Vous êtes sur la page 1sur 11

AuthorTopik: Beberapa persoalan I'tikad (Read 1383 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

Ummi Munaliza

Posts: 14311

Anniversary Ke 28

o
Beberapa persoalan I'tikad
on: 26 August, 2009, 02:57:02 PM

Mohon ustaz syarqowy, swordofdeen, ustaz ibnunafis atau abu zulfikar jawapkan soalan ini.

Segala usaha untuk menghuraikan jawapan ini di ucapkan terima kasih.


Quote from: elzuddin on 26 August, 2009, 02:49:51 PM

Ummi, 1.boleh tak bagi ana penjelasan mengenai i'tikad.

2.perbezaan antara mu'tazilah, qadariah, jabariah n ahli sunnah wal jamaah..

3.kenapa wujudnya golongan wahabi?

Logged

Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet. Penal Utama Baitul Muslim

swordofdeen

Posts: 465

Slashing Through Hypocrisy

o o
Re: Beberapa persoalan I'tikad
Jawab #1 on: 26 August, 2009, 08:49:33 PM

Dalam masa yang singkat online ni, untuk soalan no 2 mungkin boleh rujuk kat link ini, bawah tajuk aqeedah and faith:

http://swordofdeen06.multiply.com/journal/item/2

Logged
We Punish to Preach, not Preach to Punish

syarqowy

o
Re: Beberapa persoalan I'tikad
Jawab #2 on: 27 August, 2009, 11:47:18 PM

Posts: 172

Quote from: ummi Munaliza on 26 August, 2009, 02:57:02 PM

Mohon ustaz syarqowy, swordofdeen, ustaz ibnunafis atau abu zulfikar jawapkan soalan ini.

Segala usaha untuk menghuraikan jawapan ini di ucapkan terima kasih.

Quote from: elzuddin on 26 August, 2009, 02:49:51 PM

Ummi, 1.boleh tak bagi ana penjelasan mengenai i'tikad.

2.perbezaan antara mu'tazilah, qadariah, jabariah n ahli sunnah wal jamaah..

3.kenapa wujudnya golongan wahabi?

Berkenaan dengan sedikit penjelasan mengenai i'tikad (ahlus-sunnah):-

Ini adalah ringkasan daripada penjelasan tentang aqidah ahlus-sunnah wal jamaah sebagaimana dijelaskan oleh Imam Ibn Asakir r.a.:-

Allah azza wajalla maha Esa pada kekuasaan-Nya.

Allah menciptakan alam seluruhnya baik alam atas maupun alam bawah, arsy, kursi, tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi serta apa-apa yang ada di dalam keduanya dan apa-apa yang ada di antara keduanya. Semua makhluk tunduk pada kekuasaan-Nya tidak bergerak satudzarrahpun kecuali dengan kehendak-Nya, tidak ada yang menyertai-Nya sebagai pengatur terhadap makhluk-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan.

Allah Maha Hidup, Maha Kekal, tidak mengantuk dan tidak tidur.

Allah Maha Mengetahui yang ghaib, ilmu-Nya meliputi segala sesuatu.

Dia melakukan apa yang DIa kehendaki. Apa yang Allah kehendaki terjadi dengan Kehendak-Nya

yang azali -tidak bermula-,

Maka Allah melakukannya dengan perbuatan-Nya yang azali.

Allah Maha Kuasa atas apa yang Dia Kehendaki. Bagi-Nya kekuasaan dan kekayaan, dan bagi-Nya kekuatan dan keabadian, bagi-Nya ketetapan dan kepastian, dan bagi-Nya al Asma' al Husna (namanama yang menunjukkan kesempurnaan bagi Allah),

Sesiapa yang diberi pahala oleh Allah itu kerana kemurahan-Nya dan barang siapa yang disiksa olehNya maka itu kerana keadilan Allah. Allah s.w.t. tidak menzhalimi siapapun.

Allah s.w.t. tidak ditanya tentang apa yang Dia lakukan tetapi makhluklah yang akan ditanyai.

Allah wujud sebelum makhluk diwujudkan. Allah tidak dibatasi dengan sebelum dan selepas. Allah s.w.t. tidak dibatasi oleh mana-mana posisi atas, bawah, depan, belakang, kiri mahupun kanan. (seperti ungkapan Imam At-Tohawi)

Allah s.w.t. wujud tanpa tempat. Allah s.w.t. menciptakan alam dan mentadbir masa.

Maha Suci Allah s.w.t. daripada tempat dan masa. Tidak dapat dikhayalkan atau disingkapi akal. Maha Suci Allah s.w.t. daripada persamaan dengan makhluk-makhlukNya.

Demikianlah sedikit sebanyak aqidah atau iktiqad Ahlus-Sunnah wal jamaah sebagaimana djelaskan oleh Imam Ibn Asakir (secara ringkas).

Logged

Ummi Munaliza

Posts: 14311

Anniversary Ke 28

Re: Beberapa persoalan I'tikad


Jawab #3 on: 28 August, 2009, 02:45:31 AM
Quote

Soalan 1. boleh tak bagi ana penjelasan mengenai i'tikad.

Quote

Jawapan 1. Berkenaan dengan sedikit penjelasan mengenai i'tikad (ahlus-sunnah):-

Ini adalah ringkasan daripada penjelasan tentang aqidah ahlus-sunnah wal jamaah sebagaimana dijelaskan oleh Imam Ibn Asakir r.a.:-

Allah azza wajalla maha Esa pada kekuasaan-Nya.

Allah menciptakan alam seluruhnya baik alam atas maupun alam bawah, arsy, kursi, tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi serta apa-apa yang ada di dalam keduanya dan apa-apa yang ada di antara keduanya. Semua makhluk tunduk pada kekuasaan-Nya tidak bergerak satudzarrahpun kecuali dengan kehendak-Nya, tidak ada yang menyertai-Nya sebagai pengatur terhadap makhluk-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan.

Allah Maha Hidup, Maha Kekal, tidak mengantuk dan tidak tidur.

Allah Maha Mengetahui yang ghaib, ilmu-Nya meliputi segala sesuatu.

Dia melakukan apa yang DIa kehendaki. Apa yang Allah kehendaki terjadi dengan Kehendak-Nya yang azali -tidak bermula-,

Maka Allah melakukannya dengan perbuatan-Nya yang azali.

Allah Maha Kuasa atas apa yang Dia Kehendaki. Bagi-Nya kekuasaan dan kekayaan, dan bagi-Nya kekuatan dan keabadian, bagi-Nya ketetapan dan kepastian, dan bagi-Nya al Asma' al Husna (nama-nama yang menunjukkan kesempurnaan bagi Allah),

Sesiapa yang diberi pahala oleh Allah itu kerana kemurahan-Nya dan barang siapa yang disiksa oleh-Nya maka itu kerana keadilan Allah. Allah s.w.t. tidak menzhalimi siapapun.

Allah s.w.t. tidak ditanya tentang apa yang Dia lakukan tetapi makhluklah yang akan ditanyai.

Allah wujud sebelum makhluk diwujudkan. Allah tidak dibatasi dengan sebelum dan selepas. Allah s.w.t. tidak

dibatasi oleh mana-mana posisi atas, bawah, depan, belakang, kiri mahupun kanan. (seperti ungkapan Imam AtTohawi)

Allah s.w.t. wujud tanpa tempat. Allah s.w.t. menciptakan alam dan mentadbir masa.

Maha Suci Allah s.w.t. daripada tempat dan masa. Tidak dapat dikhayalkan atau disingkapi akal. Maha Suci Allah s.w.t. daripada persamaan dengan makhluk-makhlukNya.

Demikianlah sedikit sebanyak aqidah atau iktiqad Ahlus-Sunnah wal jamaah sebagaimana djelaskan oleh Imam Ibn Asakir (secara ringkas).

Logged

Ummi Munaliza

Posts: 14311

Anniversary Ke 28

o
Re: Beberapa persoalan I'tikad
Jawab #4 on: 28 August, 2009, 02:47:30 AM
Quote

Soalan 2.perbezaan antara mu'tazilah, qadariah, jabariah n ahli sunnah wal jamaah..

Quote

Jawapan 2. untuk soalan no 2 mungkin boleh rujuk kat link ini, bawah tajuk aqeedah and faith: http://swordofdeen06.multiply.com/journal/item/2

Logged

Ummi Munaliza

Posts: 14311

Anniversary Ke 28

o
Re: Beberapa persoalan I'tikad
Jawab #5 on: 28 August, 2009, 04:16:20 AM
Quote

Soalan 3.kenapa wujudnya golongan wahabi?

Sebelum menjawap bagaimana wujudnya golongan wahabi, di terangkan secara ringkas dahulu pengenalan dan ciri -ciri golongan wahabi ini. Untuk pengetahuan umum, topik ini dikunci dari dibincangkan. Hanya moderator dan ADMIN sahaja boleh menulis/menjawap dan mengirimkan artikel atau memberikan penerangan di topik ini. Saya ambil petikan artikel ini dari Ustaz Muhamaad Rashidi bin Haji wahab. Ciri-Ciri Ringkas Fahaman Wahabi http://www.iLuvislam.com Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab* Pengenalan

Di sini saya cuba memberikan beberapa maklumat untuk dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat semua bagi mengenali fahaman Wahabi. Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya. Bagi mengukuhkan lagi kepercayaan peribadi, pembaca bolehlah menyemak sendiri kitab-kitab yang telah dikarang oleh para ulama muktabar bagi membincangkan fahaman Wahabi ini.

Tujuan utama saya menulis dan menyediakan artikel ini bukanlah bertujuan untuk mencari gaduh dengan golongan Wahabi akan tetapi penyediaan artikel ini adalah perbincangan yang sempat ditulis semula. Artikel ini juga saya sediakan secara ringkas dan ia masih memerlukan beberapa penerangan dan penjelasan lebih lanjut lagi. Ini bukanlah suatu tuduhan melulu tanpa periksa namun inilah cerita sebenarnya.

Cara Mengenali Golongan Ini

Antara cara-cara mudah mengenali mereka samada berfahaman Wahabi ataupun tidak ataupun terkena sedikit tempias dari fahaman Wahabi adalah:

Dari Sudut AQIDAH:

01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.

02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.

04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayatayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.

05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dan lainlain.

06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).

07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

Dari Sudut FIQH:

01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.

02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.

03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dan lain-lain.

04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.

05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.

06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

Dari Sudut MANHAJ:

01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.

03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.

04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.

05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dan lain-lain.

06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dan lain-lain.

07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.

08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.

09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.

10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.

11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.

12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

Penutup

Hampir keseluruhan artikel ini saya ambil dari kertas kerja yang pernah disediakan dan dibentang sendiri oleh sahabat saya iaitu Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre(ketua moderator agama iLuvislam.com, graduan sarjana perbandingan mazhab, Universiti Al-Azhar).

Cuma beberapa perkara sahaja saya buang dan tambah agar lebih natural untuk dibaca. Semoga penulisan ini menjawab pelbagai persoalan mengenai fahaman Wahabi ini dan ia boleh membawa manfaat kepada umat Islam sejagat. Saya doakan agar semua pihak mendapat hidayah dari Allah Taala. Aminnn.

Logged

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7923.0

Vous aimerez peut-être aussi