Vous êtes sur la page 1sur 11

1.

0 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia berkembang sejajar dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat serta negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah garis panduan yang digubal dan perlu diikuti oleh semua warganegara dalam merealisasikan usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan taraf hidup rakyat (Yahya Don, 2005). Sejajar dengan usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, Kurikulum Pendidikan Seni Visusl bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Dalam konteks Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Dari segi kandungan, pengetahuan asas dalam seni visual mencakupi bidang menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan, kraf tradisional manakala asas seni reka meliputi aspek unsur, prinsip dan struktur. Antara lain, subjek ini menegaska kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Muridmurid perlu kreatif dalam pembelajaran mereka. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugastugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini. Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat

menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, peranan guru haruslah berkesan ke arah merancang, menyampai dan menilai pengajarannya dengan lebih berkesan lagi. Dalam konteks ini, guru akan dapat mengaplikasikan kemahiran yang ada bagi membentuk pelajar yang celik seni dan menghargai budaya warisan bangsa.

2.0 Kajian Perlakuan Seni, Persepsi Seni dan Pengetahuan Budaya 2.1 Perlakuan Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan terhadap 5 orang responden, pengkaji dapat melihat berdasarkan hasil di bawah:Perlakuan a) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas. R1 R2 R3 R4 R5

c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan. d) Memilih dan mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni. e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda. f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni. g) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan. h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran. i) Membezakan jenis corak tertentu. j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak. k) Mengatur corak. l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari. m) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.

n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni. o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut.

Berdasarkan dapatan yang diperolehi dapat dilihat dengan jelas bahawa kesemua responden boleh menguasai pengetahuan berkaitan perlakuan seni yang mana mereka tahu untuk menghasilkan corak yang agak baik, (hasil kerja murid dilampirkan). Kesemua responden berjaya menghasilkan corak berdasarkan:a. Garisan b. Warna-Warna terdiri daripada; i. . Warna asas - biru, merah dan kuning

ii. Warna sekunder- kuning dicampur biru=hijau. Merah dicampur biru = ungu, kuning dicampur merah = oren.

iii. Warna tertier- Warna asas + warna sekunder. c. Jalinan-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. d. Rupa-cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri (bentuk yang khusus) e. Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Membuat corak dan rekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang. Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.

2.2 Persepsi Persepsi a) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak. b) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. c) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar. d) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. e) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian. f) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak. g) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik. h) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan. i) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak. R1 R2 R3 R4 R5

j) Meneyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak. k) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea. l) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka. m) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna. n) Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.

Berdasarkan hasil kerja yang dihasilkan oleh murid, di dapati bahawa kesemua murid melalui proses perkembangan persepsi merangkumi aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk sesuatu corak dan rekaan. Bidang corak dan rekaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini

memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Kesemua ini dapat diperhatikan dengan jelas semasa proses penghasilan corak dijalankan. Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan antara rakan lain. Kajian ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang corak dan rekaan turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian. Murid tersebut tahu dan telah dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini membolehkan murid tersebut merasai secara konkrit dalam menghasilkan imej. Kegiatankegiatan ini membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

2.3 Pengetahuan Budaya Pengetahuan Budaya a) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah. b) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional. c) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian. d) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional. e) Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsurunsur kebudayaan kebangsaan. 4 1 5 3 2 2 2 1 Tahu 5 Tidak Pasti Tidak Tahu

Jadual di atas berdasarkan maklum balas yang diperolehi hasil daripada pertanyaan yang diajukan berkaitan soalan-soalan mengenai pengetahuan budaya di atas di dapati bahawa bagi soalan a iaitu Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah, kesemua

responden tahu dan kenal akan corak-corak tradisional mudah kerana telah ditunjukkan oleh guru seni mereka sebelum ini. Untuk soalan b iaitu Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan

menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional, seramai 2 orang murid tahu, 2 orang murid tidak pasti dan seorang murid tidak tahu. Bagi soalan c iaitu Mengenal dan membuat corakcorak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian seramai 3 orang murid tahu dan 2 orang murid tidak pasti. Bagi soalan d pula iaitu Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional, kesemua murid tidak pasti akan soalan yang diajukan kerana ianya dalam aras yang tinggi. Manakala bagi soalan e pula iaitu Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan sebanyak 4 orang murid menyatakan tidak pasti manakala seorang murid menyatakan tidak tahu. Kesimpulan daripada soal selidik yang dijalankan ternyata murid sekadar tahu mengenai pengetahuan budaya dan corak yang dihasilkan biasanya pernah dilihat disekeliling mereka dan ditunjukkan oleh guru-guru sebelum ini.

3.0 Corak dan Rekaan dikaitkan dengan makna dan simbol

Terdapat tiga tujuan dalam membuat corak dan rekaan iaitu: i. ii. iii. Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek Corak sebagai elemen hiasan Corak sebagai nilai estetik

Bidang mencorak dan membuat rekaan adalah sebahagian daripada pengetahuan asas dalam subjek seni visual. Bidang ini secara umumnya memberi ruang dan peluang kepada pelajar memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan yang berlainan. Manakala mencorak pula ialah proses menghasilkan struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Dalam bidang seni visual, corak kerapkali meliputi aspek semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan. Dari segi bahan yang dihasilkan, objek yang kerapkali dihasilkan adalah seperti kerusi, meja, rumah dan sebagainya. Pada kebiasaannya, bahan-bahan yang dihasilkan berbentuk geometri yakni seperti bulat, segi tiga dan segi empat seperti mana yang dihasilkan oleh responden malah ada responden yang menghasilkan bentuk bunga. Ini memberi makna bahawa responden agak biasa dengan bentuk-bentuk tersebut. Berkenaan dengan jenis dan susunan corak, terdapat corak-corak yang lazimya digunakan seperti berselang-seli, batu bata, berusat, beralun, berpusat dan sebagainya. Dalam

menghasilkan corak bagi sesuatu karya ianya boleh dilakukan secara terancang dan tidak terancang. Corak secara terancang meliputi corak seperti lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi. Manakala corak tidak terancang pula seperti titisan, renjisan, ikatan dan celup, tiupan, pualaman, lipatan dan tarikan. Dalam menghasilkan sesuatu karya seni lazimya pengkarya menggunakan gabungan kedua-dua corak ini supaya hasil seni yang dihasilkan lebih menarik dan cantik. Berkenaan dengan tujuan membuat corak dan rekaan, selalunya guru akan mempertimbangkan aspek perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya. Dari segi perlakuan, kriteria pemilihan warna untuk tujuan tertentu amat penting supaya bentuk asas yang dihasilkan memperlihatkan perbezaan yang jelas. Ini dapat dilihat dengan jelas melalui hasilan yang dihasilkan oleh responden. Dalam bidang seni visual kepentingan membuat corak dan rekaan adalah perkara yang sewajarnya berlaku. Secara prinsipnya, kepentingan aspek ini adalah bersandarkan citarasa dan keinginan seseorang pengkarya seni ingin melihat hasil seninya cantik dan menarik. Sebagai seorang manusia biasa, kita suka akan sesuatu yang cantik, menarik dan mengiburkan. Begitu jugalah hakikatnya dengan hasil seni yang akan bakal kita hasilkan. Mengikut Mohd. Zaihidee (2007) (dalam modul) kepentingan membuat corak dan rekaan adalah bertujuan mencantikan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek. Kedua, corak yang dihasilkan turut bertindak sebagai elemen hiasan yang menarik. Ketiga, corak disifatkan sebagai nilai estetik yang tidak ada tolok bandingnya dalam hasil karya seni. Hasilan karya seni seseorang pengkarya boleh diterjemahkan melalui ketelitian dan kepekaan pengamatannya dalam menghasilkan karya seni. Aspek ketelitian dan kepekaan yang tinggi bagi seseorang pengkarya seni dapat ditonjolkan melalui pengamatan yang tinggi ke atas aspek seperti garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. Pengamatan dari segi garisan yang merupakan cantuman satu siri titik yang boleh dalam bentuk tebal, nipis, berbulu, putus-putus, bergeriggi dan sebagainya merupakan unsur yang penting dalam kerja melukis dan menggambar. Melalui kaedah ini, garisan yang dibuat bagi tujuan menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk merupakan elemen penting dalam hasil karya. Teknik-teknik koyakan, tamplan, kolaj, gosokan, cetakan dan capan yang digunakan berupaya menghasilkan unsur seni yang menarik. Sebagai seorang guru kita wajar menanam kepentingan aspek-aspek ini agar pelajar (kanak-kanak) dapat mempelajari sesuatu yang bernilai berhubung dengan karya seni.

Dari segi warna, pemilihan warna dalam kategori warna asas, sekunder dan tertier amat penting bagi membentuk warna-warna yang sesuai. Melalui usaha ini, seseorang pengkarya seni dapat mempraktikkan kepekaan pengamatan yang tinggi dalam karya mereka. Berhubung dengan kesan jalinan pada permukaan objek yang dihasilkan turut memperlihatkan kepekaan pengamatan ke atas hasil seni. Dalam hal ini, seseorang pengkarya seni wajar menampakkan jalinan tampak dan sentuh dengan jelas supaya satah gambar yang dihasilkan bersifat dua dimensi dan maujud. Dari segi rupa cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan dapat membentuk rupa jenis objek khusus seperti bulat, empat segi, kun, kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis rupa yang boleh terbentuk yakni seperti positif dan negatif, rupa dan corak, rupa dan lambang serta rupa dan muka taip. Pengamatan dari segi bentuk pula bersandarkan kepada konsep isipadu. Konsep isipadu ini sangat sinonim dengan rupa. Bentuk akan terhasil sekiranya sifat hasil seni tersebut digambarkan dalam bentuk ton, jalinan ruang sekaligus menghasilkan bentuk ilusi (dua dimensi) dan bentuk konkrit (tiga dimensi). Dan aspek yang terakhir pula ialah ruang. Ruang juga tidak kurang pentingnya dalam kepekaan pengamatan dalam karya seni. Ruang yang seimbang dan tersusun bakal menghasilkan karya seni yang baik. Prinsip ruang yang dirancang dengan baik akan membentuk garisan, perspektif, warna dan bentuk yang sesuai bagi sesuatu karya seni. Corak dan rekaan adalah berdasarkan kepada corak yang terancang di mana corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Sebagai contoh, motif yang dihasilkan berdasarkan motif bunga dan bentuk geometri.

4.0 Kesimpulan

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting

kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Selain daripada semua ini, kepentingan seni visual juga dapat dibahagikan kepada dua iaitu dari segi psikologi dan sosiologi. Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual. Rekaan dan corak merupakan suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan efekif. Rekaan corak terancang dan corak tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik. Walaubagaimanapun, kemahiran kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

Rujukan Ghazali, H. M. (2005). Siri Teks Referens Pendidikan Seni Visual . Selangor: Pearson Longman . Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan SeniVisual, KBSR. K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Vous aimerez peut-être aussi