Vous êtes sur la page 1sur 20

PENGHARGAAN Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung

dan tidak dalam kajian tindakan ini. Terima kasih kepada pihak pentadbiran SMK Jalan Kebun yang memberikan sokongan dan dorongan kepada guru guru dalam melaksanakan kajian tindakan masing- masing dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih kepada pihak PPD bahagian kajian tindakan yang telah memberikan tunjuk ajar , bimbingan dan dorongan agar kajian tindakan ini dapat dijalankan dan dilaporkan mengikut kaedah yang betul.

Terima kasih kepada anak anak didik yang dikasihi yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan kajian tindakan ini. Diharapkan usaha ini dapat membantu anak anak didik saya dalam meningkatkan minat dan prestasi mereka dalam subjek yang saya ajar.

Kajian tindakan ini dapat meningkatkan kreativiti dan inovatif para pendidik dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Semoga kajian tindakan ini dapat dijadikan amalan dan budaya di kalangan para pendidik di Malaysia.

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENULIS FORMULA KIMIA SEBATIAN ION DENGAN BETUL MENGGUNAKAN KAEDAH KAD-KAD ION OLEH PN HANIZAN BINTI HUSAIN SMK JALAN KEBUN SEKSYEN 32 SHAH ALAM ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak mahir menulis formula kimia sebatian ion dengan betul yang dihadapi oleh pelajar dalam subjek kimia dalam topik Tema Jirim Di Sekeliling Kita : Bab 3 Formula dan Persamaan Kimia: subtopik Formula Kimia. Seramai 30 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kumpulan sasaran ialah 12 orang pelajar kelas 5 Sains 2, 9 orang pelajar 5IBS dan 9 orang pelajar 5 Sains 1 yang mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah diagnostik dengan menjalankan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan skor yang rendah dicapai oleh pelajar (lampiran). Oleh itu saya menggunakan kaedah kad-kad ion untuk membantu pelajar - pelajar tersebut Pendekatan pembelajaran difokuskan kepada kaedah kontekstual iaitu melibatkan pembelajaran secara konkrit dengan aktiviti `hands-on` dengan menggunakan kad-kad ion berasaskan konsep

matematik yang mudah bagi membantu pelajar mengenalpasti dan mendapatkan bilangan ion yang betul dalam suatu sebatian ion. Kaedah ini memudahkan konsep menulis formula kimia sebatian ion ini difahami pelajar dan seterusnya dapat membantu pelajar menulis formula kimia sebatian ion dengan betul. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 3 bulan. Keputusan ujian pos telah

menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan dari soal selidik pula menunjukkan pelajar lebih mudah untuk menulis formula sebatian ion dengan menggunakan kaedah kad-kad ion

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/ ISU LALU Analisa keputusan Peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 (2010) saya tatap dengan perasaan yang berbaur. Ada rasa kecewa, marah, sedih dan tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Hanya 59.57%(56 orang) sahaja pelajar yang lulus daripada 94 orang pelajar yang mengambil subjek Kimia. Saya percaya pelajar saya mampu mendapat keputusan yang lebih baik. Hanya 9 orang sahaja pelajar dari kelas 5 Sains 2 yang lulus, itu pun dengan gred E (7 orang) dan seorang gred C dan seorang gred D, dan 22 orang pelajar telah gagal. Bagi kelas 5 Sains 1, 9 orang gagal dan 5 IBS pula 7 orang gagal. Peratus lulus kelas 5 Sains 2 hanya 29.03% berbanding kelas 5 Sains 1 ialah 73.53% dan kelas 5 IBS ialah 75.86%. Saya telah mengajar subjek kimia lebih 16 tahun. Berdasarkan pengalaman pelajar yang lemah dalam kimia gagal menguasai konsep menulis sebatian kimia dengan betul. Kemahiran menulis formula kimia yang betul sangat penting untuk menguasai kemahiran menulis persamaan kimia dan persamaan ion yang seimbang. Oleh kerana kemahiran menulis formula kimia ini merupakan elemen asas dan penting dalam subjek kimia, maka saya telah berusaha membina satu ABM yang mudah dan mesra pelajar dalam usaha membantu pelajar saya yang lemah ini. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya pada rakan-rakan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu. Antaranya : Mereka memang lemah, tidak layak masuk kelas Sains. Mereka memang malas dan tidak mahu berusaha Mereka tidak serius, tidak fokus dan tidak sedar yang mereka sangat lemah Hampir kesemua guru mengatakan pelajar yang lemah ini kurang berdisiplin, rendah motivasi diri, tidak serius terhadap pelajaran dan ada yang sering tidak hadir ke 3

sekolah. Manakala murid perempuan pula, walaupun lebih berdisiplin dan rajin tetapi pencapaian mereka masih kurang memuaskan. Antara sebab-sebab gagal di dalam subjek kimia ialah tidak memahami konsep, tidak mahir mengaplikasi konsep dalam penyelesaian soalan dan tidak memahami soalan. Saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah memarahi, mendenda dan menasihati pelajar saya supaya mengubah sikap mereka agar lebih fokus dan melipatgandakan usaha mereka. Saya sentiasa ingin membantu pelajar-pelajar saya dengan mengadakan kelas tambahan selepas waktu persekolahan. Masalah saya ialah pelajar yang tidak hadir adalah pelajar yang lemah yang perlu dibantu. Oleh itu saya telah menggunakan waktu `relief` untuk menjalankan kajian tindakan ini. Maklum balas yang diberikan oleh murid dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN Saya telah menganalisa soalan tahun tahun lepas Kimia SPM (2000 2010) dan mendapati bahawa kemahiran menulis formula sebatian ion ini sangat penting bagi membolehkan pelajar menulis persamaan kimia yang seimbang, persamaan ion, setengah persamaan ion, proses pengionan dan nyahcas yang merupakan kemahiran yang sering ditanya dalam soalan Kimia SPM. Jika murid dapat menguasai kemahiran ini, peluang untuk mereka lulus adalah sangat tinggi. Masalah utama yang dihadapi oleh murid dalam subtopik menulis formula sebatian ion dengan betul ialah mengingati formula ion dan nilai cas ion .Ini menyebabkan pelajar tidak dapat mengaplikasi konsep penulisan formula kimia sebatian ion (kaedah silangan cas) seterusnya menjadikan penulisan formula kimia sebatian ion menjadi sukar. Apabila pelajar tidak mahir menulis formula kimia sebatian ion dengan 4

betul, mereka menghadapi masalah menulis persamaan kimia yang seimbang dan dalam menyelesaikan soalan pengiraan dalam kimia. Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar yang pencapaian skor ujian/ peperiksaan yang rendah kerana mereka tidak dapat menguasai konsep penulisan sebatian ion yang diajarkan. Mereka tidak menguasai kemahiran asas untuk menulis formula ion seperti tidak ingat formula dan cas ion, tidak dapat membezakan cara menulis cas dan cara menulis bilangan unsur dalam sebatian, tidak dapat mengaitkan secara mental asas logik matematik bahawa sebatian ion adalah neutral iaitu tiada cas, ini bermakna nilai cas positif dan cas negatif adalah sama. Oleh itu berasaskan konsep logik matematik ini, saya pindahkan konsep penulisan formula kimia sebatian ion ke dalam bentuk konkrit atau `hands on. Jadi formula ion dan nilai cas ion dapat dilihat dan dipegang dalam bentuk kad. Pendekatan kaedah adalah secara permainan matematik yang mudah. Formula ion dan cas ion ditulis di kad kad ion semasa membina kad- kad ion dan kekerapan penggunaan kad- kad ion diharap dapat membantu pelajar mengingat formula ion dengan lebih berkesan. Saya dapati daripada pemerhatian dan maklumbalas\lisan sewaktu kaedah ini

dijalankan, pelajar telah menunjukkan dan memberikan maklumbalas yang sangat positif dan menggalakkan. Pelajar lebih mudah memahami dan dapat menulis formula sebatian ion dengan betul dengan menggunakan kaedah kad-kad ion dengan kadar waktu yang lebih singkat. Ini dibuktikan dengan skor yang sangat baik dalam ujian post berbanding ujian pra (rujuk lampiran). Berdasarkan adalah keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 dan ujian pra test yang menunjukkan masalah penguasaan konsep asas kimia iaitu menulis formula kimia sebatian ion adalah serius dalam kalangan pelajar saya. (rujuk Lampiran)

Saya yakin jika saya dapat mempelbagai dan meningkatkan kaedah P&P, sikap negatif dan pencapaian pelajar saya yang rendah akan dapat diperbaiki.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 OBJEKTIF AM

Tujuan kajian ini adalah meningkatkan kemahiran murid dalam menulis formula kimia sebatian ion dengan betul menggunakan kaedah kad-kad ion. 3.2 Objektif Khusus (Jika boleh diukur adalah lebih baik) a) Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 16 daripada 20 formula kimia sebatian ion dengan betul b) Guru dapat mengukur peratus peningkatan secara purata melebihi 70% dalam ujian post. c) Markah murid mengalami peningkatan minima 45 % dalam pra dan pasca ujian yang diberi d) Peningkatan sebanyak 11.7% (lulus 71.3%) dalam peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 5 dan peningkatan 11.4% (lulus 71.0%) dalam peperiksaan percubaan SPM berbanding peratus lulus hanya 59.6% pada peperiksaan akhir tingkatan 4.

4.0 KUMPULAN SASARAN: Kumpulan sasaran ialah 12 orang pelajar kelas 5 Sains 2, 9 orang pelajar 5IBS dan 9 orang pelajar 5 Sains 1 yang mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Pelajar pelajar yang dipilih sebagai sampel kajian ini menunjukkan minat dan kesungguhan untuk memperbaiki kelemahan mereka.

5.0

PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 TINJAUAN MASALAH Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan

pemerhatian, ujian pra dan ujian pos 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar kurang mahir dalam menulis formula sebatian dengan betul. Ini menyebabkan pelajar gagal menulis persamaan kimia yang seimbang dan seterusnya tidak dapat menyelesaikan soalan pengiraan dengan betul. Pelajar yang lemah ini sering hilang fokus, gelisah dan kelihatan bosan sewaktu pembelajaran. Apabila mereka tidak dapat menguasai konsep asas maka ini menyukarkan mereka untuk memahami konsep yang lebih tinggi atau tidak dapat mengaplikasi konsep dalam penyelesaiaan masalah. 5.1.2 Praujian Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman konsep mengenai kemahiran mereka menulis formula kimia sebatian ion. Item Praujian hanya melibatkan ion-ion yang penting dalam bentuk jadual, item yang digunakan mudah untuk mngenalpasti kelemahan pelajar dan mudah disemak. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya tidak memulangkan kertas jawapan murid dan tidak membincangkan

jawapannya, sebaliknya saya telah memperkenalkan Teknik menggunakan kad-kad ion. Selepas itu saya menjalankan ujian post kepada pelajar. Skor pelajar dalam ujian pra dan ujian post direkod dan dianalis.

5.2

ANALISIS TINJAUAN MASALAH. 5.2.1 Analisis pemerhatian Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati : Murid kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan berkaitan formula kimia sebatian ion yang diajukan oleh guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang perlahan dan sering memandang kepada rakan untuk membantu mereka menjawab soalan. Apabila rakan memberi jawapan yang salah mereka juga akan memeberikan jawapan yang sama.

5.2.2

Analisis Praujian Keputusan skor Ujian Pra Jumlah pelajar (sampel) = 30 orang
Skor Ujian Pra (20) 10 6 4 1 10 6 8 4 9 4 3 8 6 4 4 8 10 8 4 7 8 6 6 6 6 4 6

No.

No K/P

Nama Calon 5 IBNU SINA

1 2 3 4 5 6 7 8 9. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 2 3 4 5 6 7 8 9

940719105234 940226045288 940718106024 940726105996 940103105391 940226045296 941108105002 940608106250 940823146490 940929105945 941110016463 941115106097 940927145804 940318086490 941010106576 941030016498 940429105922 940306065406 940105105379 940307106046 940525105594 940804105861 940723025093 941119085895 940717106436 940911106026 941011106906

AMIRA NAJIHAH BINTI ABDUL AZIZ AMIRAH IZZATI BINTI MOHD NOR MAIZATUL NAZIRA AQMA BINTI MOHAMED IQBAL MARLIZA SUHAILI BINTI SAZALI MUHAMMAD HANAFI BIN SAMSUL NADHIRAH IZZYAN BINTI MOHD NOR NUR NASUHA BINTI MOHAMAD BASRI NURUL IZZAH SYAFIQAH BINTI KHALID SALWA BINTI MOKHTAR 5 SAINS 1 MOHAMMAD AMIRUL NAZMI BIN MOHD FUDZI MUHAMAD HAIRUL'AFIQ BIN MOHD TAHIR MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN SABRI NUR AFIQAH BINTI AZLAN NUR SYAHIRAH AKILAH BINTI SARUDIN SITI NORBAYAH BINTI ALI SITI NUR HIDAYAH BINTI ABDULLAH TUAN NORHIDAYAH AJMAIN BINTI SULAIMAN YUSFADHILAH BINTI MD YUSOFF 5 SAINS 2 AIMAN FAHMI BIN MAT SHAH FATIN SHUHADA BINTI SUHAIMI IZA WATI BINTI JAMALUDIN MUHAMMAD AMIRUL ASYRAF BIN MOHAMED FAIZAN MUHAMMAD AZFAR BIN JOHARI MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABDUL RAHIM NORFADILLA BINTI ABDUL HARIS NORHANANI BINTI AB MALEK NUR ATIKAH BINTI JAMAL

10 11 12

940504105720 941109105602 940529105292

NUR NABILA BINTI MANSOR NURUL NADHIRA BINTI EFFENDEE NURUL SHAHIDAH BINTI SAMSUN ALAM

6 1 4

ANALISA UJIAN PRA


Skor Bil Pelajar 1 2 2 0 3 3 4 8 5 0 6 9 7 1 8 6 9 1 10 3

5.3

TINDAKAN YANG DIJALANKAN Selepas murid menjalani ujian pra, saya telah membacakan skor yang mereka perolehi. Keputusan ujian pra yang rendah menunjukkan pelajar mempunyai masalah dalam penulisan formula kimia sebatian ion dengan betul. Saya menerangkan kepada pelajar konsep yang saya gunakan dalam kad-kad ion iaitu sebatian ion adalah neutral. Ini bermakna nilai cas ion positif adalah seimbang dengan nilai cas ion negatif. Bilangan ion dalam sebatian boleh ditambah sehingga cas kedua-dua ion positif dan negatif itu sama. Saya juga mengingatkan pelajar cara menulis formula kimia sebatian ion di mana cas ion tidak ditulis hanya bilangan ion itu sahaja yang ditulis. Pendekatan menggunakan kad-kad ion ini menggunakan kaedah pembelajaran kontekstual. Pembelajaran kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang

menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang

10

melibatkan aktiviti `hands on dan `minds on. Kad-kad ion membantu pelajar mendapatkan bilangan ion positif dan ion negatif yang berpadu dalam sebatian ion. Konsep yang abstrak dipindahkan kepada konsep yang konkrit. Ini membantu pelajar memahami konsep penulis formula kimia sebatian ion dengan lebih baik dan berkesan. Apabila pelajar telah mahir menggunakan kad-kad ion, pendekatan pembelajaran secara kontruktivisme digunakan. Kaedah konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Teknik silangan cas boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kimia sebatian ion.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN. Pelaksanaan Kajian 1. Guru membimbing pelajar untuk menyediakan set kad-kad ion menggunakan kertas berwarna bersaiz A4 yang dipotong kepada 8 bahagian sebanyak 20 keping seorang atau per set. 2. Kation atau ion positif diwakili oleh kad yang sama warna (contoh kuning) dan anion atau ion negative diwakili kad yang sama warna (contoh biru). Warna kad untuk kation mestilah berbeza dengan warna kad untuk anion. Ini memudahkan pengecaman pelajar untuk membezakan ion positif dan ion negatif. 3. Muka hadapan kad ditulis simbol/ formula unsur ion dan di muka belakang kad ditulis cas ion tersebut. Ini penting supaya cas ion tersebut tidak ditulis apabila pelajar menulis formula kimia sebatian ion.

11

4. Konsep asas matematik yang digunakan ialah menyamakan nilai cas positif dan nilai cas negatif dengan mengubahsuai bilangan kad kation dan kad anion. Setelah nilai cas positif dengan nilai cas negatif menjadi sama, bilangan gandaan kad kation atau kad anion menunjukkan bilangan ion tersebut dalam sebatian ion. Dengan kaedah kad-kad ion ini dapat membantu pelajar mendapatkan bilangan kation dan anion yang bergabung membentuk sebatian ion dengan betul.

Pelaksanaan Aktiviti Kajian 1. Pelajar diberikan ujian pra (lampiran 1) dan diminta menjawab dalam tempoh 30 minit. Markah direkod. (lampiran 2) 2. Pelajar telah menyediakan set kad ion masing-masing dengan bimbingan guru. 3. Pelajar diberi penerangan bagaimana menggunakan kad-kad ion untuk menulis formula kimia sebatian ion dengan betul. Setelah semua pelajar faham bagaimana menggunkan kad-kad ion tersebut dan telah bersedia guru memberikan ujian post kepada pelajar. Pelajar menyiapkan ujian post mereka dalam tempoh 20 minit. Markah direkod. (lampiran 3).

Penerangan Kaedah Kad-Kad Ion

Kaedah penggunaan kad-kad ion ini suatu usaha memindahkan konsep ion yang abstrak kepada konsep yang konkrit (konsep matematik) agar pelajar lebih mudah memahami untuk menulis formula sebatian ion dengan betul. Pengetahuan sedia ada pelajar sebelum kaedah ini digunakan ialah mereka telah tahu menulis simbol unsur dari pembelajaran yang lalu. Pelajar telah menyediakan set kad ion masing-masing dengan

12

bimbingan guru. Pelajar telah memilih dua kertas warna yang berbeza contohnya warna kuning dan biru untuk kad ion mereka. Warna kad untuk kation mestilah berbeza dengan warna kad untuk anion. Ini memudahkan pengecaman pelajar untuk membezakan di antara ion positif dan ion negatif . Kad warna kuning untuk ion positif/ kation dan kad warna biru untuk ion negatif/ anion. Di hadapan kad ditulis simbol unsur dan di belakang kad ditulis nilai bagi ion. Konsep matematik yang mudah diaplikasikan iaitu menyamakan nilai cas positif dan cas negatif dengan menggandakan kad bagi nilai yang kurang. Bilangan kad ion positif dan bilangan kad ion negatif memberikan bilangan ion tersebut dalam sebatian ion.

Contoh : Hadapan kad (Simbol unsur)

Kation Na Natrium

Anion O Oksigen -2

Belakang kad (nilai cas ion) Nilai cas positif seimbang dengan cas negatif (+2 - 2) (menggandakan kad bagi nilai yang kurang ) Jumlah bilangan kad ion

+1

+1

Bilangan kad Natrium (Na) ialah dua dan bilangan kad Oksigen (O) ialah satu menunjukkan bilangan setiap unsur itu dalam sebatian ion. Oleh itu formula Natrium oksida ialah Na2O

13

5.5 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN. Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan. Semasa saya menjalankan kajian ini saya telah menggunakan waktu relief atau waktu p&p. Saya telah memperuntukkan lebih kurang 1 masa/ 35 minit untuk menjalankan ujian pra dan 1 masa/ 35 minit untuk menjalankan ujian pos. Pelajar telah menjalani ujia pra dan berdasarkan skor, pelajar dipilih sebagai sampel untuk menggunakan kaedah kad-kad ion bagi membantu mereka menulis formula kimia sebatian ion dengan betul. Saya juga telah menerangkan secara ringkas mengenai teknik penggunaan kad-kad ion untuk menulis formula kimia sebatian ion kepada rakan guru dan meminta mereka memberi pandangan. Respon yang saya terima daripada rakan guru sangat positif dan baik. Berdasarkan pemerhatian saya teknik penggunaan kad-kad ion untuk menulis formula kimia sebatian ion berjaya membantu murid meningkatkan pencapaian di dalam subtopik Formula Kimia. Pelajar berlumba lumba hendak menjawab soalan guru, lebih berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa menjawab ujian pos. Saya berasa lebih seronok dan yakin dengan keberkesanan penggunaan kad-kad ion dalam membantu pelajar saya menulis formula kimia sebatian ion dengan betul. Rakan rakan guru juga telah memberikan komen membina, perangsang dan sokongan terhadap usaha saya. Penggunaan kad-kad ion ini juga dapat membantu pelajar saya menghafal formula ion, kemahiran ini penting untuk membolehkan mereka menulis persamaan setengah ion dalam topik Elektrokimia dan Pengoksidaan dan Penurunan. 14

5.6 REFLEKSI KAJIAN Pencapaian murid dalam Ujian pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan pelajar untuk menulis formula kimia sebatian ion meningkat.

Pelajar saya kelihatan lebih gembira dan berkeyakinan untuk mempelajari konsep menulis formula kimia sebatian ion dengan menggunakan kad-kad ion. Saya berpuas hati apabila pelajar menunjukkan skor yang sangat baik dalam ujian pos. analisa ujian pra dan ujian pos seperti berikut :

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :1. Teknik menulis formula sebatian kovalen 2. Teknik menulis persamaan kimia seimbang 3. Teknik menulis persamaan ion seimbang

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar . Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

15

BIBLOGRAFI 1. Koleksi Kajian Tindakan dan Kertas Cadangan Kajian Tindakan Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Selangor (2006) Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Negeri Selangor. 2. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Pembelajaran Secara Kontekstual : Pusat Perkembangan Kurikulum 3. Lai Yoon Fah, Angat Sapeh,. Pengajaran dan Pembelajaran Sains Menggunakan Model Konstruktivisme. Maktab Perguruan Keningau Sabah

16

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN KEBUN, SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENULIS FORMULA KIMIA SEBATIAN ION DENGAN BETUL MENGGUNAKAN KAEDAH KAD-KAD ION

oleh, Puan Hanizan bt Husain Ketua Panitia Sains Teras SMK Jalan kebun 40460 Shah Alam
17

BIBLOGRAFI 4. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 5. Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical Investigations. PhD thesis, University of Southampton. 6. Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the Politics of Freedom Thousand Oaks, CA: Sage.

Menyusun senarai bahan rujukan mengikut abjad.

Nama pengarang, tahun, nama buku, penerbit.

18

LAMPIRAN

APA YANG PERLU ANDA TAHU Guide for a Beginner (PN. MADZNAH BINTI BACHOK-Jurulatih Utama )
S1: Bolehkah saya menulis Laporan Kajian Tindakan kurang dari 15 muka surat?
Bergantung pada jenis Kajian Tindakan yang dijalankan. S2: Berapa lama perlu saya menulis/menyiapkan Laporan Kajian Tindakan? .anytime..u ada bahanu tulishantar. S3: Jika ada masalah penulisan, siapa yang perlu saya rujuk? Unit LDP, JPN, JU, rakan guru S4: Bolehkah saya menulis laporan Kajian Tindakan dalam bentuk bercerita? Boleh. S5: Jika saya hendak menulis Kajian Tindakan dalam bentuk berkumpulan, adakah saya dibenarkan? Ya. S6: Saya mengajar tiga kelas, perlukah saya menjalankan penulisan Kajian Tindakan ini untuk ketiga-tiga kelas? Tidak digalakkan tetapi terpulang pada anda. S7: Adakah menulis KT mengganggu perjalanan P&P saya? Tidak. S8: Sejauh manakah ilmiahnya penulisan KT saya? Tidak perlu terlalu akademik tetapi semua kajian dan penyelidikan mesti ada asas ilmiah. S9: Saya baru aje mengajar, adakah saya layak membuat penulisan KT? Ya. S10: Bilakah waktu yang sesuai untuk menjalankan penulisan KT? Yang paling sesuai adalah masa selepas P&P di dalam kelas. S11: Apakah yang perlu saya tulis dahulu? Ikut suka la tetapi gunakan format kertas cadangan yang dilampirkan. S12: Jenis dan saiz tulisan apakah yang harus saya gunakan? Arial/ New Times Roman/ Tahoma Font12.

19

20

Vous aimerez peut-être aussi