Vous êtes sur la page 1sur 1

NW1 KELENJAR PINEAL - MELATONIN

Hormon melatonin yang dikeluarkan oleh kelenjar pineal ini sangat berkaitan dengan sistem tidur. Bagi mereka yang mengalami masalah tidur yang kronik seperti imsomnia pastinya akan mengganggu pembelajaran kerana kekeliruan yang mengganggu dan keletihan kerana kerehatan otak dan tubuh tidak diperoleh. Ini juga sangat dikaitkan dengan Depression. Ini juga yang menjadi faktor punca kepada saya suatu masa dahulu di saat saya melanjutkan pengajian ke United Kingdom yang di waktu itu membawa bayi berusia 11 hari. Negara yang ditujui pula sedang di awal musim sejuk (penghujung September 2001) yang mana penduduk tempatan sendiri mengalami masalah tertekan akibat musim sejuk yang dikenali sebagai SAD, inikan pula saya yang semasa itu dalam keadaan yang sangat fragile. Saya katakan fragile kerana baru lepas melahirkan yang sepatutnya dijaga rapi dalam proses berpantang bagi kebiasaannya. Perjalanan yang panjang iaitu hampir 14 jam kerana lencongan yang dilakukan oleh pesawat kerana kes 11 September di US ketika itu. Bayangkan kesan radiasi akibat perjalanan yang sangat lama di dalam penerbangan. Saya berkesempatan berdiskusi dengan seorang pelajar Master di dalam bidang X Ray bahawa radiasi di dalam penerbangan adalah 12 kali lebih tinggi daripada membuat X-ray. Ini bermakna, tika itu saya sudahpun terdedah kepada suatu radiasi yang amat ditakuti. Dan tiba di Heathrow Airport pula, saya perlu di X-ray lagi sebelum pelepasan masuk dibenarkan. Cuba bayangkan berapa lama proses ini saya lalui dengan keadaan dan situasi pada tika itu? Keadaan beribu manusia di lapangan terbang tersibuk di dunia pula tu. Sudah lah sebelum berangkat, saya berhadapan dengan manusia yang tidak putus berkunjung datang kerana kami akan berangkat ke luar negara, tambahan ada baby pula. Kesan doa manusia yang tidak kunjung tiba mungkin terlibat dalam meneutralkan manusia di Heathrow Airport, andaian saya. Tiba sahaja, pelbagai urusan perlu diselesaikan. Bayangkan pelbagai tekanan dan kesulitan tika itu. Berada di negara orang buat pertama kali. Membawa anak kecil. Untuk urusan belajar. Persekitaran yang sangat berbeza. Cuaca yang sangat sejuk dan malam yang cepat dan sangat panjang. Jet Lag lagi. Beratus senarai yang boleh dihuraikan...... Kita lihat apakah kesan ketidakseimbangan kepada membawanya saya mengalami tekanan yang akhirnya membawa kepada severe depression yang mengakibatkan Bipolar Disorder. Dan bagaimana pula Bipolar Disorder dikaitkan pula dengan memory and learning impairment hingga seolah hilang segala knowledge yang saya miliki dalam bidang Computer Science. Menurut sumber ini, hormon melatonin dikaitkan dengan faktor usia yang meningkat di mana terdapat banyak gangguan tidur di usia tua. Dari semasa ke semasa, saya akan cuba mencari pula faktor lain yang menyebabkan terganggunya pengeluaran hormon melatonin ini yang menjadikan begitu besar kesannya terhadap mereka yang menghidapinya.

Vous aimerez peut-être aussi