Vous êtes sur la page 1sur 11

BAB II

PENGHASILAN TALI DARIPADA SERAT DAUN NANAS

2.1

PENDAHULUAN

Nanas merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak manfaat. Pada masa kini, nanas semakin mendapat perhatian lantaran daripada kebanyakan produk berasaskan nanas kini telah banyak dikomersialkan. Contohnya, mengikut laporan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, pengeluaran produk komersial nanas pada masa kini tertumpu pada nanas kaleng. Antara produk Industri Kecil Sederhana yang dihasilkan daripada nanas ialah Tat Nanas, Jem Nanas, Pineapple Chip, Coklat Dengan Inti Nanas (Chocolate with pineapple filling), Sos Cili Nanas, Sos Masam Manis, Bahulu Nanas (Pineapple Rolls) dan halwa nanas. Kesemua produk berkenaan boleh dipertingkatkan lagi nilai tambah kepada industri nanas tempatan dan seterusnya meningkatkan lagi pendapatan petani dan usahawan. Namun, apa yang ingin dilakukan untuk Makmal Open Ended kami sedikit berbeza daripada produk berasaskan nanas yang biasa dihasilkan di Malaysia iaitu menghasilkan tali daripada serat daun nanas. Di Indonesia dan Filipina, masyarakat tempatan di sana mencipta benang dan tali daripada serat daun nanas namun di Malaysia, industri ini belum berkembang dengan pesat. Sedangkan, sekiranya industri ini berkembang pesat, maka penggunaan tali rafia bolehlah diminimakan. Tali Rafia adalah tali yang diperbuat daripada plastik yang berkualiti tinggi, tidak berserabut dan tidak mudah putus. Tali Rafia sangat terkenal kerana sangat banyak kegunaannya, dengan kata lain merupakan alat bantu yang serba guna. Namun, tali rafia bukan lah produk yang

boleh diuraikan. Maka, tali daripada serat daun nanas ini bolehlah diijadikan alternatif bagi menggantikan penggunaan tali rafia.

2.2

PENYATAAN MASALAH

Kekuatan dan ketahanan haba di antara tali rafia dan tali yang dihasilkan daripada serat daun nanas serta cara pembuatannya tidak diketahui.

2.3

OBJEKTIF KAJIAN

Mengkaji kekuatan di antara tali rafia dan tali berasaskan serat daun nanas Mengkaji ketahanan haba di antara tali rafia dan tali berasaskan serat daun nanas. Menunjukkan cara untuk membuat tali berasaskan serat daun nanas.

2.4

METHODOLOGI

2.4.1

Bahan Dan Radas

Terdapat beberapa bahan dan radas yang telah digunakan dalam kajian ini. Bagi kajian penghasilan tali, radas yang telah digunakan adalah ketuhar dan tali rafia. Bahan yang digunakan pula adalah daun nenas. Bagi menguji kekuatan tali yang telah dihasilkan, alatan yang digunakan adalah penyepit G dan juga pemberat.

2.4.2

Prosedur Kajian

Segala bahan dan radas yang diperlukan dalam kajian ini telah disediakan sebelum kajian dimulakan.Kebersihan diri setiap ahli kumpulan telah dipastikan bagi mengelakkan sebarang kontaminasi terhadap keputusan ujikaji. Berikut adalah prosedur kajian bagi penghasilan tali.

1.

8-10 keping daun nanas dijemur di bawah sinaran matahari.

Rajah 2.1 Daun nanas yang dijemur

2. 3.

Daun nanas dijemur selama seminggu untuk memastikannya benar benar kering. Selepas seminggu, daun nanas yang telah kering sepenuhnya diasingkan/dipotong menjadi beberapa bahagian.

Rajah 2.2 Daun nanas yang diasingkan kepada beberapa bahagian

4.

Daun nanas yg telah diasingkan/dipotong disimpul seperti simpulan tocang.

Rajah 2.3 Daun nanas yang disimpul

5. 6.

Daun yang telah disimpul kemas kini telah menjadi tali. Tali daripada daun nanas telah sedia untuk diuji kekuatannya.

2.5

KEPUTUSAN

Dua parameter telah ditetapkan bagi mengukur kekuatan tali yang telah dihasilkan. Bagi ujikaji kekuatan tali ini,kedua-dua parameter yang digunakan akan dibandingkan dengan sejenis tali yang sering digunakan pada masa kini iaitu tali rafia.Parameter yang digunakan adalah kekuatan bagi menampung beban dan ketahanan terhadap suhu yang tinggi.Rajah 2.4 menunjukkan daun nanas yang telah disimpul rapi menjadi tali dan tali rafia.

Rajah 2.4 Daun nanas yang disimpul

2.5.1

Kekuatan Menampung Beban

Kekuatan menampung beban pada tali daun nanas dan tali rafia ditentukan berdasarkan ketegangan tali setelah disimpulkan bersama beban. Beban yang diletakkan ialah pada berat 1kg, 2kg dan 3kg. Jadual 2.1 menunjukkan keputusan bagi uji kaji ini.

Jadual 2.1 Keputusan Kekuatan Menampung Beban Bagi Tali Rafia dan Tali Daun Nanas

Jenis tali Beban (kg) Ketegangan

Tali rafia 1 B 2 T 3 ST

Tali daun nanas 1 B 2 B 3 T

Di mana : B = Biasa, T = Tegang, ST = Sangat Tegang

Berdasarkan kepada keputusan yang ditunjukkan pada Jadual 2.1, dapatlah disimpulkan bahawa tali yang terhasil daripada daun nanas adalah lebih kuat berbanding tali rafia. Hal ini kerana, pada beban 3kg, tali rafia telah mengalami ketegangan maksimum iaitu apabila beban ditambah, selepas beberapa minit ia terputus manakala tali yang terhasil daripada daun nanas masih kukuh walaupun beban ditambah sehingga melebihi 3kg. Rajah 2.5 dan 2.6 menunjukkan ketegangan bagi tali rafia dan tali daun nanas untuk menampung beban pada 1kg.

Rajah 2.5 Ketegangan tali daun nanas pada beban 1kg

Rajah 2.6 Ketegangan tali rafia pada beban 1kg

2.5.2

Ketahanan haba

Ketahanan haba bagi kedua-dua tali diukur dengan memasukkan kedua-dua tali kedalam ketuhar selama 5 minit dengan suhu 100 darjah celsius. Selepas 5 minit, didapati bahawa tali rafia didapati mengecut manakala tali daun nanas masih dlam keadaan baik tanpa sebarang pengecutan. Ini menunjukkan bahawa tali daun nanas mempunyai katahanan haba yang tinggi berbanding tali rafia. Berikut merupakan gambar yang diambil sebelum dan selepas tali dimasukkan kedalam ketuhar.

Rajah 2.7 Tali daun nanas dan tali rafia sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar

Rajah 2.8 Tali daun nanas dan tali rafia selepas dimasukkan ke dalam ketuhar

2.6

PERBINCANGAN

Selepas tempoh seminggu daun nanas dijemur, pemerhatian dilakukan ke atas daun nanas tersebut. Pemerhatian yang dilakukan adalah kekuatan daun nanas tersebut bagi menampung beban dan juga ketahanan terhadap suhu yang tinggi. Setiap ujikaji yang dilakukan akan dibandingkan dengan sejenis tali yang sering digunakan dalam kehidupan seharian iaitu tali rafia.Bagi ujikaji kekuatan untuk menampung beban, terdapat 3 set beban yang digunakan iaitu beban sebanyak 1,2 dan 3kg. Bagi beban 1kg, dapat dilihat bahawa kedua-dua tali mampu menampung beban tersebut dengan mudah. Pada 2kg beban pula mula memperlihat kesannya ke atas tali rafia dan tali daun nanas di mana kedua-dua tali menunjukkan ketegangan. Walaubagaimanapun, ketegangan yang ditunjukkan tali rafia adalah lebih daripada tali daun nanas. Apabila beban sebanyak 3kg diletakkan kepada tali rafia dan tali daun nanas, tali rafia mengalami ketegangan yang maksimun iaitu setelah beberapa minit, tali rafia tersebut terputus. Bagi tali daun nanas pula, ia juga menunjukkan ketegangan tetapi tidak begitu ketara dan sehingga 15minit, tali daun nanas masih tidak putus. Ini menunjukkan bahawa tali daun nanas adalah lebih kuat berbanding tali rafia. Pemerhatian kedua yang dilakukan terhadap tali daun nanas ini adalah ketahanan terhadap suhu yang tinggi. Kedua-dua tali rafia dan juga daun nanas dimasukkan ke dalam ketuhar selama 5 minit dengan suhu 100 darjah celcius. Selepas 5 minit, didapati bahawa tali rafia telah mengalami pengecutan dan pencairan manakala tali daun nanas masih teguh seperti biasa tanpa sebarang pengecutan. Berdasarkan keputusan ini, jelas menunjukkan tali daun nanas mempunyai ketahanan tinggi terhadap suhu yang tinggi.

Secara kesimpulannya, daun nanas berpotensi untuk dijadikan tali yang lebih kuat. Kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa daun nanas yang sering terbuang begitu sahaja boleh digunakan sebagai alternatif lain dalam menghasilkan tali. Tambahan pula tali daun nanas ini mudah diuraikan berbanding tali rafia. Maka, kita tidak perlu risau tentang pencemaran yang mungkin berlaku kerana tali daun nanas ini mesra alam berbanding tali rafia. Mengikut kajian saintifik, tali rafia memerlukan masa sehingga 10 tahun untuk diuraikan kerana diperbuat dari bahan sintetik yang tidak mesra alam.

2.7

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KAJIAN

Kekeringan sepenuhnya diperlukan oleh daun nanas untuk memastikan kekuatannya untuk dijadikan tali. Antara faktor yang mempengaruhi adalah cuaca/suhu dan ketebalan daun nanas.

2.7.1 Suhu/Cuaca

Dalam ujikaji ini,suhu persekitaran amat penting bagi memastikan daun nanas dapat dikeringkan sepenuhnya. Bagi proses pengeringan daun nanas ini, daun nanas ditempatkan di kawasan yang mempunyai suhu yang tinggi (matahari yang terik) supaya kadar pengeringan dapat dipercepatkan dan memendekkan masa kajian.

2.7.2 Ketebalan Daun Nanas

Daun nanas yang tebal akan melambatkan proses pengeringannya. Daun nanas yang tebal mengandungi lebih kelembapan dan proses pengeringan secara semula jadi akan mengambil masa bagi menyerap haba yang diberi.

2.8

RALAT

Ralat sistematik berlaku dalam kajian ini. Di bawah kategori ralat sistematik, terdapatnya ralat sekitaran yang mungkin telah berlaku dan menjejaskan keputusan kajian kami. Ralat sekitaran adalah disebabkan oleh keadaan luar yang mengelilingi jangka seperti perubahan suhu, kelembapan, tekanan udara, dan sebagainya. Oleh kerana cuaca kebelakangan ini yang selalu tidak stabil seperti hujan dan panas yang berselang-seli, ini mungkin menyebabkan kadar pengeringan daun nanas tersebut tidak stabil dan terkena hujan serta mengalami kelembapan. Faktor-faktor ini mungkin membawa perubahan dalam keputusan. Tempat perjalanan kajian yang lebih strategik perlu dipertimbangkan supaya segala faktor yang mungkin akan menyebabkan perubahan keputusan dapat dikurangkan.

2.9

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, sememangnya tali yang diperbuat daripada serat daun nanas adalah lebih kuat berbanding tali rafia. Hal ini adalah berdasarkan ujian kekuatan menampung beban dan juga ketahanan haba yang telah pun dijalankan ke atas tali daun nanas dan tali rafia di mana keputusan bagi kedua-dua ujian ini menunjukkan bahawa tali daun nanas adalah lebih kuat berbanding tali rafia. Cara pembuatan tali daripada serat daun nanas juga telah dikenal pasti. Objektif uji kaji telah pun tercapai.

Vous aimerez peut-être aussi