugas khas bertanya soalan melalui pemerhatian kami. Semasa mengunjungi bilik darjah, saya mendapati bahawa semua murid Tahun 3 dibekalkan sebuah komputer riba. Guru juga menggunakan kemudahan ini semasa sesi P&P. Hal ini telah menunjukkan bahawa sebagai seorang guru juga harus mempunyai pengetahuan dalam ICT untuk mevariasikan teknik pengajaran. Dengan penggunaan ICT, guru lebih mudah untuk menilai tahap murid-murid. Kemudahan ICT telah meringankan bebanan guru. Terdapat kebaikan penggunaan ICT semasa sesi P&P iaitu konsep lestari diterapkan secara tidak langsung (paperless).

Selain itu, saya juga difahamkan guru muzik di sekolah ini mengorbankan masa mereka (Sabtu & Ahad) untuk melatih murid-murid. Contohnya, jika saya sebagai seorang guru, murid-murid sudi mengorbankan masa unutk berlatih dan belajar daripada kami, kami haruslah bersyukur dan bersama-sama murid menuju ke target dan menjayakannya dalam bidang muzik. Sepanjang lawatan ini, saya juga mendapati sedikit kelemahan. Hal ini dapat dilihat semasa kami membuat persembahan. Nyanyian koir kami kurang didengari kerana mic tidak mencukupi. Di samping itu, saya juga berasa tempat persembahan kurang baik. Hal ini kerana pentas kecil untuk memuatkan barisan kedua (persembahan koir) yang merangkumi 10 orang. Tambahan pula, saya juga mendapati bahawa terdapat beberapa kord yang dimainkan kurang sesuai dengan muzik (merujuk kepada pemain gitar). Disebabkan ketidakhadir pemain gitar. Cadangan untuk mengatasi masalah-masalah ini ialah kami boleh membawa mic dari maktab untuk menguatkan suara persembahan kami. Ataupun kami boleh kurangkan muzik (iringan muzik secara live dilembutkan) supaya suara vokal kami dapat ditimbulkan. Kedua, bagi saya ahli-ahli barisan kedua untuk koir berdiri depan belakang (seorang depan seorang belakang) supaya tidak terlalu sempit untuk membuat pergerakan. Hal ini juga dapat membolehkan kami membuat pergerakan kami lebih sharp dan seragam. Bagi masalah ketiga, pemain gitar haruslah datang berlatih dengan kami semasa latihan. Walaupun terdapat kelemahan sepanjang pelaksanaan ini, kami masih dengan kerjasama semua telah menyempurnakan lawatan penanda aras benchmarking ini. Seterusnya, kami menamatkan Program BIG Fasa 5 dengan sesi penyampaian hadiah kepada pihak sekolah dan bergambar bersama dengan mereka. Secara kesimpulannya, Program BIG (lawatan penanda aras

benchmarking) ini banyak memberi peluang kepada saya untuk membaiki kelemahan dan sentiasa penuh dengan kasih sayang terhadap murid-murid. Semua aktiviti yang telah dilaksanakan mendidik saya dari setiap aspek secara menyeluruh iaitu jasmani, emosi, rohani, interlek dan sosiol. Dengan

perkembangan JERIS yang seimbang, saya dapat menjadi seorang pendidik yang berkeyakinan pada diri sendiri dan tidak mudah berputus asa.

Vous aimerez peut-être aussi